Anda di halaman 1dari 2

TARIKH AKHIR SERAHAN MAKLUMAT PEMBACAAN BUKU

UNTUK DIREKOD DALAM KAD BIRU(KAD LDP) :


10 NOVEMBER 2010
(RABU)
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU
BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

1. BILANGAN BUKU
1.1 Bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan hari kursus
yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari berkursus.

2. PEMILIHAN BUKU
2.1 Buku yang dipilih hendaklah mendapat persetujuan dan pengesahan dari Ketua
Jabatan masing-masing. Buku yang diulas hendaklah dibawa sewaktu
pembentangan.
2.2 Borang Pembacaan Buku seperti di Lampiran 1 yang telah dilengkapkan hendaklah
disahkan oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan semasa hari pembentangan.
2.3 Buku yang dipilih mestilah berbentuk ilmiah sahaja. Buku-buku yang menimbulkan
kontroversi dan menyentuh isu-isu sensitif adalah tidak dibenarkan.
2.4 Jumlah muka surat minimum bagi buku yang dipilih adalah sekurang-kurangnya 50
muka surat.
2.5 Tahun penerbitan buku adalah tidak lebih dari 7 tahun dari tahun semasa

3. KANDUNGAN SINOPSIS BUKU


3.1 Penulisan sinopsis buku perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Ringkasan Eksekutif
Merangkumi maklumat ringkas mengenai buku yang dibaca (penulis, tujuan
buku ditulis dan kumpulan sasaran), analisis kandungan buku serta
kesimpulan / rumusan.
3.1.2 Pembelajaran Yang Diperolehi
Menyatakan secara jelas mengenai ilmu, kemahiran dan dapatan yang
diperolehi daripada bahan bacaan tersebut.
3.1.3 Aplikasi Di Dalam Organisasi
Menyatakan secara jelas bagaimana pengetahuan dan pembelajaran yang
didapati daripada buku tersebut boleh diaplikasikan di dalam organisasi atau
tugasan harian.

4. FORMAT PENULISAN SINOPSIS BUKU


4.1 Perisian
Microsoft Word
4.2 Jumlah Muka Surat
Pegawai perlu menyediakan sinopsis buku minimum tiga (3) muka surat dan
maksimum
lima (5) muka surat.
4.3 Jenis / Saiz / Jarak Tulisan
Semua ulasan perlu disediakan menggunakan tulisan Arial bersaiz 12 dan selang
antara setiap baris ayat adalah 1.5.
TARIKH AKHIR SERAHAN MAKLUMAT PEMBACAAN BUKU
UNTUK DIREKOD DALAM KAD BIRU(KAD LDP) :
10 NOVEMBER 2010
(RABU)
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU
BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS DI
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH

1. BILANGAN BUKU
1.1 Bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan hari kursus
yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari berkursus.

2. PEMILIHAN BUKU
2.1 Buku yang dipilih hendaklah mendapat persetujuan dan pengesahan dari Ketua
Jabatan masing-masing ( Buku yang diulas hendaklah dibawa bersama semasa
pengesahan).
2.2 Borang Pembacaan Buku seperti di Lampiran 1 yang telah dilengkapkan hendaklah
disahkan oleh Ketua Jabatan.
2.3 Buku yang dipilih mestilah berbentuk ilmiah sahaja. Buku-buku yang menimbulkan
kontroversi dan menyentuh isu-isu sensitif adalah tidak dibenarkan.
2.4 Jumlah muka surat minimum bagi buku yang dipilih adalah sekurang-kurangnya 50
muka surat.
2.5 Tahun penerbitan buku adalah tidak lebih dari 7 tahun dari tahun semasa

3. KANDUNGAN SINOPSIS BUKU


3.1 Penulisan sinopsis buku perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
3.1.1 Ringkasan Eksekutif
Merangkumi maklumat ringkas mengenai buku yang dibaca (penulis, tujuan
buku ditulis dan kumpulan sasaran), analisis kandungan buku serta
kesimpulan / rumusan.
3.1.2 Pembelajaran Yang Diperolehi
Menyatakan secara jelas mengenai ilmu, kemahiran dan dapatan yang
diperolehi daripada bahan bacaan tersebut.
3.1.3 Aplikasi Di Dalam Organisasi
Menyatakan secara jelas bagaimana pengetahuan dan pembelajaran yang
didapati daripada buku tersebut boleh diaplikasikan di dalam organisasi atau
tugasan harian.

4. FORMAT PENULISAN SINOPSIS BUKU


4.1 Perisian
Microsoft Word
4.2 Jumlah Muka Surat
Pegawai perlu menyediakan sinopsis buku minimum tiga (3) muka surat dan
maksimum
lima (5) muka surat.
4.3 Jenis / Saiz / Jarak Tulisan
Semua ulasan perlu disediakan menggunakan tulisan Arial bersaiz 12 dan selang
antara setiap baris ayat adalah 1.5.

Anda mungkin juga menyukai