Anda di halaman 1dari 2

1. Sesuatu yang baik, belum tentu benar.

Sesuatu yang benar, belum tentu baik.


Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

2. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah
kita miliki sampai kita mendapatkannya.

3. Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.


Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang
abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

4. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,


mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir
dalam hidupnya.

5. Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.


Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
yang nyata.

6. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

7. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.


Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."

8. Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia


harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali
sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan
berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik
sekali.

9. Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan


Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

10. Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya


seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati
bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan
daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai