Anda di halaman 1dari 15

BIODATA DIRI PENCERAMAH

NAMA : WAN SANONI BINTI WAN IBRAHIM


ASAL : KG. LAUT, TUMPAT, KELANTAN
PENDIDIKAN :
1. SK KG. LAUT, TUMPAT, KELANTAN
2. SM TUMPAT, TUMPAT, KELANTAN
3. SMK MAHMUD MAHYIDDIN, PASIR PEKAN, KELANTAN
4. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERENGGANU
( BAC. PEND. BIMB & KAUNSELING )
TEMPAT BERTUGAS : SM ALL SAINTS, KOTA KINABALU
JAWATAN : GURU KAUNSELING SEPENUH MASA
( 2001 – 2009 = 8 TAHUN )
JAWATAN KHAS : JURULATIH UTAMA ( JU ) NEGERI
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA ( KPKK )
# MERUPAKAN SEORANG KAUNSELOR BERDAFTAR ( CR )
SEJAK BULAN APRIL 2008
# PRINSIP HIDUP :SIMPLE LIVING HIGH THINKING
Seminar Guru Bimbingan & Kaunseling
Peringkat Negeri Sabah 2009

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS


Peringkat Sekolah Rendah

Tempat :
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
( BTPN),Penampang

9 – 12 November 2009
LATAR BELAKANG

Kajian buli dan ponteng yang telah dibuat di pusat


pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah
disiplin di sekolah semakin meningkat. Salah laku ini
juga menyumbang kepada salah laku negatif yang
lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di
luar atau di dalam sekolah.Amalan buruk yang
dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung .
Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling
yang lebih dari seorang di sekolah diharap dapat
membantu menangani masalah disiplin ini secara
lebih profesional.
PERNYATAAN MASALAH

Perbuatan melanggar disiplin sekolah oleh pelajar
sentiasa berlaku. Pihak sekolah telah berusaha untuk
mengubah tingkah laku yang negatif dengan berbagai-
bagai pendekatan. Peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling sememangnya telah diterima sebagai satu
perkhidmatan yang penting di sekolah. Bagi membantu
pihak sekolah menangani masalah ini secara lebih
profesional, data dan maklumat diperlukan untuk
membuktikan keberkesanan program yang telah
dijalankan dan jumlah murid yang telah berubah serta
tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif.
MATLAMAT

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat


menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan
program-program yang telah dijalankan kepada
kumpulan sasaran dan mempunyai data bilangan
murid yang telah berubah tingkah lakunya dan
memperolehi kecemerlangan hasil daripada
keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah dan asrama.
OBJEKTIF

 Membantu sekolah mengurangkan masalah salah


laku dan masalah sosial murid.
 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu
menyelesaikan masalah salah laku dan sosial
murid secara berfokus dan bermaklumat.
 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan
sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling dalam usaha menangani masalah
disiplin pelajar.
 Membugarkan peranan Guru Bimbingan dan
Kaunseling dalam menangani disiplin pelajar.
RASIONAL

 Misi Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling adalah untuk melahirkan insan
yang seimbang serta dapat
memperkembangkan potensi diri secara
menyeluruh.
FOKUS PELAN TINDAKAN
 Mengesan semua kumpulan murid mengikut kategori yang disenaraikan
melalui pemerhatian, laporan disiplin, buku catatan, soal selidik, maklumat
rakan sebaya dll.

 Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini hendaklah


disenaraikan mengikut 3 Bidang utama iaitu:

A. Bidang Akademik ( Cemerlang dan Halus )


B. Bidang Disiplin
C. Bidang PPDa.

 Fokus hendaklah ke tiga-tiga bidang. 10 orang murid untuk setiap satu


kumpulan sasaran. Bermakna jumlah keseluruhan pelajar yang perlu diberi
perhatian khusus ialah 40 orang untuk setiap seorang guru kaunseling.

** Isi Borang A bagi setiap kumpulan sasaran


SASARAN

A ) BIDANG AKADEMIK

1) Kumpulan Cemerlang ( 10 orang )

2) Kumpulan Halus ( 10 orang )


SASARAN

B ) BIDANG DISIPLIN ( 10 orang )

1. Kumpulan Ponteng

2. Kumpulan Buli

3. Kumpulan Mencuri

4. Kumpulan Bergaduh

5. Kumpulan Lewat
SASARAN

C ) BIDANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH (PPDa) ( 10 orang )

1. Kumpulan Merokok

2. Kumpulan Dadah /HIV/ AIDS/ HIDU


GAM
 Ambil maklumat peribadi murid yang
tersenarai dan difailkan.

 Murid berkenaan hendaklah menjalani proses


kaunseling individu dan kelompok secara
berterusan ( ada laporan dan catatan)

 Murid berkenaan dilibatkan sama dalam


program khas B & K yang sesuai (ada
laporan dan catatan)
 Bincang / bentang laporan dan catatan kepada
pengetua dan guru mengikut keperluan.

 Hantar laporan kepada PPD pada setiap 5 hari


bulan pada setiap 4 bulan sekali.

( Borang Rumusan A : Akademik )


( Borang Rumusan B : Disiplin dan PPDa)

 PPD hantar ke Unit HEM JPN sebelum 10 hari


bulan pada setiap 4 bulan sekali.
PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

1. Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan


di sekolah.
2. Pejabat Pelajaran Daerah
3. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
4. Jemaah Nazir Sekolah
5. Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai