Lima soalan struktur di bawah bertujuan menguji kemahiran pelajar mengaplikasikan konsep
asas sastera dan memahirkan mereka mengenal pasti contoh daripada teks. Bentuk soalan
aplikasi begini lebih menarik berbanding soalan pemahaman konsep.
Kepada pelajar, cubalah jawab dan bandingkan jawaban yang dicadangkan.
Soalan Struktur
1. ”Entahlah Leha. Aku ingat aku beruntung. Tapi rupa-rupanya cucu sendiri meratah daging aku
hidup-hidup.” masih tak habis kiasan-kiasannya dihambarnya.
”Minum air mata aku. Silap-silap darah aku dihirupnya.” Nek Siah terus melepaskan rasa marah
dan geram.”
(Petikan novel Jeriji Kasih)
Hiperbola merupakan satu unsur gaya bahasa. Nyatakan dua contoh hiperbola dalam petikan (4
markah)
2. Dia dan Syed Mustafa mengalas perut dengan nasi. Syed Mustafa begitu berselera walaupun
hanya berlaukkan telur masin rebus dan sambal ikan bilis.
”Selalunya Nuar ke sini dengan siapa?”
”Tak dengan siapa-siapa.”
(Petikan novel Jeriji Kasih)
3. ”Kalau marahkan nyamuk, janganlah kelambu dibakar. Sayangilah diri sendiri dan orang yang
menyayangi kita. Jangan rosakkan masa depan kita dengan perbuatan yang tidak mendatangkan
faedah hanya kerana berdendam kepada seseorang, lebih-lebih lagi, orang itu ialah ayah sendiri.”
(Petikan novel Jeriji Kasih)
4. Syed Mustafa memerhatikan kerajinan dan kesungguhan Anuariza. Hatinya mengiakan cerita
ibunya berkenaan kecekalan anak muda itu dan sedikit sebanyak dia melihat Anuariza adalah
dirinya sendiri. (Petikan novel Jeriji Kasih)
5. ”Tu banyaknya ’A’. Nah! Tengok sendiri Leha.” Nek Siah menyerahkan kertas keputusan
peperiksaan pada Solehah.
Solehah memandang, dia senyum tetapi air matanya deras turun.
”Tahniah, Nuar. Tahniah,” ucapnya memeluk Anuariza erat. Dicium ubun-ubun kepala Anuariza
sekali.
(Petikan novel Jeriji Kasih)
(maksimum 4 markah)
2. i. Pemerian 1 markah
ii. Cth : Dia dan Syed Mustafa mengalas perut dengan nasi 1 markah
iii. Dialog 1 markah
iv. Cth : ”Tak dengan siapa-siapa.” 1 markah