Anda di halaman 1dari 29

TUGASAN BERKUMPULAN

CUH 2021 :
SILAT SERIMAU HITAM П

SEMESTER 2 2010/2011

KUMPULAN : A

BIL NAMA NO NAMA


MATRIK PROGRAM
1 CHE SITI FATIMAH BT CHE D20081032697 AT32
AZIZ

2 SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM D20091035632 AT33

3 RUZAINI BT ABDUL KADIR D20091035658 AT33

4 ROHANI BT ABDUL WAHAB D20091035594 AT33

5 SITI HAJAR BT YUSOH D20091035623 AT33

6 TUTI ILIANA BT SHUKRI D20091035657 AT33

PENSYARAH : EN.MOHAMMAD ZOLKEFLI BIN AHMAD TAHIR


ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1. SOALAN 1 :
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum Silat
Serimau Hitam, Apakah yang anda dapat dari ilmu persilatan ini
1–5
dan hubunagan anda bersama Tenaga Pengajar, Instruktur.

2. SOALAN 2 :
Permainan senjata amat penting dalam Silat Serimau Hitam.
Apakah pendapat anda permainan senjata harus dipelajari pada
6 - 10
semua pelajar kokurikulum silat di UPSI. Jelaskan pendapat anda.

3. SOALAN 3 :
Sepertimana anda ketahui, silat ini telah wujud sejak zaman
dahulu lagi. Relevankah seni silat dipelajari oleh agama atau
bangsa lain sedangkan dalam Silat Serimau Hitam sendiri Pra 11 – 14

Syarat adalah Islam. Jelaskan pendapat anda.

4. SOALAN 4 :
Adakah silat mampu menguasai dunia berbanding Karate dan
15 – 24
Tekwando.

5. SOALAN 5 :
Anda merupakan seorang bakal guru tidak lama lagi dan
ditempatkan di sekolah yang bermasalah. Apakah pengajaran 25 - 30
dan pembelajaran anda terapkan kepada pelajar dalam konteks
silat. Bincangkan.

Soalan 1 :
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum Silat Serimau Hitam, Apakah yang anda
dapat dari ilmu persilatan ini dan hubunagan anda bersama Tenaga Pengajar, Instruktur.

1.0 Pengenalan

Silat Serimau Hitam telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan telah di asaskan oleh Persatuan Seni
Silat Serimau Hitam Perak. Ketua Guru Utama yang mengasaskan persatuan ini adalah Tuan Haji
Baharun Bin Hathir P.P.T atau lebih dikenali dengan nama Bapak Baharun. Pada asalnya, persatuan ini
dikenali sebagai Persatuan Silat Selima Hitam dan ini adalah sedikit berbeza dengan sekarang kerana
pada masa kini ia dikenali sebagai Silat Serimau Hitam. Silat Serimau Hitam ini sebenarnya wujud
daripada hasil 5 gabungan silat iaitu Silai Cekak, Silat Jawa, Silat Gayong, Silat Sambarani dan Silat Wali
Suci. Jenis persilatan ini meliputi pergerakan yang agresif, kasar, keras, lincah dan pantas. Oleh hal yang
demikian, setiap pesilat dikehandaki menghadapi ujian-ujian getir dan harus ditempuhi dengan tabah
dan sabar dan sebab inilah silat ini diumpamakan seperti pergerakan seekor Harimau yang tangkas dan
gerakan Harimau ini telah menjadi lambang kepada semangat persatuan ini. Pada tahun 1986, telah
wujud satu kesedaran untuk memelihara, mengembang dan memartabatkan Seni Silat Melayu sebagai
warisan budaya tradisi yang berkekalan untuk diwarisi generasi yang akan datang. Persatuan ini telah
didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 dan telah membuat satu
permuafakatan di antara Ketua Guru Utama dan Ahli Jawatankuasa persatuan telah mendapat kata
sepakat untuk mengmbil lambang Harimau sebagai semangat persatuan ini. Selain itu, Hitam juga
dijadikan sebagai pakaian tradisi pesilat. Di samping itu, persatuan ini juga telah menukar nama kepada
Persatuan Seni Silat Serimau Hitam Perak.

2.0 Apa yang diperolehi melalui Silat Serimau Hitam


Setelah melalui latihan Silat Serimau Hitam 1 dan 2, perkara pertama yang diperolehi ialah dapat
mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang Silat Serimau Hitam. Hal ini demikian kerana, jika
sebelum ini, ramai yang tidak tahu berkenaan kewujuduan Silat Serimau Hitam dan latar belakang Silat
Seriamu Hitam. Hal ini demikian kerana, Seliat Seriamu Hitam ini hanya popular di beberapa buah negeri
sahaja seperti di Perak dan Silat Seriamu Hitam ini juga tidak begitu popular di negeri-negeri pantai
timur. Oleh hal yang demikian, melalui Silat Serimau Hitam ini, sedikit sebanyak telah memberi
pendedahan tentang Silat ini. Silat Serimau Hitam ini juga ada kelebihan tersendiri, hal ini demikian
kerana, Silat Serimau Hitam ini merupakan gabungan silat dan ini adalah kelebihan yang ada pada Silat
Seriamu Hitam.

Selain itu, perkara lain yang diperolehi melalui Silat Serimau Hitam ini juga adalah cara-cara
mempertahankan diri jika diancam oleh musuh. Hal ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka yang
lemah seperti kaum wanita untuk mempertahankan diri mereka apabila diganggu oleh mereka yang
mempunyai niat jahat. Secara tidak langsung, ini sedikit sebanyak boleh membantu kaum wanita
daripada diganggu oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik dan mengurangkan kadar jenayah.
Oleh yang demikian, masalah jenayah terhadap kaum wanita juga dapat diatasi. Di samping itu, melalui
silat ini juga, dapat mengelakkan seseorang itu daripada di buli oleh golongan yang tidak bermoral. Oleh
yang demikian, melalui silat ini juga penindasan terhadap kaum wanita dapat dikurangkan. Hal ini
demikian kerana silat ini tidak hanya kaum lelaki yang boleh mempelajarinya, tetapi juga kaum wanita.
Melalui silat ini juga, dapat mempertahan diri apabila apabila ada cubaan ingin menyamum dan tidak
hanya menyerah semata-mata. Oleh yang demikian, apa yang pelajar perolehi melalui Silat Serimau
Hitam ialah ilmu pertahankan diri dan tidak lagi senang dibuli oleh mereka yang tidak berpuas hati.

Di samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat menyihatkan tubuh badan daripada
lemah. Hal ini demikian kerana, apabila melakukan latihan silat ini secara tidak langsung akan ada
pergerakan dan sebelum latihan dimulakan, kebiasaanya jurulatih meminta pelajar untuk berlari dan
melakukan sedikit renganan otot. Oleh hal yang demikian, ini sedikit sebanyal akan membantu
mengeluarkan peluh dan secara tidak langsung akan membuat tubuh menjadi cergas dan sihat. Apabila
mempuyai tubuh badan yang sihat, ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan tubuh badan mudah
mendapat menyakit dan dengan kata lain, dapat mencegah penyakit. Selain itu, apabila mealakukan
latihan silat ini juga akan membuatkan otak menjadi cergas dan dapat membantu pelajar untuk
menimba ilmi dan tidak lagi lemah dan lemau dan tidak akan wujud lagi perasaan mengantuk setika
hendak belajar. Oleh hal yang dimikian, perkara lain yang diperolehi setelah mempelajari Silat Serimau
Hitam ialah dapat menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat mendisiplin pelajar. Hal ini demikian kerana
setiap silat ada pantang larang tertentu dan begitu juga dengan Silat Serimau Hitam. Di samping itu,
dapat mendisiplinkan diri dari sudut lain yang dapat dilihat ialah dapat menepati masa. Hal ini demikian
kerana latihan untuk menjalani latihan silat telah ditentukan dan pelajar harus menepati masa mereka
untuk belajar Silat Serimau Hitam in. Selain itu, melalui Sialt Serimau Hitam ini juga, disiplin dapat
dibentuk, hal ini demikian kerana, semasa latihan Silat Serimau ini berjalan pelajar belajar secara serius
dan bersungguh dan mereka yang tidak membuat latihan dan mendengar arahan dengan betul akan
didenda oleh jurulatih. Oleh hal yang demikian, hal ini secara tidak langsung akan mendisiplin diri setiap
pelajar agar serius dalam malakukan sesuatu dan tahu menghargai masa.

Di samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim.
Hal ini demikian kerana, pelajar yang mengambil kursus ini tidak hanya berasal dari negeri Perak sahaja,
tetapi dari semua negeri dan semua kos serta jurusan. Oleh hal yang demikian, melakui Silat Serimau
Hitam ini para pelajar akan mendapat kenalan baru dan dapat mengeratkan lagi silatulrahim.
Silatulrahim ini dikukuhkan lagi apabila wujudnya kerja kumpulan yang diberikan oleh jurulatih dan
melalui latihan silat yang dijalankan. Hal ini demikian kerana, semasa latihan Silat ini berlangsung,
latihan silat ini tidak hanya berbentuk individu tetapi juga memerlukan pasangan untuk menjalani
latihan ini. Oleh yang demikian, kerjasama antara pasangan ini amatlah diperlukan. Melalui latihan silat
ini, secara tidak langsing dapat diperhatikan bahawa dapat mewujudkan silatulrahim, dan kerjasama di
antara ahli kumpulan. Silatulrahim ini tidak hanya dapat dieratkan antara pelajar sahaja, tetapi juga
bersama-sama dengan jurulatih dan instruktur silat yang juga merupakan pelajar UPSI. Oleh yang
demikian, setelah mempelajari Silat Serimau Hitam, secara tidak langsung pelajar dapat mengeratkan
silatulrahim yang sedia ada.

Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga dapat meningkatkan membartabatkan seni
mempertahankn diri supaya tidak luput ditelan zaman. Hal ini demikian kerana. Dewasa kini, sudah
ramai anak-anak muda yang sudah mula lupa akan silat yang juga merupakan identiti bangsa melayu. Di
samping itu, melalui Silat Serimau Hitam ini juga, pelajar dapat melangkah lebih jauh. Hal ini demikian
kerana, pelajar Silat Serimau Hitam ini tidak hanya belajar untuk mempertahankan diri semata-mata dan
mereka yang berminat yang berminat untuk menjadi wakil UPSI bagi Masum juga diberi peluang. Selain
itu, pelajar juga boleh menjadi wakil kepada negeri mereka untuk acara silat seperti mana yang pernah
terjadi sebelum ini, yang mana ada pelajar yang boleh menjadi wakil untuk negeri mereka malahan lebih
daripada itu. Selain itu, apabila pelajar itu, sudah mahir, pelajar juga boleh menjadi instruktur dan
membantu dalam latihan mengajar silat.

Selain itu, melalui Silat Serimau Hitam juga, pelajar mendapat keyakinan diri dan tidak lagi berda
dalam ketakutan. Hal ini demikian kerana, setelah mempelajari Silat Serimau Hitam, pelajar akan
mempunyai disiiplin dan di samping itu juga, pelajar akan mendapat keyakinan diri apabila jurulatih
meminta pelajar untuk tampil kehadapan dan memberikan arahan untuk mengantikan beliau. Ini secara
tidak langsung akan menghakis perasaan tidak yakin yang ada dalam diri pelajar sebelum ini kerana
mereka terpaksa serius dan memberi arahan supaya latihan dapat berjalan dengan lancar. Di samping
itu, keyakinan pelajar ini juga dapat dipupuk apabila kadang-kadang jurulatih meminta pelajar untuk
membuat pertunjukkan dihapanan kawan-kawan latihan yang lain tentang apa yang mereka pelajari
pada hari berkenaan, dan hal ini sebenarnya memerlukan keyakinan yang begitu jitu sekali dan andainya
tiada keyakinan, pelajar berkenaan tidak dapat membuat apa yang jurulatih arahkan. Oleh hal yang
demikian, melalui Silat Serimau Hitam ini, pelajar telah memdapat keyakinan diri.

3.0 Hubungan pelajar dengan jurulatih dan instruktur

Hubungan pelajar dan jurulatih semasa menjalani latihan Silat Serimau Hitam adalah amat baik
sekali. Hal ini demikian kerana, jurulatih tidak terlalu seruis dan memberi tekanan kepada para pelajar
semasa latihan berlangsung. Selain itu, semasa latihan Silat Serimau Hitam ini berlangusung juga,
jurulatih juga turut memberi peluang kepada para pelajar untuk turut serta memberi arahan dan
membuat pertunjukkan dihadapan pelajar yang lain. Di samping itu, semasa latihan ini berlangsung juga,
jurulatih tidak hanya memberi tumpuan kepada mereka yang pandai sahaja, dan dalam erti kata yang
lain, tiada pilih kasih semasa aktiviti dan semua pelajar diberi layanan yang sama rata, tiada
pengecualian denda kepada mereka yang dapat lambat dan tidak membuat latihan dengan serius,
semua pelajar akan didenda.

Selain itu, hubungan pelajar dengan jurulatih juga amatlah baik, hal ini demikian kerana,
jurulatih tidaklah begitu serius semasa latihan berlangsung kerana jurulatih turut bergurau senda
bersama pelajar dan ini sebenarnya membuatkan hubungan jurulatih dan pelajar silat bertambah akrab
dan pelajar juga tidak akan merasa tertekan semasa sesi latihan Silat Serimau Hitam ini berlangsung.
Manakala hubungan antara pelajar dan instruktur juga amatlah baik, hal ini demikian kerana,
instruktur yang diambil juga merupakan pelajar UPSI dan ada di antara pelajar sudah mengenali
Instruktur. Namun begitu, hubungan yang sedia ada ini telah membantu melancarkan lagi latihan Silat
Serimau Hitam. Di samping itu, instruktur juga turut membantu mengajar pelajar dan menengur mana
yang salah dan membuat pantauan. Apa yang dibanggakan dengan instruktur ini ialah, mereka tidak
sombong memberi ilmu yang mereka ada dan mereka juga tidak sombong walaupun mereka
mempunyai ilmu yang tinggi walaupun mereka ini adalah pelajar UPSI sendiri dan ada yang sebaya
dengan pelajar. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan hubungan instruktur dan pelajar menjadi
baik dan akrab. Oleh hal yang demikian, semasa latihan Silat Serimau ini berlangsung, hubungan di
antara jurulatih, insrtuktur dan pelajar amatlah baik dan begitu akrab sekali.

Soalan 2
Permainan senjata amat penting dalam Silat Serimau Hitam. Apakah pendapat anda permainan
senjata harus dipelajari pada semua pelajar kokurikulum silat di UPSI. Jelaskan pendapat anda.

Jika kita lihat perkembangan di dalam negara kita dewasa ini, banyak perkara yang telah berlaku
dan dari segi jenayah, angka-angka kes jenayah yang dipaparkan oleh pihak media agak menggerunkan.
Semakin lama dirasakan diri semakin terancam. Oleh itu, memang tidak dinafikan lagi ilmu pertahanan
diri amat penting pada masa kini. Ada yang mengatakan pada masa kini terdapat bermacam-macam
senjata yang boleh meragut nyawa kita dengan hanya sekali tembakan. Selain daripada itu terdapat juga
bom yang boleh menghancurkan sebuah bangunan dengan sekelip mata. Mereka mempersoalkan dan
membandingkan dimanakah peranan ilmu persilatan di dalam situasi sebegitu. Jika ada yang berkata
demikian, anda hendaklah merujuk kembali kepada kepercayaan dan akidah anda kepada Allah s.w.t. 

Dalam Silat Serimau Hitam, permainan senjata amat penting. Oleh itu, pada pendapat saya
permainan senjata ini harus dipelajari pada semua kokurikulum silat di UPSI. Senjata adalah alat
terpenting dalam peperangan. Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan tentang besi yang dikurniakan
kepada manusia bukan sahaja untuk dimanfaatkan oleh mereka bagi tujuan-tujuan duniawi tetapi juga
untuk dijadikan alat senjata untuk mempertahankan agama Allah. Kehebatan besi telah lama disedari
oleh manusia bermula dari zaman batu hinggalah ke zaman serba canggih dan moden pada hari ini. Di
kalangan bangsa Arab, pedang yang ramuan utamanya adalah besi, merupakan senjata yang paling
dimuliakan serta dihormati dan paling banyak digunakan dalam peperangan. Orang-orang Arab amat
menjaga pedang mereka dan hampir setiap ketika, tersisip gagah di sisi mereka. Malah, kemuliaannya
juga terserlah dalam syair-syair mereka yang penuh dengan puji-pujian terhadap pedang yang memiliki
ratusan nama khusus baginya.

Senjata yang sering digunakan dalam ilmu persilatan ini adalah seperti keris, pedang dan juga
parang. Dengan mempelajari ilmu senjata ini, para pelajar dapat mempertahankan diri masing- masing
sekira terjadinya perkara yang tidak diingini. Dengan itu, pelajar dapat mengetahui menggunakan
senjata dengan betul serta memasang strategi dalam menghadapi lawan. Ilmu silat sahaja tidak cukup
sekiranya musuh yang ditandingi memiliki tenaga yang lebih kuat dan sifat fizikal yang lebih gagah. Oleh
itu, apabila setiap pelajar yang belajar silat dan seterusnya belajar ilmu senjata ini pasti akan dapat
mempraktikkan serta dapat menyusun langkah yang lebih kemas terhadap pihak lawan.
Mengikut kajian, statistik-statistik kes rogol akan berlaku setiap 6 saat, satu rompakan akan
berlaku setiap 60 saat. Satu kerangan keras berlaku setiap 35 saat serta satu kes pembunuhan akan
berlaku setiap 25 saat. Kes-kes sebegini harus dipandang serius dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
tanpa mengira umur dan jantina. Oleh itu, ilmu pertahanan diri ini amatlah penting disamping
kemahiran menggunakan senjata sebagai ilmu tambahan dalam setiap insan. Ada yang berpendapat
‘Jangan menggunakan pisau untuk berlawan dengan orang yang bersenjata api?’. Undang-undang ini
tidak terpakai kepada ahli-ahli yang profesionnya adalah bertempur.

Mereka yang berlatih dengan menggunakan senjata adalah pakar dengan menggunakan senjata
adalah pakar persenjataan dan selalunya didapati berlatih dengan menggunakan senjata adalah pakar
persenjataan dan selalunya didapati berlatih dengan pisau, pedang, anak panah dan busur, balingan besi
tajam atau lain-lain alat yang boleh dipegang oleh tangan dan mampu membinasakan. Oleh itu,
disamping kemahiran yang akan diperoleh oleh pelajar dalam menggunakan senjata pelajar turut akan
berasa lebih yakin akan senjata yang digunakan kerana mengetahui kebolehan serta kemampuan ayat
yang digunakan.

Telah berlaku kontroversi yang hebat sejak bertahun-tahun lamanya mengenai samaada
seorang wanita patut melawan balik atau menurut secara pasif semasa diperkosa. Statistik menunjukkan
wanita yang cuba diperkosa oleh kenalan dan melawan balik mempunyai peluang yang lebih baik untuk
selamat dan melarikan diri. Statistik juga menunjukkan sedikit peningkatan akan kecederaan yang
dialami oleh wanita yang mempertahankan dirinya tanpa mempunyai ilmu pertahanan diri yang asas.
Oleh itu, ilmu dalam menggunakan senjata ini penting bagi golongan wanita yang diancam dengan
jenayah seperti demikian.
Sumber: http://safetybox.files.wordpress.com/2010/03/pedang-damaskus.jpg

Selain itu, dengan mempelajari ilmu senjata ini juga, ia merupakan kegiatan sosial yang memiliki
daya tepat guna untuk mempersatukan pelajar-pelajar yang berbeza umur dan sifat. Disamping itu, ia
dapat membina manusia agar dapat menjadi warga teladan yang mematuhi norma-norma masyarakat,
pada tingkat kolektif berfungsi sebagai kekuatan kohensif yang dapat merangkul individu-individu dan
mengikat mereka dalam suatu hubungan sosial yang menyeluruh.

Masalah-masalah yang terdapat di kolej-kolej dan university-universiti adalah benar dan


besarnya seperti masalah-masalah di tempat lain. Keganasan di kampus telah memuncak sejak beberapa
tahun kebelakangan ini dan jenayah terhadap harta benda kelihatan semakin menjadi-jadi. Kebanyakan
pelajar sepenuh masa tidak pernah tinggal berjauhan dari rumah mereka sebelum ini. Pengalam
pertama ini menyebabkan mereka berasa bebas untuk melakukan sesuatu tanpa pengawasan
secukupnya oleh orang dewasa. Terlalu banyak aktiviti sosial yang berlaku pada malam hari. Ini
selalunya akan menjurus kepada salah laku dan ketidakharmonian. Oleh kerana ramai pelajar yang tidak
mempunyai kenderaan sendiri dan oleh kerana tempat letak kereta adalah kurang, berjalan kaki adalah
perkara biasa bagi pelajar kolej. Oleh sebab itu, pada masa ini senjata adalah amat penting bagi setiap
individu. Jika berlakunya gangguan daripada penungang motosikal serta individu yang lain, aplikasi
terhadap penggunaan senjata dapatlah dimanfaatkan sepenuhnya.
Oleh itu, sebagai kehidupan seorang pelajar semua individu haruslah bersedia dari aspek
mempertahankan diri kerana ini akan dapat mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini. Untuk
menjadi benar-benar siap sedia, kita mesti mula menggunakan kelima-lima deria iaitu lihat, dengar,
sentuh, baud an rasa. Oleh itu, mempelajari ilmu senjata adalah harus dipelajari pada semua pelajar
kokurikulum silat di UPSI.
Soalan 3 :

Sepertimana anda ketahui, silat ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Relevankah seni
silat dipelajari oleh agama atau bangsa lain sedangkan dalam Silat Serimau Hitam sendiri
Pra Syarat adalah ISLAM. Jelaskan pendapat anda.

Seni mempertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai
satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau
tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni
bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum
secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden
mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang
bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap
negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai
daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri
yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei.
Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan
perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang
keseluruh dunia.

Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan diri popular yang digunakan oleh pelbagai
bangsa, antaranya ialah silat, taekwondo, judo, karate, wushu dan pelbagai jenis lagi. Dewasa ini,
seni silat mempertahankan diri adalah tidak asing lagi bagi masyarakat di Negara kita. Seni
mempertahankan diri boleh dipelajari dan dipraktikkan oleh semua orang,tidak kira bangsa dan
fahaman agama. Umummnya, setiap kaum mempunyai teknik seni mempertahankan diri yang
khusus, contohnya silat bagi org melayu, taekwondo bagi orang cina dan lain-lain lagi. Namun,
hakikatnya seni mempertahankan diri boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Dalam hal ini, silat
juga boleh dipelajari oleh bukan islam. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak manfaat yang
diperolehi melalui seni mempertahankan diri ini. Gambarajah di bawah menunjukkan beberapa
contoh jenis seni mempertahankan diri yang popular dalam kalangan masyarakat.

Seni mempertahankan diri perlu dipelajari oleh remaja mahupun golongan dewasa terutamanya
golongan wanita yang sering menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari
seni mempertahankan diri, ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal mahupun mental disamping
meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan
keselamatan diri dimana mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu berfikir dengan
tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana. Dalam hal ini, kita boleh katakana bahawa
seni silat serimau hitam ini sememangnya relevan dipelajari oleh orang bukan islam. Ini kerana, kita
sudah sedia tahu bahawa tujuan utama kita mempelajari seni bela diri ini tidak kira silat, taekwondo,
wushu, tomoi dan lain-lain adalah bertujuan untuk mempertahankan diri daripada ancaman atau
serangan orang luar yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri kita terutamanya bagi golongan
perempuan.

Orang bukan islam juga boleh mempelajari seni silat serimau hitam kerana melalui silat ini juga,
mereka boleh memperolehi kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan diri. Dalm hal ini,
kita dapati bahawa mereka dapat menjaga diri daripada serangan musuh. Saban hari, kita sering
dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang kebanyakannya melibatkan kaum wanita seperti jenayah
ragut, rogol dan sebagainya. Masalah ini membimbangkan masyarakat dan menyebabkan kaum wanita
terutamanya golongan remaja takut untuk keluar rumah. Mereka lebih selesa berada di rumah kerana
beranggapan hanya rumahlah tempat yang selamat dari ancaman penjenayah. Oleh itu, mereka
seeloknya mempelajari ilmu silat ini.

Selain daripada untuk membela diri daripada penjenayah, silat serimau hitam ini juga relevan
dipelajari oleh orang bukan Islam atau bangsa lain kerana silat juga dapat menyihatkan badan dan dapat
meningkatkan kecerdasan minda, fizikal, rohani dan jasmani. Di samping itu juga, silat merupakan satu
senaman yang baik yang harus dipraktikkan oleh semua orang. Jika kita lihat, menepati masa semasa
datang mempelajari silat merupakan perkara yang amat dititikberatkan ini dapat membentuk didiplin
seseorang itu apabila menepati masa.

Dalam silat serimau hitam juga, pelajar mestilah mendengar arahan atau nasihat tok guru yang
mengajar mereka. Mereka tidak boleh melawan kata-kata guru mereka kerana menghormati guru silat
adalah satu sikap yang amat diperlukan dalam mempelajari ilmu silat tersebut. Oleh itu, melalui silat ini
dapat membentuk fikiran yang positif. Jadi, silat serimau hitam ini sangat relevan dipelajari oleh orang
bukan islam atau bangsa lain kerana dalam mana-mana agama sekalipun, tidak kira agama islam, hindu,
budha dan lain-lain sememangnya menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka

Selain daripada itu juga, silat serimau hitam relevan dipraktikkan oleh orang bukan islam atau
bangsa lain kerana dengan mempelajari ilmu silat ini juga dapat membantu seseorang itu mengisi masa
lapang mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah. Dengan menyertai silat ini juga, kita dapati mereka
tidak lagi membuang atau membazir masa begitu sahaja. Aktiviti lepak sudah pastinya akan berkurangan
kerana masa mereka telah dipenuhi dengan aktiviti ini. Dalam hal ini, mempelajari silat dapat
mengelakkan mereka daripada melakukan gejala-gejala negatif seperti merokok, menjauhi mereka
melakukan perkara yang sia-sia dan melalaikan seperti bermain video game, berkaraoke dan sebagainya.

Sebab lain yang merelevankan silat serimau hitam dipelajari oleh orang bukan islam atau bangsa
lain ialah kerana silat ini dapat membantu kita mempertahankan diri daripada serangan musuh sama
juga seperti seni mempertahankan diri yang lain, contohnya taekwondo, wushu dan tomoi. Jika kita fikir
sendiri dar sudut positif, semua agama mengajar penganutnya supaya mempertahankan diri daripada
ancaman tidak kira daripada manusia itu sendiri atau ancaman binatang buas, samalah juga dengan silat
serimau hitam ini. Di samping itu, dengan mempelajari ilmu silat ini membolehkan kita melakukan
kebaikan atau membuat amal iaitu dengan membantu orang yang dianiaya. Kita boleh menggunakan
ilmu silat yang dipelajari untuk membantu mereka yang kurang berupaya untuk melawan pihak lawan.

Kesimpulannya, silat serimau hitam ini relevan dipelajari oleh orang bukan islam atau bangsa
lain walaupun prasyarat untuk mempelajari silat ini adalah Islam. Hal ini kerana, kesemua seni
mempertahankan diri yang dipelajari adalah untuk mencapai tujuan yang sama iaitu untuk menjaga diri
dari ancaman musuh.
SOALAN 4 :

ADAKAH SILAT MAMPU MENGUASAI DUNIA BERBANDING KARATE DAN TEKWANDO.

1.0 Pendahuluan
Ilmu persilatan merupakan warisan berkhazanah daripada masyarakat terdahulu kepada
generasi muda masa kini di Alam Melayu dan Nusantara. Ilmu persilatan merupakan salah satu seni
mempertahankan diri yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu yang menjadi pegangan sejak
berzaman lamanya. Persilatan Melayu wujud dalam berbagai jenis di alam Melayu. Perbezaan antara
jenis dan cara pelajaran yang diajar dalam setiap jenis ilmu persilatan Melayu sering mengelirukan orang
yang tidak mengenali ilmu persilatan. Malahan pernah orang asing terkejut apabila mendapati pelajaran
silat merangkumi teknik dan seni yang wujud di dalam seni bela diri yang lain di seluruh dunia.

 Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar
jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.
Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai
untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan
kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia
silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di
antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati.
Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Oleh sebab itu, ilmu persilatan ini juga jika diketengahkan secara betul dan bersungguh-sungguh
maka tidak hairanlah jika ianya mampu menawan dunia sebagai salah satu ilmu mempertahankan diri
yang akan diguna pakai di seluruh dunia. Kita sebagai peneraju ataupun masyarakat yang lebih arif
mengenai ilmu persilatan ini seharusnya cuba menonjolkan seni mempertahankan diri ini ke seluruh
pelusuk dunia dan tidak hanya menerima sebulat suara ilmu mempertahankan diri dari masyarakat luar
tanpa cuba menonjolkan sebarang kemahiran yang kita ada.
2.0 Seni mempertahankan diri (Karate)

Gambarajah : Seni mempertahankan diri (karate)

Seni Karate adalah seni pertempuran yang dibangunkan di pulau Okinawa. Karate mungkin
membenarkan anda untuk mengalahkan lawan dengan menggunakan kaedah menumbuk dan
menendang.  Amalan pelajar melakukan latihan fizikal yang lasak untuk mengembangkan latihan
mereka. Semua ini memerlukan disiplin fizikal dan mental yang kuat. Karate membantu dalam
pembentukan watak yang keras dan menanam rasa hormat sesama kita.  Maksud gabungan daripada
dua watak Jepun yang membentuk kata Karate adalah "tangan kosong". Oleh sebab itu, Karate merujuk
sebagai sistem pertahanan diri yang didasarkan kepada penggunaan berkesan tubuh badan yang tidak
bersenjata daripada pengamalnya. Sistem ini terdiri dari teknik menyekat atau menggagalkan serangan
dan menyerang lawan dengan menumbuk, memukul atau menendang.  Seni moden Karate telah
berkembang daripada sebuah organisasi menyeluruh mengenai teknik pertahanan diri ini. 

Karate sebagai alat pertahanan diri mempunyai sejarah tertua.  Hanya dalam beberapa tahun
terakhir telah menyebabkan teknik yang telah turun-temurun ini dipelajari secara ilmiah dan prinsip-
prinsip berubah untuk membuat penggunaan yang paling berkesan untuk pelbagai gerakan tubuh
badan.  Latihan berdasarkan prinsip-prinsip dan pengetahuan tentang otot dan sendi serta perhubungan
yang penting antara gerakan dan keseimbangan membolehkan pelajar moden Karate harus bersedia,
baik secara fizikal dan psikologi bagi menepis serangan lawan.
Banyak gadis dan wanita di Jepun telah belajar Karate kerana kegunaannya sebagai membela
diri.  Seni mempertahankan diri ini juga mempunyai manfaat daripada segi kesihatan. Hal ini adalah
kerana, melalui pergerakan badan yang terdapat dalam Karate dapat mengeluarkan peluh dan tubuh
badan akan menjadi sihat. Sebagai sukan, Karate mempunyai sejarah yang relatif yang singkat. Seni
sukan Karate telah diperkenalkan dalam pelbagai acara sukan diperingkat dunia. Banyak penyertaan
telah dihantar oleh setiap pelusuk dunia bagi menyertai acara sukan Karate ini. Tidak terkecuali juga
dengan negara kita yang mempunyai kelab Karate negara yang tersendiri.

3.0 Cara-cara meningkatkan seni silat negara.

Antara cara-cara meningkatkan seni silat negara adalah dengan mengadakan kempen dalam
usaha memperkenalkan silat di mata dunia. Kempen yanag dijalankan boleh meliputi dalam dan luar
negara. Malaysia juga boleh bergabung dengan negara Indonesia dalam mengadakan kempen
memperkenalkan silat ini kerana Malaysia dan Indonesia mempunyai seni silat yang sama. Dalam acara
pelancongan tahunan, kita boleh menyelitkan eleman silat dalam acara yang dipersembahkan.
Kebanyakan pelancong yang hadir dalam acara pelancongan yang diadakan kebanyakannya adalah
pelancong luar. Melalui acara yang dipersembahkan kita dapat memperkenalkan seni silat ini kepada
penduduk luar. Di samping itu juga, daripada segi aspek kempen yang lain seni silat ini juga banyak
mengadakan kempen yang bersifatkan kemasyarakatan. Hal ini adalah kerana bagi mendekatkan lagi
golongan pesilat negara dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dalam negara. Di antara
kempen yang dilakukan adalah kempen derma darah, kempen jauhi dadah, kempen perangi jenayah dan
sebagainya. Melalui kempen-kempen kemasyarakatan yang dilakukan ini, orang ramai akan lebih
mengenali seni silat negara. Secara kursusnya kempen yang dilakukan dapat menolong orang ramai
disamping itu juga dapat memperkenalkan seni silat negara kerana terdapat segelintir masyarakat saja
yang mengetahui akan wujudnya silat.

Di samping itu juga, persatuan silat haruslah pandai dalam menarik minat golongan muda untuk
mempelajari ilmu persilatan Melayu. Hal ini adalah kerana, golongan muda kini kurang meminati untuk
mempelajari silat kerana bagi mereka mempelajari silat tidak akan memdatangkan apa-apa manfaat
kepada mereka. Jika diperhatikan pada masa kini, golongan yang masih mengamalkan ilmu persilatan
ini adalah mereka yang bergelar perantau dari negara jiran iaitu Indonesia. Kebanyakan daripada
mereka telah melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan buat bekalan di rantau orang. Dengan itu,
mereka tidak gentar dan sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan kepayahan di negara orang
kelak. Sedangkan anak muda tempatan kita masih lemah dek kerana jahil dengan ilmu sebegini kerana
tanggapan mereka yang menganggap ia bukanlah satu keperluan pada zaman serba moden dan canggih
selaras dengan keadaan Malaysia yang aman dan makmur. Dek kerana pandangan skeptikal inilah satu
bentuk penjajahan secara tidak langsung telah menular dalam kalangan masyarakat Melayu kini.
Natijahnya, anak muda kini tiada pegangan, hilang hala tuju dan jati diri yang mantap. Kekurangan ilmu
terutama ilmu bela diri warisan pusaka bangsa mengakibatkan pemuda dan pemudi Melayu sendiri tiada
identiti Melayu dan tidak kenal akan kehebatan bangsa yang pernah menjadi satu kuasa besar dunia.

Dalam ilmu persilatan terkandung pelbagai ilmu sampingan yang sebenarnya menjadi tulang
belakang dan kekuatan pada sesuatu ilmu silat tersebut. Sememangnya silat adalah bertujuan
mempertahankan diri, negara, bangsa dan agama keagamaan  Maka, ilmu silat dan ilmu sampingan yang
ada didalamnya merangkumi segala aspek yang diperlukan. Kebiasaannya, ilmu silat disertai teknik
pernafasan, senaman untuk kesihatan, ilmu perubatan dan paling penting adalah intisari agama.
Sekiranya dikaji secara mendalam, kita akan dapati bahawa ilmu persilatan dibawa dan diasaskan oleh
tokoh-tokoh keagamaan hasil daripada penghayatan kerohanian yang tinggi dalam ilmu keagamaan.
Mereka yang benar-benar faham akan kepentingan ilmu persilatan dalam mempertahankan agama,
bangsa dan negara pastinya sentiasa menggalakkan para murid menuntut ilmu persilatan sebagai
kaedah pertahanan. Oleh sebab itu, pendedahan mengenai ilmu persilatan yang sebenar kepada
masyarakat muda kini seharusnya giat dijalankan agar dapat menarik minat golongan muda untuk
mempelajari ilmu persilatan ini.

Selain daripada itu juga, memasukkan eleman persilatan dalam acara sukan negara juga
merupakan salah satu langkah dalam memartabatkan lagi persilatan negara. Sukan pencak silat
merupakan di antara cabang sukan yang popular di Malaysia. Sukan ini juga telah diertandingkan di
kebanyakan temasya sukan yang bertaraf tinggi seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Sea, Sukan
Universiti Antarabangsa dan juga di peringkat - peringkat kebangsaan serta Kejohanan Dunia. Sukan ini
terbahagi kepada dua cabang kategori iaitu silat tanding (silat olahraga) dan silat seni. Silat tanding (silat
olahraga) boleh didefinisikan sebagai perlawanan di antara pesilat menyerang antara satu sama lain
mengikut undang yang digubal oleh badan Persekutuan Silat Malaysia (PESAKA). Manakala Silat seni
pula terbahagi kepada 4 acara iaitu acara solo kreatif , tunggal, Regu dan Tempur. Acara solo kreatif
membabitkan seorang pesilat mempamerkan kepelbagaian teknik silat secara bebas. Bagi acara tunggal
dan regu, pesilat dikehendaki mempamerkan gerakan-gerakan yang telah digubal oleh PESAKA sendiri
dan dalam acara Tempur, gerakan-gerakan dinilai mengikut kreativiti pesilat. Oleh sebab itu, melalui
seni silat yang diacarakan dalam sukan negara dapat mempertingkatkan lagi martabat persilatan negara.

4.0 Maksud Taekwondo

Taekwon-Do ialah "Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki " yang terunggul dalam
sejarah Korea yang di dokomentasikan tentang teknik mempertahankan diri.

5.0 Sejarah Taekwondo

Taekwondo telah diperkenalkan lebih kurang 600 selepas masihi semasa pemerintahan Silla
Kingdom di Korea Selatan. Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi. Ianya di ikuti oleh
Seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih
tentera bagi Dinasti tersebut. Walaubagaimanapun semasa penjajahan Jepun keatas Korea, Seni
Teakwon serta banyak lagi lain-lain seni tradisional Korea tidak benar di amalkan. Seni Tae Kwon hanya
di pertahankan oleh beberapa orang seperti Master Song Duk Ki dan Han Li Dong yang tidak mahu
warisan mereka terkubur begitu sahaja. Dalam tahun 1933 seorang pemuda bernama Choi Hong Hi telah
dihantar untuk belajar kaligrafi dengan seorang guru yang bernama Han Ii Dong yang semasa penjajahan
telah mengamalkan seni Tae Kwon secara sulit tanpa mengenal penat lelah. Setelah melihat Choi iaitu
seorang pemuda yang kecil dan lemah, beliau mengambil keputusan untuk mengajar Tae Kwon dan
dalam masa yang sama beliau turut mengajar Kaligrafi.

Dalam tahun 1937 Choi telah dihantar ke Kyoto, Jepun untuk melanjutkan pelajarannya di
bawah seorang berbangsa Korea bernama Kim. Beliau mempelajari karate dan memperolehi Tali
Pinggang Hitam tingkat ke dua.( 2nd Degree).
Semasa perang dunia yang kedua, Choi Hong Hi telah pulang ke negaranya dan dipaksa untuk bertugas
dengan Tentera Jepun. Semasa bertugas di Pyongyang beliau terlibat sebagai perancang Pergerakan
Kemerdekaan Korea dan di penjarakan. Didalam penjara beliau telah memperkenalkan asas seni
mempetahankan diri yang dipelajarinya itu dengan mengajar rakan sepenjaranya. Dalam tahun 1945
peperangan tamat dan Korea mencapai kemerdekaan maka Choi pun dibebaskan dari penjara. Pada
Januari 1946 Choi dilantik sebagai Leftenan Muda dalam Tentera Korea yang baru dibentuk. Dia
ditugaskan di Kwang Ju sebagai pemerintah Kompani dimana dia telah mengajar asas Seni
mempetahankan diri yang baru itu pada seluruh kompaninya.

Beliau kemudiannya di naikkan pangkat kepada Leftenan dan dihantar untuk bertugas di Tae
Jan. Di sana bukan hanya terdapat pengkalan tentera Korea tetapi terdapat juga tentera Amerika. Dalam
beberapa tahun Choi Hong Hi telah berjaya memperkembangkan Seni Tae Kwon melalui kerjayanya
sebagai seorang tentera. Pada tahaun 1949 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan
berpeluang untuk belajar di Fort Riley Grand School, Kansas, Amerika Syarikat. Semasa di sanalah Choi
Hong Hi telah memperkenalkan Tae Kwon-Do kepada rakyat Amerika. Menjelang tahun 1953 Choi Hong
Hi telah mewujudkan Korea Grand General di Pusan. Sebagai Timbalan Komander dan Ketua Jabatan
Akademik, pada tahaun 1952 beliau telah memberi taklimat kepada Jeneral Mac Arthur semasa lawatan
beliau ke Kang Numg .Semasa genjatan senjata beliau adalah Pegawai Pemerintah Divison ke 5 Infantri.
Dalam tahun 1954 telah bertugas di Divison ke 29 Infanteri di Pulau Cheju. Beliau juga Komander "Chon
Do Kwan" iaitu sebuah Gimnisium awam yang terbesar di Korea. Beliau bukan sahaja berjaya melatih
tentera-tentera Korea tetapi juga telah dapat memperkembangkan Taek Kyon dan teknik-teknik Karate
kepada Seni Taekwon-Do yang moden.

Dengan usahanya yang gigih itu beliau dinaikkan pangkat lagi kepada Major Jeneral. Kemudian
pada 11hb April 1955 nama Taekwon-Do telah diperkenalkan di dalam satu mesyuarat antara ketua-
ketua jurulatih, sejarawan dan ahli politik. Choi Hong Hi telah menyerahkan nama Teakwon-do serta
sukatan pelajaran Seni Taekwon-do. Perkara ini telah dipersetujui dan di terima serta diluluskan oleh
Presiden Korea. Nama-nama seperti Dong Soo, Gong Soo, Kwan Bup, Tae Kyon, Soo Bak, Kang Soo dan
lain-lain telah digantikan dengan nama Taekwon-Do. Dalam tahan 1959 seni mempertahankan diri
Taekwon-Do telah mula diperkenalkan di luar negeri. Beberapa siri demontrasi diadakan di Amerika
untuk memperkenalkan seni tersebut. Ianya mendapat sambutan cukup menggalakan. Di Korea sendiri
Seni Taekwon-Do dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelatih-pelatih tentera dan juga polis. Dalam
tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia. Beliau mula
memperkenalkan Seni Taekwon-Do ini kepada masyarakat di sini. Pada tahun 1963 Persatuan Taekwon-
Do Malaysia ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demontrasi di adakan di
Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul
Rahman Putra Alhaj. Akhirnya Seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih
Jeneral Choi dan anak-anak buahnya.Jeneral Choi Hong Hi dilatik sebagai Presiden Taekwon-Do
Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.Seni Taekwon-Do di anggap sebagai Seni mempertahankan
diri kebangsaan bagi negara Korea.

6.0 Kelebihan Taekwondo berbanding silat

Kelebihan taekwondo ialah ia terbuka kepada semua agama, bangsa dan negara. Ini telah
menyebabkan sukan Taekwondo mampu menguasai dunia berbanding silat. Selain itu juga Taekwondo
juga merupakan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana sukan Taekwondo
sering di pertandingkan dalam sukan- sukan besar seperti Olimpik, Komanwel, Asean dan sebagainya.
Selain itu juga penerimaan orang ramai dalam Taekwondo telah menyebabkan ia berada di peringkat
tersendiri dalam sukan berbanding dengan silat. Selain itu juga, sukan Taekwondo mempunyai matlamat
yang jelas iaitu membentuk disiplin diri, membina kecergasan fizikal dan melatih mempertahankan diri
terulung. Ianya telah terbukti memberi kesan yang positif kepada pelajar- pelajar. Selain itu juga,
Taekwondo telah dijadikan sebagai ko-kurikulum sekolah. Tujuannya adalah untuk membentuk pelajar
yang berdisiplin dan sebagainya.

7.0 Cabaran silat dalam menyaingi Taekwondo

Antara cabaran silat dalam menyaingi taekwondo ialah terdapat pelbagai jenis silat. Ini akan
mengelirukan masyarakat. Antara silat yang terdapat di Malaysia ialah Silat Serimau Hitam, Silat Cekak,
Silat Gayong dan lain- lain lagi. Selain itu juga, syarat untuk menyertai silat juga terlalu khusus. Hal ini
demikin kerana, boleh dikatakan syarat utama untuk menyertai silat mestilah beragama islam. Hal ini
telah menyebabkan seni silat kurang berkembang berbanding karate dan taekwondo. Untuk menyertai
karate dan taekwondo, tiada syarat yang di kenakan. Oleh itu, untuk meningkatkan seni silat di mata
dunia syaratnya haruslah dilonggarkan.

Cabaran yang kedua ialah tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. Hanya pihak
persatuan silat sahaja yang bersemangat untuk mengembangkannya sedangkan pihak lain tidak sama
menyokong. Selain itu, kurangnya promosi tentang seni silat juga telah menyebabkan silat ketingganlan
jauh di belakang. Hal ini demikain kerana masyarakat pada masa kini telah melupakan seni silat kerana
menganggap seni silat bertentangan dengan agama. Oleh sebab itu silat ketinggalan. Oleh itu semua
pihak haruslah bekerjasama dalam menaikkan seni silat di mata dunia tidak kira pihak kerajaan, swasta
mahupun masyarakat.

Cabaran yang terakhir ialah seni silat tidak mengandungi ikrar dan rukun- rukun silat berbanding
dengan taekwondo yang mengandungi ikrar dn rukun- rukunnya. Hal ini telah menaikkan lagi
taekwondo di kalangan masyarakat. Antara ikrar taekwondo ialah saya mesti menuruti rukun-rukun
taekwon-do, saya mesti menghormati jurulatih dan pelatih-pelatih yang lebih kanan, saya tidak akan
menyalahgunakan seni taekwon-do, saya akan menjadi jaguh yang mempertahankan kebebasan dan
keadilan dan saya akan membina sebuah dunia yang lebih aman dan damai. Manakala rukun- rukun
taekwondo ialah kesopanan (courtesy), kejujuran (intergrity), kesabaran (perseverance), pengawalan
diri (self control) dan bersemangat waja (indomitable spirit). Oleh itu, persatuan silat haruslah
mempunyai ikrar dn rukun- rukun tersendiri untuk menarik kepercayaan masyarakat.

8.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, silat mampu untuk bersaing dengan karate dan taekwondo walaupun ia mempunyai
kelebihan berbanding silat. Namun begitu, ia tidak bermakna silat tidak mampu menguasai dunia kerana
ilmu silat sangat unik berbanding katare dan taekwondo. Hal ini demikian kerana silat mempunyai
banyak bunga dan corak berbanding karate dan taekwondo.

Bibliografi

Taekwondo (2008). Diperoleh pada Januari 8, 2011 daripada htrp:// excellent- taekwondo.
blogspot.com/ 2008/ 05/ sejarah- taekwondo.html.

Silat sedeng betawi cawangan puchong (2010). Diperoleh daripada


http://silatsendengbetawi.webs.com/ pada 28/01/2011.

Soalan 5
Anda merupakan seorang bakal guru tidak lama lagi dan ditempatkan di sekolah yang bermasalah.
Apakah pengajaran dan pembelajaran anda terapkan kepada pelajar dalam konteks silat. Bincangkan.

Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri di kawasan nusantara sejak beratus-ratus
tahun dahulu lagi (Wikipedia, 2011). Seni ini sangat penting dalam membantu manusia
mempertahankan diri mereka daripada sebarang ancaman bahaya yang tidak dapat dijangka. Pelbagai
jenis silat yang boleh dipelajari, contohnya adalah seperti Silat Serimau Hitam, Silat Cekak, Silat Gayung
dan sebagainya. Setiap jenis silat ini mempunyai gaya yang berbeza antara satu sama lain. Namun
begitu, semua jenis silat tetap mengamalkan teknik kuncian sama ada kunci urat saraf atau anggota
tubuh (Wikipedia, 2011). Sebenarnya seni mempertahankan diri ini amat diperlukan oleh setiap individu
khususnya bagi seorang bakal guru di sekolah. Seni ini amat penting kepada mereka untuk
mempertahankan diri daripada sebarang ancaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja
termasuklah pelajar ataupun rakan sekerja. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah sosial telah
berlaku pada masa kini dalam kalangan pelajar, contohnya seperti masalah buli, samun, pergaduhan dan
sebagainya. Jadi, tidak hairanlah seorang bakal guru harus memiliki seni mempertahankan diri untuk
membantu mereka menyelamatkan diri ketika ditimpa bahaya.

Kadangkala, unsur-unsur dalam silat juga boleh diterapkan oleh bakal guru dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutama di sekolah yang bermasalah. Salah satu unsur yang
boleh diterapkan adalah seperti disiplin yang tinggi. Bagi seni silat, disiplin amat diperlukan dalam proses
pembelajaran seni tersebut kerana disiplin akan menentukan sejauhmana seseorang itu dapat
menguasai sesuatu seni silat. Disiplin yang lemah akan menyukarkan seseorang untuk mendalami ilmu
silat secara lebih mendalam. Justeru, unsur ini boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pelajar mempunyai disiplin yang tinggi dalam kehidupan seharian
mereka. Disiplin ini akan membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang baik dan mengelakkan mereka
daripada terlibat dalam sebarang masalah sosial. Hal ini demikian kerana disiplin yang tinggi boleh
menyebabkan mereka takut untuk melakukan sebarang masalah di sekolah. Sekiranya semua pelajar
mempunyai disiplin dalam diri, suasana sekolah juga akan menjadi aman dan harmoni tanpa sebarang
gangguan dan masalah daripada pelajar. Secara tidak langsung, sistem pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan akan menjadi lebih berkesan.
Selain itu, seni silat juga mementingkan unsur sikap yang merendah diri. Setiap individu yang
memiliki ilmu silat telah dididik dan dilatih supaya mempunyai sikap merendah diri dan tidak bersikap
riak dengan ilmu yang dimiliki. Hal ini demikian kerana ilmu yang dimiliki bukan untuk ditunjukkan
kepada orang lain tentang kehebatannya tetapi digunakan ketika diri dilanda bahaya sahaja. Namun
begitu, sifat rendah diri yang dimiliki bersesuaian dengan tempat atau sesuatu situasi. Hal ini penting
untuk mengelakkan keyakinan diri mereka hilang atau berkurangan. Secara tidak langsung, hal ini
mampu membolehkan mereka mampu menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Oleh sebab itu,
unsur sikap ini juga perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana sikap
ini amat penting untuk kehidupan seharian pelajar. Malahan, sikap ini dapat mendidik pelajar supaya
bertolak-ansur antara satu sama lain dan tidak saling menyakiti sesama mereka. Sikap rendah diri ini
juga dapat mengelakkan masalah seperti buli dan samseng daripada berlaku di sekolah. Kebanyakan
masalah tersebut berlaku apabila pelajar merasakan diri mereka begitu kuat dan hebat sehingga
menyebabkan mereka menunjukkan kekuatan mereka itu kepada pelajar yang lemah. Namun, sikap
rendah diri atau tidak riak dengan kekuatan yang dimiliki pelajar akan menyebabkan pelajar tidak
menyakiti pelajar lain yang lemah kerana mereka memiliki tanggapan bahawa mereka hanya akan
memperlihatkan kekuatan diri ketika dilanda masalah ataupun semasa pembelajaran seni pertahanan
diri sahaja.

Di samping itu, ilmu persilatan juga menerapkan unsur mendekatkan diri dengan Allah kerana
segala ilmu persilatan sama ada zahir atau batin tidak bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini dapat
dilihat dalam falsafah pendidikan silat yang menyatakan bahawa pendekar ialah insan yang berilmu,
beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya
Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan
dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur (Anuar
Abdul Wahab AMN, 2010). Secara ringkas, dapat dilihat bahawa silat juga merupakan salah satu cara
untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana silat juga melibatkan pergerakan yang berunsurkan
kerohanian. Dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah, unsur kerohanian juga perlu
diselitkan untuk kehidupan seharian pelajar. Hal ini amat membantu pelajar dalam mendekatkan diri
dengan Allah dan seterusnya mereka akan melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Malahan, pelajar juga dapat membezakan antara yang baik dan tidak baik dengan lebih mendalam.
Secara tidak langsung, hal ini dapat mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah kerana pelajar tidak
akan melakukan perkara-perkara yang dianggap tidak baik dan seterusnya mampu mengurangkan
masalah yang berlaku di sekolah. Oleh sebab itu, unsur kerohanian ini amat diperlukan di sekolah untuk
membimbing pelajar ke arah yang benar dan menanam sifat diri yang baik dalam diri mereka.

Selain itu, unsur-unsur kemahiran pertahanan diri juga boleh didedahkan serba sedikit kepada
pelajar sebagai selingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini amat membantu pelajar
mempraktikkan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian mereka terutamanya apabila mereka
ditimpa bahaya. Misalnya, seperti kemahiran memcari kelemahan lawan ataupun menghalang
pergerakan musuh. Kemahiran ini dapat membantu pelajar menyelamatkan diri daripada sebarang
ancaman. Oleh sebab itu, bukan suatu perkara sia-sia untuk seseorang mempelajari ilmu
mempertahankan diri kerana ilmu tersebut akan digunakan suatu hari kelak. Bagi pelajar yang ingin
mempelajari ilmu pertahanan diri dengan lebih mendalam, guru perlu memberikan motivasi kepada
pelajar untuk menyertai persatuan atau kelab yang berunsurkan seni mempertahankan diri seperti silat,
taekwando, karate dan sebagainya. Bukan itu sahaja, seni mempertahakan diri boleh mengurangkan
masalah buli yang berlaku di sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar yang melakukan buli ini biasanya
menganggap mereka begitu kuat dan boleh menunjukkan kekuatan mereka kepada pelajar lain yang
lemah. Namun, pelajar yang lemah ini dapat mengatasi pelajar yang kuat itu dengan adanya ilmu
mempertahankan diri. Secara tidak langsung, pelajar yang melakukan perbuatan buli ini akan insaf dan
tidak akan mengulangi perbuatan tersebut kerana mereka akan beranggapan bahawa mereka tidak
begitu kuat. Hal ini membolehkan masalah yang berlaku di sekolah semakin berkurangan. Di samping
itu, suasana di sekolah juga akan menjadi lebih harmoni dan pelajar dapat belajar dengan lebih baik
daripada sebelumnya. Justeru, sebagai seorang guru, ilmu adalah untuk dikongsi dengan pelajar dan
mereka tidak harus menganggap pelajar seperti anak mereka sendiri melalui penjagaan kebajikan
mereka.

Tambahan lagi, unsur seperti mengeratkan hubungan silaturrahim juga diamalkan dalam seni
mempertahankan diri antara individu-individu yang mempelajarinya. Unsur ini penting untuk
mengelakkan permusuhan berlaku dan secara tidak langsung hal ini dapat mewujudkan sikap saling
bertolak-ansur sesama mereka. Oleh sebab itu, unsur ini sesuai untuk diselitkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sebagai selingan. Hal ini penting untuk mewujudkan hubungan
yang baik antara pelajar. Contohnya pembelajaran secara berpasangan dan berkumpulan dapat
mengeratkan hubungan antara pelajar di dalam kelas. Kadangkala, hubungan seperti inilah yang sentiasa
berkekalan walaupun masing-masing sudah berpisah suatu hari kelak. Bukan itu sahaja, hubungan baik
ini dapat mengelakkan sebarang permusuhan daripada berlaku sesama pelajar. Hal ini membolehkan
sekolah lebih aman tanpa sebarang pergaduhan ataupun masalah lain yang melibatkan pelajar apabila
hubungan yang baik antara pelajar dapat dibina. Guru merupakan individu yang berperanan untuk
mencorakkan pelajarnya dan seharusnya pelajar dididik dengan baik supaya mereka menjadi orang yang
berguna kelak.

Sebagai bakal guru, unsur semangat cintakan negara dan mempertahankan negara daripada
ancaman musuh juga dapat diterapkan dalam kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Unsur ini amat bertepatan dengan unsur dalam silat yang mementingkan
pembelajaran ilmu persilatan untuk kegunaan yang betul seperti mempertahankan diri daripada
sebarang ancaman, mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan sebagainya. Oleh sebab itu,
unsur ini perlu diterapkan dalam diri pelajar untuk membolehkan mereka mengenali jati diri bangsa
mereka dan mempertahankan tanah tumpah darah mereka pada masa hadapan daripada sebarang
ancaman musuh. Sebagai generasi pemimpin, pelajar perlu dididik supaya mampu menjaga negara
dengan baik kelak. Kecintaan kepada negara akan membolehkan pelajar lebih bermotivasi dan
bersemangat untuk menjaga keharmonian negara. Oleh sebab itu, unsur ini perlu diterapkan lebih awal
kepada pelajar supaya mereka menjadi seorang yang berguna kelak kepada negara. Bukan itu sahaja,
motivasi dalam diri pelajar juga akan menyebabkan mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidak akan
melanggar sebarang peraturan di sekolah yang merupakan suatu kesalahan. Secara tidak langsung,
masalah di sekolah juga dapat dikurangkan apabila pelajar mematuhi setiap peraturan di sekolah.
Pelajar juga tidak akan berani melakukan masalah yang boleh menjejaskan imej sekolah yang secara
tidak langsung mampu menjejaskan imej negara.

Seterusnya, unsur saling menghormati juga perlu diterapkan dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Unsur ini merupakan antara unsur teras dalam silat kerana setiap individu yang
ingin mempelajari seni mempertahankan diri ini perlu menghormati antara satu sama lain dan yang
paling penting menghormati guru atau ketua mereka. Begitu juga dengan sekolah, unsur ini perlu
diketengahkan supaya pelajar saling menghormati antara satu sama lain dan yang paling penting
menghormati guru mereka. Hal ini penting untuk mengelakkan pelajar bersikap kurang ajar terhadap
guru mereka. Dewasa kini, tidak mustahil untuk seorang pelajar mencederakan guru mereka ataupun
sesama mereka. Oleh sebab itu, guru berperanan untuk menyedarkan diri pelajar dan mendidik mereka
supaya memiliki sikap hormat-menghormati. Sikap ini amat diperlukan terutamanya di sekolah untuk
memastikan suasana sekolah aman tanpa sebarang masalah seperti pergaduhan, buli, ugutan terhadap
guru dan sebagainya. Lazimnya, ugutan terhadap guru berlaku apabila pelajar berasa tidak puas hati
terhadap sikap seseorang guru terutamanya apabila mereka dimarahi kerana tidak menyiapkan tugasan
ataupun didenda dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hanya pelajar yang tidak mempunyai sikap
hormat-menghormati sahaja yang melakukan perbuatan tersebut. Bagi pelajar yang menanam
semangat hormat-menghormati dalam diri mereka, mereka tidak akan melakukan perbuatan tersebut
kerana mereka beranggapan bahawa sebarang hukuman yang dikenakan terhadap mereka berpunca
daripada diri mereka sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa sikap hormat-menghormati ini dapat
mengubah perilaku seseorang pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, guru juga merupakan
salah satu pihak yang berperanan dalam menerapkan sikap tersebut dalam kalangan pelajar selain
daripada ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana hampir separuh masa pelajar dihabiskan di sekolah.
Oleh sebab itu, selaku bakal guru, kesemua unsur dalam konteks silat boleh diterapkan sistem
pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk mengurangkan masalah yang berlaku di sekolah.

Bibliografi

Wikipedia, 2011. Silat. Diperoleh daripada laman web dunia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat pada
Februari 05, 2011.

Anuar Abdul Wahab AMN, 2010. Laporan Percuma : Sikap pendekar. Diperoleh daripada laman
web dunia: http://pusatcemerlangsilat.com/silat- news/laporan-percuma-sikap- pendekar/
pada Februari 10, 2011.

Anda mungkin juga menyukai