Anda di halaman 1dari 7

Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-

helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque
dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik
seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam
biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh
menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

KESENIAN DALAM ISLAM


         Islam adalah agama yang nyata (waq'ie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua
tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan
dan akal fikiran manusia.

Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu dalah seni.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa
tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa.

Al-farabi : menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.

al-Ghazali : seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan
fitrah.

Seni ada 2 tujuan :

    i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk
apa-apa                                     tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat.

    ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh
masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.

Seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian :

    i.  Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya.

    ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni
pakaian dan         sebagainnya.

    iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem
dan                 sebagainya.

    iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil  karya sastera yg berbentuk puisi dan
prosa.

 
8.1 Konsep Seni menurut perspektif Islam

 
* Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam.
* Perbezaan seni Islam dan bukan Islam sari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang
terkandung dalam hasil seni islam.
* Tujuan seni Islam adalah kerana Allah.
*  Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek
akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehiudpan manusia.
* Seni mestilah bersifat Amar makruf dan nahi mungkar.
* Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan keredhaan Allah dan
ketakwaan)
* Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketqwaan.
* Hukum asal kesenian dan hiburan adalah HARUS
* menjadi haram kerana wujudnya perkara yang bertentangan dengan syara'
 

 8.2 Prinsip-Prinsip Kesenian

 
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai
persekitran dan sejagat.
- Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian
untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika,
kemanusiaan, moral dan lain2 lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd keseluruhan
kesahihan Islam itu sendiri. 
- menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah
ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar dr wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat.
    - Harus beradda di bawah linkungan dan peraturan wahyu.
    - Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia
serta makhluk lain.

Terdapat 5 hukum dalam seni :-


i. WAJIB : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yg mana tanpanya individu tersebut
boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk
masjid serta seni taman bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah
tersebut.
ii. SUNAT : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan
uamt islam seperti nasyid, qasidah dan selawat kpd rasulallah dalam sambutan maulidur rasul
dan taranum (seni lagu) al-Quran.
iii. MAKRUH :  Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni
yang tidak diperlukan manusia.
iv.HARAM : JIka kesenian  itu berbentuk hiburan yang :
                1.  Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan2 yang berupa tanggungjwab
asas                         terhadap Allah khasnya spt ibadat fardu ain dan kifayah.
                2. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dpat membezakan antara yang
hak                             (betul) dan yang batil ( palsu).
                3. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai
maksiat lain.
                4. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram spt pergaulan
bebas                         dlm bentuk bersuka-suka yang melampau.
                5. Objek atau arca dl bentuk menyerupai patung sama ada dibut dr kayu, batu dll.
                6. Disertai dgn alat muzik yang diharamkan oleh Islam spt alat tiupan, bertali, tabuhan
yg                             bertutup bahagian atas serta alat muzik tekanan jari. Setengah ulama
mengatakan harus                         digunakan dlm pendidikan dan tidak menarik kpd konsep al-
malahi(hiburanyg keterlaluan).                         Alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk
tujuan dakwah.
                7. Seni yang merosakkan akhlak dan memudharatkan individu atau yang berbentuk
tidak                             bermoral seperti tarian.
                8. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat untuk menunjuk-nunjuk
dan                             kesombongan.
v. HARUS : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

8.3  Bidang-bidang kesenian

8.3.1        Tulisan (Khat)

- khat, segala tulisan yang cantik untuk hiasan


- menjadi haram sekiranya digunakan untuk fitnah, lucah, syirik dan sebagainya
 * Kepentingan seni khat :
    i. Ia mempunyai kaitan dgn peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia merupakan
hasil                 aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
    ii. salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam membaca dan
menulis         ayat2 al-quran dgn baik. Dan dengan cara ini difikirkan untuk memudahkan lagi
mereka mempelajari         dan menghafalnya.
    iii. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa
penulisnya.
    iv. Rasulallah menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasulallah bermaksud " Hendaklah kamu
mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki".
    v. Saidina Ali (k.w) pernah berkata : " Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan                 merupakan perkara paling mustahak dan menyeronokkan".  

* Jenis-jenis khat :-
i. Khat Khufi : berasal dr Kufah. 
ii. Khat Riq'ah : dapat ditulis dgn cepat
 
8.3.2 Penulisan
* Dikaitkan dengan seni kesusasteraan.
* Mendapat sambutan hangat umat islam kerana seni ini bersumberkan ayat al-quran dan al-
sunnah.
* al-Quran dilihat dr segi keindahan bahasa dan isi kandungannya.
*  al-Quran berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan arab dr segi keindahan
bahasa 
* Ramai arab Quraish memeluk Islam kerana mendengar al-Quran seperti Umar al-Khattab, al-
Walid al-Mughirah, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
* Selain al-Quran kesusteraan islam meliputi Syair, Ruba'i, Burdah dan prosa dll.

8.3.3        Lukisan dan arca

-Dikenali juga sebagai seni halus.


- Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada
helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque
dgn pilihan warna emas.
- Seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-
benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung. 
- harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa
- haram membentuk patung dan melukis makhluk yang bernyawa
- dibolehkan melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf seperti  
 pendidikan.
- gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat :
1) Menutup aurat sekiranya untuk umum
2) Tiada pergaulan bebas, percampuran dengan bukan mahram
 

8.3.4        Suara, Muzik dan lakonan

- asal suara wanita tidak aurat, menjadi aurat apabila diubah menjadi lunak dan menimbulkan
fitnah
- seni suara asalnya halal dan boleh menjadi haram dengan sebab:
1) Penyanyi: tidak menutup aurat, percampuran lelaki dan perempuan
2) Lirik : berbentuk syirik, lucah, menghina Islam
3) Alat muzik: yang sering digunakan oleh orang-orang kafir
- hukum muzik:
1) Pasti harus: nasyid, qasidah, lagu kanak-kanak, lagu menaikan semangat jihad dan
alat
  yang jelas harus ialah kompang.
2) Pasti haram: muzik-muzik semasa yang ditiru daripada barat dan tidak selamat
daripada syarat-syarat atau sebab-
sebab di atas.
3) Mukhtalafun fihi:, iaitu muzik yang berada ditengah-tengah di antara kedua-duanya,
di sini ada tiga pandangan
ulamak:
i. Pasti haram
ii. Pasti harus
iii. Tafsil, sekiranya lebih mirip kepada yang pertama hukumnya harus dan sekiranya
lebih mirip kepada yang kedua
hukumnya haram.
- lakonan harus asalkan tidak ada perkara yang bercanggah dengan syara' seperti:
           1) Dedah aurat
           2) Percampuran di antara lelaki dan perempuan
           3) Berlakon sembah patung, minum arak, berpelukan
 

8.3.5        Binaan

- harus asalkan tiada unsur syirik, pemujaan, syiar orang-orang kafir dan sebagainya.
- Aspek seni bina islam terpenting ialah masjid. 
- Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadu',
aman dan damai serta merendahkan hati kepada keagungan Allah.
- Kepentingan seni bina masjid di bandar silam islam digambarkan dengan bilangan yang agak
banyak seperti :
    ~di Damsyik pada abad 12 M terdapat 241 buah masjid.
    ~Di Kaherah pada 15M terdapat 88 buah masjid jamed dan 19 buah masjid kecil.
- Selain masjid seni bina islam mengakumi bangaunan2 kediaman, jambatan, saluran air, rumah
rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya.
- Keindahan seni bina islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid spt istana2, Tajmahal,
kota-kota di Baghdad. 
- Seni bina di malaysia yg ada unsur seni bina islam spt Bangunan sultan abdul samad, bangunan
keretapi tanah melayu, Daya bumi, pusat pentadbiran putrajaya.
 

8.4  Matlamat kesenian

 
- Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan
semata.
- Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan beradab.
- Motif seni islam mesti bermatlamatkan :
            ~makruf ( kebaikan)
            ~halal
            ~berakhlak.
- menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa manusia sebgai
makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada keindahan.
-Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu penerimaan dan
penyaksian terhadap keesaan allah swt.
- Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman.
- Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi.
- seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat
- mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara kebaikan atau
paling kurang perkara harus
atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan.
- salah satu cara berdakwah
 

8.5  Peranan seni dan masyarakat


- melengkapkan tiga proses kehidupan: kerja, ibadat dan rehat
- boleh menghimpunkan masyarakat
 

Anda mungkin juga menyukai