Anda di halaman 1dari 2

1.1.

11 SASARAN SOSIOLINGUISTIK
Sosiolinguistik memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa, khususnya dari segi
kelainan bahasa, iaitu penggunaan pelbagai bentuk bahasa bagi menyata atau
mengungkapkan perkara yang sama oleh ahli-ahli sesuatu masyarakat itu. Selain itu, sasaran
utama sosiolinguistik adalah menganjurkan satu teori bahasa yang dapat menjelaskan cara
bahasa digunakan dalam sesebuah masyarakat itu serta pemilihan bentuk-bentuk bahasa
tertentu oleh ahli-ahlinya semasa mereka menggunakan bahasa berkenaan.

Dengan perkataan lain, tugas utama sosiolingusitik adalah untuk meneliti cara-cara
yang berbeza-beza yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat itu untuk menyatakan
perkara yang sama. Di dalam meneliti kelainan bahasa ini, sosiolingusitik memberi tumpuan
kepada dua perkara iaitu gaya bahasa atau linguistik iaitu cara bentuk-bentuk bahasa yang
berbeza-beza yang boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata serta ayat atau
nahu digunakan dan konteks sosial iaitu, faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi
pemilihan atau penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu.

Beberapa faktor dan dimensi sosial dianggap penting kerana beperanan besar dalam
mewujudkan kelainan bahasa dalam masyarakat dan beberapa faktor dan dimensi telah
dikenal pasti. Antara faktor sosial yang didapati mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa
tertentu adalah faktor pertama iaitu peserta dalam sesebuah interaksi bahasa itu iaitu siapa
yang bercakap/penutur dan siapa yang diajak bercakap/pendengar. Misalnya interaksi antara
majikan sebagai pihak yang bercakap dan pekerja sebagai yang diajak bercakap yang
memungkinkan penggunaan bahasa sedemikian “saya tidak mahu mendengar apa-apa aduan
tentang awak lagi, faham?;.

Selain itu, latar/konteks sosial interaksi bahasa berkenaan iaitu tempat dimana
berlakunya interaksi bahasa itu, sama ada dirumah atau dipejabat. Sebagai contoh, interaksi
antara suami isteri yang selalu dilakukan dalam dialek Melayu Kedah dengan gaya bersahaja
pula dirumah, yakni dalam situasi formal, kini terpaksa dilakukan dalam bahasa Melayu
Standard yang penuh dengan gaya percakapan “formal semasa isteri selaku pengacara majlis
menjemput suami sebagai Pengerusi Ibu Bapa, untuk member ucapan pada Hari
Penyampaian Hadiah, sebuah majlis rasmi;

Fungsi juga merupakan faktor sosial yang seterusnya iaitu, tujuan interaksi itu
disampaikan sama ada untuk bertanya tentang sesuatu maklumat ataupu sekadar menegur spa
sahaja semasa seorang jiran mengajukan ungkapan “dari mana?” ketepatan maklumat dari
segi nama tempat menjadi penting kalau fungsi interaksi itu adalah untuk mengetahuinya.
Manakala, sebarang jawapan tentang tempat yang mungkin tidak pun benar merupakan
respon yang sesuai/baik kalau matlamat interaksi itu adalah untuk tujuan sosial, sperti
menegur sapa bagi mewujudkan keharmonian sosial dalam masyarakat.

Faktor terkhir adalah topik atau tajuk yang diperkatakan sering didapati boleh
mempengaruhi pemilihan/penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang tertentu. Misalnya,
perbincangan tentang hal undang-undang semasa bersantai dirumah selepas makan, yakni
dalam situasi tidak formal, antara suami isteri yang kedua-duanya peguam, yang masih
dikendalikan dalam bahasa Melayu standard. Namun, perbincangan ini juga boleh
menggunakan bahasa Melayu kolokial atau basahan kerana bukan dalam keadaan formal.
Tetapi pasangan ini lebih selesa menggunakan bahasa Melayu standard kerana sudah terbiasa
menggunakannya berbanding bahasa Melayu kolokial/basahan.

Keempat-empat faktor ini adalah sangat penting dalam menentukan kepada siapa dan
dimana serta bahasa apa yang perlu digunakan semasa bercakap. Hal ini kerana, untuk
memudahkan kita menyampaikan maklumat walau dalam keadaan situasi apa pun.

Anda mungkin juga menyukai