Anda di halaman 1dari 9

BAB 2

PENGENALAN

1.1 Pengenalan projek

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi
penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian
komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan
memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer
membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melalui
rangkaian setempat ( WLAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (WAN).
Pemasangan wireless di ILP Kuala Langat bertujuan untuk membolehkan kesemua
warga ILP Kuala Langat dapat mengakses internet.

Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk
berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a) yang
mengandungi nama domain, atau alamat IP dan juga laluan root di dalam rangkaian
berasaskan Internet Protocol. Kepentingan dan populariti Wireless tidak dapat
dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses Wireless untuk
orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara. wireless dihoskan di
dalam satu DHCP server, yang boleh diakses melalui perhubungan rangkaian seperti
internet atau rangkaian kawasan setempat secara peribadi.

Kami telah menggunakan sebanyak 9 buah access point jenis linksys dikawasan
yang telah ditetapkan. Penggunaan access point jenis ini kerana kelajuan liputannya
melebihi 100 meter bagi setiap kawasan di ILP Kuala Langat. di mana ia menggunakan
enkripsi WEP untuk mengekalkan tahap keselamatan dan privasi untuk para pengguna
semasa melayari internet.
1.2 Dynamic IP Address

Dynamic IP address adalah alamat IP yang boleh mengubah atau menyunting


dengan sekerap mungkin secara automatik, berdasarkan kepada server tersebut. IP
adalah merupakan satu protokol pada lapisan rangkaian di dalam set protokol Internet
dan juga merupakan protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat sejagat yang
unik (contoh alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya
dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol
lapisan pautan data melalui penggunaan alamat IP yang menyediakan keupayaan
untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam
rangkaian.

Tujuan utama Protokol Konfigurasi Hos Dinamik (Dynamic Host Configuration


Protocol - DHCP) merupakan protokol tatarajah secara automatik yang digunakan pada
rangkaian IP supaya dapat beroperasi secara efektif, boleh dibina dengan lebih efisien
dan mudah untuk diselenggara, dinaiktaraf dan diperbesarkan. Setiap komputer yang
disambungkan kepada rangkaian akan menerima alamat ip secara automatik daripada
DHCP server. Hal ini bertujuan bagi mengelakan berlakunya gangguan alamat IP di
antara komputer yang lain. Komputer yang bersambung kepada rangkaian IP perlu
ditetapan (setting) sebelum ia mampu berhubungan dengan komputer lain di rangkaian
secara automatik, dan menyingkirkan keperluan campur tangan oleh pantadbir
rangkaian. Ia turut membekalkan pengkalan data.
1.3 Perisian Access Point WAP54-G

Perisian Access Point WAP54-G telah disediakan dalam bentuk cd bagi


membolehkan Ianya dikonfigurasikan mengikut panduan yang disertakan didalam cd
perisian tersebut. Terdapat beberapa arahan yang perlu diketahui dan dipahami
sebelum melakukan konfigurasi. Setiap arahan atau tetapan ciri-ciri yang berbeza
antaranya termasuklah :-

1.3.1 SSID (nama jaringan)

Service set ID (SSID) adalah merupakan sesuatu kata nama atau nama yang
digunakan sebagai domain rangkaian tersebut seperti yang setkan pada access point
iaitu “NIT”, SSID juga lebih dikenali sebagai domain roaming pada access point tersebut
didalam satu jaringan wireless yang terdiri daripada lebih dari satu access point. Setiap
SSID dapat membezakan dengan access point yang lain, tujuan penamaan SSID ini
juga dapat mengurangkan berlakunya konflik pada rangkaian. Pada awalnya SSID ini
dianggap sebagai satu katalaluan untuk memasuki kedalam rangkaian bagi
membolehkan sebuah computer itu dapat mengakses internet mengunakan wireless.
Tanpa SSID client tidak mendapat kebenaran untuk melayari internet

1.3.2 Channel -

Untuk membezakan setiap kategori SSID antara SSID yang lain.

1.3.3 WAP keys (Wireless Aplication Protocol) -


Data kekunci keselamatan bagi mengakses internet, hanya pengguna yang
mendapat kebenaran WAP sahaja yang boleh mengunakan wireless

1.3.4 WEP (Wired Equivalent Privacy)

WEP (Wired Equivalent Privacy) adalah merupakan satu algoritma dimana ianya
digunakan untuk menentapkan keselamatan pada rangkaian selain daripada untuk
memeriksa setiap user yang menggunakan rangkaian tersebut, satu kata kekunci yang
merupakan nekwork key yang membolehkan semua user mengakses internet dengan
mendapat kebenaran dari administrator. WEP ini juga mengunakan Standard IEE
802.11 yang merupakan satu algoritma yang mengunakan RC4 stream cipher
digunakan untuk decrypt dan encrypt WEP juga mempunyai dua type kategori iaitu
64bit dan 128 bit. Kedua-dua kategori ini merupakan satu stastik piawaan bagi
memboleh client memasukan jumlah angka yang diminta sebagai kekunci.

1.4 Topologi Bas

Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer
yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang
belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu
barisan.
Rajah 1.4 : Lakaran Topologi Bas

1.4.1 Komunikasi

Komputer di dalam topologi ini berkomunikasi dengan cara mengalamatkan data


kepada satu komputer tertentu dan kemudian meletakkan data tersebut pada kabel
dalam bentuk isyarat-isyarat elektronik. Tiga konsep perlu diambil kira supaya
komputer dapat berkomunikasi di dalam rangkaian bas.

1.4.2 Penghantaran Isyarat

Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar


kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh
komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh
isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data
dalam tempoh satu masa data dihantar ke semua komputer, tetapi hanya diterima oleh
komputer beralamat serupa.

Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam
satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan
komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung
maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian
akan menjadi semakin perlahan.

Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian,
antaranya:

i. Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.


ii. Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
iii. Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
iv. Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
v. Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.

1.4.3 Kelebihan Dan Kelemahan Topologi Bas


Berikut adalah merupakan kelebihan dan kelemahan penggunaan topologi bas
antaranya termasuklah seperti berikut :-

1.4.3.1 Kelebihan

a) Mudah dilaksanakan
b) Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak
memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
c) Kos yang murah
d) Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
e) Kerosakan mudah dikesan

1.4.3.2 Kelemahan

i. Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian


tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di
dalam rangkaian.
ii. Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan
Pengulang (Repeater)
iii. Fungsi pengulang (repeater) adalah untuk memanjangkan jarak
maksima yang ditetapkan di dalam spekfikasi kabel
iv. Pengulang tidak melakukan sebarang perubahan pada data yang
diterima kecuali mengulangi semula apa saja isyarat atau data
yang diterima dan juga menguatkan isyarat tersebut.
1.5 Skop Sistem Pemasangan Wireless

Pemasangan wireless dibina berdasarkan, penambahan pelajar serta warga ILP


Kuala Langat yang akan bertambah pada semester. Selain itu juga ianya dapat
megurangkan kos pengunaan kabel rangkaian (UTP) setiap kawasan di ILP Kuala
Langat.

Selain dari itu, ianya juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan IT serta
dapat digunakan sebagai medium untuk mencari maklumat yang diinginkan.
Penggunaan wireless ini tidak terhad. Ia boleh dilayari oleh semua peringkat pengguna.
Pengguna juga boleh mendapatkan kata laluan wireless bagi membolehkan internet
digunakan dan dapat memberi pendedahan kepada pengguna yang menggunakan
wireless sistem tersebut.

1.6 Matlamat Sistem Pemasangan Wireless

a. Melahirkan pengguna yang berwawasan dengan pengetahuan IT.


b. Melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penggunaan
wireless dalam kehidupan seharian.
c. Mengurangkan pengguna kabel rangkaian di ILP Kuala Langat.
d. Memudahkan warga pentadbir, pengajar dan pelajar memperoleh maklumat dari
dunia siber.
e. Memudahkan komunikasi di antara warga ILP Kuala Langat dan pihak luar dan
menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga ILP Kuala Langat.
f. Informasi terkini dapat diperoleh dengan lebih pantas
1.7 Ringkasan Projek

Projek pemasangan ‘ Rangkaian Internet Tanpa Wayar’ di ILP Kuala Langat


adalah bertujuan untuk memudahkan warga ILP Kuala Langat serta pelawat
memperoleh maklumat menggunakan capaian intenet dengan teknologi wireless .
Proses capaian sedia ada adalah sukar kerana pusat capaian yang terhad iaitu di
makmal, pentadbiran. Perpustakaan dan hanya dikawasan yang terdapat port internet
sahaja.

Projek yang telah dibangunkan adalah merupakan projek penambahbaikan


sistem pemasangan wireless bagi wirelss yang sedia ada. Institut yang terlibat adalah
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat atau lebih dikenali dengan panggilan ILP
Kuala Langat. Projek pemasangan sistem wireless ini mengunakan sebanyak 9 buah
access point yang dikonfigurasi dan telah dipasangkan setiap kawasan di ILP Kuala
Langat yang akan digunapakai oleh pihak ILP Kuala Langat tersebut sebagai medium
untuk memberi informasi serta pencarian maklumat oleh para pelajar di ILP Kuala
Langat. Seperti yang digambarkan pada rajah dibawah dimana dengan adanya sistem
wireless ini semua pengguna boleh memanfaatkan cara penggunaan dengan mudah
melalui telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya untuk mengakses internet.
Rajah 1.7 : Lakaran Penggunaan Internet Di Kawasan Institut.
1.8 Wireless Networking

1. Sebutan yang digunakan untuk menerangkan telekomunikasi dimana gelombang


elektromagnet(disampingkabel).
2. Berfungsi untuk membawa isyarat bermaklumat yang meliputi keseluruhan atau
sebahagian dan perhubungan tersebut.
3. sebahagian alatan kawalan yang menghasilkan gelombang akustik yang
melebihi had frekuensi yang mampu didengar oleh manusia biasa
kadangkalajugadipanggil wireless .

1.9 Sejarah Wireless

Sejarah wireless Wireless transmitter pertama diawal abad ke20 menggunakan


radiotelegraphy (Morse Code). Kemudahan “modulation” membolehkan penghantaran
suara atau muzik melalui wireless yang kemudian dikenali sebagai radio.

Teknologi wireless atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai


kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN
berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 54Mbps tetapi liputan lebih dekat berbanding
802.11b). Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk
berasaskan 802.11g (menggabungkan kedua-dua fungsi 802.11b dan 802.11a).
Kepentingan dan populariti wireless tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-
kira 480 hotspot (pusat akses Wireless untuk orang ramai) pada 2006 dan terus
meningkat di seluruh negara

Anda mungkin juga menyukai