Anda di halaman 1dari 4

ESEI

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malayia.

Sambutan hari perayaan di negara kita meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri ,Tahun

Baru China, dan Deepavali serta pelbagai lagi jenis perayaan tradisi kaum minoriti di

negara kita. Ketika perayaan-perayaan ini disambut suasananya pasti diwarnai dengan

kegembiraan,ketenangan, kemeriahan yang disulami dengan pelbagai jenis hidangan

makanan. Semua rakyat ini pasti menantikan setiap perayaan dengan penuh debaran dan

semangat tinggi. Oleh itu, sudah pasti terdapat banyak kebaikan dan faedah jika sambutan

perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Sudah menjada kelaziman bagi masyarakat Malaysia menyambut perayaan dengan

mengadakan majlis rumah terbuka. Kehadiran Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru China,

Deepavali dan Krismas tidak lengkap dan meriah jika tidak diadakan rumah terbuka.

Konsep rumah terbuka begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia. Rumah terbuka

merupakan satu hari yang dupilih seseorang bagi memberi peluang kepada sahabat

handal, saudara- mara, jiran tertangga dan komuniti serta masyarakat setempat untuk

melawat, mengunjungi, saling bekenal mesra, disamping meraikan bersama sesuatu

perayaan. Kunjungan yang diwujudkan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya

komunikasi, interaksi antara kaum tanpa mengira agama dan bangsa. Oleh itu, perayaan

mampu memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua di negara ini.


Interaksi yang wujud ketika kunjung- mengunjung akan meningkatkan pengetahuan

masing-masing akan budaya kaum yang lain. Permahaman sebegini menjadikan

masyarakat lebih faham akan tidakan seseorang daripada kaum yang berbeza berkenaan

sesuatu perkara dengan jelas dan menyaluruh. Seterusnya, ini akan melahirkan

masyarakat yang saling hormat- menghormati, bersefahaman dan bermuafakat.

Sekaligus membentuk sebuah masyarakat majmuk yang muhibah dan harmoni.

Walaupun negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, namun ini

sedikitpun tidak menggugat kedamaian dan keamanan negara. Inilah lambang identiti

negara dan keunikan nagaraku Malaysia. Oleh itu, sudah pasti kita berbangga menjadi

rakyat Malaysia. Tuntasnya, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya

kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Malah, imej negara juga turut dipandang tinggi oleh masyarakat dunia terutamanya

pelancongan asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika

rakyatnya berbilang kaum dan ideologi pada kaca mata masyarakt antarabangsa.

Kejayaan Malaysia mengekalkan keamananya banyak bergantung kepada keupayaan

rakyat negara ini menya,but perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan, semangat

muhibah dan bersatu padu. Jelaslah, perayaan di negara ini membuktikan satu imej yang

positif kepada negara dan dengan begitu mudah seterusnya mengukuhkan semangat setia

negara.

Kesimpulanya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara

ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan yang

dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak faedah daripada


sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan mewujudkan

kesinambungan perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga

akan dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

Malaysia. Konsep satu Malaysia pasti berjaya direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai