Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman, 2004 menyatakan bahawa mengajar
adalah tugas utama bagi pekerjan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar
memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai
oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani
latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar.
Begitulah juga halnya dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah.
Semasa berada di institut perguruan atau di universiti, di samping didedahkan
dengan pelbagai pengetahuan, bakal-bakal guru juga dilatih tentang pelbagai
kemahiran mengajar.

Mengajar juga dikatakan sebagai memberi arahan kepada atau berkongsi


pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Hal ini juga boleh
dijelaskan sebagai cara memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh
murid supaya mereka boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya kualiti pembelajaran dapat
di tingkatkan untuk membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang berkualiti.

2.0 KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

2.1 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita merupakan satu kemahiran generik, iaitu suatu cara yang
boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran. Aktiviti bercerita boleh
mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kokurikulum. Selain itu ia dapat
mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan,
pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan
memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari
cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru
juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur
murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahannya pula, guru boleh
menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid
terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan,
kertas dan sebagainya.

1
Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada
supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik.
Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai
kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini
menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru
bertanyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran yang diperlukan oleh
guru dalam teknik bercerita ialah :

a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan
penggunaan ayat-ayat yang mudah.
b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki
kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang
berlainan.

Kemahiran bukan verbal yang perlu di kuasai oleh guru dalam teknik bercerita
ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yang paling
penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas
tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang
dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya.
Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas
satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi
penting dalam cerita.

Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut
merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita :

(a)- Sebelum bercerita

Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu
perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan
mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu
menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan
boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat
melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita
dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuaian
dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu

2
murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang
paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada
murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru
tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang
berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkngsi cerita, peristiwa
dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita
lebih mendalam.

(b)- Semasa bercerita

Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota


daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu,ia juga bertujuan
untul memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang
diperdengarkan. Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata
(eye contact) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada
pendengarnya.

2.2 Kaedah Sumbangsaran

Selain itu, kaedah sumbangsaran merupakan satu aktiviti perbincangan yang


dikendalikan secara kumpulan. Tujuan sumbangsaran adalah untuk menjana idea
tanpa mengira idea tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan berfokus
kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh yang demikian, penilaian, perbincangan
dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan idea sudah dibuat. Topik
perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid

Dalam kaedah sumbangsaran ini, tempoh masa untuk mengemukakan idea


ditentukan oleh guru. Secara kebiasaannya, ia ditentukan dalam masa dua puluh
minit. Melalui cara ini murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan seberapa
banyak idea atau pendapat tentang tajuk perbincangan. Semua pendapat atau idea
dicatat dalam pengembangan idea orang adalah digalakkan oleh guru.

3
Sumbangsaran dijalankan apabila guru memberikan tajuk perbincangan
sebelum murid-murid dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu. Setiap
kumpulan biasa terdiri daripada 8 hingga 12 rang ahli. Seterusnya murid- murid akan
membincang tajuk tersebut dalam kumpulan masing-masing sebelum membuat
pendirian masing-masing tentang masalah tersebut. Dalam sesi sumbangsaran yang
sebenarnya, ahli-ahli akan mengemukakan pelbagai pernyataan masalah daripada
pelbagai sudut pandangan.

Namun dalam setiap aktiviti sumbangsaran guru hendaklah mengambil inisiatif


untuk menasihat murid-murid supaya tidak mengkritik atau menilai pandangan ahli-
ahli kumpulan yang lain. Oleh yang demikian, seorang guru seharusnya bertindak
positif dengan menerima semua idea yang diterima oleh murid-murid.

Dalam satu sesi sumbangsaran, guru seharusnya melantik seorang pengerusi


dalam setiap kumpulan dan peranannya ialah untuk menyelaraskan idea-idea yang
akan dipilih oleh ahli-ahlinya. Pengerusi setiap kumpulan akan merumuskan segala
idea-idea selepas mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kumpulan. Dengan cara
ini, segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan kaedah menggalakkan pemikiran
kreatif dikalangan murid-murid. Keadah ini merupakan satu kaedah yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu cara untuk
memperolehi banyak idea dalam tempoh masa yang singkat. Dalam kaedah ini, lebih
banyak idea baru dikemukakan oleh murid berbanding dengan kaedah analitikal
biasa.

2.3 Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-


murid berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu atau masalah.
Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam sebuah kelas
atau antara sekumpulan murid. Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat ,
idea atau maklumat secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.
Murid-murid berpeluang menegemukakan isu-isu , pendapat dan idea-idea tentang
sesuatu topik dan guru bersama murid-murid kan membuat rumusan pada akhir sesi
perbincangan.

4
Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak murid-
murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri dalam
proses pembelajaran. Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-
objektif kognitif dan afektif. Dalam domain kognitf,perbincanganboleh menggalakkan
murid-murid menganalisis idea-idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan
mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari sudut afektif, perbincangan
menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,berinterksi dan
menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar
dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik
dan soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

Pada asasnya terdapat dua jenis perbincangan :

(a)- Perbincangan Kelas (Whole class discussion)

Dalam perbincangan ini, guru harus mengendali perbincangan kelas. Sebelum


perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai
pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan.

Dalam perbincangan kelas, perlu wujud panel dan perbahasan. Panel


simposium dan perbahasan melibatkan sekumpulan murid, memperolehi maklumat
tentang sesuatu topik, menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya.
Panel dn perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami
beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka
menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataaan yang dirancang melalui
perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah yang besar
apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak dapat dijalankan.

Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal di mana empat hingga enam
orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi manakala murid-murid
lain dalam kelas mendengar. Kemudian satu perbincangan tolak ansur akan
diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli perlu memberi kenyataan masing-masing.
Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak formal.

5
Simposium pula hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian
maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel. Perbahasan pula ialah satu
pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi ucapan-ucapan yang tersedia
oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang mempunyai pandangan yang bertentangan.
Tiap-tiap ahli akan membangkang idea dari kumpulan lain. Panel dan perbahasan
dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri melalui soal dan jawab selepas
panel telah menyampai maklumatnya.

(b)- Perbincangan kumpulan kecil

Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah


empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan
bimbingan seorang guru. Selain dari mempromosi kemahiran pemikiran bertahap
tinggi, perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran
komunikasi,kepimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam
perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu
melicinkan proses perbincangan.

Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan


bagi menjamin keberkesan perbincangan kumpulan kecil. Perkara pertama ialah
guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik bagi
memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan. Kedua, guru harus
pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk menyumbang kepada
perbincangan tesebut.

Oleh yang demikian, perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu


pengajaran yang berfokus kepada isi kandungan dan berkembang brdasarkan topik-
topik yang pernah diajar. Ketiga ialah guru harus merancang perbincangan yang
pendek dalam topik tersebut. Teknik yang paling akhir ialah murid-murid harus diberi
arahan yang tepat. Pada penghabisan aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus
melaporkan hasil kerja kepada kelas. Hal ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis
atau wakil dari kumpulan memberi laporan secara lisan .

6
Berikut merupakan beberapa garis panduan untuk menjalankan aktiviti perbincangan

a)- Mengambil kira matlamat perbincangan.

b)- Mempertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid.

c)- Mengkaji isu-isu yang terlibat.

d)- Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan e)Menyediakan persekitaran

yang menyeronokkan.

f)- Perlu berbekalkan maklumat baru atau tepat bila perlu

g)- Mengulang, rumus atau jana dan kenyataan kepada satu unit yang bermakna

h)- Menerapkan unsur jenaka i)Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah
kumpulan.

Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas


tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawalan guru.
Teknik perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran di sekolah.
Tujuan kaedah perbincangn ialah untuk melatih murid membiasakan diri bercakap
dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan
pendapat. Kaedah perbincangan juga dapat membina keyakinan diri dan konsep
kendiri murid. Guru harus menggalakkaan murid mengembangkan kemahiran dalam
mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Selain itu,
guru harus memupuk unsur-unsur kerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan
mendengar pandangan orang lain.

Topik perbincangan mestilah sesuai dengan objektif dan minat murid-murid.


Tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada
perbincangan itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu
masalah. Peranan guru dalam situasi perbincangan iaitu sebagai pemudah cara dan
membimbing murid sepanjang sesi perbincangan. Seterusnya, guru juga perlu
mengemukakan soalan-soalan releven dan menggalakan murid-murid untuk
menyoal idea-idea rakan-rakan mereka. Semasa perbincangan, guru perlu
mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-murid menumpukan perhatian.
Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka tidak menyeleweng atau

7
bermain-main dalam satu sesi perbincangan. Pada akhir satu sesi perbincangan,
guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap penyelesaian
masalah dalam perbincangan.

2.4 Kaedah Demonstrasi

Kaedah demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara. Demonstrasi ialah satu
kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut
prosedur-prosedur yang tertentu. Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan
kelas untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.

Pengajaran memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukan murid


memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan secara
lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk
memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid
memerhati benda-bemda maujud dan bagaimana mereka berfungsi. Terdapat
demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan
dari murid-murid. Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti
sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu. Demonstrasi guru ini
dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.

Kaedah demonstrasi juga boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-


hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu
topik,memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan. Bagi
menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti,
mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap
murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus
perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, olahraga, permainan dan membuat uji
kaji.Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang kepada murid untuk benar-benar
memahami apa yang hendak dipelajari setelah melihat prosedur-prosedur yang
ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi
sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi, guru perlu

8
memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang
ditunjukkan.

Dalam proses demonstrasi ,guru mesti mewajibkan murid-murid memberikan


perhatian yang sepenuhnya. Selepas membuat sesi praktis, perbincangan tentang
perkara-perkara yang ditunjuk cara ia mesti dijalankan oleh guru. Guru juga boleh
mengarahkan murid-murid untuk menulis laporan ringkas tentang demonstrasi
tersebut. Dalam pelaksanaan demonstrasi,guru hendaklah menentukan topik,objektif
dan menyediakan alatan atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.
Satu kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga
kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan
perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara.

2.5 Kaedah Penyelesaian Masalah (Theory of Constraint , TOC )

Di samping itu juga, kaedah penyelesaian masalah digunakan dalam kaedah


pengajaran. Tujuan penyelesaian masalah adalah untuk menterjemah intuisi kepada
bentuk yang boleh dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah
supaya dapat mengambil ikhtibar kefahaman sesuatu situasi.

Kaedah ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan


juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara semua yang
terlibat dalam penyelesaian ini. Bagi meletakkan alat-alat dalam hubungan, mereka
mesti menyokong satu daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif masing-
masing mempunyai tujuan dan mempunyai kepastian. Objektif yang pertama ialah
apa yang perlu diubah. Ia berkaitan dengan penilaian situasi, perihal tentang situasi
semasa dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaian-andaian yang
menyokongnya seperti diagnosis.

Objektif yang kedua pula ialah apa yang perlu diubah kepada iaitu visi atau
penyelesaian yang telah diverbalisasikan dan strategi diperihalkan supaya mencapai
status yang diingini iaitu preskripsi,membuat keputusan dan memperkembangkan
penyelesaian. Ketiga ialah bagaimana perubahan boleh dilakukan dalam
perkembangan rancangan-rancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan

9
menjelaskan apa yang berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam
implementasi strategi seperti merancang dan membina kumpulan.

Penyelesaian masalah merupakan satu proses mental yang memerlukan


seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif dan
langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi . Dalam teknik
penyelesaian masalah, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran -kemahiran tertentu.

Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya bersedia


untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya mengambil
keputusan yang terbaik untuk mengatasi tersebut. Penyelesaian masalah juga
membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah.
Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid khasnya apabila mereka
dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga mengerakkan murid-murid untuk
mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Masalah yang
dikemukakan oleh guru dalam kaedah peneyelesaian masalah hendaklah berkaitan
dengan tajuk topik-topik dalam mata pelajaran mereka. Guru perlu membimbing dan
merangsangkan proses perbincangan penyelesaian masalah.

Dalam proses penyelesaian masalah, soalan-soalan tentang masalah


dikemukakan. Jika penyelesaian masalah dapat dicapai, murid-murid diminta
mengemukakan contoh-contoh baru bagaiamana masalah itu boleh diselesaikan.
Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alernatif-alternatif lain akan
dikemukakan oleh guru dan murid.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diaplikasikan dalam teknik


penyelesaian masalah. Antaranya ialah penyelesaian masalah, memahami masalah,
menentukan cara-cara penyelesaian masalah, mencuba cara-cara penyelesaian
yang baru dan merumus serta menilai penyelesaian. Dalam kaedah ini. kemahiran
berfikir murid digalakkan kerana murid-murid perlu memikirkan cara penyelesaian
tanpa bantuan guru. Murid-murid akan memikirkan cara mengumpul maklumat yang
dapat menolong menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Dalam langkah
merumus dan menilai penyelesaian murid akan melihat kembali proses penyelesaian
dan menilai sama ada cara penyelesaian berjaya atau tidak. Kelebihan proses

10
penyelesaian masalah ialah terdapat penglibatan aktif murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, pelbagai teknik lain dapat digunakan oleh guru dalam proses
penyelesaian masalah seperti inkuiri, sumbangsaran, perbincangan dan simulasi.
Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir di
kalangan murid-murid dan juga dapat memupuk interaksi sosial yang positif. Selain
itu, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid untuk memperlihatkan secara
langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka. Kelemahan kaedah penyelesaian
masalah ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan
oleh guru. Kaedah ini juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan
yang tidak dapat memikirkan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sesuai.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulan, guru perlulah mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran


supaya pembelajaran dapat dipertingkatkan. Peningkatan kualiti pendidikan sekolah
boleh dilaksanakan dengan menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum, melalui pemantapan
kurikulum yang berfokuskan kemahiran akademik terutama dalam menguasai
kemahiran belajar, berkomunikasi, berfikiran secara kritis dan kreatif, penguasaan
kendiri dan mempunyai nilai-nilai positif.

11
Rujukan

1- Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. 2005.Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala
Lumpur.

2- Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. 2004.Penghantar Keadah


Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam : Karisma Publications
Sdn. Bhd.

3- Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :


Open University (OUM).

4- Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan


Berasaskan Sekolah. 2004.Ilmu Pendidikan Pengetahuan Ikhtisas Modul 2/3.
Kuala Lumpur :Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

5- Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan


Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

6- Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa


Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

12

Anda mungkin juga menyukai