Anda di halaman 1dari 7

PJM 3106 ANATOMI DAN FISOLOGI

LAPORAN TUTORIAL
MINGGU KE-3 (ii)

SISTEM OTOT

NAMA: NOOR ‘AINNABILA BT MUHAMAD ZAKARIA


NO K/P : 900908-06-5298
UNIT: PISMP SEM3 PSV 2/ PJ/ BM
SISTEM OTOT

Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil
daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan
dan pemanjangan otot.

Komponen Sistem Rangka


i. Fiber otot
• Merupakan sel-sel otot
• Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.
• Berjalur dan bersaiz besar.
• Diameter diantara 10-100 µm
• Panjang sehingga 40cm
ii. Tisu penghubung
• Endomisium
Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali
sebagai endomisium
• Perimisium
Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot
bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
• Epimisium
Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu
penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium
iii. Tendon
• Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang
• Tendon tidak begitu kenyal
• Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi
• Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

iv. Ligamen
• Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan
yang boleh bergerak.
• Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada
kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

v. Kartilej
• Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti
hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.
• Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran
antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.
Fungsi Otot

i. Menghasilkan pergerakan
Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan
menulis.
ii. Mengekalkan postur
Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan
mengekalkan postur.
iii. Menstabilkan sendi
Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga
membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.
iv. Menghasilkan haba

Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi
mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada
badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka

Jenis- jenis Otot


 Otot rangka
 Otot kardiak
 Otot licin
 Otot rangka
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Melekat pada tulang atau kuli
Bentu sel Tunggal, panjang dan berjalur
Kekerapan kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
Kelajuan kontraksi Dari perlahan ke cepat
Rentak kontraksi -

 Otot kardiak
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding jantung
Bentu sel Berangkai dan berjalur
Kekerapan kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung
Kelajuan kontraksi Perlahan
Rentak kontraksi Ada

 Otot licin
Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan
saluran jantung
Bentu sel Tunggal dan tidak berjalur
Kekerapan kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh sistem saraf, bahan kimis dan
regangan.
Kelajuan kontraksi Sangat Perlahan
Rentak kontraksi Ada pada otot tertentu.

Ciri-ciri Otot

i. Kebolehujaan
• kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap
rangsangan yang diterima.
ii. Kebolehkucupan
• keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima
rangsangan.

iii. Kebolehpanjangan
• keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal

Otot-otot rangka yang utama

Anda mungkin juga menyukai