Anda di halaman 1dari 2

STRATEGI PENINGKATAN PRESTASI SPM BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP

PERAKAUNAN (2006 – 2010)

1. MESYUARAT PANITIA
Mesyurat ini adalah untuk guru-guru berbincang dan mengemukakan cadangan
bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Ia juga termasuk untuk
meningkatkan prestasi para pelajar.

2. MENGHABISKAN SUKATAN PELAJARAN.


Guru-guru diminta untuk menghabiskan sukatan pelajaran lebih awal iaitu
sebelum bulan Ogos.

3. NOTA
Para pelajar diminta untuk membuat nota sendiri dengan dibimbing oleh guru
mata pelajaran . Pemeriksaan nota pelajar dibuat mengikut bab seperti dalam rancangan
pengajaran tahunan.

4. LATIHAN
Guru-guru diminta memberi latihan dan seterusnya mendedahkan dengan soalan
berkaitan peperiksaan SPM yang sebenar terutama soalan daripada Kertas 2.

5. UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN


Guru-guru perlu mengadakan Ujian bulanan dan peperiksaan penggal pertama
termasuk peperiksaan bersama SPM Peringkat Negeri Perlis. Ini adalah untuk
membiasakan diri mereka kepada corak peperiksaan sebenar.

Ujian dan peperiksaan akan diadakan sekurang-kurangnya 3 kali mengikut


perancangan yang dibuat pihak sekolah.

6. KELAS TAMBAHAN
Kelas tambahan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu sebelah petang
hari persekolahan dan penjadualannya bergantung kepada pihak sekolah.
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dan pendedahan bentuk
soalan SPM yang sebenar.

7. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR ANJURAN PANITIA PRINSIP


PERAKAUNAN NEGERI PERLIS.
Menghantar pelajar yang prestasi baik ke program kecemerlangan peringkat
negeri Perlis. Penceramah yang mempunyai kepakaran akan memberi tahu teknik
menjawab dengan betul.

8. MESYUARAT PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI


PERLIS.
Panitia yang mengajar mata pelajaran ini akan bersama-sama dengan panitia
sekolah lain dalam membuat keputusan bersama dalam meningkatkan prestasi pelajar.
Mesyuarat Panitia Prinsip Perakaunan dirancang diadakan 4 kali setahun.
9. KELAS ANJAL
Kelas anjal akan diadakan selepas berakhirnya peperiksaan bersama peringkat
Negeri Perlis. Perbincangan soalan Kertas 1 dan Kertas 2 akan diadakan secara
berselang-seli mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

10. LATIH TUBI MENJAWAB SOALAN-SOALAN LATIHAN


Soalan-soalan latihan termasuk soalan-soalan percubaan dari negari-negeri luar
Perlis dan soalan-soalan SPM sebenar bagi tahun-tahun lepas diberi kepada pelajar untuk
dijawab bagi membiasakan diri mereka dengan format soalan SPM. Soalan-soalan dari
Maktab Adabi akan turut dibincangkan yang dijual setiap tahun.

11. CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN.


Mendedahkan pelajar kepada cara menjawab soalan dengan betul daripada guru-
guru yang mahir dan memastikan pelajar membuat persediaan sebelum menduduki
peperiksaan. Biasanya program ini dibuat pada bulan September selama 2 jam.

Disediakan oleh,

……………………….
(ROSLI BIN HAMID)
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan.