Anda di halaman 1dari 2

Setiausaha Persatuan Sejarah,

Universiti Pendidikan Sultan Idris,


35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

______________________________________________________________________________

Pengarah, Rujukan kami : UPSI/FSSK/PERMAS/09-10/05(06)


Perkhidmatan Maklumat Umum, Tarikh : 2 Mac 2011
Arkib Negara Negara Malaysia,
Jalan Duta,
50568 Kuala Lumpur.

Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan ke Arkib Negara Malaysia
Dengan hormatnya perkara di atas, iaitu permohonan mengadakan lawatan ke Arkib Negara
adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Sejarah dari Fakulti Sains Kemanusian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ingin mengadakan lawatan ke Arkib Negara. Maklumat
lanjut mengenai program lawatan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 19 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi hingga 2.00 petang
3. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan keizinan dan kebenaran kepada kami untuk
mengadakan lawatan tersebut. Hal ini kerana Arkib Negara mempunyai bahan dan maklumat
yang berharga dan sangat berguna kepada semua pelajar khususnya pelajar sejarah. Oleh yang
demikian sebagai pelajar sejarah kami dapat mendalami sejarah negara dengan lebih mendalam
lagi.
4. Selain itu, lawatan kami adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai
kedudukan bahan sejarah mengikut bahagian dan rak yang telah ditetapkan. Hal ini adalah untuk
memudahkan para pelajar untuk mencari sendiri bahan yang diperlukan terutama sekali bagi
manghasilkan tesis yang lengkap dan sempurna.
5. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pertimbangan daripada pihak tuan agar
memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan tersebut. Kerjasama daripada
pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“SEJARAH PEMANGKIN KETAMADUNAN BANGSA


Yang benar,

…………………………………………
(SITI HAJAR BINTI ZAINOL)
Setiausaha Persatuan Sejarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai