Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PENTADBIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) TAMAN KERAMAT


JALAN ENGGANG TIMUR 1
54200 SELANGOR DARUL EHSAN
KALI 5/ 2008

Tarikh : 15 Ogos 2008


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

KEHADIRAN :

1. Pn Zainab bt Teh - Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn. Rosnah bt Mat Yunos - GPK Pentadbiran
3. Pn. Noraziyah bt Nordin - GPK HEM
4. En Mohd Isa bin Abdul Rashid - GPK Kokurikulum

Agenda

1. Ucapan Pengerusi
Puan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.
(Tindakan: makluman)

2. Maklumat Penting dari PPD

1.1 Puan Guru Besar menyampaikan pesanan dari PPD Gombak dan perkembangan program
perlu dirancang, tepat masa dan Guru Besar perlu hadir. Fail-fail berikut perlu diwujudkan
dan dikemaskini.
- Fail kewangan
- Fail Pencerapan
- Fail cuti – cuti yang diluluskan.
1.2 Menyemak bayaran yuran tambahan murid-murid – hantar senarai memo kepada PPD
Gombak murid yang belum menjelaskannya.
1.3 Pengesahan Tahun 1
1.4 Pungutan wang daripada murid untuk aktiviti Tahun 6 tidak boleh lebih daripada RM 70.00
1.5 Memohon kebenaran lawatan murid perlu mengikut tempoh masa seperti di bawah:
-ke luar negara : 6 minggu
-ke luar negeri : 5 minggu
-Dalam negeri : 3 minggu
1.6 Jika berlaku keracunan makanan di sekolah, hubungi segera Pejabat Kesihatan dan
PPD , sementara itu pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya .
1.7 Penyakit kuku dan mulut jika ada 2 orang murid yang terlibat , sekolah perlu
ditutup.
1.8 LADAD-Jika dibuat pada hari Sabtu guru-guru boleh membuat tuntutan perjalanan
dari rumah ke sekolah.
1.9 Laporan Aset:
Perlu dihantar ke PPD 3 kali setahun. Sebelum laporan dibuat mesti diadakan
mesyuarat kewangan.
1.10 Program selepas UPSR:
P&P berjalan seperti biasa. Program PROTIM wajib dilaksanakan.
1.11 Program Hari Merdeka- hantar laporan ke PPD pada 19 September 2008.
1.12 Laporan pencerapan format baru yang disertakan(disket), hantar pada 18
Ogos 2008.
1.13 Peperiksaan Akhir Tahun:
17 Oktober 2008 atau 20 Oktober 2008.
1.14 Kajian tindakan 2009 hantar pada Januari 2009.
1.15 Bantuan Pakaian Seragam hantar laporan pada 15 September 2008.
1.16 Operasi ponteng- jika berlaku murid sekolah kita ditahan polis, pihak sekolah perlu
mengambil dan menguruskan tindakan seterusnya .
1.17 Key in data laporan prestasi, lantik kerani bukan Guru Data.
1.18 Guru Prasekolah tidak boleh dilantik daripada guru sementara. Lantik guru-guru
Tahap I.
1.19 Elakkan sikap perkauman apabila berurusan dengan ibubapa.
1.20 Proses murid-murid ke asrama penuh:
- Senaraikan murid yang layak sah oleh Guru Besar dan hantar ke PPD pada 29
Ogos 2008.
- Kelayakan murid berpandukan keputusan percubaan negeri, matematik dan sains
mesti A
- Murid yang layak tetapi tidak mahu ke asrama penuh perlu membuat pengakuan
bertulis.
- Ibubapa yang tidak mahu anaknya yang terpilih ke Asrama Penuh juga perlu
membuat pengakuan bertulis.
- Murid-murid yang mempunyai rekod aktiviti ko-ko yang cemerlang perlu
disediakan ‘testimonial’ , perlu hantar sijil.
1.21 Pemeriksaan keselamatan- periksa tabung pemadam api seperti yang diarahkan.
(Tindakan: makluman)

3. Lain-lain Hal

1.1 Guru Besar berharap semua GPK membuat tindakan mengikut bahagian masing- masing.
(Tindakan: Semua GPK)

1.2 Makluman dari Pn Noraziyah ( GPK HEM )


- surat yang telah dihantar
- Laporan aset
- Laporan penerimaan Buku Teks 2009
- Laporan minggu kecerdasan
- Laporan kendiri kantin
- Laporan Denggi
- Pengesahan tahun 1, 28 Ogos 2008.
- Membaiki grill rosak dan membeli kunci baru
- Naik Taraf bilik pemulihan - akan siap lepas Cuti Pertengahan
semester ke 2
(Tindakan : makluman)

- Seorang murid tahun 1 disyaki mendapat penyakit kuku dan mulut, tidak dibenarkan
hadir.
(Tindakan : semua guru kelas)

1.3 Makluman dari En Isa bin Abdul Rashid ( GPK Kokurikulum )


- Memaklumkan Unit Kokurikulum bahagian Unit Beruniform akan mengadakan
perkhemahan dalaman bagi unit beruniform sesi 2008 pada 24, 25 dan 26 Oktober
2008.
- Membentangkan kertas cadangan perkhemahan
- Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
(Tindakan : Penyelaras Unit Beruniform)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh :

……………………………...
( Pn Rosnah bt Mat Yunos )
GPK Kurikulum

Disahkan oleh:

…………………………..
( Pn Hjh.Zainab Bt Teh )
Guru Besar
SK(2) Taman Keramat