Anda di halaman 1dari 16

PEMBAKUAN SEBUTAN

Pengenalan

Perancangan pembakuan sebutan bahasa


Melayu adalah menjadi salah satu objektif
Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana
yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka 1959.

Matlamat pembakuan sebutan bahasa


Melayu adalah untuk menyeragamkan cara
penyebutannya. Secara khusus, pembakuan
sebutan bertujuan untuk:

i. Mewujudkan satu variasi sebutan baku


dalam BM yang digunakan dalam
situasi formal.
ii. Meningkatkan kecekapan berbahasa
Melayu baku dalam kalangan semua
pengguna BM.

MINGGU 6
1
iii. Memantapkan sistem dan struktur
dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya
sistem sebutan menjadi mantap dan
baku sejajar dengan pemantapan dan
pembakuan tatabahasa, kosa kata,
sistem ejaan, dan laras bahasa.

iv. Secara khusus untuk


menyeragamkan cara berbahasa dan
bertutur , dan mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya
sebutan serta menghindarkan
penggunaan dialek setempat dalam
pengajaran dan pemelajaran di
peringkat sekolah.

Definisi Sebutan Baku

Sebutan baku ialah sebutan yang


digunakan dalam situasi formal atau
rasmi. Antara aktiviti atau kegiatan yang
ditakrifkan formal ialah pengajaran dan
pemelajaran, ucapan, pidato, ceramah,
mesyuarat, wawancara, siaran melalui
media elektronik.
2
Sejarah Pembakuan Sebutan
Bahasa Melayu

Gagasan atau idea pembakuan


sebutan bahasa Melayu telah melalui
beberapa tahap, iaitu:

1. Gagasan mula diketengahkan dalam


Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga di Singapura dan di
Johor Bahru pada tahun 1956.
2. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi
sebutan juga jelas tercatat dalam
Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka
(pindaan 1972).
3. Beberapa penyelidikan telah dijalankan
tentang sebutan baku melalui bengkel
dan seminar sejak awal RMK4 (1981).
4. Siri bengkel sebutan baku diadakan
dalam tahun 1987 antara DBP dengan
PLM, dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.3

3
5. Perumusan tentang pedoman sebutan baku
dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal
antara DBP dengan Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan
Malaysia, dan pakar bahasa.
6. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan
di Malaysia dilaksanakan bermula pada
penggal kedua persekolahan dalam tahun
1988.

Dasar Sebutan Baku

Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah


sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan
ejaan.

Ciri Sebutan Baku:

1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau


Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas
mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang
dilambangkannya.

4
2. Nada suara yang digunakan semasa bercakap
hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan
bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta
keperihalan keadaan yang berkenaan.
3. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi
beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan
linguistik.

Penyebutan Bunyi Vokal

1. Vokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang


kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau
di akhir kata.
2. Vokal < e > yang melambangkan < e > taling
dan < e > pepet diucapkan [ e ] atau [ ]
mengikut bunyi asal sesuatu kata itu.
2. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan
secara keseluruhan dan juga berdasarkan
bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata
dasar atau kata terbitan.
3. Vokal < i > dalam bahasa Melayu
melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi
[ e ].

5
4. Vokal < o > dalam sebutan baku diucapkan
[ o ] dan bukannya [ ]. Bagaimanapun, untuk
melafazkan beberapa kata pinjaman dalam
bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain,
vokal < o > boleh dibunyikan [ ].
5. Vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ]
diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi
[ o ].

Penyebutan Bunyi Diftong

Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu


/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan
sebagai satu kesatuan bunyi.

1. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi


[ ai ] pada semua kedudukan (suku kata 6
terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.

2. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi


[ au ] pada semua kedudukan ( suku kata
terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.

6
3. Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan
bukan dengan bunyi [ i ] bagi kata jati bahasa
Melayu (suku kata terbuka), contohnya:
se.poi, do.doi, dan ka.loi.

Penyebutan Bunyi Konsonan

Semua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai


bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di
akhir kata. Contohnya:

Konsonan Awal Tengah Akhir

b ba.suh sa.bun ja.wab


c cu.kai cu.cuk Mac
d de.wan pa.da wu.jud
f fi.kir na.fas a.rif
g ga.ji ja.ga beg
h ha.ti ma.hu mu.rah

7
Penyebutan Dua Konsonan dengan Satu
Nilai Bunyi

Kata yang mengandungi gugus konsonan disebut


dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di
awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:

Huruf Awal Tengah Akhir

gh ghai.rah magh.rib ba.ligh


kh kha.bar a.khir ta.rikh
ng nga.nga si.nga -
ny nyi.or su.nyi -
sy syah.du i.sya.rat -

8
Penyebutan Konsonan dengan Tiga Nilai
Bunyi

Terdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga


nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau
di akhir suku kata, contohnya:

Huruf Awal Tengah Akhir

k ka.mi la.ki
? - - ba.la?
- ta .zim

9
Penyebutan Kata Dasar

Kata dasar disebut berpandukan kaedah


pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila
terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu
pola V – V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-
VK, contohnya:

Pola Suku Kata Pemenggalan Sebutan


Kata Suku Kata

V-KV isi i.si [ i.si ]


V-KVK ikan i.kan [i.kan]
VK-KV inci in.ci [ in.ci ]
VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat]
KV-KV lama la.ma [ la.ma ]
KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ]
KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ]
KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]

10
Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan pada dasarnya disebut


mengikut pola pemenggalan suku kata yang
berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK.
Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi
penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.

i. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR,


peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan
kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan
atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar
yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan
dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan,
contohnya:

Ejaan Sebutan

bernyanyi [ ber.nya.nyi ]
menunggu [ me-nung.gu ]
penyanyi [ pe.nya.nyi ]

11
dihantar [ di.han.tar ]
keadaan [ ke.ada.an ]
seekor [ se.e.kor ]
tertulis [ ter.tu.lis ]
peragut [ pe.ra.gut ]

ii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN-


dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi
vokal atau diftong dilafazkan menurut cara
pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:

Ejaan Sebutan

mengarah [ men.nga.rah ]
mengikut [ me.ngi.kut ]
pengedar [ pe.nge.dar ]
pengundi [ pe.ngun.di ]

12
• Kata terbitan dengan awalan
meN- atau peN-
yang mengandungi kata dasar
ekasuku dilafazkan mengikut
cara pemecahan suku kata
ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan

mengepam [ me.nge.pam ]
mengepos [ me.nge.pos ]
mengetin [ me.nge.tin ]
pengecat [ pe.nge.cat ]
pengelap [ pe.nge.lap ]
pengecas [ pe.nge.cas]

13
iv. Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-,
mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-
dengan kata dasarnya yang bermula dengan
bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua
cara, iaitu:

a. sebutan mengikut cara pemenggalan suku


kata ejaan.
b. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk
awalan dengan bentuk dasarnya.
Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada
cara sebutan yang pertama.

Ejaan Sebutan

berangkat [ be.rang.kat ] atau


[ ber.ang.kat ]
berekor [ be.rekor ] atau
[ ber.e.kor ]
perelok [ pe.re.lo? ] atau
[ per.e.lo? ]

14
memperelok [ mem.pe.re.lo? ] atau
[ mem.per.e.lo? ]
diperelok [ di.pe.re.lo? ] atau
[ di.per.e.lo? ]
terangkat [ te.rang.kat ] atau
[ ter.ang.kat ]

v. Kata terbitan dengan akhiran –an, i-, dan –kan


atau partikel –lah, -kah, -tah atau kata ganti
singkat –ku, -mu dan –nya dilafazkan dengan satu
cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata
ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan

tajaan [ ta.ja.an ]
menjalankan [ men.ja.lan.kan ]
jemputlah [ jem.put.lah ]
bilakah [ bi.la.kah ]
siapatah [si.apa.tah ]
milikku [ mi.lik.ku ]

15
vi. Kata terbitan yang mengandungi kata dasar
yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ]
yang menerima akhiran –an atau –i dilafazkan
dengan dua cara, iaitu:

• Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata


KV-KVK.
• Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi
hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir
kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan
diberikan kepada cara penyebutan yang
pertama.

Kata Sebutan

ejekan [ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]


keelokan [ ke.e.lo.kan ] atau
[ ke.e.lo?.kan ]
masakan [ ma.sa.kan ] atau
[ ma.sa?.kan ]
memasuki [ me.ma.su.ki ] atau
[me.ma.su?.ki ]

16