Anda di halaman 1dari 2

Siapakah Qarin

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan
ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada
qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin
Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat
kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan
sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat
ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal
kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia
membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-
orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak
berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada
Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya:
“Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu
aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari
rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah
balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku
berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”
Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah
aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya
lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku
kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan
daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat
kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran
beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti
orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia
berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang
mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan
begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh
manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya
umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka
kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan
berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Anda mungkin juga menyukai