Anda di halaman 1dari 32

TEORI PEMEROLEHAN

BAHASA
 Lebih cenderung membuat kajian.

 Menghuraikan pertalian psikologi dan


bahasa dengan menggunakan pendekatan
yang dapat dialami dan diamati secara
langsung.

 Memandang bahasa sebagai satu aktiviti


fizikal yang mementingkan satu rangkaian
turutan sebab dan kesan.
 Menganggap faktor-faktor persekitaran
sebagai rangsangan dan tindak balas
organisma pada rangsangan iaitu tingkah
laku adalah sebagai gerak balas.

 Menekankan bahasa adalah perangai dan


individu lebih banyak belajar melalui
pengalaman daripada melalui otaknya.

 Penekanan kepada bentuk-bentuk


linguistik.
 Ia mementingkan kajian tentang data-
data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat
diamati dan diukur.

 Kemahiran bahasa dipandang sebagai satu


kebiasaan maka satu tabiat mesti ditanam
ke dalam diri pelajar-pelajar dengan
memberi peluang berlatih berulang kali.
Terbahagi kepada 4, iaitu:
1. Proses pengulangan
2. Tingkah laku manusia
3. Alat komunikasi
4. Ganjaran
 Bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan.

 Teori ini berasaskan cara pemerolehan


bahasa pertama oleh seseorang kanak-
kanak.

 Pengajaran menekankan pengulangan


yang banyak kerana penguasaan adalah
satu proses mekanis yang tidak
memerlukan daya mental.
 Bahasa adalah suatu tingkah laku manusia.

 Tingkah laku manusia berpunca daripada


wujudnya rangsangan dan gerak balas.

 Bahasa juga lahir sebagai gerak balas


terhadap sesuatu rangsangan.
 Bahasa sebagai alat komunikasi.

 Menekankan aspek lisan.

 Bahasa adalah sejumlah isyarat/tanda yang


berupa unsur-unsur bunyi yang dinamakan
bentuk linguistik.
 Skinner menekankan bahasa adalah proses
perilaku, hasil daripada operasi rangsangan
dan gerak balas yang bergantung kepada ciri-
ciri naluri dan manusia mempunyai alat-alat
biologis yang berfungsi melahirkan bahasa
dan manusia menggunakannya untuk
berhubung.
 Pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui
ganjaran yang harus diberikan apabila
seseorang pelajar memberikan gerakbalas
yang betul.

 Skinner beranggapan bahawa ganjaran


penting untuk mewujudkan pengulangan.
Apabila pengulangan berlaku, maka wujudlah
pembelajaran.
 Teori ini menekankan :

 Bahasa ialah perilaku, dan individu banyak


belajar melalui pengalaman daripada melalui
otaknya.

 Ia tidak mementingkan fungsi mental dan


apa yang perlu dikaji ialah data-data,
iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati
dan diukur.
 Golongan yang mengikut aliran ini
berpendapat

 Otakmanusia merupakan satu kotak hitam


yang gelap dan apa-apa yang terjadi di
dalamnya tidak dapat diamati.

 Mereka mengatakan apa sahaja yang ada dalam


otak itu tidak berkaitan dengan penyelidikan
linguistik dan apa yang dapat secara langsung
diamati dan diselidiki.
 Teori ini mengatakan :

 Bahasaialah proses perilaku dan


mementingkan satu rangkaian turutan sebab
dan kesan.

 Ia menganggap bahasa sebagai hasil


operasi rangsangan dan gerak balas yang
semata-mata bergantung pada ciri-ciri
naluriah yang ada pada manusia.
 Faktor persekitaran dianggap sebagai
rangsangan dan tindak balas terhadap
rangsangan itu sebagai gerak balas.

 Teori ini menolak sebarang pendapat yang


menghubungkan proses penghasilan bahasa
dengan operasi mental.
 Teori ini mementingkan penekanan :

 Kepada bentuk-bentuk linguistik.

 Segalapenghasilan bunyi atau sesuatu kata harus


dapat dilakukan secara tepat terutama daripada
aspek fonologi, struktur, intonasi dan lain-lain
penguasaan dalam bunyi.
 Untuk memprolehi kemahiran bahasa :

 Latihandan latih-tubi perlu dijalankan secara


kerap kerana kemahiran bahasa dipandang
sebagai satu kebiasaan.

 Olehitu, pelajar perlu diberi peluang berlatih


berulang kali untuk membentuk satu tabiat
dalam diri mereka.
 Inibermakna bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses
mekanis yang tiada bersangkutan dengan
permikiran atau daya mental.
 Teori berasaskan cara pemerolehan
bahasa pertama kanak-kanak :

 Kanak-kanakbelajar bahasa secara tidak


formal melalui proses peniruan daripada ibu
bapa atau ahli keluarga mereka.

 Merekamnguasai bunyi-bunyi dan menyebut


perkataan-perkataan yang telah mereka dengar
berulang kali sehingga mereka dapat
mengungkap ayat-ayat yang lengkap.
 Antara ahli-ahli bahasa mengikut teori ini :

 Bloomfield, Sapir, Boas, Brooks

 Ahli psikologi :

 B.F
Skinner, Thorndike, Ivan Petrovich Pavlov,
John Broadus Watson dan Edwin R. Guthrie.
 Teori dari segi pemerolehan bahasa pula,
golongan ini menekankan bahawa bahasa dapat
dikuasai melalui pembelajaran secara tidak
formal dan formal.

 Cara tidak formal boleh berlaku pada peringkat awal


sejak kanak-kanak itu dilahirkan sehingga sebelum
mereka masuk sekolah.

 Bagi golongan ini, pengukuhan, pemerhatian,


sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru adalah
yang menjadi faktor utama dalam pembelajaran
bahasa.
 Menganggap pembelajaran bahasa
merupakan satu kebiasaan yang diperolehi
dengan mengulang-ulang aktiviti yang
hendak dikuasai itu.
R. BROWN B.F.
SKINNER

J.B. LEONARD
WATSON BLOOMFIELD

E.L. E.R. GUTHRIE


THORNDIKE
 Profesor psikologi di Universiti Havard,
Amerika Syarikat.
 Penulis kepada buku berjudul “Verbal
Behavior 1957”
 Berpendapat lakuan bahasa ialah suatu
lakuan yang diperkukuhkan oleh seseorang
pendengar dan berkembang menurut
prinsip yang sama dengan lakuan operan
yang lain. Iaitu penutur itu juga menjadi
pendengarnya sendiri dan
memperkukuhkan lakuan bahasanya
sendiri.
 Melihat pembelajaran bahasa merupakan
penguasaan satu kebiasaan yang diperoleh
dengan kaedah ‘Latih Tubi’ mengulang-ulang
melakukan aktiviti yang hendak dikuasai.

 Melihat operasi pembelajaran bahasa dengan


menggunakan unsur ransangan dan gerak
balas.
 Memperkenalkan 2 jenis pembelajaran :

1. LAKUAN RESPONDEN (gerak balas yang


automatis dan tetap)

Contoh : Lutut yang terangkat kalau diketuk oleh


doktor. Satu lakuan yang ada rangsangan
(ketuk) dan ada gerak balas (kaki
terangkat)
2. LAKUAN OPERAN (berlaku mengikut
lingkungan atau keadaan)

Contoh : Lakuan menelan makanan bukan


sahaja kerana rangsangan terlihat makanan,
tapi juga rasa lapar, lingkungan sosial, dan
beberapa lingkungan atau suasana yang
berlainan.
 Profesor psikologi di Universiti Washington.

 Penulis – “The Pcycology Of Learning 1935”.

 Berpendapat pembelajaran berlaku dengan


adanya rangsangan dan diikuti dengan gerak
balas.

 Sesuatu keadaan gerak balas itu berlaku dalam


satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada
dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain,
maka kita akan melakukan gerak balas yang
sama.
 Ahli psikologi Amerika Syarikat.

 Pelapor kepada huraian bahasa secara


structural/ deskriptif.

 Terkenal dengan bukunya ‘Language 1933’ buku


paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik
pada zamannya.

 Menganggap pembelajaran bahasa adalah proses


mekanikal untuk membentuk tabiat dan
dilakukan melalui latihan dan pengulangan yang
baik.
 Beliau menyatakan :
‘Pattern practice capitalizes on the mind’s
capacity to perceive identity of structure
where there is difference in content and in
quickness to learn by analogy.’ (Brooks,N.
1964:146-7)

 Menurut beliau, penggunaan latih tubi


pula untuk menghasilkan penguasaan
struktur bahasa tanpa menghabiskan masa
dan tenaga untuk menerangkan konsep-
konsep tatabahasa.
 Profesor psikologi di Universiti John Hopkins.

 (1919) Penulis sebuah buku ‘Pschology from


the stand point of behaviorist’.

 Beliau mengkaji lakuan (Gerak-geri otot) dan


tidak mementingkan pengalaman sedar.

 Beliau memberi sumbangan dalam penolakan


terhadap perbezaan jasad dan fikiran.
 Penulis sebuah buku ‘A first language The
Early Stages 1974’.

 Mengkaji bagaimana kanak-kanak


mempelajari bahasa dan implikasinya
terhadap pengajaran bahasa.

 Mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak


dari segi pembentukan ayat.

Anda mungkin juga menyukai