Anda di halaman 1dari 1

5335, Lorong Kenangan 1,

Taman Kenangan,
09410 Padang Serai,
Kedah Darul Aman.

____________________________________________________________________________

Guru Tahun Dua Arif,


Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan
09410 Padang Serai,
Kedah Darul Aman. 10 MAC 2009

Cikgu,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

Berhubung dengan perkara diatas, saya ingin memaklumkan bahawa adik saya Nur Damia
Natasha Binti Abdullah dari Tahun Dua Arif tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari
bermula dari hari ini.

2. Untuk makluman cikgu, adik saya telah disahkan oleh doctor mendapat demam
selesema hingga menyebabkannya pening-pening serta muntah. Hal ini menyebabkan adik
saya tidak dapat belajar dengan selesa.

3. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat akuan doctor yang merawat adik saya serta
surat cuti sebanyak dua hari yang diberikan kepadanya.

Kerjasama dan perhatian daripada cikgu amatlah kami sekeluarga hargai dan kami
dahulukandengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,
Nur Damia Batrisya
……………………………………….
(NUR DAMIA BATRISYA BT ABDULLAH)

Anda mungkin juga menyukai