Anda di halaman 1dari 19

Keperluan Prinsip Kejayaan Hidup

Kajian mengatakan perubahan hidup berdasarkan diri


kita sendiri untuk merubahnya.

Ar-Rad 13
Siapa Contoh Kita

1. Michael H. Hart : 100 Most Influential Persons In


History

2. George Bernard Shaw

3. La Martine
Prinsip STAF sebagai etika kerja

S – Siddiq ( Benar )

T – Tabligh ( Komunikasi )

A – Amanah ( Responsibility )

F – Fathanah ( Kebijaksanaan )
SIDDIQ ( Benar )

. Benar terhadap diri

. Benar terhadap keluarga

. Benar terhadap majikan

. Benar terhadap masyarakat

. Benar terhadap Tuhan


10 Langkah Sentiasa Benar

1. Bermula dengan ikhlas


2. Memelihara keikhlasan
3. Melandaskan hidup berdasarkan Syariat
4. Menegakkan Ibadah-ibadah
5. Memelihara Hati dan Akhlak yang Murni
6. Sentiasa ingat Allah
7. Berjihad dan Mujahadah
8. Bertawakal
9. Menegakkan Ihsan
10. Berdoa
TABLIGH ( Komunikasi )

- Bermula dengan pengetahuan bahawa manusia itu


mempunyai maruah dan harga diri :

- “Sesungguhnya Kami telah memuliakan bani


Adam” Al Quran

- Semua kita keturunan nabi

- “Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa


selain Arab kecuali dengan taqwa” Al Hadis

- Dalam perhubungan amat penting berkomunikasi


dengan kayakinan dan maruah diri tanpa menjadi
sombong atau terlalu lemah pendirian.
10 Langkah Membina Komunikasi

1. Sentiasa tersenyum dengan penuh keyakinan, apabila


berjumpa sebarkan salam dan kenalkan diri

2. Lihat kepada mata orang yang kita bercakap


dengannya. Jawab talipon dan sapaan orang dengan
mesra

3. Berikan maklumat diri sebelum tanya orang lain

4. Berjalanlah dengan penuh keyakinan

5. Mendengar lebih dari bercakap


10 Langkah Membina Komunikasi

6. Sentiasa mengucapkan terima kasih dan bersyukur


kepada mereka yang membantu kita

7. Jangan menyombong diri atau berkata besar

8. Jangan menceritakan masalah anda kepada yang


lain melainkan mereka terlibat di dalam
penyelesaiannya

9. Jangan cipta alasan

10. Bercakap bila ada yang baik dikatakan atau diam


AMANAH ( Responsibility )

. Sifat insan yang boleh menjayakan atau


menggagalkan satu organisasi adalah sifat
amanah

. Amanah adalah satu sifat dalaman yang akan


kelihatan pada perbuatan seseorang
Beza AMANAH ( Responsibility )

. Orang yang amanah akan tidak memerlukan


banyak pemerhatian dan kawalan kerana dia
sendiri merupakan kawalan untuk dirinya

. Manakala orang yang tidak amanah akan


melakukan perkara yang menurut kepentingan
dirinya sahaja
Perbuatan Orang Yang Tidak AMANAH :

. Malas kerja

. Tidak jujur

. Curi tulang

. Datang lewat

. Dan lain-lain
Kesan AMANAH ( Responsibility )

. Amanah ini datang dari hati yang sentiasa


memerhatikan tindakannya dan kesan
perbuatannya sekarang terhadap masa depannya.

. Seorang yang tidak amanah lambat laun akan


diketahui orang dan akan terdedah kepada
tindakan syarikat

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan


jatuh ke tanah juga”
10 Langkah Menanam Sikap AMANAH

1. Biasakan diri dengan kajujuran

2. Lakukan sesuatu dengan baik

3. Lawan keinginan untuk tidak amanah

4. Ajak kawan-kawan mengamalkannya

5. Amalkan apa yang kamu katakan


10 Langkah Menanam Sikap AMANAH

6. Contohi ‘role model’ yang berjaya dan anda jadilah


‘role model’ untuk keluarga dan rakan-rakan

7. Berilah peluang kepada yang lain untuk belajar dari


kesilapan

8. Jangan beri alasan, jika sesuatu yang dijanjikan


tidak dapat ditunaikan beritahulah segera.

9. Fikirkan jika ‘kantul’ dan dibuang kerja, bagaimana


pula anak isteri

5. Fikirkan balasannya di AKHIRAT esok


FATHANAH ( Kebijaksanaan )

. Kebijaksanaan adalah kombinasi di antara ILMU


dan PENGALAMAN dan ia hanya akan terhasil
melalui :

1. Usaha berfikir
2. Belajar dan
3. Bekerja
Erti FATHANAH ( Kebijaksanaan )

. Orang yang bijaksana adalah mereka yang tahu


mengawal dirinya dan jelas matlamat hidupnya,
maka dia bergerak dengan penuh kendali diri
yang baik dan tujuan yang terarah

. Termasuk di dalam kebijaksanaan adalah


kebolehan melaksanakan tanggungjawab dengan
cara yang paling berkesan dan paling baik
10 Usaha Untuk Bijaksana

1. Teruskan belajar dari semua aspek kehidupan

2. Tanamkan minat dan teruskan membaca

3. Membacalah dengan sebuah kamus di sisi

4. Sebelum melakukan sesuatu, fikirkan ‘adakah ini


amanah ?’ dan ‘apa kesan ke atas orang lain ?’

5. Fikir, kata dan lakukan yang benar di dalam semua


urusan anda, semuanya !
10 Usaha Untuk Bijaksana

6. Dapatkan kad perpustakaan untuk diri anda dan


semua ahli keluarga anda, buku adalah sumber
maklumat dan kebijaksanaan

7. Sertailah kursus-kursus, kelas malam, kelas separa


masa di universiti dll.

8. Modelkan diri anda kepada seorang yang bijaksana


seperti Rasulullah s.a.w.

9. Jadikan diri anda seorang yang ikhlas dan ihsan

5. Fikirkan jika bagaimana saya boleh lakukan sesuatu


dengan lebih baik
Didoakan moga dengan adanya data-data dalam
artikal ini kebaikannya meluas.

Sekian.

Rujukan daripada :

Seminar bertajuk Kecemerlangan Kerja, Kebahagian Anda


2007