0diggsdigg
Assalamualaikum ustaz,
Pembedahan batin telah muncul sebagai teknik perubatan yang semakin popular dalam
masyarakat kita. Ia sering kali dijadikan alternatif kepada pembedahan biasa untuk
penyakit-penyakit yang melibatkan ketumbuhan dan barah. Pada luaran dan zahirnya,
pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat alquran dan
tidak memperlihatkan ciri-ciri yang boleh diragukan dari sudut syara’ (Contoh:
kemenyan, jampi serapah dan sebagainya). Apa pandangan Majlis Ulama ISMA dalam
isu ini?
Jawapan :
Islam menyuruh umatnya berikhtiar apabila sakit. Nabi S.A.W sendiri pernah mengubati
kaum keluarga, sahabat-sahabatnya dan masyarakat pada masa itu dengan menggunakan
ayat-ayat Al-Quran serta ubat tradisional. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T bahawa ayat-
ayat suci al-Quran menjadi ubat penawar, firmanNya,
Yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat
suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah
kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’: 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau
kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak Hadith yang menyebutkan tentang
kesembuhan penyakit melalui rawatan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu
daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau
menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada
cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W dalam Hadis-hadis baginda S.A.W.
Sebelum saya memperincikan jawapan soalan di atas, terlebih dahulu saya ingin
mendekatkan saudara dengan pengalaman yang dilalui oleh beberapa pesakit yang pernah
mendapat rawatan tersebut. Tujuan saya adalah untuk memastikan adakah rawatan
alternatif ini benar-benar menepati kaedah syara’ ataupun tidak. Saya perturunkan
beberapa pengalaman yang dilalui oleh mereka seperti di bawah :
Pesakit 1
Encik Ibrahim (bukan nama sebenar) pernah mendapat rawatan ini. Beliau menceritakan
pengalaman peribadinya sewaktu beliau dibedah secara batin.Katanya cara dia bedah
macam doktor..dibelah dengan keris kecil (besi kuning) , lepas itu potong urat (terasa
macam kena gentik pada perut), lepas itu digunting, dijahit…darah tak nampak…tapi
beliau seorang sahaja yang nampak urat yang telah dipotong dan darah yang memancut
tu… kita tak nampak darah, tapi boleh rasa kena hiris, kena jahit, urat kena potong…
pedih pun ada, ngilu pun ada, macam kena jentik pun ada.. Bayarannya terpulang kepada
keiklhlasan pesakit, katanya beliau merawat secara ikhlas bukan bertujuan komersial.
Pengamal menggunakan alat bedah seperti keris kecil, alat jahit dan gunting. Alat itu
beliau tak beli dari mana-mana kedai, tapi datangnya dari dunia ghaib (dihantar atas
sejadah masa sembahyang). Katanya beliau sembuh sehingga ke hari ini.
Pesakit 2
Pada tarikh 25hb Feb 2009, Encik Fauzi (bukan nama sebenar) menziarahi pesakit
kanser kolon yang meninggal. Belum pun genap satu tahun selepas rawatan kemoterapi
mengunakan 5-Flurouracil.
Pada hari yang sama juga, beliau ditunjukkan klip rakaman pembedahan batin ke atas
pesakit itu, dilakukan sehari sebelum dia meninggal dunia. Bayaran pembedahan
RM10,000. Keluarga berpuas hati kerana telah berikhtiar habis-habisan.
Adakah beliau percaya? Apabila melihat, beliau yakin pembedahan dilakukan, tetapi di
luar kemampuan manusia biasa. Rumusan beliau, pembedahan dilakukan dengan bantuan
lain. Kanser yang dihidapi pesakit sudah begitu teruk, menghalang perjalanan makanan
dalam usus. Risiko telah diberitahu kepada pesakit serta keluarga dan mereka telah
menandatangani surat menanggung risiko di atas diri sendiri.
Di dalam hati beliau bertanya sama ada pembedahan sebegini mengambil kira margin
keselamatan (safe margins) atau tidak. Mungkin tidak, kerana ada pesakit kanser
payudara yang beliau jumpai di klinik, mendapat kanser berulang selepas dibuang
ketumbuhan secara pembedahan batin semasa mula menjumpai ketulan kanser di
payudara. Akhirnya, kena terima kemo yang kuat dan kanser sudah merebak ke paru-paru
dan tulang.
Kita dapat merumuskan beberapa persoalan yang timbul daripada pengalaman mereka di
atas :
1. Adakah Pengamal pembedahan batin ini dikatakan mengamalkan bacaan-bacaan ayat
al-Quran ketika memberi rawatan dan tidak diragui dari sudut syarak ?
Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab sebagai Ruqyah. Ruqyah adalah
dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan. Ini dapat kita lihat daripada sumber
periwayatan Imam Muslim yang menyatakan :
Maksudnya :
“Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi s.a.w. : Ya !
Rasulullah S.A.W. apakah pandangan anda tentang jampi ? lalu baginda S.A.W.
meminta kepada mereka agar mereka memperdengarkan jampi yang digunakan sejak
zaman jahiliah itu. Baginda S.A.W menyatakan harus dilakukan, selagi tidak
menyebabkan syirik”.
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab La Ba’sa bi al-Ruqaa, Hadis bernombor 4079)
ل
ِ سو َ م
ُ ع َر َ ُوس
ٌ جلُ ن
ُ َح
ْ ب َون ِ ً جال
ٌ م َّنا عَ ْق َر ُ ت َر َ ُول لَد
ْ َغ ِ َّد الل
ُ ه يَق ِ ن عَ ْب
َ جابِ َر ْب
َ ْت
ُ مع َ ل أَ ُبو ال ُّزبَ ْي ِر َو
ِ س َ
َ قا
» ُْم أَن ْ م ْنكِ عَ اس َتطَا ْ ن
ْ م
َ «:ل َ ه أَ ْرقِي
َ قا ِ َّل الل
َ سو
ُ ل يَ ا َر
ٌ ج
ُ ل َر َ م
َ فقَا َ َّسل ِ َّه عَ لَ ْي
َ ه َو ُ صلَّى الل ِ َّالل
َ ه
َل
ْ ع ْ
ف َ ي ْ
ل َ
ف ه ا
ُ َ خ َ أ َ
ع َ
ف ن
َْ ي
Maksudnya :
Abu Zubair berkata : Aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada
kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah S.A.W.
Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah S.A.W. ! bolehkah aku jampi ? Baginda
S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk memberi manfaat
kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah
wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4076)
Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang
itu syirik. Seorang Sahabat, Jabir R.A memberitahu Rasulullah S.A.W bapa saudaranya
pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda S.A.W terus melarang
amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir R.A kemudian menemui baginda S.A.W dan
memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah
mendengar, baginda S.A.W menjawab, “sekiranya ada di antara orang Islam yang
berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian”.
(Riwayat Muslim, Kitab al-Salam, Bab Istihbab al-Ruqyah min al-‘Ain wa an-Namlah
wa al-Hummah wa al-Naqrah, Hadis bernombor 4077)
Dalam peristiwa ini baginda S.A.W mula-mula menegah bapa saudara Jabir R.A
melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh
mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda S.A.W membenarkannya
apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Daripada sumber ini, para ulama’ telah meletakkan beberapa syarat terhadap penggunaan
jampi mentera atau serapah yang dibolehkan dan digunakan :
Berbalik kepada amalan tradisi kita yang menggunakan ayat-ayat al-Quran oleh
Pengamal perubatan alternatif tidak semesti membuktikan apa yang dilakukan oleh
individu yang terlibat adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan ajaran
Islam.
Dalam jampi mantera serapah Melayu, sebahagian daripada jampi yang dituturkan ketika
melakukan rawatan melibatkan sebutan bismillah, salam, sebutan nama nabi, nama-nama
khalifah dan sebagainya, termasuk sebutan syahadah di akhir pertuturan tersebut.
Walaupun demikian di tengah-tengah jampi, mantera atau serapah tersebut, dipanggil
nama-nama jin, yang “diperintahkan” datang, mengganggu orang-orang tertentu,
merasuk, menguasai roh orang berkenaan membolehkan orang yang berkenaan hilang
akal, sasau atau sebagainya dengan izin Allah.
Sebutan-sebutan terhadap jin atau jin-jin itu dituturkan dengan perlahan, yang hanya
dapat didengar oleh dirinya sendiri sahaja, tidak difahami atau didengar dengan jelas oleh
pelanggan yang berada di hadapannya. Ungkapan kata yang berunsurkan Islam disebut
dengan kuat dan jelas pada permulaan juga pada akhir jampi.
Mengenai soalan yang berkaitan ayat-ayat al-Quran, kandungan Hadith ataupun doa
dalam jampi mantera ataupun serapah, perlu dijelaskan bahawa sebutan-sebutan seperti
ini juga tidak menjamin bahawa kewujudan kalimah-kalimah ataupun ayat-ayat tersebut
menjadi alasan atau bukti bahawa amalan yang dilakukan itu sesuai dengan ajaran Islam.
Begitu juga kalimah-kalimah yang memperlihatkan adanya pengaruh Islam. Kalimah-
kalimah tersebut seperti sebutan nama malaikat, Rasul atau Nabi, khalifah, kalimah-
kalimah berkat ataupun rangkaian kata syahadah yang digunakan dalam ungkapan jampi
mantera ataupun serapah.
Walaupun demikian, kerana ungkapan tadi selalunya dituturkan dengan cepat, suara
perlahan dan sukar didengar dengan jelas, selain kalimah Bismillah di awal kata, diikuti
sebutan salam dan kalimah syahadah di akhir ungkapan, maka ia akan menimbulkan
anggapan bahawa apa yang dibaca oleh penutur adalah terdiri daripada ayat-ayat al-
Quran.
Di bawah ini diperturunkan satu rangkaian kata jampi pengasih sebagai contoh:Bismi
‘Llahi ‘r-rahmani r-rahim; bismillah urat daun; bismillah tembakau cina; bismillah asap
pucuk; hei jin segala jin; pergi ambil hati (dengan menyebut nama mangsa dan nama
ibunya); hantar mari kat aku; kalau tidak aku sumpah engkau; sumpah baginda rasulullah;
dengan baginda rasulullah; dengan berkat doa; la ilaha illa ‘llah; muhammad ‘r-
rasulullah.
Ungkapan di atas mengandungi Bismillah sepenuhnya sebagai pembuka kata. Selepas
menyebut sebanyak tiga kali, jin dipanggil mengambil hati gadis yang dipuja, untuk
dihantar kepada penutur atau pemuja. Perbuatan seperti ini, iaitu yang melibatkan jin
sama ada disedari penutur atau tidak, termasuk dalam amalan sihir. Berdasarkan
keterangan ini, biarpun dalam ungkapan yang dikenali sebagai jampi, mantera atau
serapah itu mengandungi ayat-ayat al-Quran, kandungan hadis, doa ataupun hanya
sebahagian daripadanya, tetapi ia disertakan dengan sebutan nama iblis dan syaitan,
disertakan sebutan nama-nama dewa ataupun Tuhan sembahan selain daripada Allah,
maka sebutan itu adalah terlarang. Untuk memperkuat arahan, penutur kepada jin, agar ia
pergi mengambil hati si gadis, dikatakan bahawa ia akan disumpah dengan menyebut
nama baginda Rasulullah.
Hal demikian memperlihatkan bahawa sumpah yang dikenakan terhadap jin yang ingkar
seolah-olah datang daripada Rasulullah ataupun berlaku hasil keberkatan menyebut nama
nabi. Dalam masa yang sama sumpah juga dikenakan dengan menyebut keberkatan doa
kalimah La ilaha illa ‘Llah, Muhammada ‘r-rasulullah.
(Al-Hijr : 42)
Bagi orang awam, apatah lagi mereka yang tidak mengetahui bahasa Arab menganggap
dan berkeyakinan bahawa orang yang terlibat menggunakan ayat-ayat al-Quran, padahal
sesetengah ayat al-Quran yang digunakan telah diseleweng daripada ayat yang sebenar,
pada barisnya, pada kalimah-kalimah tertentu dan sebagainya. Selain itu, masyarakat
masih banyak beranggapan bahawa amalan kebatinan, tidak kira sama ada untuk rawatan,
ilmu kebatinan mempertahankan diri diharuskan sekiranya menggunakan ayat-ayat al-
Quran atau doa-doa. Anggapan ini adalah salah.
Penggunaan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa diharuskan. Namun, sekiranya ia disertai
dengan sihir, iaitu melibatkan jin-jin, perbuatan tersebut adalah salah kerana amalan itu
termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir. Berdasarkan
keterangan ini, juga bukti-bukti lain yang dapat difikir logiknya ternyata bahawa bukan
mudah seseorang itu, iaitu orang awam untuk mempastikan amalan itu sebagai
menggunakan ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir dan sebagainya.Ia juga dikenali sebagai al-
mu’awwizat atau at-ta’awwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan ruqyah lebih
terkenal.
Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan
kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-
makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit,
memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.
2. Adakah Pengamal tersebut menggunakan khidmat jin untuk menyembuhkan pesakit ?
Mengikut pengalaman yang dilalui oleh pesakit dan pelanggan yang pernah mengunjungi
pusat rawatan ini percaya bahawa Pengamal perubatan ini menggunakan khidmat khadam
ghaib seperti pengalaman yang dilalui oleh Pesakit 1 di atas. Kata beliau : “Pengamal
menggunakan alat bedah seperti keris kecik, alat jahit dan gunting. Alat itu beliau tak
beli dari mana-mana kedai, tapi datangnya dari dunia ghaib (dihantar atas sejadah
masa sembahyang)”.
Disokong lagi dengan pengalaman Pesakit 2 katanya : “Apabila melihat, beliau yakin
pembedahan dilakukan, tetapi di luar kemampuan manusia biasa. Rumusan beliau,
pembedahan dilakukan dengan bantuan lain”.
Perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada banyak pihak adakah perubatan
alternatif ini bertepatan dengan syara’ atau sebaliknya. Untuk menyelesaikan isu ini,
marilah kita menjenguk sekejap pandangan ulama’ muktabar yang pernah menghadapi
situasi ini yang telah meletakkan beberapa kaedah setelah penelitian kepada nas-nas yang
ada. Pandangan ini ada yang pro dan kontra. Saya cuma ingin meneliti kesemua hujah
yang ada supaya kita boleh sampai kepada beberapa kesimpulan nanti.
1. Pandangan Pro :
Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa, Jil. 11 / hal. 307-308) dan Syeikh Ibn
‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah (fatwa bernombor 193) mengharuskan khidmat Jin
dengan syarat penggunaan mereka pada perkara-perkara yang diharuskan di samping
wasilah juga diharuskan oleh syara’. Ini bermakna rawatan kepada pesakit menggunakan
khidmat jin di antara perkara yang diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus.
Pandangan beliau disokong oleh Syeikh Abdullah Al-Faqih, Penasihat Institut Fatwa
yang mengutip beberapa Kaedah Usul dan Amalan Salafussoleh, di antaranya :
1.1 Kaedah syara’ menyatakan : Asal sesuatu perkara itu adalah harus selagi
tidak ada dalil yang melarangnya. Oleh kerana tidak ada nas yang melarangnya maka ia
kembali kepada kaedah asalnya iaitu hukumnya harus.
1.2 Khidmat yang diminta adalah khidmat masyarakat yang diharuskan seperti
mengawal rumah daripada dicerobohi, mengembalikan duit yang telah dicuri atau
mengelakkan sebarang mudarat yang datang daripada musuh dan sebagainya
sebagaimana pertolongan manusia sesama manusia.
1.3 Khidmat jin ini hendaklah daripada jin Muslim kerana ianya tidak akan
membawa sebarang mudharat kepada diri mereka. Kalau sekiranya khidmat datang
daripada jin Kafir maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu khidmat itu tidak membawa
kepada unsur-unsur syirik.
1.4 Ada pendapat yang menolak keharusan khidmat jin ini kerana beralasan
bahawa khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. adalah kurniaan dan anugerah Allah
S.W.T hanya kepada baginda a.s. dan tidak kepada selain baginda a.s. Sebenarnya dalil
tersebut bukan menjadi hujah yang qat’ie di kalangan para ulama’ mujtahidin kerana
khidmat jin kepada Nabi Sulaiman a.s. adalah merupakan kewajipan yang diwahyukan
oleh Allah S.W.T sedangkan khidmat jin yang kita maksudkan ialah pertolongan dan
bantuan jin pada perkara-perkara yang diharuskan oleh syara’ berdasarkan pilihannya
bukan kerana kewajipannya.
2. Pandangan Kontra :
Tidak harus berinteraksi dengan jin dalam melakukan rawatan kepada pesakit. Mereka
yang menyokong pendapat ini adalah terdiri daripada Sohibus Samahah Syeikh Abdul
Aziz bin Abdullah bin Baz (Majallah al-Dakwah, bil. 1602, Rabiul Awal 1418 H, hal.
34), Fadhilah Syeikh Soleh al-Fauzan ( Al-Sihr wa Sya’uzah, hal. 86-87), Syeikh Soleh
bin Abdul Aziz Al Al-Syeikh (Majallah al-Dakwah, bil. 1683, Zulqaedah 1419 H, hal.
23), Dr. Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd (Al-Sihr Bain al-Haqiqah wa al-Khayal,
hal. 211), Syeikh Mohd Nasiruddin Al-Bani, Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-
Jibrin (Al-Qaul fi Murtakazat Mu’alaji al-Sor’ie wa al-Sihr wa al’Ain) , Abdul Rahman
Hasan Hanbakah al-Maidani (Al-Aqidah al-Islamiah, hal. 290) dan lain-lain. Di antara
hujah-hujah mereka seperti berikut :
2.1 Banyak riwayat dalam kitab-kitab Hadith menceritakan cara-cara Nabi S.A.W.
merawat dan mengubati penyakit sebagaimana yang biasa diketahui oleh orang ramai di
zaman ini. Baginda S.A.W. sendiri berbekam dan menyuruh orang lain berbekam, juga
baginda S.A.W. menghantar Tabib (Doktor) bagi mengubati sahabatnya R.A. Begitu juga
baginda S.A.W. mengamalkan jampi mentera dan dijampi dan menyuruh para sahabatnya
dengan jampi mentera. Kalaulah beliau mendapat khidmat jin Muslim sebagaimana
dakwaan setengah-setengah pihak tentulah pada hari Nabi S.A.W. terkena sihir daripada
Yahudi dan juga para sahabat baginda R.A di mana ada yang dirasuk jin, diserang
pelbagai penyakit di segenap bahagian tubuh dan sebagainya tercatit dalam kitab hadith
yang menyebut bahawa Nabi S.A.W. dan para sahabatnya R.A mendapat bantuan dan
pertolongan jin. Kesemua dalil dan penghujahan dari sudut perbuatan baginda S.A.W.,
perkataan dan pengakuannya (taqrir) sudah cukup membuktikan bahawa baginda S.A.W.
tidak mendapat sebarang pertolongan daripada jin.
2.2 Islam sentiasa memandang serius segala aspek yang bersangkutpaut dengan
aqidah kepada Allah S.W.T. agar manusia tidak terjebak dalam kesyirikan. Oleh itu
pintu-pintu ke arah kesyirikan sentiasa ditutup dan dikawal dengan ketat. Apabila
seseorang Tabib yang merawat pesakit dengan bantuan jin, hatinya sentiasa bergantung
harap kepada bantuan Allah dan jin dalam melakukan proses rawatan pada mulanya.
Lama kelamaan pergantungan hati kepada Allah S.W.T. sudah bertukar sepenuhnya
kepada bantuan jin maka wasilah syirik ini sudah terbina dan akan memudahkan
seseorang Tabib tergelincir dari aqidahnya. Begitu juga kepada pesakit yang lemah
imannya akan mempercayai bahawa penyakitnya sembuh kerana bantuan jin bukan
daripada Allah S.W.T. Walaupun tidak ada dalil qati’ yang mengharamkan khidmat jin
tetapi Kaedah Sad al-Zarai’i ini sebagai kaedah yang praktikal untuk menjaga dan
mengawal beberapa maslahat syariat terutamanya yang berkaitan dengan aqidah.
2.3 Kita wajib membezakan di antara jampi mentera dengan sihir kerana perbuatan
itu pada zahirnya hampir sama. Jampi mentera atau serapah akan menggunakan ayat-
ayat al-Quran dan sebutan yang dibenarkan oleh syarak tanpa pertolongan jin sedangkan
Ahli Sihir akan membaca jampi untuk memanggil dan menyeru jin supaya datang
menolong dan menyelesaikan hajat-hajat mereka.
2.4 Perlu diketahui bahawa asal kejadian jin adalah daripada api. Api tabiatnya
membakar. Oleh itu tabiat sifat asalnya adalah zalim, melampau, cepat berbolak balik dan
bertukar daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain. Begitu juga dia boleh bertukar
daripada kawan yang baik kepada musuh yang ketat dan mengheret kawannya kepada
azab sengsara apabila dia mengetahui manusia dalam keadaan lemah dan boleh
menguasainya. Apabila begitu tabiatnya, kenapa kita perlu mengambil jin sebagai kawan
sedangkan kawan kita yang sejati ialah orang yang mengikut al-Quran dan Sunnah Nabi
S.A.W di kalangan para Sahabatnya, Tabi’, Tabi’ Tabien dan para Solihin.
2.5 Khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. adalah kurniaan dan anugerah
istimewa daripada Allah S.W.T kepada baginda a.s. Sebagai contohnya baginda a.s
mendapat khidmat jin dalam usaha memindahkan istana Puteri Balqis dari Negara
Yaman. Peristiwa bersejarah yang berlaku ini bukan syariat yang ditinggalkan oleh Nabi
Sulaiman a.s. menjadi ikutan kita sebagaimana syariat yang ditinggalkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Oleh itu khidmat jin pada zaman Nabi Sulaiman a.s. bukan menjadi
hujah keharusannya kerana tidak ada dalil qat’ie yang menunjukkan syariat itu terpakai
dan diamalkan oleh Nabi kita S.A.W. dalam kehidupannya.
2.7 Tidak harus menggunakan khidmat jin walaupun perkara itu harus kerana
Nabi S.A.W tidak meminta pertolongan mereka walaupun ketika berjihad di medan
perang, usaha mendapatkan berita-berita musuh dan sebagainya sedangkan ketika itu
baginda S.A.W sangat-sangat memerlukannya tetapi baginda S.A.W tidak melakukannya.
Oleh kerana ia merupakan sifat orang-orang Jahiliah yang sentiasa meminta pertolongan
daripada mereka maka Islam mengharamkan perkara ini dalam firmannya,
Yang bermaksud, “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa
orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan
golongan jin bertambah sombong dan jahat”.
(Al-Jin : 6)
Dalam ayat ini, Allah S.W.T mendedahkan kepada kita bahawa jin boleh mempengaruhi
sikap dan tingkah laku seseorang seperti mana yang berlaku kepada Musyrikin Arab yang
sentiasa meminta perlindungan kepada jin-jin ini ketika ditimpa kesusahan dan ketakutan.
Ini memberi kesan jelas kepada aqidah dan pegangan mereka hingga membawa mereka
kepada menyembah jin dan melakukan sembelihan kerananya dan akhirnya melakukan
kerja-kerja yang kononnya diperkenankan oleh jin-jin tersebut. Natijah daripada
hubungan dua hala dengan jin ini tidak akan membawa sebarang kebaikan kerana dua
alam yang berbeza iaitu alam nyata dan alam ghaib yang kita tidak dapat mengenal
hakikat dan tabiat alam ini kecuali daripada sumber al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.
2.8 Penasihat Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia, Datuk Dr Harun
Din, beliau menjelaskan bahawa pembedahan batin melibatkan penggunaan syaitan dan
jin sebagai perantaraan. “Kaedah tersebut semestinya membawa kepada khurafat dan
syirik. Syirik merupakan dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. Banyak
tokoh agama di Malaysia berpendapat bahawa mereka berasa waswas dengan
pembedahan batin,”
2.9 Menyedari isu pembedahan batin yang semakin mendapat perhatian masyarakat,
sidang editor Dewan Masyarakat mendapatkan pandangan Ketua Jabatan Surgeri, Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Madya Dr. Razman
Jarmin.
Menurut beliau terdapat dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh kebanyakan pesakit
– perubatan moden dan perubatan tradisional. Perubatan moden mempunyai prosedur
ataupun ujian tertentu untuk mengesan penyakit, manakala rawatan batin berlandaskan
kepercayaan semata-mata.
Terdapat pesakit yang percaya penyakit mereka semakin pulih setelah mendapatkan
rawatan batin. Persoalannya, adakah sesuatu penyakit itu sembuh disebabkan rawatan
tersebut? Dr. Razman juga tidak menolak kemungkinan penyembuhan penyakit berlaku
secara kebetulan. Hal ini demikian kerana, beliau mendapati masih belum ada bukti
empirikal yang dapat menyatakan keberkesanan pembedahan batin.
“Kami (Pakar bedah) tidak menghalang pesakit mendapatkan rawatan alternatif kerana
menjadi hak pesakit menentukan rawatan yang mereka mahukan. Namun terdapat banyak
pesakit yang semakin teruk setelah membuat pembedahan batin.” Jelas Dr. Razman.
Menurut Dr Razman, faktor yang menyebabkan pembedahan batin begitu popular dalam
kalangan pesakit adalah kerana perubatan tersebut lebih mudah dipercayai dan mudah
tersebar dari mulut ke mulut.
Saya cabar mereka kemukakan bukti. Jika benar mereka pakar dalam melakukan
pembedahan tanpa meninggalkan kesan parut, saya berpendapat pengamal ini layak
mendapat Anugerah Nobel,” ujar Dr Razman yang mendakwa bahawa pakar perubatan
moden juga sedang beusaha melakukan pembedahan tanpa kesan parut.
1. Pendapat Imam Ibnu Taimiyah yang mengharuskan berinteraksi dengan jin ini
perlu dilihat dan direnung sejenak kerana suasana kehidupan masyarakat Islam di zaman
Imam Ibnu Taimiyah adalah begitu kuat pegangan mereka terhadap hukum dan manhaj
Islam ketika itu dilaksanakan dan ditegakkan di samping kesedaran dan kefahaman
agama di sisi ulamak dan orang awam juga mantap berbanding dengan zaman kita ini.
2. Pendapat beliau tentang berinteraksi dengan jin adalah terlalu umum dan tidak
khusus kepada aspek rawatan dan perubatan. Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ al-
Fatawa : 11/307 menegaskan bahawa hendaklah seseorang itu mempunyai pengetahuan
Islam yang cukup sebagai syarat asasi untuk berinteraksi dengan jin kerana mereka
mengetahui perincian hukum-hukum syarak, dapat membandingkan di antara maslahat
dan mafsadah, di antara halal dan haram dan kadang-kadang mereka mengetahui banyak
perkara yang tidak diketahui oleh orang awam sedangkan di hari ini kebanyakan mereka
yang berinteraksi dengan jin ini jahil dalam masalah hukum-hakam, tidak memahami
kaedah syarak dan tidak dapat membezakan di antara rukun dan wajib. Kalaulah
ditakdirkan Imam Ibnu Taimiyah hidup di zaman kita ini, pasti beliau akan berpendapat
bahawa berinteraksi dengan jin adalah tidak harus kerana kesan berinteraksi dengan jin
tersebut akan membawa mereka kepada terpesong aqidah. Sebagai contoh dalam realiti
kita hari ini terdapat segelintir manusia yang sanggup menghabiskan duit yang banyak
semata-mata hendak memiliki tangkal, cincin dan sebagainya kerana mendakwa terdapat
jin Islam yang menjaga dan boleh menolong mereka untuk menyampaikan hajat masing-
masing dan sebagainya.
4. Sejajar dengan garis panduan perbomohan oleh Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM) demi mengelak masyarakat terlibat dalam perkara-perkara khurafat, tahyul,
sihir dan amalan-amalan yang bertentangan dengan aqidah maka garis panduan ini
diperkenalkan seperti berikut :
4.1. Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat
pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin
Islam kerana kita tidak tahu sama ada betul atau tidak.
4.2. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa
kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudrat Allah S.W.T.
4.3. Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan kerana
dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa yang sama
dengan Allah atau mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah S.W.T semata-mata.
4.4. Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum
atau ‘menurun’ kerana ia termasuk dalam amalan syirik atau dilarang oleh Allah dan
boleh merosakkan aqidah orang yang terlibat dengannya.
Kesimpulan
2.4 Cara pengubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
2.5 Suasana yang menimbulkan fitnah seperti berdua-duaan di antara lelaki dan
perempuan.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Kamal Muhamad
Ahli Panel MUIS
4 Comments
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a
response, or trackback from your own site.
Cuba ustaz perincikan apa yang dimaksudkan dengan perkataan interaksi yang tidak di
bolehkan.
1. Komunikasi biasa apabila kita dah dapat bercakap dengan jin melalui perantaraan
manusia yang telah dirasuk sebagaimana kisah Imam Ahmad ibni Hanbal dengan seorang
jariah yang telah dirasuk. Interaksi dengan jin hanya meminta jin tersebut keluar dari
tubuh jariah. Kita boleh tanya dia , dok kat mana dalam tubuh, berapa jumlahnya dan
sebagainya lagi.
2. Komunikasi sama dengan di atas , dalam yang sama kita menyuruh dia keluar dan
buang segala kejahatan yang dia lakukan melalui sihir terhadap manusia dengan pelbagai
cara terhadap emosi manusia. Kita suruh jin sendiri buang kejahatan yang dia buat
terhadap manusia setelah berlaku beberapa hiwar tentang agama Allah maka dia rasa
bersalah dan kembali ke pangkalan jalan sebagai hamba Allah. Mungkin ada orang
mempersoalkan , adakah kita yakin jin bertaubat dan masuk Islam kerana kita tidak dapat
melhat dengan mata kasar. Memang kita tidak dapat pastikan ianya betul berlaku, cuma
apabila kita dah ajar dia mengucap dua kalimah syahadah , dan minta buang kejahatan
yang dia buat dan pesakit sembuh. Ibarat nya kita minta doktor jantung untuk mengubati
penyakit jantung, dalam masalah ini kita suruh jin buang kejahatannya yang dia buat
dalam tubuh manusia kerana dia tahu alamnya tanpa disana ada apa apa perjanjian dan
pemujaan.
Berdasarkan sedikit pengalaman yang dilalui, beberapa orang pesakit ( pengamal tarikat ,
tak perlu sebut nama di sini kerana ianya tidak difatwakan sebagai sesat)) pernah ana
jumpa, datang jumpa dalam keadaan tidak sedarkan diri secara normal garang, bengis
bukan sebagai perwatakan manusia.
Apabila berlaku beberapa perbualan, antara jawapan yang diberi ialah, tuan aku tidak
amalkan beberepa zikir sebanyak jumlah yang sepatutnya, aku dah lama jadi sesat kerana
tuan aku tidak amalkan zikir ( tak perlu zikir tersebut disini) . Apabila di teliti zikir
tersebut, ianya memang zikir biasa yang selalu diamalkan oleh semua orang cuma dalam
wirid yang panjang tu ada beberapa dua perkataan sahaja yang nampak janggal , bagi
mereka yang memahami bahasa Arab dan mengetahui penggunaaan sifat mausuf atau
tabi` matbu` sahaja dapat mengesani sifat mausuf tadi kembali ke mana. Ringkas cerita ,
akhirnya jin tersebut keluar setelah berlaku hiwar yang panjang.
Cuma apa yang nak diutarakan di sini ialah, kekadang orang awam juga akan terkeliru
apabila semua wirid atau zikir tersebut semua ayat Quran dan hadis cuma dua perkataaan
sahaja , itu pun masih dalam ungkapan Bahasa Arab cuma kaedah nahu sahaja yang dapat
mengesani kesalahan wirid tersebut.
Dr Nujaimin
Mar 30, 2010 14:24
Salam,
Saya baru saja sekejap tadi melakukan pembedahan ketumbuhan kalenjar pituitary dalam
otak pada seorang pesakit yang telah menjalani pembedahan batin. Kalau ikut ’scan’ tok
moh tu dah habis dah ketumbuhan, tapi bila kami scan dengan MRI bertambah besar
pulak lepas rawatan bedah batin tu. Bila buat operation tadi memang confirm dah besar
dan alhamdulillah kami berjaya membuangnya sekali dengan darah kotor dlm
ketumbuhan tersebut. Wallahua’lam
Sekadar perkongsian.