Anda di halaman 1dari 11

Tokoh-tokoh pemikiran Islam.

1. Ibnu Khaldun

Biodata

Nama lengkapnya adalah Waliuddin Abdurrahman bin Muhammad bin


Muhammad bin Abi Bakar Muhammad bin al-Hasan yang kemudian masyhur dengan
sebutan Ibnu Khaldun. Dilahirkan pada 27 Mei 1332, di Tunisia dan meninggal pada 17
Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang
memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal
bahasa arab daripada bapanya sendiri, menpelajari Al-Quran semasa masih kecil dan
menghafalnya ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama
seperti fiqah, tafsir, hadis,dan ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan
matematik daripada beberapa sarjana yang terkenal pada masa itu. Ibn Khaldun
merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa
kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut
mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam
karyanya Muqqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di
Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan


Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada
Pedro Kejam Castile “The Cruel of Castile”. Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada
Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di
Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh
Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai
orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol,
dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan
Sultan Faraj.
Ibn Khaldun terkenal sebagai seorang cendiakawan dan tokoh ilmuwan melalui
karyanya yang masyhur iaitu Muqqaddimah. Buku ini telah diterjemahkan oleh Frantz
Rosenthal ke dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam tiga jilid. Jilid Pertama
menghuraikan tentang pensejarahan dan faktor-faktor naik turunnya sesebuah
Kerajaan. Jilid Kedua adalah mengenai ekonomi, kerajaan dan jenis-jenis ilmu
pengetahuan serta pekerjaan yang wujud di dalam masyarakat Afrika Utara ketika itu.
Jilid Ketiga adalah mengenai hal-hal keagamaan. Pandangan Ibn Khaldun dikagumi
tokoh-tokoh sejarah dunia seperti Bernard Lewis, Arnold Toynbee, P.K.Haiti, Kofi Annan
dan lain-lain.

Pemikiran Ekonomi: Teori Sistem Pasaran

Pada asasnya Ibn Khaldun telah mengemukakan teori sistem pasaran bebas
akan tetapi kebebasan yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ini mempunyai batas-
batasnya dimana ia memerlukan kepada pengawalan sikap dan emosi serta nilai-nilai
lain yang perlu dalam menjaga keharmonian masyarakat. Ibnu Khaldun juga
membincangkan soal pengaruh penawaran terhadap harga .
Beliau berkata: “….apabila barangan yang dibawa keluar itu sedikit dan berkurangan,
harganya akan naik. Sebaliknya apabila negeri itu berdekatan dan perjalanannya
selamat, akan terdapat ramai peniaga yang mengangkut barang, oleh itu barang akan
berlebihan dan harganya akan jatuh…”

Menurut keterangan daripada Ibnu Khaldun di dalam bukunya Muqqaddimah


sebagaimana diatas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya akan mengalihkan keluk
penawaran ke atas dimana tidak ada apa-apa perubahan ke atas keluk permintaan
menyebabkan harga akan naik kerana barangan semakin kurang dikeluarkan. Jika
semakin banyak barang ditawarkan maka harga akan menjadi lebih murah.

Dari segi barangan pula Ibn Khaldun telah membahagikannya kepada 2


bahagian iaitu barangan daruriyyah dan kamaliyyah. Daruriyyah merupakan barangan
yang memenuhi keperluan asas diri seperti tempat tinggal, pakaian perubatan dan
pendidikan. Tanpa barangan ini seseorang itu akan mengalami kesusahan dalam
mengharungi kehidupan. Kamaliyyah pula adalah barangan yang dikategorikan
sebagai barangan mewah. Ibnu Khaldun berpendapat barangan ini diminta segelintir
individu dan ianya hanya ditawarkan sedikit sahaja kerana barangan ini akan meningkat
harganya.

Ibnu Khaldun dalam penulisannya ada mengemukakan tiga faktor yang


mempengaruhi tingkat harga di pasaran iaitu:
1)Permintaan ke atas barang sepertimana yang telah dijelaskan.
2)Kos pengeluaran
3)Tahap kekayaan atau jumlah pendapatan.

Beliau berkata bahawa “Kos pekerja dan buruh adalah mahal di bandar-bandar
yang membangun dan bertamadun. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perkara
ini. Pertama, keperluan yang banyak kerana tempat-tempat mewah yang terdapat di
bandar-bandar. Kedua, pekerja-pekerja industri meletakkan nilai yang tinggi pada
kebolehan dan skil yang mereka miliki. Ketiga, orang ramai memiliki wang yang banyak
untuk dibelanjakan dan mereka mempunyai banyak keperluan yang memerlukan
khidmat orang lain untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut.”

Walaupun Ibnu Khaldun mengiktiraf sistem ekonomi pasaran bebas, akan tetapi
beliau amat menitikberatkan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal
pasaran. Beliau menekankan kepada perlunya institusi Al-Hisbah, dimana al muhtasib
akan berperanan dalam mengawal operasi pasaran, mencegah penipuan dalam
timbangan dan sukatan serta lain-lain lagi.

2. Imam Al-Ghazali.

Biodata

Beliau bernama Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ath
Thusi, Abu Hamid Al Ghazali. Lahir di desa Gazalah, di Tus, sebuah kota di Persia
pada tahun 450 H atau 1058 M. Asal usul beliau adalah dari keluarga yang kuat agama.
Pendidikan Al-Ghazali sewaktu zaman kanak-kanak adalah di kampung asalnya.
Setelah ayahnya wafat, beliau dan saudaranya dididik oleh seorang sufi yang mendapat
wasiat dari ayahnya untuk mengasuh mereka, iaitu Ahmad bin Muhammad Ar-Razikani
At-Tusi, seorang ahli tasawuf dan fiqih dari Tus.

Imam Al Ghazali merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam kalangan
kaum muslimin. Tokoh terkemuka dalam kancah falsafah dan tasawuf. Pengaruh dan
pemikiran ekonomi beliau yang mantap telah menyebar ke seantero dunia Islam.
Ironisnya sejarah dan perjalanan hidupnya masih agak terasing. Kebanyakan kaum
muslimin kurang memahaminya. Pemikiran  al-Ghazali mengenai berbagai
permasalahan ekonomi terdapat dalam kitab Ihya ’Ulum al-Din. Beberapa tema
ekonomi yang dapat diangkat dari pemikiran al-Ghazali ini antara lain mencakupi
pertukaran sukarela dan evolusi pasar, aktiviti pengeluaran, sistem barter dan evolusi
wang, serta peranan negara dan kewangan umum.

Pemikiran Ekonomi: Teori Aktiviti Pengeluaran

Al-Ghazali menganggap kerja sebagai sebahagian daripada ibadah seseorang.


Bahkan secara khusus, beliau berpendapat bahawa pengeluaran barang-barang
merupakan tuntutan wajib (Fardu al-Kifayah). Dalam hal ini, pada prinsipnya, negara
harus bertanggung jawab dalam menjamin keperluan masyarakat terhadap barang-
barang keperluan.

Pengagihan aktiviti pengeluaran yang diberikan oleh al-Ghazali hampir mirip


dengan pengagihan yang terdapat pada masa ini.Beliau membahagikan aktiviti
pengeluaran kepada tiga kelompok berikut:

 Industri asas, yakni industri-industri yang menjaga kelangsungan hidup


manusia. Kelompok ini terdiri dari empat jenis aktiviti, yakni agrikultur untuk
makanan, tekstil untuk pakaian, pembangunan untuk perumahan, dan aktiviti
negara, termasuk penyediaan insfrastruktur, khususnya untuk memudahkan
barang-barang keperluan dan untuk meningkatkan antara pihak-pihak yang
terlibat dalam pengeluaran.
 Aktiviti penyokong, yakni aktiviti yang bersifat tambahan bagi industri asas,
seperti industri baja, eksplorasi dan perkembangan tambang serta sumber daya
hutan.

 Aktiviti pelengkap yang berkaitan dengan industri asas,seperti pembakaran


produk- produk agrikultur.

Beliau mengatakan bahawa kelompok pertama adalah kelompok yang paling


penting dan peranan pemerintah sebagai medium terkuat dalam kelompok ini cukup
kritikal.

Al-Ghazali juga mengakui adanya tahapan pengeluaran yang beragam sebelum


produk itu digunakan. Tahapan dan keterkaitan produksi yang beragam mensyaratkan
adanya pembahagian kerja, koordinasi dan kerjasama. Beliau menghuraikan
argumennya dengan menggunakan contoh jarum:

”bahkan jarum yang kecil itu menjadi berguna hanya setelah melewati tangan-tangan
pembuat jarum sebanyak 25 kali, setiap kali melalui proses yang berbeza.”

3. Umar Chapra

Biodata

Muhammad Umer Chapra adalah tokoh ekonomi Islam kontemporari yang


sangat produktif dan inovatif dalam penulisan. Muhammad Umer Chapra lahir pada
tahun 1933. Ia adalah warga Kerajaan Arab Saudi yang merupakan seorang pakar
ekonomi yang berasal dari Pakistan. Pada tahun 1956, beliau meraih gelaran M.B.A.
(M.Com.) dari University of Karachi dan mendapat gelaran doktor dalam bidang
ekonomi dari University of Minnesota, Minneapolis dengan predikat summa cum laude.
Dalam hal pemikiran ekonomi, beliau begitu menekankan tentang sistem monoter Islam
.
Pemikiran Ekonomi: Sistem Monoter Islam

• Menganalisa pelbagai masalah yang berkaitan dengan sistem perbankan dan


kewangan islam

• Terdapat 8 bab dibahaskan;

Perbahasan mengenai sasaran dan strategi sistem perbankan dan kewangan


dalam ekonomi islam.

Perbahasan tentang akibat riba dalam islam (al-quran, hadis, literasi fiqh)

Alternatif mengelak riba

 Pembiayaan lewat penyertaan modal(ekuiti perbankan)

 Membuat saluran untuk penyertaan modal

 Perkongsiaan

 Mudharabah,

 Musyarakah

 Koperasi

Reformasi fundamental sebagai penyelesaian elak kegiatan riba

 Tabungan dan pelaburan

 Pembiayaan lewat penyertaan modal

 Mengurangi kekuasaan bank


 Mewujudkan bursa yang sihat

Masalah yang timbul kerana terdapat penghapusan riba dan memperlihatkan


alasan di sebalik larangan riba.

Pendirian lembaga institusi yang secara prinsipnya berbeza dengan institusi


konvensional dalam hal lingkup dan tanggungjawab

Pengelolahan kebijakan mengawasi dalam lembaga yang baru

Mengevaluasi program yang diajukan sesuai dengan tujuan yang dibahas pada
bab pertama dan diakhiri dengan bab kesembilan yang merupakan bab
kesimpulan.

4. Sayyid Abul Ala Al-Maududi

Biodata

Sayyid Abul A’la Maududi adalah merupakan tokoh penting dalam isu
kebangkitan Islam pada abad ke-20. Tafsiran Islamnya menjadi asas pemikiran
kebangkitan Islam mutakhir. Ditunjangi oleh kemampuannya dalam menulis,
pemikirannya berpengaruh besar pada pemikir Muslim mutakhir, dari Mindanao sampai
Maghribi. Beliau lahir di Aurangabad India Selatan, pada 25 September 1903 (3 Rajab
1321). Beliau lahir dalam keluarga syarif (keluarga tokoh Muslim India Utara) dari Delhi,
yang bermukim di Deccan. Keluarga ini berketurunan wali sufi besar tarekat Chishti
yang membantu menanamkan benih Islam di bumi India.

Maulana adalah salah satu tokoh pemikir Islam yang banyak menyumbang
kepada perkembangan ekonomi Islam itu sendiri. Maulana Maududi menerima konsep
yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan
sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Beliau menyatakan umat
Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.Maulana Maududi
mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al
Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.Beliau menyatakan
bahawa Al-Quran dan Sunnah merupakan pegangan utama yang wajib setiap umat
Islam berpegang padanya. Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan
dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah
pasti .Antara karya beliau yang boleh dijadikan contoh ialah Economics System of
Islam, Human Rights in Islam,dan Economic Problem of Man and its Islamic Solution.

Pemikiran Ekonomi: Teori Keadilan Dalam Pengagihan

Konsep ini merupakan konsep penting dalam ekonomi Islam. Konsep ini
menyatakan bahawa persamaan pengagihan dalam ekonomi Islam memerlukan
regulasi tegas mengenai hak sama rata dalam soal pengagihan. Pengagihan harta
yang dilakukan berdasarkan konsep ini tidak mengira bangsa, agama dan pangkat.
Melalui konsep ini juga amalan negatif seperti riba dapat dielakkan. Maulana turut
menyatakan bahawa riba diharamkan dalam seluruh operasi sistem ekonomi
Islam.Beliau juga menambah tidak ada sebarang kesulitan yang dijadikan sebagai
alasan untuk mencapai ekonomi yang bebas riba.

Untuk itu, Maulana telah mengemukakan pemikirannya dengan menyatakan


bahawa zakat wajib dikeluarkan oleh setiap adalah sebagai menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bagi beliau, zakat dari sudut ekonominya
bertujuan untuk mencipta dana yang dapat membantu golongan yang kurang
berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya menurut Islam dari segi ekonominya.
Misalnya, meningkatkan taraf hidup individu tersebut. Zakat juga dapat digunakan untuk
pembangunan sosial lain. Tambahan beliau, secara dasarnya zakat yang dikeluarkan
adalah bertujuan untuk memenuhi hak-hak orang yang telah ditentukan oleh Allah.

Hal ini bersesuaian dengan konsep keadilan dalam pengagihan menurut Islam
iaitu Islam tidak membezakan seseorang itu berdasarkan kemewahan yang dimilikinya
sebaliknya Islam menekankan umatnya supaya mencari harta yang halal.

5. Ibnu Taimiyyah

Biodata
Nama lengkap ulama ini adalah Ahmad bin Abdis Salam bin Abdillah bin Al-
Khidir bin Muhammad bin Taimiyah An-Numairy al-Harrany al-Dimasyqy. Beliau
dilahirkan di Harran, sebuah kota induk di Jazirah Arabia yang terletak di antara
sungai Dajalah (Tigris) dan Efrat, pada hari isnin, 12 Rabi'ul Awal 661 H (1263 M).
Beliau merupakan Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyah. Ketokohan dan keilmuannya sangat
disegani. Hal ini demikian kerana penguasaan ilmunya yang meluas serta penghasilan
ribuan buku sebagai karyanya. Pelbagai gelaran diberikan kepada Ibnu Taimiyah,
antaranya adalah Syaikhul Islam, Imam, Qudwah, dan sebagainya. Pada awalnya, Ibnu
Taimiyah tinggal di kampung halamannya di Harran. Namun, ketika berlaku serangan
dari tentara Tartar, beliau bersama keluarganya telah berpindah ke Damsyik.. Mereka
berhijrah pada waktu malam untuk menghindari serangan tentera Tartar tersebut.
Mereka membawa sebuah almari besar yang berisi kitab-kitab besar karya para ulama.
Malah, bapa Ibnu Taimiyah juga merupakan seorang ulama yang gemar belajar dan
menuntut ilmu. Bapa beliau juga berharap, kitab-kitab yang dimilikinya dapat diwariskan
kepada Ibnu Taimiyah.

Pemikiran Ekonomi; Mekanisme Pasaran

Ibnu Taimiyah berkata:


"Naik dan turunnya harga tak selalu berkait dengan kezaliman (zulm) yang dilakukan
seseorang. Sesekali, alasannya adalah adanya kekurangan dalam pengeluaran atau
penurunan import dari barang-barang yang iminta. Jadi, jika memerlukan peningkatan
jumlah barang, sementara kemampuannya menurun, harga dengan sendirinya akan
naik. Di sisi lain, jika kemampuan penyediaan barang menigkat dan permintaannya
menurun, harga akan turun.Kelangkaan dan kelimpahan tak mesti diakibatkan oleh
perbuatan seseorang. Bisa saja berkaitan dengan sebab yang tak melibatkan
ketidakadilan. Atau, sesekali, boleh juga disebabkan ketidak adilan. Maha Besar Allah,
yang menciptakaan kemahuan pada hati manusia .... (Ibnu Taimiyah, Majmu 'fatawa)
dikutip dari AA Islahi.
Ungkapan ini menunjukkan bahawa ada kebiasaan yang berlaku di zaman ibnu
Taimiyah bahawa kenaikan harga seringkali diakibatkan oleh ketidakadilan para pelaku
pasar.Pandangan ini ditolak oleh ibnu Taimiyah dengan mendedahkan bahawa
kenaikan harga tidak selamanya disebabkan zulm (ketidakadilan). Ada factor lain yang
mempengaruhi yakni kekuatan pasaran antara supply dan demand.
Dalam kitab Fatawa. Ibnu taimiyah menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
permintaan: (ekonomi Islam) dan konsekuensinya terhadap harga:
1. Ar-Raghabah (keinginan) atas barang-barang berbeza dan seringkali
berubah. Hal ini turut dipengaruhi oleh berlimpah atau langkanya suatu
barang. Semakin langka semakin ia diminati oleh masyarakat. Dalam
konvensional factor ini dikenali dengan istilah preference (minat).
2. Jumlah orang yang meminta. Semakin banyak orang yang meminta dalam satu
jenis barang dagangan, maka semakin mahal harga barang
3. kuat atau lemahnya permintaan. Keperluan tinggi dan kuat, harga akan naik lebih
tinggi berbanding jika peningkatan keperluan itu kecil atau lemah.
4. high pembeli (al-mu'awid). Harga juga berubah-rubah, sesuai dengan siapa saja
transaksi tersebut dilakukah. Pembeli yang mempunyai kredibiliti yang buruk,
sering bankrut, mengulur-ulur bayaran akan mendaoatkan harga yang lebih
tinggi daripada pembeli yang memiliki predikat baik.
5. jenis wang yang digunakan. Harga juga dipengaruhi oleh bentuk alat
pembayaran (wang) yang digunakan dalam jual beli. Jika yang digunakan adalah
naqd raji, harga akan lebih rendah berbanding membayar dengan wang yang
jarang ada di peredaran.
6. hal diatas boleh berlaku kerana tujuan dari suatu transaki harus menguntungkan
penjual dan pembeli. Jika pembeli mempunyai kemampuan untuk membayar dan
dapat memenuhi janjinya, maka transaksi akan lebih mudah / lancar.
7. Aplikasi yang sama berlaku bagi sesorang yang meminjam atau
menyewa. Adanya bayaran tambahan akan mengakibatkan perubahan
harga. Menyewa tanah dalam keadaan banyaknya perompak atau haiwan liar
akan menambah beban bagi penyewa, sehingga harga sewa lebih rendah
berbanding tanah yang tidak memerlukan kos tambahan.

Anda mungkin juga menyukai