Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Program Rintis Bijak Prasekolah 2010 telah berlangsung di INTEKMA Resort & Convention
Centre pada 20 – 22 Oktober 2010. Untuk kali pertama ini sebanyak 5 buah negeri telah
mengambil bahagian iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Putrajaya dan WP Kuala
Lumpur. Negeri Selangor telah memikul tanggungjawab yang berat sebagai tuan rumah.
Bagaimanapun hasil dari kerjasama dan kolaborasi yang terhasil dari semua ahli
jawatankuasa yang terlibat telah memungkinkan program ini berjalan dengan lancar dan
jayanya.

Adalah diharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dengan
perancangan yang lebih awal iaitu dari peringkat zon/ daerah bagi memberi peluang setiap
negeri memilih peserta yang terbaik sebagai wakil. Pada tahun-tahun seterusnya diharapkan
lebih banyak negeri yang akan menyertai program ini.

Anda mungkin juga menyukai