Anda di halaman 1dari 2

LIDAH BUAYA

Lidah Buaya atau Aloe vera merupakan tanaman berduri yang berasal dari


daerah kering di benua Afrika.Tamanan Lidah Buaya ini telah dikenal dan digunakan
sejak ribuan tahun yang lalu karena khasiat dan manfaatnya yang luar biasa.
Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang
ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga
mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.
Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat
digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada
kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut
untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan
rambut.
Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di
Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk
Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo
dan sebagainya.
Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk
mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk
mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada
pundi kencing dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.
Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati
penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu
dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh
digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang
mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.
Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang.
Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan
anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

Anda mungkin juga menyukai