Anda di halaman 1dari 9

FUNGSI BILIK KAUNSELING

Baru-baru ada yang bertanya, "apa fungsi bilik kaunseling"?,


"murid-murid  datang bilik kaunseling untuk apa"?, "nampak
macam masuk bilik kaunseling untuk main saja"!....dan pelbagai
lagi. Sebenarnya tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut.
Kerana kegunaan bilik kaunseling yang ideal adalah untuk
pelbagai keperluan. Murid-murid yang datang dapat membaca
buku, membuat ulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan,
membuat kerja sekolah, bermain dengan alat permainan yang
disediakan, mendapat maklumat dari bahan-bahan yang
disediakan,tempat merehatkan minda dan lain-lain lagi. Rekod
kehadiran mereka sentiasa dicatatkan sebagai tanda kehadiran
mereka di sini. Namun, kehadiran murid di sini masih kurang
menggalakkan dari pandangan saya, dan usaha ke arah
menyebarkan maklumat mengenai bilik ini akan terus
dijalankan. Terima kasih juga kepada sebahagian guru yang
menggunakan bilik kaunseling untuk aktiviti mereka.
Proses kaunseling
Secara ringkasnya, proses kaunseling berlaku sebegini.

Peringkat Permulaan.
1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka
dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu
diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam
proses penyelesaian.
3. Kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu
diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling
itu.

Peringkat Pertengahan.
1. Ini adalah peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
- Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah
yang dihadapi oleh klien.
- Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan
yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang
dihadapinya.

Peringkat Akhir.
1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang
dipersetujui dengan jayanya.
Diperingkat ini kaunselor akan:
- membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien
dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
- mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa
penyeliaan dari pihak kaunselor.
- mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan
tentang kejayaan proses kaunseling tersebut.
Orientasi bimbingan dan kaunseling

1. Orientasi perkembangan.
-iaitu usaha membekalkan murid-murid dengan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sahsiah dan
akhlak yang tinggi secara secukupnya.

2. Orientasi pencegahan.
-usaha menyediakan keperluan untuk mencegah
daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini dan
aplikasi penerapan nilai kefahaman yang tinggi
dalam menolak sebarang perkara yang buruk.

3. Orientasi pemulihan.
-melibatkan usahan pemulihan apabila didapati
murid-murid telah terjebak dengan sesuatu yang
buruk dan usaha ke arah membawa mereka kembali
ke pangkal jalan dan membina identiti baru.
4. Orientsi Krisis.
-lebih melibatkan kepada pemulihan daripada
tragedi yang besar dan bencana/musibah yang
melibatkan kesan seperti trauma, penarikan diri dan
juga kesan emosi yang mendalam.
Objektif utama psikologi

Semua aliran psikologi berpegang kepada objektif


(tujuan) iaitu:

1. Memperihal & memahami.


Setelah melakukan sesuatu maka seseorang akan bertanya
" Apa yang terjadi dan bagaimana boleh terjadi "
2.Meramal
Kadang-kadang manusia, cuba meneka sesuatu kejadian
yang boleh memuaskan hatinya sendiri. Soalanya "Apa
yang akan terjadi sekiranya saya berbuat demikian",
Keadan ini mendorong manusia mencari jawapan terlebih
dahulu. Ini disebut sebagai ramalan. (contohnya, apa
terjadi kalau saya merokok....

3. Mempengaruhi.
Namun begitu jarang dilakukan oleh manusia untuk
mempengaruhi sesuatu keadaan. Kadang-kadang kita
boleh menyuruh anak kita diam daripada menangis, tapi
sukar untuk menyuruh diri kita diam daripada menangis.
Kebolehan untuk mempengaruhi orang lain bergantung
juga dengan diri kita. Kita terlebih dahulu menunjukkan
contoh yang baik.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh guru bimbingan
dan kaunseling?
Kepada murid-murid.
1. Memberikan perkhidmatan bimbingan/kaunseling sama ada secara
individu atau kelompok mengikut keperluan mereka.
2. Melaksanakan program-program yang bersesuaian untuk tujuan
pendedahan maklumat dan pengetahuan.
3. Melindungi maklumat dan rahsia murid secara profesional.
4. Menyediakan kemudahan kepada penerimaan maklumat yang bijak
dalam aspek akademik.

Kepada pentadbir
1. Menyediakan satu hala tuju yang jelas mengenai perlaksanaan unit
bimbingan di sekolah.
2. Menjadi titian penghubung di antara guru dan pentadbir.
3. Melaksanakan kepakaran dan kecekapan untuk peningkatan imej
sekolah.
4. Membuat kajian tindakan kepada keperluan semasa sekolah.

Kepada guru-guru
1. Menjadi titian penghubung antara guru-guru dan pentadbir.
2. Membantu rakan profesional ke arah perkembangan diri.
3. Melaksanakan proses kaunseling bagi guru-guru yang menghadapi
masalah.
4. Sebagai tempat berkongsi pengalaman, pendapat dan pandangan
untuk tujuan kejayaan sekolah

Kepada masyarakat
1. Memberikan pendedahan maklumat yang berguna kepada masyarakat.
2. Memberi perkhidmatan dalam konteks pendidikan dan pembangunan
murid.
3. Memahami sosio-budaya masyarakat dan sensitif kepada isu yang
berlaku kepada masyarakat.
4. Membantu apabila bencana/ musibah yang berlaku.

Bagaimana kaunseling dilaksanakan?


Terdapat 2 kaedah utama kaunseling iaitu:-
1)Kaunseling Individu.
- Pertemuan anda dengan kaunselor/guru bimbingan.
- Anda akan lebih memahami dan mengenali diri
sendiri.
- Anda akan lebih yakin dalam membuat keputusan
sendiri.
- Anda berasa lebih selamat dan selesa dari segi
kerahsiaan.

2)Kaunseling Kelompok.
- Pertemuan bersama anda dan rakan-rakan secara
berkumpulan yang dibimbing oleh kaunselor/guru
bimbingan.
- Anda berkongsi masalah bersama rakan-rakan dan
mencari jalan penyelesaian secara bersama.
- Anda akan lebih memahami diri anda sendiri dan
mengenali peribadi rakan-rakan anda.
- Akan lebih banyak alternatif penyelesaian dalam
kelompok.
Mana satu pilihan anda???

Etika Kaunselor
Seseorang kaunselor perlu mengamalkan etika seperti di bawah
dalam proses memberi pertolongan kepada kliennya.

1)Penerimaan tanpa syarat – kaunselor akan menerima


sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, status, jantina, umur
(menerima seadanya!).
2) Kerahsiaan – semua maklumat klien dan sesi kaunseling
akan dirahsiakan(kecuali bagi kes-kes yang boleh mengancam
diri klien atau orang lain seperti kes bunuh diri, kehamilan luar
nikah, dadah, seks dan lain-lain).
3)Empati.
4)Tulen.
5) Jujur dan ikhlas – kaunselor berniat untuk menolong tanpa
mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

Tujuan Perkhidmatan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuan membantu
dan menolong klien:
1. Mengenali diri (kelebihan / kekurangan) diri – supaya boleh
dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri.
2. Mendapat celik akal dalam mengendalikan permasalahan
peribadi, social, akademik, emosi dan kerjaya.
3. Menyerlahkan minat, bakat serta kebolehan semulajadi ke
arah pembentukan diri yang cemerlang dan seimbang.

Kerjaya Pilihan Anda?

13 Careers for the Next Decade

Few decisions are more important than choosing a career. And especially in these uncertain and
changing times, no decision may be more difficult.

In these roiling times, what are smart career choices? Of course, the best career for one person
can be the worst for another, but I believe these 13 are particularly worthy of attention. From
among thousands of occupations, I selected the 13 that rank best overall based on these criteria:

Likelihood of sustaining at least a middle-class income. This subsumes three factors: likely job
growth, income potential and being under the radar (so there's less competition for jobs).

•Socially redeeming. There may be jobs, for example, as casino managers and tobacco
executives, but such occupations were immediately excluded from consideration.

•Quality of life. Reasonable work hours, freedom from toxic or noisy work environments, and so
on.
•Status. Most Kiplinger readers will not, for example, be attracted to owning gas stations, even
though some gas-station owners make a great deal of money.

1) Federal-government manager
2) Higher-education administrator
3) Program evaluator
4) Corporate executive specializing in global business development or managing global
workforces
5) Cognitive-behavioral therapist
6) Immigration expert
7) Researcher
8) Health-informatics specialist
9) Optometrist
10)Genetic counselor
11)Patient advocate
12)Physical therapist
13)Veterinarian

Anda mungkin juga menyukai