Anda di halaman 1dari 151

MINGGU 2

SKP2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


(TITAS)
BAB 2 INTI ILMU KETAMADUNAN
DAN RELEVANSI ILMU KETAMADUNAN DALAM
PENDIDIKAN SEMASA
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
JABATAN PENGAJIAN KENEGARAAN DAN
KETAMADUNAN,
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA,
Universiti Putra Malaysia
amini@putra.upm.edu.my
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
 1.  DEFINISI PANDANGAN  Menurut pendapat seorang
SEMESTA (WORLD
VIEW/WELTANSCHAUUN sarjana Barat, Albert
G) Schweitzer, pandangan
 Secara umumnya, ia merupakan semesta bolehlah
satu konsep mengenai alam ditafsirkan sebagai “the
semesta secara keseluruhan
terutamanya dilihat melalui satu
some total of thought
sudut pandangan yang which a community or
dopengaruhi oleh satu sistem individual think about the
nilai yang tertentu. nature and purposed of the
universe and about the
place and destiny of
mankind within the world.”
DEFINISI PANDANGAN SEMESTA (WORLD
VIEW/WELTANSCHAUUNG)

Manakala menurut pandangan salah


seorang sarjana Islam, Syed Naquib al-
Attas, pandangan semesta Islam
merangkumi dunia dan akhirat yang mana
aspek dunia merupakan persediaan bagi
aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta
dari perspektif Islam ialah pandangan
tentang realiti atau hakikat yang terjelma
dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.
Pandangan Semesta Tamadun Islam
Kepercayaan kepada Allah dan
Rasul-Nya.    
Kepercayaan kepada Yang Maha
Esa, Pencipta, Pentadbir dan
Pemelihara Alam Semesta.
Konsep penghitungan dan
pembalasan yang muktamad di
akhirat.
Pandangan Semesta Tamadun Islam
 iii.  Keyakinan kepada  Lantaran itu, masyarakat
pembalasan yang baik Melayu menyedari bahawa
bagi amalan yang baik dan seluruh hidup mereka terfokus
sebaliknya. kepada Tuhan (God-centered).
 iv.  Menghormati maruah Oleh itu masyarakat Melayu
menyedari dan meyakini
dan martabat manusia. bahawa Allah S.W.T. Maha
 v.  Keadilan, kebebasan Berkuasa.
dan kesaksamaan  Sebagai kesannya, pandangan
 vi.  Kehidupan yang semesta Melayu telah dibentuk
pertengahan dan seimbang berasaskan habluminallah
antara jasmani, rohani dan (berbuat baik kepada Allah) dan
akal. habluminannas (berbuat baik
kepada manusia).
KONSEP KETUHANAN
Allahlah yang mencipta
apa yang ada di langit dan
di bumi. Dialah yang
Maha Berkuasa, Pencipta
Alam Semesta ini.
KONSEP IBADAH
Allah sahaja yang berhak disembah (Al-
Baqarah:21) dan tujuan penciptaan manusia
adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t. (Al-
Zariyat:56). Beribadah kepada Allah s.w.t.
bermaksud mematuhi segala sifat perintah Allah
s.w.t. dan menjauhi larangannya dan mati kerana
Allah. Orang yang menyembah Allah dan tunduk
patuh kepada Allah s.w.t. menerima balasan baik
daripada Allah s.w.t. [Al-Baqarah:112].
PERANAN RASULALLAH
1. Ajaran Allah s.w.t. dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. untuk
disampaikan kepada umat manusia.
Apa yang disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w. mestilah diterima
dan apa yang dilarang hendaklah
dijauhi dan ditinggalkan
KONSEP KEIKHLASAN
Rasa cinta kepada Allah
dizahirkan dengan ketundukan dan
kepatuhan kepada Allah s.w.t. dan
disertai dengan harapan
kepadaNya (raja’). Ibadah diterima
Allah dengan keikhlasan dan tidak
disertai unsur-unsur kesyirikan.
NAMA DAN SIFAT ALLAH
1. Allah mempunyai nama-nama dan
sifatnya yang tersendiri.
Sesungguhnya tiada ada sesuatu pun
yang berada di langit atau di bumi
yang menyerupai nama-nama dan
sifat-sifat Allah dan Allah jauh sekali
menyerupai makhluk dari segi nama-
nama dan sifat-sifatnya.
KONSEP BERIMAN DENGAN
ALLAH
1. Beriman dengan Allah s.w.t. mendapat
pembalasan Allah dari segala
perancangan dan tipudaya musuh (Al-
Haj:38), kebahagiaan di dunia dan
akhirat (surah Al-Nahl:97),
membebaskan minda daripada kebekuan
akal, keselamatan, keharmonian dan
ketenangan, petunjuk Allah (Al-
Baqarah:15) dan keredhaan serta balasan
yang abadi dengan syurga Allah s.w.t.
BERIMAN DENGAN MALAIKAT
1. Konsep iman juga mencakupi
beriman dengan para malaikat
iaitu yakin dan percaya tentang
kewujudan mereka, nama dan
tugas mereka, sifat-sifat mereka,
dan yang tidak ketahui nama
mereka. (Al-Baqarah: 285)
BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB
ALLAH
1. Konsep iman juga berkaitan dengan
keimanan kepada kitab-kitab Allah, iaitu
beriman bahawa Al-Quran, Taurat, Zabur
dan Injil diturunkan kepada Allah s.w.t.
termasuklah beriman dengan nama-nama
kitab tersebut dan kepada nabi yang
dikhususkan baginya, mempercayai
kebenaran kandungan kitab-kitab itu dan
perkhabarannya. (Al-Nisa:136).
BERIMAN DENGAN PARA
RASUL
Beriman kepada Rasul termasuk dalam
keimanan kepada Allah s.w.t. dan
rukun iman. Manusia perlukan kepada
kerasulan dan pembawakannya agar
manusia dapat hidup dengan baik dan
sempurna. (Al-Syura:52). Tidak boleh
dibezakan keimanan kepada semua 25
Rasul yang wajib dipercayai.
PERANAN PARA RASUL

Para Rasul diutuskan untuk membawa manusia kepada:


i. sistem ibadah yang haq yang tidak menyimpang
daripada kehendak Allah s.w.t.,
ii. tidak menyengutukannya, menegakkan ajaran-ajaran
Allah dan larangan bertelingkah dalam soal agama itu
(Al-Syura:13),
iii. pembawa basyir (khabar gembira) dan inzar (khabar
peringatan) [Al-Kahf:56]
iv. memberi ingatan kepada manusia tentang balasan
buruk dan siksaan terhadap mereka yang melanggar
titah Tuhan (surah Fussilat:13) dan
v. khabar gembira tentang syurga bagi mereka yang
soleh [Al-Nisa’:13].
BERIMAN DENGAN AKHIRAT
Beriman kepada hari akhirat juga terangkum dalam erti
keimanan kepada Allah dan beriman dengan rukun-rukun
iman. Maksud beriman dengan hari akhirat ialah percaya
dan yakin akan kedatangannya, tanda-tanda hampir
kiamat, kematian manusia dan fitrah kubur, siksa kubur
dan kenikmatan dalam kubur, tiupan sangkakala, buku
catatan amal, titian sirat dan timbangan mizan, siksaan
neraka dan nikmat syurga bagi mereka yang diizinkan
Allah.
FAEDAH BERIMAN DENGAN
AKHIRAT
Beriman dengan Hari Akhirat memberi
motivasi untuk menggerakkan amal
soleh dan nilai-nilai taqwa kerana
kepercayaan wujudnya pembalasan
Allah di Hari Akhirat.
Seringkali Allah kaitkan di antara
amalan-amalan kebajikan dengan
keimanan kepada Hari Akhirat
BERIMAN DENGAN TAQDIR
Beriman dengan taqdir Qada Qadar (atau
untung baik untung jahat) ialah meyakini dan
percaya bahawa semua yang baik dan buruk
adalah takdir Allah s.w.t. Allah melakukan
apa yang dia kehendaki dan Dialah
menentukan terjadinya sesuatu, semua yang
ada di dunia ini berada di bawah taqdirNya
dan berjalan teratur mengikut sunnatullah,
taqdir Allah tetap akan berlaku dan tidak
boleh dielakkan kecuali dengan izinNya.
Keimanan Kepada Qada (Fate) dan
Qadar (Pre-Destination)
Keimanan kepada Qada dan Qadar dapat mendorong
manusia untuk berikhtiar, berusaha ke arah
kecemerlangan dan berdoa serta bertawakal kepada
Allah. Manusia juga akan sedar had ruang lingkup
kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka,
justeru arif dengan kehebatan dan kekuasaan Allah.
Manusia yang ditimpa celaka atau kebaikan akan
bersifat redha dan tidak menyalahkan Tuhan.
Menanam keimanan kepada Allah dan berharap
kepada Allah untuk sebarang pertolongan dalam
menjalani kehidupan di dunia.
Pandangan semesta Melayu
 Berpusatkan manusia “man-  Kosmologi makrokosmik
centered” yang luas dan tinggi (alam
 Konsep “adat yang sebenar
jagat raya) dan kosmologi
mikrokosmik iaitu alam kecil
adat” atau “hukum alam” ( diri manusia).
(nature) tergambar dalam  Konsep adat Melayu: “Biar
pepatah “adat air membasah, mati emak jangan mati adat”.
adat api membakar, adat  Islam datang: mengenal
angin menyejuk”. Tuhan segala aspeknya
 Interaksi dengan alam seperti tawhid,
membolehkan manusia kewujudannya,
keagungannya dan
Melayu memahami penciptaannya.
persoalan kosmologi  Manusia sebagai vicegerent
Melayu. of Allah on the earth.
Pandangan Semesta Tamadun Islam
Kepercayaan kepada Hablumminannas dan
akhirat. hablumminallah
Amalan baik di dunia (hubungan manusia
dan akhirat. Dunia sesama manusia dan
sementara. Dunia adalah hubungan manusia
jambatan ke akhirat.
dengan Allah)
Integrasi hubungan
man-centered-God-
centered-nature
centered-creation-
centered
Orang Islam Pernah Menguasai Sepertiga
Tamadun Dunia Suatu Masa Dahulu
Karekteristik dan Asas Tamadun

1. Agama Dalam Sistem Kepercayaan Sebagai Asas


Pembinaan Tamadun
Hampir semua tamadun manusia terbina atas asas sistem
kepercayaan ataupun agama masyarakat dalam tamadun
tersebut.
2. Perkembangan Sistem Perbandaran

Tamadun tumbuh berkembang dengan adanya bandar dan


kota yang menjadi tumpuan penduduk dan penempatan.
Kepesatan populasi dan penempatan banyak bergantung
kepada aktiviti-aktiviti kenegaraan, ekonomi, sosial,
perdagangan, pembangunan komuniti, pendidikan dan
aktiviti-aktiviti warganegaranya.
Sistem Perbandaran Dalam Tamadun
Islam

Sistem perbandaran dalam Tamadun Islam pula telah


mendahului Tamadun Barat pada kurun ke 13 Masehi
terutamanya ketika umat Islam menguasai Sepanyol.
Jalan-jalan raya di bandar yang dikuasai oleh orang-orang
Islam telah berlampu dan berturap sepenuhnya.
3. Teknologi Pengairan

Teknologi ini telah digunakan oleh orang-orang Proto


Sumeria untuk mengairi ladang bagi bercucuk tanam dan
memastikan kawasan tanah paya tidak kering. Teknik
penerokaan tanah yang asalnya tanah hutan dan semak-
samun juga telah diketahui oleh mereka.
4. Perkembangan Tamadun Ilmu Dalam Tamadun Manusia
Manusia akan berfikir apabila ingin menyelesaikan masalah atau
rasa ingin tahu. Dua pengetahuan asas yang muncul dalam
tamadun manusia ialah pengetahuan tentang penulisan dan
matematik. Manusia telah menggunakan piktografi (bahasa
simbol) yang menerangkan sesuatu maksud. Maklumat mudah
direkodkan apabila manusia menguasai sistem tulisan. Apabila
huruf diperkenalkan, manusia mula melakukan usaha-usaha
penterjemahan. Kawasan rumah ibadat kebiasaannya didiami
oleh golongan agamawan. Dalam tamadun manusia, golongan
agamawan merupakan orang yang celik huruf.
 Orang-orang Islam terpaksa belajar Bahasa Greek dan Latin dalam usaha mempelajari
berbagai disiplin yang telah dimulakan pencariannya oleh orang-orang dalam Tamadun
Greek. Akhirnya orang-orang Islam telah berjaya menterjemahkan karya-karya Greek dan
Latin dan menanamkan falsafah ilmu yang dipelajari daripada orang-orang Greek mengikut
acuan epistemologi Islam. Orang-orang Barat terpaksa mempelajari bahasa Arab dalam usaha
mereka untuk memahami ilmu-ilmu yang dikuasai oleh orang Islam untuk dibawa balik ke
Eropah dan negara-negara Barat yang lain.
5. Kewujudan Undang-undang
Di antara ciri tamadun ialah kewujudan undang-undang bagi
sesuatu masyarakat atau negara. Jelas, Madinah di bawah
pemerintahan Rasulullah s.a.w. merupakan sebuah negara
berperlembagaan dan berdaulat yang menjana agama dan
membangun berdasarkan prinsip Islam sehingga melahirkan
generasi Hadhari dan Qurani yang menjulang nama Islam dan
tersebar ke seluruh pelusuk dunia hingga mencecah angka lebih
1.7 billion dalam tempoh 1429 tahun.
6. Perpaduan dan Kerjasama

 Di antara ciri tamadun ialah kewujudan perpaduan sesama masyarakat yang menjadi komponen dalam
tamadun itu. Kekukuhan tamadun merupakan tunjang kekuatan tamadun.
7. Pertanian

Ciri kewujudan tamadun manusia terletak pada elemen-


elemen perbandaran. Bandar terbentuk hasil daripada
perubahan yang berlaku pada sesuatu kawasan ataupun
daerah. Pembentukan sesebuah tamadun ditentukan juga oleh
kepesatan kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian ditentukan
oleh sumber-sumber air yang diperolehi daripada sungai.
8. Tamadun Ilmu dan Perkembangan
Ilmu Pengetahuan

Asas kepada zaman moden bertitik tolak daripada


pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemajuannya. Membaca
untuk meraih ilmu pengetahuan adalah aktiviti pertama yang
mencetuskan kemodenan. Justeru, Islamlah yang pertama
mencetuskan tabiat membaca dan kelahiran Islam merupakan
titik tolak kepada permulaan kemodenan.
Falsafah Ilmu Ketamadunan

 Dalam tamadun manusia, kita seringkali akan melihat perkembangan dan


kemajuan individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Apa yang
dibincangkan dalam pengajian ketamadunan adalah demi kebaikan dan
kebahagiaan manusia serta perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Tuntutan Duniawi
Dalam tamadun Islam, tuntutan duniawi dilihat
sebagai alat untuk mencapai keredhaan Allah dan
menuju ke Akhirat.
Sebabnya, kehidupan Akhirat adalah abadi.
Falsafah Ilmu Ketamadunan

Pengajian ketamadunan menyerlahkan hakikat keadilan dan


kebenaran.
Kita belajar mengenai manusia dan kehidupannya yang
mencakupi individu dan masyarakat serta kehidupan mereka
yang berbagai warna kulit, bangsa, keturunan, asal-usul,
darjat, martabat, pangkat, kuasa, kedudukan dan
seumpamanya.
Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan pelbagai paparan
maklumat mengenai diskriminasi, bias, pilih kasih dan berat
sebelah dalam berbagai sistem pemerintahan.
Faedah Ilmu Ketamadunan

Dalam pengajian ketamadunan, kita akan bertemu pelbagai


paparan sejarah dan pengajaran tentang kepatuhan kepada
manusia kepada sistem kepercayaan dan sistem nilai masing-
masing, kejujuran dan keikhlasan, kesopanan, keluhuran budi
pekerti, tradisi dan adat resam, inisiatif, penciptaan, inovasi,
usaha manusia dan ikhtiar.
Semua ini menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan
tamadun.
ILMU TAMADUN RELEVAN DENGAN
PENDIDIKAN SEMASA
1. Pendedahan kepada tamadun dunia, jatuh-bangun, faktor-faktor
kemajuan dan keterbelakangan, pencapaian dan kemajuan.
2. Merancang masa depan tamadun dan pembangunan.
3. Ilmu teras dalam pengajian ilmu-ilmu lain seperti sains tulen dan
sains sosial. Dalam Al-Quran penceritaan tamadun masa lampau
mempunyai signifikan yang cukup besar.
4. Memahami budaya dan sistem kepercayaan tamadun lain.
5. Menyumbang kepada pembentukan negara-bangsa.
6. Menyumbang kepada pemupukan budaya berintegrasi nasional.
7. Memahami asas pembangunan dan kemajuan manusia.
KONSEP KETUHANAN
Allahlah yang mencipta apa yang ada di langit dan di
bumi.
Dialah yang Maha Berkuasa, Pencipta Alam Semesta
ini.
KONSEP IBADAH
 Allah sahaja yang berhak disembah
(Al-Baqarah:21) dan tujuan
penciptaan manusia adalah untuk
beribadah kepada Allah s.w.t. (Al-
Zariyat:56). Beribadah kepada
Allah s.w.t. bermaksud mematuhi
segala sifat perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya dan mati
kerana Allah. Orang yang
menyembah Allah dan tunduk
patuh kepada Allah s.w.t.
menerima balasan baik daripada
Allah s.w.t. [Al-Baqarah:112].
PERANAN RASULALLAH
1. Ajaran Allah s.w.t. dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w. untuk disampaikan kepada umat manusia.
Apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.
mestilah diterima dan apa yang dilarang hendaklah
dijauhi dan ditinggalkan
KONSEP KEIKHLASAN
Rasa cinta kepada Allah dizahirkan dengan
ketundukan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. dan
disertai dengan harapan kepadaNya (raja’).
Ibadah diterima Allah dengan keikhlasan dan tidak
disertai unsur-unsur kesyirikan.
NAMA DAN SIFAT ALLAH
1. Allah mempunyai nama-nama dan sifatnya yang
tersendiri. Sesungguhnya tiada ada sesuatu pun yang
berada di langit atau di bumi yang menyerupai
nama-nama dan sifat-sifat Allah dan Allah jauh
sekali menyerupai makhluk dari segi nama-nama
dan sifat-sifatnya.
KONSEP BERIMAN DENGAN
ALLAH
1. Beriman dengan Allah s.w.t. mendapat pembalasan
Allah dari segala perancangan dan tipudaya musuh
(Al-Haj:38), kebahagiaan di dunia dan akhirat
(surah Al-Nahl:97), membebaskan minda daripada
kebekuan akal, keselamatan, keharmonian dan
ketenangan, petunjuk Allah (Al-Baqarah:15) dan
keredhaan serta balasan yang abadi dengan syurga
Allah s.w.t.
BERIMAN DENGAN MALAIKAT
1. Konsep iman juga mencakupi beriman dengan para
malaikat iaitu yakin dan percaya tentang kewujudan
mereka, nama dan tugas mereka, sifat-sifat mereka,
dan yang tidak ketahui nama mereka. (Al-Baqarah:
285)
BERIMAN DENGAN KITAB-
KITAB ALLAH
1. Konsep iman juga berkaitan dengan keimanan
kepada kitab-kitab Allah, iaitu beriman bahawa Al-
Quran, Taurat, Zabur dan Injil diturunkan kepada
Allah s.w.t. termasuklah beriman dengan nama-
nama kitab tersebut dan kepada nabi yang
dikhususkan baginya, mempercayai kebenaran
kandungan kitab-kitab itu dan perkhabarannya. (Al-
Nisa:136).
BERIMAN DENGAN PARA
RASUL
Beriman kepada Rasul termasuk dalam keimanan
kepada Allah s.w.t. dan rukun iman. Manusia perlukan
kepada kerasulan dan pembawakannya agar manusia
dapat hidup dengan baik dan sempurna. (Al-Syura:52).
Tidak boleh dibezakan keimanan kepada semua 25
Rasul yang wajib dipercayai.
PERANAN PARA RASUL
Para Rasul diutuskan untuk membawa manusia
kepada sistem ibadah yang haq yang tidak
menyimpang daripada kehendak Allah s.w.t., tidak
menyengutukannya, menegakkan ajaran-ajaran
Allah dan larangan bertelingkah dalam soal agama
itu (Al-Syura:13), pembawa basyir (khabar
gembira) dan inzar (khabar peringatan) [Al-
Kahf:56] dan memberi ingatan kepada manusia
tentang balasan buruk dan siksaan terhadap mereka
yang melanggar titah Tuhan (surah Fussilat:13),
habar gembira tentang syurga bagi mereka yang
soleh [Al-Nisa’:13].
BERIMAN DENGAN AKHIRAT

Beriman kepada hari akhirat juga terangkum dalam erti


keimanan kepada Allah dan beriman dengan rukun-rukun
iman. Maksud beriman dengan hari akhirat ialah percaya
dan yakin akan kedatangannya, tanda-tanda hampir
kiamat, kematian manusia dan fitrah kubur, siksa kubur
dan kenikmatan dalam kubur, tiupan sengkala, buku
catatan amal, titian sirat dan timbangan mizan, siksan
neraka dan nikmat syurga bagi mereka yang diizinkan
Allah.
2.4 Asas Tamadun Islam – 2.10
Kesimpulan
Minggu Ketiga Bab 2.4
2.4.1 Akidah

Ketiga-tiganya
tidak boleh
diabaikan sama
sekali.
Maksud Akidah
“Akidah ialah hal-hal ang
berhubung dengan kepercayaan
dan keyakinan di dalam hati
sehingga hati dan jiwa itu
menjadi tenteram, tidak ragu-
ragu dan bimbang, bersih dan
murni daripada segala syak
wasangka”.
Akidah Dalam Islam
Ia merupakan:
i. kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan
nilai-nilai mutlak.
ii. Tetap dan kukuh dalam jiwa.
iii. Perjanjian yang diikat antara makhluk dengan
Allah (Maha Pencipta)
Implikasi Pegangan Akidah Yang Kuat

i. Membebaskan diri manusia daripada tunduk dan


patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk.
ii.
Kegagalan Ideologi dan Isme-isme Ciptaan
Manusia
 Ideologi ciptaan manusia: sekularisme, kapitalisme, marxisme,
liberalisme, fasisme, komunisme dan yang berkaitan dengannya.
1. gagal membawa ketenteraman dan
menyelesaikan krisis kehidupan manusia.
2. bersandarkan falsafah material yang hanya
mempercayai benda dan menolak sesuatu yang di
luar pancaindera.
3. menafikan kewujudan Allah
4. memesongkan hakikat iman yang sebenar.
5. merelatifkan nilai-nilai moral/akhlak.
Kegagalan Ideologi dan Isme-isme
Ciptaan Manusia (2)
6. manusia adalah pusat pemujaan.
7. meletakkan kepatuhan kepada fahaman-
fahaman sempit seperti bangsa, kaum, kelas,
negeri dan warna kulit.
8. mengasingkan agama daripada hakikat ilmu
dan akal fikiran.
Impak Akidah Terhadap Tamadun Islam

Melahirkan tamadun yang mantap


1.

dan bebas daripada sebarang


penyelewengan.
2. Akidah membentuk personaliti
yang unggul dalam diri manusia
yang menjadi penggerak kepada
pembinaan tamadun Islam.
2.4.1.1 Aspek 6 Kepercayaan (Rukun
Iman)
i. Beriman kepada Allah:
A. asas atau intipati kepercayaan
B. Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan
Maha Esa.
C. Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Pentadbir
seluruh alam.
D. Allah itu bukan makhluk,
E. Maha Sempurna, Maha Hebat dan Maha
Menentukan segalanya.
ii. Beriman Kepada Malaikat
A. Percaya wujudnya ciptaan Allah yang tidak
menyalahi sesuatu perintah Allah dan melaksanakan
segala perintah.
B. Tugas Malaikat: Melaksanakan perintah Allah ke
atas manusia dan alam.
C. Ada antara mereka tidak pernah berpisah daripada
manusia kerana memberikan kesaksian atas segala
gerak-geri manusia.
iii. Beriman Kepada Rasul

A. Mempercayai wujudnya manusia


yang diangkat oleh Allah sebagai
utusanNya.
B. Mereka menyampaikan dan
menjelaskan kepada manusia apa yang
diperintah dan dilarang oleh Allah bagi
mendapatkan kebaikan di dunia dan
Akhirat.
iv. Beriman Kepada Kitab-kitab
Allah
A. Mempercayai bahawa Al-Quran
adalah kitab yang diturunkan untuk
panduan hidup manusia.
B. Al-Quran mengandungi peraturan,
ilmu pengetahuan dan sebagainya
yang lengkap lagi sempurna serta
sesuai sepanjang zaman.
v. Beriman Kepada Hari Akhirat
A.Meyakini kehidupan di dunia bersifat
sementara.
B. Meyakini dunia akan musnah bila
berlakunya kiamat.
C. Manusia tidak boleh lalai daripada
melaksanakan tanggungjawab mereka di
dunia kerana mereka akan dipersoalkan
kelak.
vi. Beriman Kepada Qadak dan
Qadar (Pre-destination)
A. Mempercayai bahawa apa yang
berlaku ke atas diri makhluk sama ada
baik atau buruk adalah ketentuan Allah.
B. Walau bagaimanapun, manusia
diberi keupayaan untuk membuat
pilihan ke atas tindak tanduknya ketika
hidup di dunia.
2.4.1.2 Aspek Kaedah

Apakah kaedah pelaksanaan


akidah secara operasional?
Terdapat 3 kriteria asas
akidah iaitu aspek kesatuan,
rasional dan toleransi.
i. Kesatuan
i. Kepelbagaian manusia dapat disatukan tanpa
sebarang halangan.
ii. Akidah meletakkan kepercayaan hanya kepada
Allah dan bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-
Sunnah.
iii. Kesatuan pemikiran dapat dibentuk kerana
mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari
keredaan Allah.
ii. Rasional
1. Akidah tidak didasarkan kepada kepercayaan yang
dogmatik sahaja.
2. Akidah didasarkan juga kepada akal fikiran dan
logik yang rasional.
3. Tujuannya adalah untuk membuktikan kebenaran
dan kesahihan akidah Islam itu sendiri.
iii. Toleransi
1. Sifat toleransi dituntut oleh Islam.
2. Sifat toleransi mestilah berlandaskan prinsip-prinsip
akidah dan syariah.
2.4.2 Syariah
Syariah ialah “Undang-undang,aturan-atutran
dan ketetapan Allah. Ia diperuntukkan
kepada manusia bagi mengatur hubungan
manusia dengan Penciptanya, hubungan
manusia sesama manusia dan hubungan
manusia dengan alam untuk mencapai
kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di
dunia bagi menjamin kebahagiaan
kehidupan yang abadi di akhirat kelak.”
2.4.2.1 Keistimewaan Syariah (1)
i. Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan hidup
manusia
ii. Lengkap. Mengatur kehidupan manusia bagi
kesejahteraan hidup manusia.
iii. Bersifat bersepadu kerana ia memiliki prinsip-
prinsip perundangan yang mengatur urusan kehidupan
dan keagamaan.
Keistimewaan Syariah (2)
iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk kepada
batasan kaum dan sempadan geografi.
v. Matlamat pelaksanaan undang-undang syariah
adalah untuk mendapat keredaan Allah.
vi. Bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan
sehingga hari Kiamat.
2.4.2.2 Manifestasi Syariah Dalam
Tamadun Islam
Untuk mengatur
kehidupan manusia atas
asas makruf dan
mengelak kemungkaran.
Tujuan Syariah

1. Memelihara Agama


2. Memelihara Nyawa
3. Memelihara Akal
4. Memelihara Kehormatan
dan Keturunan
5. Menjaga Harta Benda
Tujuan Syariah: 1. Memelihara
Agama
1. Islam adalah teras kepada tamadun Islam.
2. Islam adalah agama Allah dan nikmat yang terbesar
bagi menyelamatkan manusia daripada segala
malapetaka.
3. Ia wajib dipertahankan oleh penganutnya.
4. Orang Islam wajib menunaikan tanggungjawab
sebagai Muslim.
5. Orang yang keluar daripada
Islam dikira sebagai murtad.
6. Islam telah memperuntukkan
undang-undang dan hukuman
sewajarnya untuk orang yang
murtad.
Tujuan Syariah: 2. Memelihara
Nyawa
1. Hak untuk hidup telah dikurniakan
oleh Allah kepada manusia.
2. Manusia dilarang membunuh tanpa
hak.
3. Mereka yang terlibat dianggap telah
melakukan jenayah dan berdosa.
4. Islam juga melarang membunuh diri.
Tujuan Syariah: 3. Memelihara Akal
1. Kewujudan akal membezakan manusia daripada
haiwan.
2. Orang yang tidak berakal tidak dibebankan dengan
sebarang tanggungjawab agama.
3. Akal membolehkan manusia menentukan mana
yang baik dan mana yang buruk.
4. Dadah dan arak diharamkan kerana ia merosakkan
fungsi akal.
Tujuan Syariah: 4. Memelihara
Kehormatan dan Keturunan
1. Manusia dicipta Allah sebagai sebaik-
baik kejadian.
2. Maruah diri dan kehormatan keturunan
dijaga melalui sistem perkahwinan.
3. Zina, seks bebas dan hubungan luar
tabii diharamkan bertujuan memelihara
kehormatan dan kemuliaan keturunan
manusia.
Tujuan Syariah: 5. Menjaga Harta
Benda
1. Islam telah menentukan panduan mengenai hak
memiliki harta benda dan kewajipan
mempertahankannya.
2. Mencuri dan menyamun tidak dibenarkan.
3. Mengambil hak orang lain secara tidak sah
dikenakan hukuman yang berat.
2.4.3 Akhlak
Akhlak secara umum adalah sistem akhlak atau
tingkahlaku manusia yang bersumberkan asas wahyu
atau syarak.
Definisi Moral (1)
Moral didefinisikan sebagai ”ajaran atau
pegangan tentang buruk baik sesuatu
perbuatan (kelakuan, kewajiban dan lain-
lain), sikap atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi
baik atau buruk sesuatu akhlak...
berkaitan dengan apa yang betul atau
adil”. (Kamus Dewan Edisi Empat)
Definisi Moral (2)
Moral secara umumnya dapat dikatakan sebagai satu
cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan
mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan
perbuatan ataupun tingkah laku. Moral itu dikatakan
subjektif sifatnya kerana ia berbeza dalam sesuatu
budaya ataupun tamadun. G.J. Warnock, The Object
of Morality, Methuen Co. LTD., London, 1973, hal. 1-
10.
Definisi Etika
Maksud etika pula ialah sistem tingkah laku manusia
yang bersumberkan sesuatu yang berautoriti. Kamus
Dewan mendefinisikan etika sebagai 1. Ilmu
berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral. 2. Prinsip
moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). (Kamus
Dewan Edisi Empat.)
Pengistilahan
Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah
‘ethic’ dan akhlak adalah sama sahaja.
Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang
dikemukakan oleh Barat mengenai etika tidaklah
sama dengan konsep akhlak Islam sama ada
daripada segi teori atau praktikalnya.
Oleh kerana tiada perkataan yang dapat
diterjemahkan sebagai akhlak, maka penggunaan
kalimah ‘ethic’ digunakan.
Kepentingan Akhlak Dalam
Kehidupan Manusia (1)

Akhlak memainkan peranan yang amat penting


 

di dalam kehidupan manusia. Akhlak adalah


sumber tindak tanduk manusia yang membawa
ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat dan
menuju kepada keredaan Allah S.W.T.
Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak perlu
dipelajari dan dipraktikkan.
Kepentingan Akhlak Dalam
Kehidupan Manusia (2)
Dengan mempelajari ilmu tersebut, ia membuka mata
setiap insan tentang perbezaan yang besar di antara
baik dan buruk. Ianya tidak akan memberi faedah jika
kita tidak berkemahuan untuk melaksanakan ajaran-
ajarannya dan menjauhi tegahannya.
Lihat Abdul Jalil Hassan, Falsafah dan Pengetahuan
Islam, Dewan Pustaka Dan Bahasa, Kuala Lumpur,
1973, hal. 34.
Kedudukan Akhlak Dalam Islam
Tepatlah apa yang dikatakan oleh al-Ghazali dalam
bukunya “Ihya’ Ulumuddin” : “Sesungguhnya semua
sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya
(tandanya) pada anggota sehingga tidak ada sesuatu
melainkan sesuai dengan sifat itu.”
Islam adalah merupakan suatu ajaran yang baik dan
benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk
akhlaknya, dan untuk mencapai kehidupan yang baik
dan sempurna.
Islam meletakkan akhlak di tempat yang tinggi sesuai
dengan kepentingannya.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (1)
 Rasulallah s.a.w. sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memperbaiki akhlaknya sedangkan baginda
tergolong di kalangan mereka yang terbaik akhlaknya.
 Di dalam doa baginda, Rasulallah s.a.w. berdoa
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a. yang
bermaksud: “Tuhanku!, tunjukkanlah aku kepada
akhlak yang paling baik kerana Engkau sajalah
yang menunjukkan kepada akhlak yang paling
baik. Jauhkanlah dariku akhlak yang buruk
kerana Engkau sajalah yang menjauhkan dariku
akhlak yang buruk.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (2)
Allah S.W.T. telah memuji RasulNya Muhammad
s.a.w. kerana akhlaknya yang baik. Firman Allah
S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau
berbudi pekerti yang agung.”
Allah S.W.T. memuji Rasulullah s.a.w. kerana baginda
dapat memikul penderitaan yang ditimpa ke atas
baginda oleh kaumnya sendiri lebih daripada apa yang
dipikul oleh orang lain.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (3)
Akhlak dan sifat Rasulallah s.a.w. menjadi pujian
seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulallah suri
tauladan yang baik bagimu iaitu bagi mereka yang
mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari
kiamat dan dia banyak mengingati (menyebut) nama
Allah.” (Al-Quran, Surah al-Qalam, ayat 4.)
Akhlak Rasulallah s.a.w. (4)
Tujuan risalah (misi) Islam itu sendiri untuk
menyempurnakan dan menyebarkan akhlak yang
mulia, seperti yang disabdakan oleh Rasulallah s.a.w.
yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dibangkitkan
(diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Islam telah mentakrifkan “Addin” dengan akhlak
yang baik. Dalam sebuah hadis telah dinyatakan
bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulallah
s.a.w.: yang bermaksud: “Apakah Addin itu? Sabda
Rasulallah s.a.w., akhlak yang baik.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (5)
Dengan ini, dapatlah dibuktikan bahawa akhlak
Islam tidak setakat dinyatakan prinsip dan garis
panduannya melalui al-Quran, tetapi
penghayatannya ditunjukkan secara praktikal
melalui kehidupan dan peribadi Rasul Allah s.a.w.
Sayyidatuna Aishah r.a. sewaktu ditanya tentang
peribadi Rasul Allah s.a.w., lalu dijawabnya yang
bermaksud: “Adalah Rasulallah s.a.w. akhlaknya
ialah al-Quran.”
Akhlak Rasulallah s.a.w. (6)
Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh
persoalan akhlak, sama ada memerintahkannya supaya
berakhlak baik atau menegah daripada akhlak yang
rendah atau keji. Di dalam al-Quran terdapat sebanyak
seribu lima ratus empat (1054) ayat yang berkaitan
dengan akhlak. Jumlah yang sebanyak ini meliputi
hampir seperempat ayat-ayat al-Quran keseluruhannya.
Akhlak Rasulallah s.a.w. (7)
Oleh itu tidak dapat diragukan lagi dengan
banyaknya ayat-ayat al-Quran yang menyentuh
persoalan akhlak menunjukkan betapa pentingnya
akhlak dalam Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana
ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akhlak
bukan sahaja diturunkan di Mekah tetapi turut juga
diturunkan di Madinah al-Munawwarah. 85
Imam Abi al-Hussin Muslim bin al-Hajjaj al-
Qusairi (1981), Sahih Muslim, Juz 1, Darul
Dakwah, Istanbul, 1981, hal. 512-513.
2.5 Kelahiran, Perkembangan Dan
Kemerosotan Tamadun Islam
Lahir di kawasan padang pasir.
13 tahun – Rasulallah s.a.w. membentuk personaliti
unggul.
Wajah kesempurnaan tamadun Islam bersinar di
Madinah.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. wafat (632M)–
tamadun Islam tersebar ke Afrika Utara, sebahagian
Eropah, China dan Asia Tenggara.
Tamadun Islam mengubah kebudayaan masyarakat
bukan Arab.
Kemuncak Kegemilangan Tamadun
Islam
1. Ketika zaman kerajaan Abbasiah (750M).
2. Kepesatan kegiatan intelektual, penterjemahan dan
komentar ilmu pengetahuan asing khususnya Greek.
3. Melibatkan ilmu perubatan, astronomi, matematik,
kimia, falsafah dan lain-lain.
4. Lahirnya ilmuan Islam terulung.
Kelahiran Ilmuan Islam
1. Ibnu Sina (m.1037M) – tokoh falsafah, sains dan
perubatan.
2. Ibn Al-Haitham (m. 1039M) – tokoh fizik dan
matematik.
3. Al-Ghazali (m. 1111M) – tokoh falsafah dan
tasawuf.
Pertembungan Tamadun
Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun asing
memperlihatkan tamadun Islam mampu mempertahankan
keasliannya. W.M. Watt menyatakan:
“Berlakunya perasaan rendah diri (inferiority) apabila
Eropah Barat bertembung dengan tamadun Islam dalam
pelbagai perkara. Pengetahuan-pengetahuan (ilmu) Islam
adalah superior kepada orang Eropah dalam banyak
perkara.”
Tamadun Islam Di Andalusia (1)
1. Berkembang selama hampir 8 abad.
2. Faktor utama orang Islam mempelopori dan merintis
kemajuan tamadun di Andalusia:
i. semangat cintakan ilmu
ii. Naungan politik pemerintah terhadap kegiatan
intelektual.
iii. Sarjana dunia Islam dibawa masuk.
iv. Penajaan pelajar mendalami berbagai bidang
ilmu.
Tamadun Islam Di Andalusia (2)
1. Khalifah Abdul Rahman Ausat (m.788M) – amat
berdedikasi dalam bidang keilmuan.
2. Terlibat dalam bidang keilmuan, membina universiti
dan menaungi pelajar dan memberi ganjaran serta elaun.
3. Pusat pengajian dan universiti didirikan di Seville,
Granada, Toledo, Valencia dan Cordova.
4. Memberi kesan kepada pemikiran masyarakat Eropah.
Tamadun Islam Ketika Zaman
Kerajaan Uthmaniyyah Turki
1. Diasaskan pada 1300M.
2. Mencapai kemuncak apabila
Sultan Muhammad Al-Fatih
menguasai Constantinople (1453M).
3. Kerajaannya berjaya melebarkan
empayarnya hingga ke Eropah Timur.
Kemerosotan Tamadun Islam Ketika
Zaman Kerajaan Uthmaniyyah Turki
1. Berlaku pengakhir abad ke 18.
2. Wilayahnya di Eropah Timur dan utara Afrika
terlepas.
3. Kerajaan berusia 637 tahun runtuh apabila Sultan
Abdul Hamid II digulingkan oleh The Young Turks
pimpinan Mustafa Kamal yang kemudiannya gagal
mempertahankan tamadun Islam.
4. Peresapan ideologi sekular membawa kemerosotan.
Tamadun Islam Di India
1. Tamadun Islam bertapak dengan tertubuhnya
kerajaan Ghaznawi yang diasaskan Sabuktigin (akhir
abad 10M)
2. Kerajaan lain selepas itu:
i. Ghori,
ii. Kesultanan Delhi
iii. Khilji
iv. Tughluq
v. Kerajaan Moghul.
2.6 Prinsip Tamadun Islam

1. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t.


dalam seluruh kegiatan hidup
2. asas akidah
3. keluhuran nilai kemanusiaan
4. nilai kesucian dan keharmonian
hidup
5. tugas khalifah di bumi Allah s.w.t..
Pembinaan Tamadun: Pelihara 3
Bentuk Hubungan (1)
1. Hubungan Manusia Dengan Allah
- Dizahirkan melalui iktikad dan pelaksanaan ibadah
serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
larangan.
2. Hubungan Manusia Dengan Manusia
-Berlandaskan syariat
-Saling menghormati sesama manusia
-Saling menghormati hak-hak yang ditentukan.
Pembinaan Tamadun: Pelihara 3
Bentuk Hubungan (2)
Hubungan Manusia Dengan Alam
-Manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah
Peranan Manusia
Peranan khalifah Allah adalah untuk mengurus,
mentadbir dan memakmurkan alam ini mengikut
ketentuan dan garis panduan yang telah ditetapkan
oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberikan
pendidikan kepada Nabi Adam a.s sebagai satu proses
permulaan dengan mengajarkan nama-nama benda.
( Surah Al-Baqarah : ayat 31 )
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
1. Islam mengajar penganutnya yang merupakan
khalifah di mukabumi ini, supaya dapat
mengimbangi kehidupan di dunia dan juga
kehidupan di akhirat dengan sewajarnya.
2. Di samping menganjurkan umatnya supaya
membuat amal sebagai bekalan di akhirat, Islam
tidak pernah pula melarang umatnya daripada
berusaha untuk kesejahteraan hidup di dunia.
3. Cuma kaedah-kaedah yang disarankan oleh Islam
untuk berusaha bagi mencapai kesejahteraan itu
sahaja yang membezakannya daripada sistem-
sistem yang lain.
Fungsi Manusia Sebagai:
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
1. Bersifat Rabbani
i. Tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada aspek ketuhanan.
 ii. Allah adalah punca segala kekuasaan.
 iii. Kuasa pada manusia adalah relatif dan merupakan amanah.
 iv. Manusia mempunyai potensi sehingga dapat mencapai
ketinggian dan kemuliaan.
 v. Wahyu bertindak sebagai panduan dan bimbingan bagi
memudahkan manusia menunaikan tanggungjawab.
 vi. Atas sifat rabbani, tamadun Islam mempunyai nilai kebaikan,
ketenangan dan kedamaian yang penuh dengan keredaan Allah
s.w.t..
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
2. Sesuai Dengan Fitrah Dan Akal Manusia
i. Tamadun Islam bersandarkan kepada ilmu wahyu
dan akal.
ii. Manusia akan mengalami kesukaran dalam
menjalankan tugasnya sebagai khalifah tanpa ilmu
wahyu dan akal.
iii. Fitrah dan akal manusia sama sekali tidak
bertentangan dengan apa yang diterangkan melalui
sumber wahyu.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
3. Tidak Membebankan
i. Allah tidak mensyariatkan sesuatu perintah yang di
luar kemampuan manusia untuk melaksanakannya.
ii. Islam memberi keringanan kepada manusia dalam
keadaan-keadaan tertentu.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
4. Sempurna dan Menyeluruh
-Diasaskan atas kerangka Al-Din
-Lengkap dan menyeluruh
-Islam adalah agama untuk dunia seluruhnya.
-Mencakupi segenap lapisan umat dan meliputi semua
zaman.
-Merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
v. Keseimbangan Antara Rohani
dan Jasmani
-Manusia menjadi unsur penting
kepada pembinaan tamadun
-Kedua-dua unsur ini tidak
dipisahkan daripada kehidupan
manusia.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
vi. Sesuai Sepanjang Zaman
-Islam cara hidup sesuai sepanjang zaman.
-Prinsip Islam bersifat umum untuk kesesuaian
kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat.
-Ada prinsip tersebut yang bersifat tetap dan anjal.
-Sebab itu tamadun Islam mampu berkembang
melampaui batasan masa dan tempat.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
vii. Terbuka dan Toleransi
-Membolehkan tamadun Islam diterima
ramai.
-Menggalakkan penerimaan elemen
tamadun lain dengan syarat tidak
bertentangan dengan syariat.
-Tamadun Islam berkembang di serata
dunia.
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun
Islam
viii. Kesatuan Dalam Kepelbagaian
-Kepelbagaian bangsa dan bahasa
bukan penghalang kepada kesatuan
umat.
-Prinsip keadilan dan kesaksamaan
melampaui segala batas perbezaan
manusia.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
-Sumbangan secara menyeluruh kepada kehidupan dan
keperluan hidup manusia.
-Mencetuskan perubahan yang besar
1. Akidah Tauhid – Membebaskan manusia daripada
sebarang bentuk perhambaan dan penyembahan
sesama makhluk.
2. Sosial – Diperkenalkan prinsip sosial berteraskan
keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
3. Ekonomi – sistem ekonomi berteraskan keadilan,
riba diharamkan dan segala bentuk penindasan.
4. Politik – Diperkenalkan sistem pemerintahan
menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan
Allah. Rakyat wajib mentaati pemimpin.
2.8 Sumbangan Tamadun Islam
5. Ilmu pengetahuan – Diwajibkan semua orang Islam
menuntut ilmu. Ilmu mesti digunakan untuk
membangunkan tamadun dan mendekatkan diri
dengan Allah. Tradisi kegiatan intelektual zaman
Rasulallah dan lain-lain mesti dicontohi. Ilmu-ilmu
yang bermanfaat mesti dimanifestasikan dalam
kehidupan.
6. Kesenian – Pengaruh besar dalam perkembangan
seni. Keunikan tersendiri.
2.9 Jihad Dalam Islam
Jihad bermaksud:
i. setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga
dan pemikiran
ii. Segala keupayaan untuk menegakkan kebenaran
iii. Segala keupayaan untuk memartabatkan Islam.
iv. Jihad mencakupi banyak aspek.
Keganasan boleh membantutkan pembangunan dan
merosakkan kredibiliti dan imej negara. Keganasan
bukanlah trademark negara kita. YAB Perdana
Menteri ke 5 telah menjelaskan:
”Keganasan yang mensasarkan orang awam sebagai
mangsa perlu ditentang secara tegas. Keganasan yang
dilakukan oleh mana-mana pihak, baik oleh negara
atau oleh mana-mana kumpulan militan
…tidak dapat diterima. Istilah `jihad' tidak harus
disalahgunakan - tidak harus diselewengkan tafsirannya
untuk menghalalkan keganasan. Perbuatan sedemikian
hanya mencemarkan kesucian ajaran Islam. Islam sama
sekali tidak menghalalkan keganasan. Keganasan jika
dibiarkan akan membiakkan kezaliman yang tidak akan
membawa sebarang faedah.”
 ”Menuju Kecemerlangan”, Teks ucapan Presiden UMNO, Datuk
Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung
UMNO yang ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
YAB. Perdana Menteri ke 5 menegaskan bahawa
dalam keghairahan umat Islam untuk mengamalkan
Islam demi menuntut keredhaan Allah, ramai yang
terlibat dalam tindakan-tindakan yang ditegah dan
dikutuk oleh Islam. Ini termasuklah tindakan
membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan
mengebom sasaran-sasaran yang tidak
membahayakan. Semuanya digunakan atas asas
yang salah tetapi dikaitkan dengan agama Islam.
[Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April
2005]
 Secara terus terang YAB Perdana Menteri ke 5 telah
menyatakan bahawa orang-orang Islam yang
memperjuangkan aktiviti terrorisme atas nama Islam adalah
mereka yang melanggar ajaran Islam dan sebenarnya tidak
mendokong ajaran Islam yang sebenar. Orang-orang Islam
dan bukan Islam tidak patut terpengaruh dengan dakyah
yang menyatakan kegiatan sedemikian sebagai kewajipan
keagamaan dalam Islam. YAB Perdana Menteri ke 5
mengajak semua untuk bersatu bagi memerangi terrorisme
dan menyingkirkannya daripada kehidupan kita. [Ucapan PM,
Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]
Mana-mana agamapun menentang keganasan. Justeru
orang yang mendokong keganasan dalam apa jua
bentuknya adalah pembawa ajaran sesat. Ia
bertentangan dengan nilai kemanusiaan yang ada
dalam jiwa manusia. Keganasan yang dianjurkan oleh
orang-orang Islam yang salah faham banyak
mencemarkan imej Islam.
Kalimah jihad selalunya disalahertikan atau
mengabsahkan kegiatan keganasan. Bukankah baik
jika istilah jihad digunakan untuk meninggikan status
dan pencapaian dalam bidang ekonomi, sains dan
teknologi? Keganasan lebih banyak membawa
mudarat berbanding manfaat.
SKP2203 TAMADUN
ISLAM DAN TAMADUN
ASIA (TITAS)
MINGGU 3 BAB 3:
TAMADUN MELAYU:
TERAS TAMADUN
MALAYSIA
Kandungan

3.1 Pengenalan
3.2 L/Belakang Tamadun Melayu
3.3 Ras dan Rumpun Melayu
3.4 Penjenisan Melayu
3.5 Konsep Melayu Mengikut Bahasa
3.6 Melayu Menurut Perlembagaan
3.7 Pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu
3.8 Sistem Kepercayaan dan Agama
3.9 Sistem Perundangan Melayu
3.10 Sistem Sosial Masyarakat Melayu
latar belakang TAMADUN
MELAYU
Asal-usul – asal daripada orang Mongoloid (kumpulan
Indonesia)
Berhijrah ke selatan benua Asia dari tenggara China
(Yunan) 3000 tahun yang lalu.
Dikenali juga sebagai Melayu Deutro atau Melayu
Pantai yang bertebaran di Kepulauan Melayu.
Melayu Proto lebih awal menduduki pantai Tanah
Melayu. Tetapi kemudiannya berpindah ke pendalaman
dan pergunungan selepas kedatangan Melayu Deutro.
 Melayu Proto terdiri daripada Jakun, Orang Laut dan Seletar.
Ciri-ciri Melayu Deutro
Penolakan teori migrasi
Wan Hasyim Wan Teh: Orang Melayu bukannya
bermigrasi tetapi berasal dari Alam Melayu
berdasarkan bukti arkeologi.
Alam Melayu telah didiami manusia sejak 35,000
tahun lalu. Sekiranya terdapat penghijrahan, ia adalah
penghijrahan di dalam wilayah yang sama dan atas
kepentingan penghidupan yang lebih baik.
Masyarakat Yunan (26 kelompok) tiada ciri persamaan
dengan masyarakat Alam Melayu.
 Tiada bukti wujudnya hubungan budaya dan linguistik
antara Yunan dengan Melayu Champa, IndoChina.
Siapakah Orang Melayu?

 Orang Melayu adalah  Dari segi bahasa pertuturan,


penduduk terbesar Orang Melayu menggunakan
Semenanjung dan ada juga Bahasa Melayu iaitu
yang menghuni di kelompok Bahasa
Sarawak dan Sabah. Austronesia. Sejarah Orang
Melayu sering dikaitkan
Orang Melayu telah dengan kumpulan Orang
bermastautin di Melayu Asli/Melayu Proto.
Semenanjung sejak 2,500  Sebelum kedatangan agama
SM. Hindu dan Buddha,
 Terdapat juga Orang masyarakat Orang Melayu
Melayu tinggal di Selatan mengamalkan sistem
Thailand, Filipina dan di kepercayaan primitif iaitu
merata-rata tempat di animisme dan dinamisme.
Nusantara.
SAMBUNGAN
 Kedua-duanya mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa,
roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri,
yang dapat membawa atau mendatangkan kesan baik atau
buruk.
 Penulisan secara jelas mengenai Orang Melayu bermula
pada abad ke 15 iaitu pada zaman keagungan Kesultanan
Melaka yang banyak merakamkan tentang undang-undang
dan sistem pentadbiran seperti Undang-undang Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.
 Struktur pentadbiran tradisional inilah menjadi landasan
kepada pembentukan Negara Bangsa dalam sejarah moden
Malaysia.
Ras dan rumpun melayu
Kewujudan ciri fizikal:
Warna kulit
Bentuk muka
Hidung
Rambut
Genetik
Linguistik
Budaya
Enam kelompok manusia
Caucasoid : kulit putih
Negroid : Kulit hitam
Mongoloid : Kulit Kuning
Australoid : Penduduk asal Australia dan New Guinea
Red Indian: Kulit Merah
Melayu-Polinesia: Kulit Ciku Masak
Undang-undang Melaka
Undang-undang Melaka atau lebih dikenali sebagai
Hukum Kanun Melaka pada mulanya merupakan
peraturan yang tidak bertulis.
Peraturan itu diadakan untuk melindungi kerajaan,
rakyat, dan negeri Melaka. Walaupun Hukum Kanun
ini sudah dijalankan pada masa pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah (1446-1456 M) namun ia baru
ditulis dan disusun secara teratur setelah pemerintahan
Sultan Mahmud Syah (1489-1511 M).
Itulah sebabnya Hukum Kanun ini hanya dianggap
wujud setelah tahun 1489 M.
Sambungan
Bahasa yang digunakan dalam petikan Hukum Kanun
atau Undang-undang Melaka ini:
Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata
itu, melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama
'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat
'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini
tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang
keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya.
SAMBUNGAN
 Kedua-duanya mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa,
roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri,
yang dapat membawa atau mendatangkan kesan baik atau
buruk.
 Penulisan secara jelas mengenai Orang Melayu bermula
pada abad ke 15 iaitu pada zaman keagungan Kesultanan
Melaka yang banyak merakamkan tentang undang-undang
dan sistem pentadbiran seperti Undang-undang Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.
 Struktur pentadbiran tradisional inilah menjadi landasan
kepada pembentukan Negara Bangsa dalam sejarah moden
Malaysia.
Apakah sistem politik Pribumi Melayu?
Satu ciri sistem politik pribumi Melayu yang
kekal hingga kini ialah Sistem Beraja. Sistem
ini kekal kerana wujudnya hubungan Institusi
Raja dengan sistem tradisi masyarakat Melayu
yang berpegang kepada Bahasa Melayu,
Agama Islam, Adat Istiadat, Melayu dan Raja-
raja.
Unsur-unsur ini kemudiannya menjadi
sebahagian daripada ciri-ciri Perlembagaan
Malaysia. Zaman Kerajaan Melayu Melaka
yang didirikan oleh Parameswara pada awal
kurun ke-15 menyaksikan kegemilangan dunia
Melayu dalam berbagai-bagai aspek.
SAMBUNGAN
Contohnya, sistem sosio-politik Semenanjung
Tanah Melayu ini juga telah diamalkan oleh
Kesultanan Brunei yang pada satu ketika
dahulu pernah menakluk dan memerintah
Sabah dan Sarawak.
Kedua-dua negeri ini menjadi tanah jajahan
Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke
menjajah Sarawak sejak tahun 1841 hingga
1941 dan Sabah dijajah Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British sejak tahun 1881 hingga
1941.
Bagaimanakah keadaan Sosio-ekonomi Pribumi sebelum
Kehadiran PenjajahAN British?

Kebanyakannya Orang Melayu dahulu adalah petani dan pelaut.


Penemuan tinggalan arkeologi di Kuala Selinsing Perak
menunjukkan orang Melayu juga adalah ahli pertukangan dan
pedagang melalui jalan laut. Mereka hidup dalam kampung
tradisi-menanam padi, kelapa dan buah-buahan dan
mengamalkan ekonomi sara diri.
Dalam Kesultanan Melaka, apabila Melaka menjadi bandar
entrepot, orang Melayu telah mewujudkan satu sistem ekonomi
perdagangan yang teratur dengan terbentuknya sistem cukai,
sistem pasar dan gudang.
LATARBELAKANG TAMADUN
MELAYU

 Secara spesifik, masyarakat pribumi adalah merujuk kepada penduduk


asal negara Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang
Asli di Semenanjung dan pelbagai kumpulan etnik pribumi di Sabah
dan Sarawak.
 Mengikut Perlembagaan Malaysia, pribumi atau bumiputra diertikan
sebagai anak watan asal atau naif dan ini merujuk kepada orang
Melayu, orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Di Sabah,
pribumi dimaksudkan sebagai warga negara berketurunan pribumi
seperti Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu, Iranun, Kedayan,
Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungei dan kumpulan pribumi lain.
 Di Sarawak, pribumi adalah seorang warganegara Malaysia yang
tergolong dalam salah satu kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh,
Melayu Melanau, Murut/Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan,
Bisaya, Punan, Penan, dan kumpulan kecil lain.
SISTEM SOSIAL DAN
EKONOMI ORANG MELAYU
 Sistem sosial bersifat "feudal" iaitu Raja/Sultan menguasai sumber
ekonomi (tanah, tenaga buruh, modal pelaburan, perdagangan dan
memungut cukai). Mereka tergolong dalam kelas atasan dan
menengah-menjadi pedagang, ahli pelayaran dan pengusaha lombong
bijih timah.

 Monopoli ekonomi menjadi teras mengekalkan kuasa raja terhadap


rakyat. Mereka menguasai jalan perdagangan di sungai-sungai dan
menguasai perdagangan impot/ekspot.

 Antara tokoh-tokoh pembesar Melayu yang menjadi


pengusaha/pedagang ialah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim di Larut
Perak, Raja Jumaat dan Raja Abdul Samad di Selangor.
SAMBUNGAN
Di negeri pantai timur orang Melayu juga
bergiat dalam bidang pertanian dan
perdagangan. Kaum wanitanya terkenal
dengan kegiatan perdagangan. Sosio-ekonomi
orang Melayu berubah apabila British
menjajah Tanah Melayu mulai tahun1874.
British memperkenalkan sistem ekonomi
kapitalis dan membawa masuk buruh asing ke
Tanah Melayu dan seterusnya merubah
struktur ekonomi pribumi.
Sistem Sosial Orang Melayu
Mempunyai sistem masyarakat yang teratur
dan kemas kerana hubungan mereka yang rapat
dengan Kesultanan Brunei. Kedudukan
petempatan mereka di persisiran pantai
menyebabkan mereka lebih terdedah kepada
pengaruh luar dan penyebaran agama Islam
yang di bawa melalui perdagangan. Maka
kerana itu, semua orang Melayu beragama
Islam.
KESIMPULAN
 Secara keseluruhannya,  Namun secara amnya,
pandangan semesta Islam sememangnya telah
Tamadun Melayu telah berakar umbi dalam
melalui beberapa peringkat pemikiran serta
evolusi. Malah jika diteliti pembentukan pandangan
dengan lebih mendalam, semesta masyarakat
zaman penjajahan, zaman Melayu. Namun unsur-
menuntut kemerdekaan serta unsur tradisi masih
zaman kontemporari juga
mempunyai pengaruh yang
telah mempengaruhi
besar dalam kehidupan
pembentukan pandangan
semesta masyarakat Melayu.
seharian mereka.

Anda mungkin juga menyukai