Perak-Soalan & Skema Percubaan STPM 2010
Perak-Soalan & Skema Percubaan STPM 2010
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
SEJARAH
Kertas 1
Jawab empat soalan sahaja; dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan
daripada Bahagian B
Disediakan Oleh :
STPM 940/1
*Kertas Soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010
BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
10. Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada
zaman Khulafa al-Rasyidin.
11. Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan
dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
12. Huraikan perkembangan sistem mata wang pada zaman Khulafa al-Rasyidin
sehingga zaman kerajaan Bani Abbasiyah.
13. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Islam di Acheh pada abad ke-17
Masihi.
15. Bandingkan objektif penjelajahan dan penerokaan antara tamadun Barat dengan
tamadun Islam.
16. Bandingkan ciri seni bina Islam dengan seni bina Rom.
BAHAGIAN A
SOALAN 1
PENGENALAN:[3 markah]
ISI:
PERANAN SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DI MESIR [7 isi X 3 markah = 21
markah]
1. Raja
Mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam struktur sosial masyarakat
Mesir.
Dianggap sebagai Tuhan dan pelindung kepada rakyat
Merupakan sumber kekuatan
Berkuasa mutlak - bertindak sebagai ketua paderi, ketua pentadbir dan
ketua hakim negara.
Segala arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh raja akan dilaksanakan
oleh pegawai-pegawai tinggi.
Raja merupakan lambang ma’at (kebenaran @ keadilan)
2. Keluarga Diraja
Putera-putera raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan akan diberi
pendidikan semasa kanak-kanak lagi.
Seorang guru dilantik untuk mengajar mereka pelbagai mata pelajaran
Apabila meningkat dewasa, putera raja akan diberikan latihan dalam bidang
ketenteraan
Lazimnya, putera raja akan mengambil bahagian dalam ekspedisi
ketenteraan yang dipimpin oleh bapa mereka.
Putera raja akan dikahwinkan sewaktu masih kanak-kanak lagi.
Biasanya mereka dikahwinkan dengan adik kandung @ sepupu untuk
mengekalkan kesucian keturunan.
4. Wazir
Dalam bidang kehakiman, wazir membantu raja untuk mengendalikan kes-
kes di peringkat wilayah.
Tugas-tugas wazir adalah;
awasi kerja-kerja membina dan membaiki terusan bagi pengairan
menjalankan banci ternakan dan sumber-sumber negara
merekod banjir Sungai Nil
menyediakan buruh paksa
mengumpulkan cukai
awasi ekspedisi diraja, bengkel-bengkel dan projek pembinaan
memeriksa angkatan tentera
sebagai penyambut duta-duta
mengumpulkan ufti dari luar negara.
5. Pendeta @ Paderi
Firaun adalah ketua pendeta @ paderi.
Pendeta mempunyai tugas dalam bidang keagamaan.
Mereka juga mempunyai pengaruh dalam bidang politik khususnya dalam
soal perlantikan raja.
Menguruskan pemilihan pengganti raja dan upacara perlantikan raja baru.
6. Anggota Tentera
Ramai rakyat biasa terutamanya golongan petani, artisan dan kumpulan
professional sederhana telah menyertai tentera.
Hal ini kerana jawatan dalam tentera membolehkan seseorang yang tidak
mempunyai pendidikan meningkatkan status dan taraf hidup mereka.
Tentera juga merupakan satu kumpulan yang penting dalam struktur sosial
masyarakat Mesir.
7. Pembantu Raja
Golongan ini terdiri daripada serf yang bekerja dalam pertanian dan seluruh
kelas buruh.
Golongan ini terdiri daripada pekerja-pekerja lombong emas, tembaga,
pekerja-pekerja kuari dan pekerja binaan, golongan membuat barang-
barang tembikar dan pengangkut air.
Tugas utama mereka adalah membina candi-candi diraja.
Mereka bekerja hampir sepanjang tahun.
Gaji mereka dibayar dalam bentuk gandum dan barli.
Pekerja-pekerja juga diberikan sayur-sayuran, ikan, kayu api, ubat-ubatan
dan pakaian.
Pada hari kebesaran, raja akan berikan barang mewah seperti garam, wain
dan bir kepada mereka.
Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk
selesaikan masalah mereka.
8. Petani
Merupakan golongan rakyat biasa yang hidup dlm keadaan tertindas.
Mereka terikat kepada tuan tanah.
Apabila tanah dijual, petani akan menjadi hak milik tuan tanah yang baru.
Petani yg berkhidmat di tanah raja menikmati sedikit kebebasan.
Pada musim banjir, mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalm
pembinaan candi.
Menjelang pemerintahan kerajaan baru, para petani menikmati kebebasan
sepenuhnya.
Tanah-tanah pertanian dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil
dan diberikan kepada tiap keluarga.
Tanah-tanah tersebut tidak boleh dipindah milik.
Oleh itu kedudukan mereka terjamin dan mereka bekerja di tanah sendiri.
9. Hamba
Mereka tidak mempunyai kebebasan
KESIMPULAN [1 markah]
Struktur sosial dalam tamadun Mesir sangat kompleks dan agak tersusun menjadikan
Mesir sebuah tamadun yang hebat ketika itu.
SOALAN 2
Pengenalan:
Kesimpulan:
1. Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
2. Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak
tetapi gagal.
3. Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang
Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal
seluruh empayar yang luas.
SOALAN 3
A. Pendahuluan [ 3 markah]
1. Matlamat Ketenteraan
Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan kekuasaan politik
ke benua Asia, Afrika dan Eropah.
Bertujuan untuk menguasai kegiatan ekonomi.Rom berjaya menguasai
kegiatan perdagangan setelah menawan wilayah-wilayah di sekitar laut
Mediterranean.
2. Dasar Ketenteraan
Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai.
Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda dan kematian manusia.
3. Taktik Peperangan
Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan kekejaman
terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi atau menimbulkan
perasaan takut atau bimbang dalam kalangan musuh.
Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera musuh.
4. Organisasi Ketenteraan
Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun Rom,
tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples.
Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya dapat
bergerak bebas di medan peperangan.
Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang terdiri
daripada 4000 hingga 6000 askar.
Legion diketuai oleh Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai
Tribuni.
Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta dilengkapi
senjata seperti lembing.
5. Penyusunan Tentera
Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan askar
kepada 16 orang sebaris.
Pada zaman Augustus, Praetorian Guard diwujudkan untuk menghadapi
serangan orang Gasar di kawasan sempadan.
6. Peralatan Peperangan
Peralatan yang digunakan ialah lembing, pedang, perisai, tombak dan kuda.
C. Kesimpulan [ 2 markah]
2. Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom membina empayar yang
kuat.
SOALAN 4
Huraikan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan di Alam Melayu sebelum abad ke-
15.
A. PENGENALAN ( 3 markah )
4. Kegiatan perlombongan.
Merupakan kegiatan ekonomi yang penting di Kepulauan Melayu.
Hasil galian seperti besi dan emas terdapat di kawasan seperti Delta Sungai
Sarawak.
Semenanjung Tanah Melayu pula kaya dengan besi, emas dan bijih timah.
Kegiatan perlombongan dimonopoli oleh pembesar Melayu.
5. Aktiviti Perdagangan.
Kedudukan geografi Kepulauan Melayu yang terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara India dan China menyebabkan aktiviti perdagangan
berkembangan pesat.
C. KESIMPULAN ( 1 markah )
Selepas abad pertama Masihi, aktiviti perdagangan berkembang dengan pesat.
Kepesatan perdagangan ini nanti membawa kepada kemunculan empayar.
Kekuatan dalam bidang ekonomi telah melahirkan empayar yang kuat di Alam
Melayu.
SOALAN 5
PENGENALAN [ 3 markah]
1. Latar belakang tamadun awal: lokasi dan masa (Mesopotamia, Mesir, China, India,
Rom dan Yunani)
2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha membentuk
keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai kesempurnaan jasmani
dan rohani. Pendidikan berkembang kerana pertambahan penduduk.
4. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi menjadi matlamat utama pendidikan tamadun
awal seperti aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan, kemanusiaan, agama dan
keintelektualan.
1. Membentuk Birokrasi
2. Faktor Ketenteraan
3. Faktor Kemanusiaan
c. Athens – melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan
intelektual. Masyarakat yang cemerlang dapat menyumbang kepada diri dan
negara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang untuk
jasmani.
d. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato,
menghafal retorik (hasil sastera), membaca, menulis supaya bijak
berbicara.Mereka juga diajar muzik untuk keseimbangan emosi.
4. Faktor Keintelektualan
6. Faktor Keagamaan
a. Rom-melahirkan rakyat yang setia kepada negara. Empayar Yunani, Rom, India dan
China adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam semangat
patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.
C. Penutup [ 2 markah]
SOALAN 6
PENDAHULUAN (3 markah)
1. Maksud sekularisme:
Percubaan memisahkan urusan dunia daripada urusan agama dan Tuhan dari
segala urusan kehidupan manusia.
Sekularisme lahir akibat daripada kemunculan idea dan pemikiran baru tentang
ajaran Kristian. Pemikir pembaharuan tersebut terdiri daripada Martin Luther, John
Calvin dan Giordano Bruno. Mereka mempertikai peranan dan penyalahgunaan kuasa
gereja terutama berkaitan dengan peranan manusia. Ajaran Protestan mengetepikan
Canon Law dan membenarkan masyarakat memberi tumpuan kepada aspek kebendaan
yang menjadi asas kepada sekularisme.
4. Sistem Pendidikan
KESIMPULAN (2 markah)
1. Masyarakat pada zaman sekular melihat kehidupan di dunia lebih penting daripada
kehidupan selepas mati.
2. Penekanan sistem politik, ekonomi dan sosial lebih mementing aspek kebendaan
dan kekayaan.
SOALAN 7
PENGENALAN:
A . Faktor ekonomi memang salah satu faktor utama , tetapi terdapat faktor lain yang
mempengaruhi.
B. Faktor-faktor lain
3. Faktor Geografi
4. Faktor Politik - Keadaan politik yang Stabil & Kepimpinan Raja-raja Portugal
Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan
penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar
Eropah
KESIMPULAN:
1. Portugal merupakan kuasa barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan
perdagangan di Timur pada abad ke-16 M..
SOALAN 8
PENDAHULUAN: (3 markah)
1. Maksud Kesenian
indah, halus, lembut, senang didengar atau ditutur, senang dilihat dan
menerangkan sesuatu.
Dalam bahasa Inggeris disebut art yang berasal daripada bahasa Yunani yang
membawa makna kecekapan dan kebolehan.
Kesenian juga berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud kemahiran,
cara atau kaedah.
Kesenian meliputi satu bidang yang luas antaranya ialah kesusasteraan, muzik,
seni ukir, seni lukis dan seni bina.
2. Tamadun India
terbentuk di kawasan Sungai Indus dan merupakan salah satu tamadun terawal
di dunia.
Perkembangan pesat perdagangan, perbandaran dan faktor-faktor lain yang
telah memajukan tamadun ini dalam pelbagai bidang termasuk kesenian.
ISI:
Pengaruh Agama Dan Kepercayaan Ke Atas Perkembangan Kesenian Tamadun
India (4 Isi X 5 Markah)
1. Seni Ukir
Seperti tamadun lain, seni ukir India adalah bermotifkan agama, mitologi dan
mewakili falsafah politik zaman-zaman tertentu.
Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua dan
kuil
Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti gangsa
dan tembaga
Patung-patung terracotta yang pelbagai bentuk termasuk patung-patung lelaki
dan perempuan digunakan sebagai objek pemujaan
Seni ukir juga merupakan satu perkara penting dalam kehidupan dan dalam
upacara keagamaan
Ianya digunakan sebagai tempat pemujaan dan tempat mengadakan
perayaan keagamaan. Contohnya kuil di Ellora yang dibina daripada batu-
batu besar.
Perkembangan awal kesenian bercorak keagamaan di India adalah hasil
daripada penyebaran agama Buddha. Asoka adalah pemerintah Maurya yang
beragama Buddha teragung dan merupakan penaung dalam bidang kesenian.
Contoh yang dapat dilihat ialah Tugu Edik Asoka, tiang junjung dan patung-
patung di Sarnath – kekal hingga sekarang.
2. Kesusasteraan
Kesusasteraan Vedik adalah kesusasteraan yang tertua dan dianggap suci,
Veda adalah kata-kata yang diperturunkan oleh Tuhan dan merupakan asas
budaya agama Hindu.
Kesesasteraan Vedik dibahagikan kepada empat iaitu Samhita, Brahmana,
Aranyaka dan Upanishad.
Samhita adalah koleksi mazmur, mantera dan doa bagi menjalankan upacara
korban.
Brahmana merupakan himpunan prosa mengenai panduan menjalankan
upacara-upacara pemujaan
Ranyaka dan Upanishad merupakan tafsiran falsafah mengenai tuhan,
manusia dan dunia.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010
3. Seni Bina
Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim.
Agama-agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha
dan Islam.
Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang
Rumah-rumah kediaman dilengkapi dengan bilik tidur, bilik mandi dan bekalan
air.
Terdapat Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang
lurus, longkang dan terusan
Tempat mandi awam “The Great Bath“ menunjukkan kemahiran tinggi dalam
seni bina. The Great Bath yang berukuran 11.8 meter panjang , 7 meter lebar
dan 2.4 dalam - kolam mandi yang terdapat tangga dan serambi di
sekelilingnya.
Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah
Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora.
Kuil Mahapallipuram kuil termasyhur di India
Seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 sm. Sami-sami Buddha
mengasaskan Vihara yakni komuniti keagamaan untuk menyebarkan
pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata.
Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan
penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi, image hauses dan
chapter houses.
Lambang kemegahan terdiri daripada Golongan pemerintah (raja dan
bangsawan dan yang diperintah (rakyat). Sebagai contoh pembinaan Stupa
iaitu menara berbentuk kubah untuk memperingati golongan bangsawan dan
para alim pada zaman vedik. Stupa juga sebagai tempat menyimpan bahan
peninggalan si mati yang dibina di tepi sungai sebagai bahan tontonan.Contoh
stupa yang terkenal di Sanchi, Barhut, Sarnath dan Amarawati.
Kuil-kuil Jaina pada Zaman Jainisme didirikan dengan memotong batu-batu di
lereng bukit. Kuil yang terkenal ialah Kailasanatha di Ellora. Orang Jaina
membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri beratus-ratus rumah
berhala kecil.
Keunikan seni bina Hindu pula dilihat pada pembinaan kuil. Antara kuil Hindu
yang melambangkan keunikan seni bina Hindu ialah Kuil Rajarana dan
Lingaraja di Bhubaneshwar, Kuil Sasbahu di Gwalior, Kuil Kandariya dan
Mahadewa di Khajuraho dan Kuil Suria di Konarak.
4. Seni Lukis
5. Seni Muzik
KESIMPULAN: (2 markah)
BAHAGIAN B
SOALAN 9
PENDAHULUAN: ( 3 Markah )
1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong
perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan
mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda.
3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan
Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah
di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan
Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan
mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin
berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.
ISI:
Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )
Peranan di Makkah :
Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin
Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam
bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal
ketika dakwah dilakukan secara sulit.
Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula dengan rela hati membenarkan rumahnya
digunakan sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi
Muhammad. Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi
membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan
cara yang lebih berkesan.
Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin
yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan.
Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha
dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.
e. Berhijrah ke Madinah
Golongan Muhajirin sanggup berhijrah ke Makkah dan meninggalkan segala
kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut arahan Nabi berhijrah ke
Madinah. Ini ternyata merupakan satu pengorbanan yang amat besar ke atas
nilai keimanan umat Islam di Makkah.
Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin)
berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.
Peranan di Madinah
Peranan di Makkah
Peranan di Madinah
Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam
cepat tersebar.
Golongan Ansar telah dipersaudarakan atas dasar iman dan Islam dengan
golongan Muhajirin. Hasilnya telah mewujudkan ikatan yang sangat kuat
melebihi hubungan persaudaraan ikatan darah keturunan.
KESIMPULAN:( 1 Markah )
SOALAN 10
Jelaskan pelaksanaan konsep syura dalam proses pelantikan khalifah pada zaman
Khulafa al-Rasyidin.
PENDAHULUAN ( 3 markah )
ISI: Konsep Syura Dalam Proses Pelantikan Khalifah Pada Zaman Khulafa
Al-Rasyidin ( 4 x 5markah =20 markah )
4. Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam : nilai demokrasi apatah lagi
tiada pemilihan. Justeru itu perlantikan Khalifah Ali b Abi Talib r.a.dianggap tidak
demokratik malah penduduk Syam dan suku Bani Umayyah memang menentang
perlantikan ini. Dari sudut pandangan yang lain perlantikan secara paksa wajar
kerana negara tidak stabil dan memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa
dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah. Justeru itu pemilihan dan
perlantikan Khalifah Ali memang demokratik kerana memenuhi kriteria dan keadaan
darurat tersebut. Malah baginda juga mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah
dan Kufah.
Kesimpulan ( 2 markah )
1. Perlantikan khalifah dijalankan dengan pelbagai cara.
2. Namun ciri-ciri demokrasi tetap diamalkan oleh masyarakat Islam pada setiap
perlantikan.
SOALAN 11
Pendahuluan (3 markah)
5. Mempunyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi selaras sebagai seorang
pemimpin
Asas kepimpinan bertitik tolak daripada kepimpinan Nabi Muhammad sebagai
seorang Nabi dan Rasul yang mempunyai sifat bijaksana.
Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik
dan strategi ketenteraan.
Antaranya Rasulullah menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-
saf. Contoh dalam Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua
barisan – barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang
– bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan
pembawa bendera.
Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di
sekeliling kota Madinah dalam Perang Khandak( Ahzab ).
Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera
musuh. Misalnya dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324
orang (atau 313 orang).
Nabi Muhammad membentuk tentera Islam yang terdiri daripada tentera pejalan
kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan pemanah. Bilangan tentera
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu orang
dalam perang Tabuk.
Kesimpulan (1 markah)
2. Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor
utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.
3. Kesannya, tentera Islam telah mendapat pelbagai kejayaan dalam misi peperangan
mereka .
SOALAN 12
PENGENALAN: (3 markah)
ISI : Perkembangan sistem mata wang dalam ekonomi Islam (5 isi X 4 markah)
4. Mata wang Islam mula dicetak ketika zaman kerajaan Islam Bani Umaiyyah.
Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (685 M-705 M) khalifah
telah mengarahkan mata wang Islam dinar dan dirham dicetak buat pertama
kalinya di Damsyik pada tahun 691M dan 692 M, dan diulang cetak di Mesir,
Andalusia dan Wasit pada 693 M hingga 696 M.
Kilang-kilang mencetak wang telah didirikan di kota-kota utama seperti di
Damsyik, Mesir, Andalusia (Eropah ) dan Wasit (Iraq).
Mata wang Islam yang dicetak mengambil model Arab-Islam, iaitu mencatatkan
kalimah Allah dan mempunyai tanda mohor khalifah sebagai mengantikan figura
haiwan dan wajah pemimpin yang menjadi tradisi mata wang dinar Rom Timur
dan dirham Parsi.
Gabenor Iraq iaitu Hajjaj Yusuf al- Thaqafi dan Gabenor Mesir Abdul Aziz bin
Marwan juga telah mengarahkan mata wang dinar dan dirham dicetak.
Kesimpulan: (2 markah)
2. Perkembangan mata wang Islam telah mengalami pelbagai proses evolusi , bermula
dengan mengambil model mata wang Rom dan Parsi sehinggalah wujudnya mata
wang Islam yang beridentitikan Islam dapat digunakan sepenuhnya.
SOALAN 13
PENGENALAN (3 markah)
1. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil
alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu.
2. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang utama
di Nusantara.
3. Institusi pendidikan Islam di Acheh merupakan institusi yang tersusun dan
terancang.
4. Pendidikan asas bermula di Madrasah atau Meunasah, diikuti dengan pendidikan
menengah di Rangkang dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di Balee.
5. Pengajian Islam berkembang dengan pesat merangkumi tugas bahasa, iaitu fiqh,
usuluddin dan tasawuf.
6. Pendidikan di Acheh terbahagi kepada lima peringkat:-
Pendidikan dasar – madrasah
Pendidikan menengah – rangkang
Pendidikan tinggi di Ballee
Kumpulan beberapa Rangkang Ballee – melahirkan dayah
Pendidikan yang dijalankan di masjid seperti Masjid Baiturahman, Baiturahim
dan Bait Mushadah.
ISI : Perkembangan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Pada Abad Ke-17 Masihi
(5 isi X 4 markah = 20 markah)
2. Masjid
Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan juga pusat kegiatan umat Islam.
Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah
pertama.
Beberapa masjid dinaiktaraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti Masjid
Baiturahman.
3. Rangkang
Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di
rangkang atau disebut juga pondok, pasantren atau madrasah.
Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan
asrama.
Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang
dimiliki oleh guru yang mengajar.
Murid yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang
yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir.
Ada antara pelajarnya yang melanjutkan pelajaran ke Makkah, India dan Mesir.
Rangkang yang terkenal ialah yang terletak di Banda Acheh Barussalam.
Banyak ulama yang terkenal dari luar negara datang mengajar di situ dan
pelajar-pelajarnya juga datang dari pelbagai daerah.
Mata pelajaran yang diajar ialah Fekah, Ibadat, Tauhid, Tasawuf, Sejarah Islam
dan Sejarah Dunia dan juga Bahasa Arab.
Pelajar menggunakan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, selain
daripada buku-buku bahasa Arab yang juga banyak digunakan.
Ilmu umum turut diajar seperti Geografi, Sejarah dan Matematik.
4. Dayah
Di Acheh, Dayah disamakan dengan Sekolah Menengah Atas di Indonesia atau
Madrasah Aliyah.
Hampir setiap daerah nanggore (negeri) terdapat dayah.
Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakan
dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah
balai utama iaitu aula yang digunakan sebagai tempat belajar sembahyang.
Pusat Pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan Islam
tinggi yang pertama yang di Asia yang telah melahirkan banyak ulamak yang
menjadi pendakwah Islam di Nusantara.
Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-
kitab dari Arab.
Dua jenis dayah iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum.
Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus
untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan dan
sebagainya dengan menurut syariat Islam.
Antara dayah yang terkenal ialah Dayah Cot Kala,dan Dayah Teungku Chik.
Mata pelajaran yang diajar di Dayah Teungku Chik ialah bahasa Arab, Fiqh,
Jinayat(hukum pidana), Fiqh Munakahat (hukum perkahwinan), Fiqh Duali
(hukum tatanegara), Sejarah Islam, sejarah negara-negara, Ilmu Mantik,
Tauhid/Filsafat, Tasawuf, Akhlak, Ilmu Falak, Tafsir, Hadis dan sebagainya.
Menurut Beaulieu (pengembara Perancis) yang pernah mengunjungi Acheh
pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran Islam yang berkembang sejak
sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.
7. Jamiah/Universiti Baiturahman
Masjid Baiturahman dinaiktaraf menjadi Jamiah/Universiti Baiturahman.
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri telah mendirikan Masjid
Baiturahman yang digunakan semata-mata untuk dijadikan tempat menuntut
ilmu.
Terdapat 17 dar (fakulti) seperti FAkulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu
Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti Pertanian, Fakulti Peperangan dan lain-
lain lagi.
Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan juga
negara-negara Islam yang lain seperti Arab, Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi.
Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam
Syah (1607 – 1636), terdapat sebanyak 44 orang guru besar di Jamiah
Baiturahman (A.Hasjmy).
KESIMPULAN (2 markah)
1. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual Islam
seperti Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Hamzah Fansuri dll.
SOALAN 14
PENGENALAN
b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah
telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalangan
penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang
Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan
mazhab Syiah.
c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-
Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah
Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu
pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yang
banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah
yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah
Islam.
C.Kesimpulan (2 markah)
1. Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan
negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.
4. Dari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang
taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan
dikalangan umat Islam.
SOALAN 15
SKEMA A
Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa puak Norseman (orang Viking dari
Norway) adalah orang Eropah terawal merentasi Laut Atlantik dan menemui Benua
Amerika melalui sekurang-kurangnya lima pelayaran pada sekitar tahun 1000 Masihi.
Dalam tamadun Islam pula, penjelajahan umat Islam bermula seawal abad ke 7 Masihi
apabila agama Islam mula disebarkan di kota Makkah. Selepas itu, Barat banyak
mempelajari selok-belok pelayaran dan penerokaan daripada tamadun Islam yang
berjaya melakukannya hampir ke seluruh dunia. Menjelang abad ke-15 Masihi,
dominasi pelayar-pelayar Islam telah dipecahkan oleh penerokaan dan penjelajahan
kuasa-kuasa Barat seperti Portugis dan Sepanyol. Seterusnya diikuti pula oleh Belanda,
Inggeris dan Peranchis.
Persamaan Objektif:
1. Perdagangan:
Tamadun Barat
Tamadun Islam
2. Penyebaran Agama:
Tamadun Barat
Penjelajahan dan penerokaan Barat juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian
di luar Eropah. Para mubaligh Kristian dan pedagang-pedagang ingin meneroka
wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. Perang Salib yang berlaku antara
abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi merupakan ‘perang suci’ (holy war) bagi orang-
orang Kristian di Barat. Mereka berazam untuk meneruskan peperangan menentang
orang-orang Islam di timur. Di samping itu, mereka juga berhasrat menyebarkan
tamadun dan kebudayaan Barat yang dianggap lebih superior kepada masyarakat lain di
luar Eropah.
Tamadun Islam
Objektif P&P Islam juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk menyebarkan
dakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam
menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Di antara mereka ialah;
Sheikh Abdul Aziz yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan
Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik, Jawa.
Tamadun Barat
Perang Salib telah memberi peluang kepada bangsa Eropah untuk menimba ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang sains, perubatan, astronomi,geografi dan
matematik daripada dunia Islam. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang
berfikiran terbuka dan mempunyai cara pemikiran baru yang tercetus pada zaman
Renaissance di Eropah. Semangat inkuiri yang tinggi dalam kalangan masyarakat
Eropah telah mendorong mereka meneroka kawasan-kawasan baru untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pelayaran, astronomi, geografi dan
teknologi perkapalan. Mereka juga mendapat galakkan dan bantuan daripada
pemerintah.
Tamadun Islam
P&P yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambah ilmu
pengetahuan. Orang Islam dapat mempelajari ilmu-ilmu daripada tamadun lain seperti
India, Itali dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya
intelektual Yunani diterjemahkan ke bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan,
astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi
perkembangan intelektual Islam.
Perbezaan objektif:
4. Meluaskan Wilayah:
Tamadun Barat
Mulai abad ke-16 Masihi, raja-raja negara bangsa di Eropah bersaing untuk menambah
kekayaan, kekuasaan dan kemegahan melalui penaklukan koloni-koloni baru di Afrika,
Asia dan Amerika. Kawasan-kawasan ini dijajah untuk menguasai bahan mentah (galian
dan hasil pertanian), mencari sumber tenaga buruh (hamba abdi) dan sebagai tapak
pangkalan perdagangan.. Ia didorong oleh perkembangan sistem ekonomi kapitalisme
dan dasar merkantilisme yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah
kekuasaan dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
http://sejarahstpm.blogspot.com/ SMK DARY 2010
Skema Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 2010
Tamadun Islam
Berbeza dengan objektif pemimpin negara Islam. Bagi memperkukuhkan politik Islam,
banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam untuk memerangi
penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Rom dan Parsi terhadap
rakyat di wilayah taklukan mereka.Semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan dan
Walid bin Abdul Malik, seluruh Afrika Utara, Semenanjung Iberia (Andalus) dan India
Utara dikuasai oleh Islam. Pada zaman Turki Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih
berjaya menguasai Constantinople daripada penguasaan Rom dan menjadikannya
pusat perdagangan dan kebudayaan Islam yang terkenal.
5. Dorongan Agama:
Tamadun Barat
Walau pun ada usaha-usaha daripada pemimpin Barat dan mubaligh menyebarkan
agama Kristian ke negara-negara lain, tidak terdapat bukti yang mengaitkannya dengan
tuntutan atau dorongan agama. Institusi gereja lebih bersifat mengongkong pemikiran
masyarakat Eropah dan ditentang oleh masyarakat Barat menjelang abad ke-16 Masihi.
Tamadun Islam
Sebaliknya bagi orang-orang Islam pula, usaha penerokaan dan penjelajahan juga
dituntut oleh agama. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang mendorong umat Islam keluar
melakukan penjelajahan dan penerokaan seperti firman Allah dalam beberapa surah;
contohnya surah al-Jumuah:ayat 9, surah al-Mukmin: ayat 82 dan surah al-Haj:ayat 46.
SKEMA B
ATAU
A. Pengenalan
B. Isi-isi penting :
1. Penyebaran Agama
Para pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Saad b
Abi Waqas telah berdakwah di China. Selain itu, Syeikh Abdul Aziz dan Maulana Malik
Ibrahim dihantar ke alam Melayu. Muaz b Jabal pula dihantar ke Yaman untuk
berdakwah di sana. Pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Umat Islam telah menjelajah
hingga ke Parsi, Rom, dan China untuk menyebarkan Islam.
Begitu juga orang Eropah dalam Tamadun Barat menjelajah untuk menyebarkan agama
Kristian. Orang Kristian dan Islam bermusuhan sejak perang salib. Oleh itu, orang
Kristian berhasrat untuk menghapuskan pengaruh Islam dan menggantikannya dengan
agama Kristian. Caranya ialah mereka menguasai jalan perdagangan dan
menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai oleh orang Islam di Eropah dan
Asia. Idea penjelajahan juga disokong oleh pihak gereja dan raja-raja Eropah. Oleh
itu,agama kristian cuba disebarkan ke seluruh dunia menyebabkan mereka gemar
menjelajah ke benua Afrika dan Asia.
Bidang geografi dan pelayaran telah diteroka oleh umat Islam. Selepas wilayah Islam
berkembang luas, pengetahuan umat Islam semakin bertambah tentang kedudukan
sebuah negara dan bumi. Para intelektual slam mempelajari pelbagai ilmu seperti
astronomi, geografi,perubatan daripada peradaban-peradaban lain.
Begitu juga dalam tamadun barat melakukan penerokaan dan penjelajahan bertujuan
meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui perkembangan teknologi perkapalan orang
Eropah telah membina kapal-kapal laut yang kukuh. Di samping itu bidang geografi juga
menggalakkan penjelajahan. Perkembangan dalam bidang pelayaran turut disebabkan
oleh kesedaran orang Eropah tentang konsep bumi bulat dan boleh dijelajah dengan
selamat. Oleh itu, ilmu penting sebagai faktor penggalak penerokaan dan penjelajahan
barat.
3. Kegiatan Perdagangan
Begitu juga dengan Tamadun Barat, mereka datang ke timur untuk mendapatkan
keperluan barangan seperti rempah, sutera, dan lain-lain. Faktor ini dapat memecahkan
monopoli dan penguasaan pelabuhan- pelabuhan Itali terhadap barangan timur.
Penemuan jalan laut mempercepat proses perdagangan antara barat dan timur.
Pada zaman Umaiyah, Khalifah al Walid b Abd Malik Islam telah bertapak di China,
India, Asia tengah, Utara Afrika dan Sepanyol. Pemerintah Islam berusaha
memperkukuh politik Islam di seluruh Afrika Utara dari pantai Atlantik hingga Laut
Merah.
Begitu juga dengan Tamadun Barat, perkembangan fahaman kapitalisme pada abad ke-
16 dan 17 dan konsep merkantilisme membantu perkembangan perdagangan. Oleh itu,
orang Eropah berusaha meneroka dan menjelajah benua Asia dan Afrika untuk
mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka. Pengukuhan kuasa dan pengaruh ini
meningkatkan penguasaan terhadap perdagangan di kawasan tersebut.
Dalam Tamadun Islam, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak
jauh dari petempatan mereka mendorong umat Islam melakukan aktiviti penerokaan dan
penjelajahan.
Begitu juga Tamadun Barat, Zaman Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu
dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka mula menumpukan terhadap falsafah dan
pemikiran yang moden daripada pemikiran yang kuno
Dalam Tamadun Islam penerokaan dan penjelajahan bertujuan memerhati ciptaan Allah
dan menghadapi cabaran semasa pelayaran. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat
kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi.
9. Dorongan al-Quran
Umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan didorong oleh seruan al-Quran.
Contohnya Firman Allah yang bertmaksud “Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi, maka
perhatikanlah bagaimana Allah swt. menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian
Allah swt. menjadikannya sekali lagi.
C. Kesimpulan (2M)
SOALAN 16
PENGENALAN (3 markah)
1. Keseniaan berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “ kemahiran, cara atau
kaedah.
2. Dalam konteks tamadun awal, hasilan manusia yang halus dan indah dalam
segala bentuk perdagangan dan profesion dapat juga diistilahkan sebagai
“kesenian”.
3. Konsep seni bina.
a. Maksud seni bina ialah kecekapan merancang dan membuat bangunan
yang indah sesuai maksud dan tujuan.
b. Seni bina melibatkan peralatan,kekukuhan dan memberi kesenangan dan
keselesaan kepada pemilik .
4. Latar belakang seni bina Rom - dipengaruhi oleh seni bina Etruscan dan Yunani.
5. Seni bina Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w dengan
pembinaan mesjid Quba dan Nabawi.Bidang seni semakin berkembang bermula
zaman Khalifah Umar al Khattab.
ISI: Perbandingan Ciri Seni Bina Islam Dengan Seni Bina Rom. (5 ISI X 4 markah)
1. Tujuan
2 Kegunaan
Senibina Rom
3. Keselesaan
4. Struktur binaan
5. Kekemasan bangunan.
Senibina Rom
sama juga dengan seni bina Islam dihiasi dengan kemasan marmar dan
mozek.
Bangunan Pantheon yang dibina oleh Maharaja Hadrian (125M) telah
diperkenalkan dengan hiasan mozek, lapis dinding daripada batu marmar ,
lantai yang bercorak serta struktur kubah yang dapat berdiri sendiri ,
6. Reka bentuk
KESIMPULAN (2 markah)
1. Kedua-dua tamadun mempunyai perbezaan yang jelas dalam motif dan pelaksanaan
seni binanya. Tamadun Rom lebih kepada keindahan dan kemegahan sebaliknya
dalam Tamadun Islam selain menekankan kepada keindahan ia juga menitik
beratkan soal ketuhanan.