Anda di halaman 1dari 4

Pemusnah bumi?

Oleh Hazirah Che Sab


2011/02/20

Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029

JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi
dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia
berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.

Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran
pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek
berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang
melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’

Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid
atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam,
pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?

Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan


bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama
ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA)
meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan
pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.

Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma
tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain
mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.

Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu
dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada
jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu
melanggar bumi tujuh tahun kemudian.

Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih
tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar
mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada
2036.

“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir
2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal
di daratan serta sistem radar sofistikated.

“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan


kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan
ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.

Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua


Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan
mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA,
Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.

Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa


nyawa penghuni bumi kini terancam.

“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu
perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan
membunuh ramai,” kata Perminov.

Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada
beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal
bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru
diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.

Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan
bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46
mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan
besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar
dengan bumi di kawasan padat.

Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji
kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul
sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan
blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .

Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga
akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak
memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik
bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak
benda.

Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai


Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan
teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu -
bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan
pertahanan lebih baik.

Laser tangkis ancaman

PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar
asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan
asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.

Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar
ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan
2036.

“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi


memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej
Teknologi New York.

Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan
memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah
laluannya dan menyebabkannya tersasar.

Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak
sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan
pancutan arus.

“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk
menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi
terlalu dalam akan memanaskan asteroid.

“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh
milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat
memesongkan asteroid,” katanya.

Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat
sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada
tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.

Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng,
menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan
mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung
kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.

Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas
berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan
maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk
menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu
tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.    Kembali ke atas

Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.

Anda mungkin juga menyukai