Anda di halaman 1dari 13

Kelahiran Normal

Pengenalan

Kelahiran normal merupakan satu proses yang kerap berlaku di mana-mana dewan
bersalin di Malaysia malah diseluruh dunia. Menurut Yvonne Cheng (2009), kelahiran
normal didefinisikan sebagai suatu proses fisiologi dimana bayi, membran, tali pusat dan
plasenta dilahirkan daripada uterus. Proses kelahiran berlaku disebabkan oleh
perubahan biokimia tisu penghubung. Serviks uterus akan mengalami kontraksi beritma
yang mempunyai frekuensi, kekuatan dan durasi yang cukup untuk menyebabkan
kelahiran berlaku.

Terdapat beberapa ciri yang membezakan kelahiran normal dengan kelahiran yang tidak
normal. Ciri-ciri tersebut ialah:

 Mempunyai minngu yang cukup. Jika minggu kurang daripada tempoh kehamilan
yang sepatutnya, ianya dikenali sebagai kelahiran pramatang.
 Fetus dilahirkan melalui salur peranakan wanita secara spontan ataupun
Spontaneous Vaginal Delivery (SVD). Jika kelahiran dibantu dengan alatan
seperti forsep, vakum atau melalui pembedahan (LSCS), ianya tidak
diklasifikasikan sebagai kelahiran normal.
 Tiada komplikasi semasa kelahiran berlaku kepada ibu ataupun kepada fetus.
 Tempoh kelahiran mestilah tidak melebihi 18 jam.
 Posisi fetus mestilah pada kedudukan verteks. Fetus yang berada pada posisi
abnormal mempunyai cara kelahiran yang tidak normal atau memerlukan alatan
bantuan dan pembedahan.
Penyataan Masalah

Seorang wanita, Zuraini binti Mansor telah telah dimasukkan ke Wad Penjagaan Rapi
Obstetrik (OICW) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 2.00 petang 17/1/2011
dari wad 1A dengan menaiki kerusi roda. Pesakit telah hamil selama 37 minggu 8 hari.
Pesakit mengadu mengalami kontraksi sejak 8 pagi tanpa sebarang kebocoran liqua.
Pencarian Literatur

(Yvonne Cheng, 2009) mengatakan kelahiran merupakan satu proses fisiologi dimana
fetus, membran, tali pusat dan plasenta dilahirkan daripada uterus. Kelahiran dapat
dicapai dengan perubahan biokimia tisu penghubung dan dengan penipisan berperingkat
dan pengembangan serviks uterus hasil daripada kontraksi uterus yang berirama dengan
frekuensi, kekuatan dan durasi yang mencukupi.

(Mander R, 1998) berkata, cara mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran


haruslah memberikan kesan yang baik, selamat untuk bayi, mempunyai kesan yang
boleh diramal, boleh di rawat jika perlu, senang untuk diberikan dan tidak akan
mengganggu kontraksi uterus.

Menurut (Steer P, 1999) kebanyakan kehamilan akan berakhir dengan kelahiran normal.
Perawat bertanggungjawab unutk memberikan sokongan kepada pesakit dan suami
serta memerhatikan keabnormalan semasa proses.
Penemuan

Nombor Pendaftaran: Nombor K/P:

HTJ 191482 -TIDAK PERLU DIISI -

Nama:

-TIDAK PERLU DIISI -

Jantina: Bangsa: Pekerjaan: Umur:

Perempuan Melayu Suri Rumah 32 Tahun

Alamat: No. Tel:

-TIDAK PERLU DIISI - -TIDAK PERLU


DIISI -

Hospital/Klinik: Tarikh:

Hospital Tuanku Jaafar Seremban 17 Januari 2011

Sejarah Penyakit Kini

 Gravida 1 Pariti 0
 Minggu ke 37 + 8 hari
 Urinary track infection
 Tab Unasyn

On Examination

 Alert, conscious
 Bp – 120/80 mmHg, PR – 80/min
 Contraction – 1 in 10 minute
 Fetal movement good
 No show, No liquor leaking

Physical Examination
 Soft, non tender
 Uterus at term size
 Cephalic position
 Estimated fetal weight – 3.2 – 3.4 kg

Vaginal Examination

 Os – 4 cm
 Cx – 1.0 cm, axial
 Station – -ve 2
 Presentation - Vertex

Perbincangan
Proses kelahiran boleh dibahagikan kepada 3 peringkat.

Peringkat pertama

Peringkat pertama kelahiran bermula dengan kontraksi uterus yang sekata dan berakhir
dengan bukaan serviks sempurna iaitu sebesar 10cm. Sepanjang peringkat pertama ini,
ibu akan mengalami kontraksi uterus yang tertib, berurutan dan berirama. Kontraksi ini
dinilai untuk membantu menganggar bila ibu tersebut akan melahirkan anak. Kontraksi
dinilai berdasarkan tiga ciri iaitu:

 Durasi
Tempoh masa satu kontraksi tersebut bertahan. Ianya dibahagikan kepada 3 iaitu
mild, moderate dan strong. Menurut WHO, kontraksi tersebut dikatakan mild jika
tempoh sesuatu kontraksi tersbut kurang daripada 20 saat. Jika kontraksi
bertahan selama 21 hingga 40 saat pula, ianya dikatakan sebagai moderate dan
strong jika melebihi 41 saat.

 Intensity
Intensity ialah kekuatan sesuatu kontraksi. Kekuatan kontraksi ini boleh dirasa
dengan meletakkan tangan pada fundus ibu. Jika kontraksi berlaku, bahagian
tersebut akan mengeras dan jika sebaliknya, bahagian tersebut tidak mengeras.

 Frekuensi
Kekerapan kontraksi yang berlaku dalam 10 minit.

Biasanya semasa dalam peringkat pertama kelahiran, alat Cardiotocogram (CTG)


digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung fetus dan kontraksi uterus ibu.

Peringkat Kedua
Peringkat kedua kelahiran bermula dengan serviks terbuka dengan sempurna iaitu
sebesar 10cm dan berakhir apabila fetus berjaya dilahirkan. Pada peringkat ini, ibu akan
merasa ingin meneran disebabkan oleh kontraksi uterus yang menjadi semakin kuat dan
kesakitan yang dialami oleh ibu menjadi semakin kerap. Selain itu, perineum ibu akan
menjadi tegang dan menipis dan vulva akan mengembang. Ini disebabkan oleh kepala
fetus yang menekan serviks ketika sedang dilahirkan. Di vulva pula, presenting part fetus
akan kelihatan. Pada kebiasaanya, bayi yang berada pada kedudukan vertex atau
cephalic, presenting partnya adalah kepala. Ketika proses ini, bahagian anus akan
terkeluar sebesar syiling 20 sen. Ini disebabkan oleh tekanan ketika ibu sedang
meneran. Pada kebiasaannya, proses ini akan berakhir selepas 20 minit hingga 2 jam.

Peringkat ketiga

Peringkat ketiga kelahiran boleh didefinisikan sebagai tempoh antara kelahiran fetus dan
kelahiran placenta dan membrane fetus. Dalam peringkat ini, kontraksi uterus
menyebabkan pengaliran darah seterusnya mengakibatkan penebalan dan pengurangan
luas permukaan lapisan miometrium dimana plasenta melekat. Ini akan menyebabkan
plasenta mudah untuk dilahirkan. Walaupun kelahiran plasenta biasanya kurang
daripada 10 minit, tempoh masa bagi peringkat ketiga kelahiran boleh berlangsung
sehingga 30 minit.

Mekanisma proses kelahiran


Keupayaan fetus untuk memasuki brim pelvic semasa proses kelahiran melibatkan
perubahan posisi kepala fetus semasa ianya bergerak untuk dilahirkan. Mekanisam
proses kelahiran, juga dikenali sebagai pregerakan cardinal. Ianya melibatkan:

 Engagement – Presenting part yang mempunyai diameter terbesar memasuki


ruang pelvik maternal ke paras dibawah planar pelvik di ruang pelvik.
 Descent – pergerakan presenting part fetus kearah bawah melalui ruang pelvic.
Ianya berlaku selari dengan kntraksi. Kadar pergerakan ini berlaku paling kerap
semasa peringkat kedua kelahiran.
 Flexion – semasa verteks fetus menurun, tulang pelvic atau tisu lembut di lantai
pelvic menghalang pergerakannya menyebabkan oksiput fetus mengalami fleksi
pasif. Dagu fetus menyentuh toraks fetus dan diameter presenting part berubah
dari occipitofrontal kepada suboccpitobregmatic untuk pergerakan yang optima
melalui ruang pelvic.
 Internal rotation – semasa kepala menurun, presenting part yang biasanya akan
berada pada posisi tranverse akan berputar lebih kurang 45 darjah kepada posisi
anteroposterior dibawah simfisis.
 Extension – apabila kepala fetus turun dan mengalami fleksi penuh, dasar okisput
kepala fetus bersentuhan dengan margin inferior simfisis pubis. Lantai pelvik
menghasilkan tolakan dan kontraksi uterus menghasilkan tolakan kebawah. Ini
akan menyebabkan oksiput fetus berputar di sepanjang simfisis. Ianya diikuti
dengan kelahiran kepala fetus.
 Restitution – apabila kepala fetus bebas dari halangan, ia akan berputar kembali
45 darjah kearah kiri atau kanan lalu kembali kepada posisi asal badan bayi.
 Putaran internal bahu fetus – bahu fetus menyentuh lantai pelvik dan memutar 45
darjah dan berada di bawah simfisis pubis.
 Fleksi lateral – bahu anterior fetus akan dilahirkan semasa ibu meneran.
Kemudian bahu posterior fetus yang berada dibawah perineum dilahirkan.
Seluruh badan fetus akan dilahirkan dengan fleksi lateral mengikut lingkungan
pelvik

Cadangan
Pengurusan semasa kelahiran normal agak berbeza bagi setiap peringkat.

Peringkat pertama

 Sokongan emosi perlu diberikan kepada wanita yang bakal melahirkan anak
untuk mengurangkan kerisauan
 Lakukan pemerhatian kepada ibu dan fetus

o Ibu
 Perhatikan tekanan darah ibu. Bagi yang menghidapi hipertensi,
tekanan darah dipantau 3 jam sekali. Bagi yang normal pula 4 jam
sekali
 Perhatikan kadar nadi setiap setengah jam
 Perhatikan show fetus.
 Perhatikan jika terdapat liquor leaking atau tidak. Jika terdapat
liquor leaking, lihat warna liquor samada jernih atau kehijauan jika
terdapat mekonium dalam kes fetal distress.
 Pantau kontraksi berdasarkan 3 ciri iaitu durasi, intensity dan
frekuensi dengan mengguna Cardiotocogram atau dengan merasa
dengan menggunakan tapak tangan. Hasil pemerhatian dicatatkan
di dalam patograf.
 Lakukan pemeriksaan vagina 4 jam sekali untuk memantau
pergerakan fetus.
 Pasangkan infusi intravena Hartman 1 pin 4 jam sekali.
 Kurangkan kesakitan dengan menggosok pinggang, memposisikan
pesakit kepada lateral kiri. Jika tidak berkesan, berikan inhalasi
Entonox ataupun analgesic seperti Pethidine dan Tramal.
 Jaga keselesaan pesakit dengan menukar kainan yang telah
basah atau kotor.
 Penjagaan bladder dan bowel – berikan bedpan kepada pesakit
serta rangsang pengeluaran urin. Berikan enema untuk
memudahkan proses defekasi

o Fetus
 Pantau kadar denyutan jantung fetus dengan menggunakan
fetalskop atau kardiotocogram.
 Pemeriksaan vagina 4 jam sekali untuk perkembangan proses
kelahiran dan presentasi bayi.

Peringkat Kedua

 Berikan suntikan sintometrin secara intramuscular. Jika ibu menghidapi darah


tinggi, berikan intravena pitocin.
 Lakukan sedutan oropharymgeal kepada bayi.
 Keringkan bayi
 Ases apgar skor
 Tunjukkan bayi kepada ibu untuk pengesahan jantina
 Ikat tag kepada bayi dengan maklumat yang lengkap. Tag biru untuk bayi lelaki
dan tag merah jambu untuk bayi perempuan
 Balut dengan tuala kering dan berikan kepada ibu untuk bonding

Peringkat Ketiga

 Setelah plasenta dilahirkan, periksa vagina dan perineum jika terdapat sebarang
koyakan. Lakukan jahitan jika terdapat koyakan.
 Bersihkan genitalia dan pakaikan pad serta selesakan ibu.
 Periksa plasenta serta membrane untuk memastikan ia lengkap
 Lakukan pemerhatian terhadap ibu dengan memeriksa
 Keadaan am
 Tanda vital
 Pundi kencing
 Involusi uterus
 Jumlah lokia
 Keadaan di perineum

 Pastikan keselesaan ibu – tukar kainan yang basah atau kotor


 Berikan minuman suam kepada ibu
 Rekodkan proses labor dengan lengkap
Rumusan

Kebanyakan kehamilan akan berakhir dengan kelahiran normal. Kelahiran normal pada
kebiasaannya tidak mempunyai sebarang komplikasi yang membawa maut sekiranya
dilakukan dengan betul. Mungkin prosedur episiotomy perlu dilakukan kepada wanita
yang primigravida untuk mengelakkan koyakan eksternal. Namun begitu, kelahiran
normal biasanya dapat dilakukan tanpa mengancam nyawa ibu dan fetus. Pengurusan
yang sempurna terhadap ibu dan fetus sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran
amat penting untuk memastikan ibu dan fetus berada dalam keadaan yang sihat dan
tidak mengalami sebarang masaalah.
Rujukan

Mander R. (1998). Analgesia and anaesthesia in childbirth: obscurantism and


obfuscation. J Advanced Nursing 28:86-93.

Steer, P (1990) Physiology and management of normal labor. British Medical Journal

Cheng, Y (2009) Obstetrics Normal & Problem Pregnancies. 5th ed. New York: Churchill


Livingstone