Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Sejarah pemikiran tokoh silam sering mencetuskan nilai cetusan tamadun yang
tersendiri. Gambaran dan idea yang dimuntahkan menceritakan seribu satu rahsia
sistem tamadun ketika itu. Apa yang kita hadapi hari ini di era yang diperkatakan
sebagai “Globalisasi” dengan serangan idea pemikiran yang dikatakan menghakis
nilai norma ketimuran dan kewujudan hak asasi manusia tanpa batas menceritakan
sejarah kebangkitan dan keruntuhan tamadun sebelum ini.
Melihat kerencaman sistem yang makin jauh dari nilai norma Islami dan keruntuhan
akhlak tamadun dikalangan populasi manusia muslim, menceritakan dan
menggambarkan sejauh mana nilai akidah muslim hari ini. Keruntuhan sistem
kapitalis hari ini dalam ekonomi contohnya menunujukkan kekalutan pemikiran
manusia yang disangka sempurna dunia barat hakikatnya menyimpang dari
keamanan Islam sebenar. Sistem pasaran gagal yang dirajai kapitalis hari ini yang
bermatlamat keuntungan sangat dipandang berbeza tokoh ekonomi Islam dahulu.
Tuduhan fahaman teokrasi yang dilemparkan Barat ke atas dunia pemerintahan
Islam di zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Muawiyah, Abbasiyah dan seterusnya amat
kurang tepat.

TOKOH-TOKOH PEMIKIRAN ISLAM

1. SAYYID ABUL ALA AL-MAUDUDI


Sayyid Abul Ala Maududi atau dikenali sebagai Maulana Maududi dilahirkan pada 3
Rejab, 1321 AH (25 September 1903 AD)
di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) , India.
Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Muhamad. Beliau seorang
pemimpin spiritual bertaraf wali atau Sufi. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad
Hasan yang lahir pada 1855 AD dan merupakan seorang peguam. Maulana Maududi
anak bongsu dari 3 beradik lelaki.

Maulana adalah salah satu tokoh pemikir Islam yang banyak menyumbang kepada
perkembangan ekonomi Islam itu sendiri. Maulana Maududi menerima konsep yang
dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan
sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Beliau menyatakan umat
Islam hendaklah berjihad sebagai satu strategi pembangunan umat.Maulana
Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-
benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.Beliau
menyatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah merupakan pegangan utama yang wajib
setiap umat Islam berpegang padanya. Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua
perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam,
kemenangan adalah pasti .Antara karya beliau yang boleh dijadikan contoh ialah
Economics System of Islam, Human Rights in Islam,dan Economic Problem of Man
and its Islamic Solution.

Maulana juga turut memberi sumbangan pemikirannya dalam ekonomi yang menjadi
panduan kepada semua orang terutamanya umat Islam itu sendiri. Antaranya ialah:
Keadilan dalam pengagihan

Konsep ini merupakan konsep penting dalam ekonomi Islam. Konsep ini
menyatakan bahawa persamaan pengagihan dalam ekonomi Islam
memerlukan regulasi tegas mengenai hak sama rata dalam soal pengagihan.
Pengagihan harta yang dilakukan berdasarkan konsep ini tidak mengira
bangsa, agama dan pangkat. Melalui konsep ini juga amalan negatif seperti
riba dapat dielakkan. Maulana turut menyatakan bahawa riba diharamkan
dalam seluruh operasi sistem ekonomi Islam.Beliau juga menambah tidak ada
sebarang kesulitan yang dijadikan sebagai alasan untuk mencapai ekonomi
yang bebas riba.
Untuk itu, Maulana telah mengemukakan pemikirannya dengan menyatakan
bahawa zakat wajib dikeluarkan oleh setiap adalah sebagai menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bagi beliau, zakat dari sudut
ekonominya bertujuan untuk mencipta dana yang dapat membantu golongan
yang kurang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya menurut Islam
dari segi ekonominya. Misalnya, meningkatkan taraf hidup individu tersebut.
Zakat juga dapat digunakan untuk pembangunan sosial lain. Tambahan
beliau, secara dasarnya zakat yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk
memenuhi hak-hak orang yang telah ditentukan oleh Allah.
Hal ini bersesuaian dengan konsep keadilan dalam pengagihan menurut Islam
iaitu Islam tidak membezakan seseorang itu berdasarkan kemewahan yang
dimilikinya sebaliknya Islam menekankan umatnya supaya mencari harta yang
halal.

2. AL-GHAZALI

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Tusi Al-Ghazali dilahirkan pada


tahun 450 Hijriah di desa Ghazalah, dipinggir kota Tus, sebuah kota kecil di
Khurasan, Iran. Disebabkan ayahnya penjual benang, beliau diberi nama
panggilan Ghazali, iaitu dalam bahasa Arab bererti ”pemintal benang”. Abu
Hamid Al-Ghazali terkenal di Barat sebagai Al-Ghazel, merupakan salah
satu pemikir besar Islam.
Pemikiran  al-Ghazali mengenai berbagai permasalahan ekonomi terdapat
dalam kitab Ihya ’Ulum al-Din[1]. Beberapa tema ekonomi yang dapat
diangkat dari pemikiran al-Ghazali ini antara lain mencakupi pertukaran
sukarela dan evolusi pasar, aktiviti pengeluaran, sistem barter dan evolusi
wang, serta peranan negara dan kewangan umum.

Aktiviti Pengeluaran

Al-Ghazali menganggap kerja sebagai sebahagian daripada ibadah seseorang.


Bahkan secara khusus, beliau berpendapat bahawa pengeluarani barang-barang
merupakan tuntutan wajib (Fardu al-Kifayah). Dalam hal ini, pada prinsipnya,
negara harus bertanggung jawab dalam menjamin keperluan masyarakat terhadap
barang-barang keperluan.

Pengagihan aktiviti pengeluaran yang diberikan oleh al-Ghazali hampir mirip dengan


pengagihan yang terdapat beliau membahagikan aktiviti pengeluaran kepada tiga
kelompok berikut:

a) Industri dasar, yakni industri-industri yang menjaga kelangsungan hidup


manusia. Kelompok ini terdiri dari empat jenis aktiviti, yakni agrikultur untuk
makanan, tekstil untuk pakaian, pembangunan untuk perumahan, dan aktiviti negara,
termasuk penyediaan insfrastruktur, khususnya untuk memudahkan barang-barang
keperluan dan untuk meningkatkan antara pihak-pihak yang terlibat dalam
pengeluaran.

b) Aktiviti penyokong, yakni aktiviti yang bersifat tambahan bagi industri dasar,
seperti industri baja, eksplorasi dan pengembangan tambang serta sumber daya
hutan.

c) Aktiviti pelengkap yang berkaitan dengan industri dasar, seperti pembakaran


produk-produk agikultur.

Beliau mengatakan bahawa kelompok pertama adalah kelompok yang paling penting
dan peranan pemerintah sebagai medium terkuat dalam kelompok ini cukup kritikal.

Al-Ghazali juga mengakui adanya tahapan pengeluaran yang beragam sebelum


produk itu digunakan. Tahapan dan keterkaitan produksi yang beragam
mensyaratkan adanya pembahagian kerja, koordinasi dan kerjasama. Beliau
menghuraikan argumennya dengan menggunakan contoh jarum:

”bahkan jarum yang kecil itu menjadi berguna hanya setelah melewati tangan-tangan
pembuat jarum sebanyak 25 kali, setiap kali melalui proses yang berbeza.”

Anda mungkin juga menyukai