Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA

PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA

1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Lencana Keris Gangsa ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa Rawang.

Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada ahli-

ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.. Aktiviti ini dilaksanakan selaras

dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal

insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan

dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti

kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam

kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti

perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam

kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan

disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan

keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai

aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat

ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program

ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan

mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras

dengan pembangunan negara yang mampan.


3. OBJEKTIF

3.1. Menilai kemahiran ilmu pengakap yang di pelajari oleh ahli pengakap.

3.2. Memberi pengiktirafan ahli yang berjaya dalam ujian.

3.3. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai
program kepimpinan.

2.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial

4. KUMPULAN SASARAN

4.1. Ahli pengakap kanak-kanak tahun 4 , 5 dan 6 yang telah menyiapkan buku log
dengan sempurna.

4.2. Jumlah peserta adalah 30 orang sahaja.

4.3. Jumlah fasilitator adalah 6 orang

5. CADANGAN TARIKH

5.1. Tarikh yang di cadangkan adalah pada 05/11/2010 hingga 06/11/2010.

5.2. Selama 2 hari 1 malam

6. TEMPAT

6.1.Padang Sekolah dan Dewan Terbuka

7. PERASMIAN PENUTUPAN

7.1.Guru Besar SK Bukit Sentosa – Pn Hjh Norshakila bt Kamaluddin

8. JAWATANKUASA
TUGAS NAMA
PENASIHAT GURU BESAR
PN HJH NORSHAKILA BT KAMALUDDIN

PENGERUSI GPK KO KURIKULUM


PN HJH ROSNI BT KASSIM

NAIB PENGERUSI TN HJ HAMDAN B HAMZAH (GPK 1)


PN HJH ROHIAH BT AHMAD (GPK HEM)

SETIAUSAHA PN WAN FAIZA BT YUSOFF

BENDAHARI PN MARYAM BT MOHAMAD

KETUA KEM EN MOHD ZAIRONI B MARKIMIN

PENDAFTARAN PN SITI JAMILAH BT HASSAN

PENGINAPAN EN ABDUL WAHAB BIN HANAFI


PN NORASMAH BT MOHD AMIN

MAKANAN PN RAHIMAH BT ABD HAMID

ALATAN PN SUHANA BT SHOIB

PERASMIAN PENUTUPAN PN MAZLINA BT ABD JALIL

FASILITATOR/PENILAI PN ZUMARIAH BT AHMAD


PN MAIMON BT MOHD NOR
EN. MOHD ZAIRONI MARKIMIN
PN SUHANA BT SHOIB
EN ABD WAHAB B HANAFI
PN SITI JAMILAH BT HASSAN
EN BAK ZI YANG
9. PERBELANJAAN

BIL PERKARA NILAI JUMLAH


Sarapan pagi
1 Makan RM3.00 x 2 kali x 30 org RM 180.00

Makan tengah hari RM 300.00


RM5.00 x 2 kali x 30 org

Makan malam RM 300.00


RM5.00 x 2 kali x 30 org

Minum pagi dan petang RM 240.00


RM2.00 x 4 kali x 30 org

2 Lencana RM 6 x 30 org x 3 lencana RM 540.00


3 Banner RM 150 RM 150.00
4
JUMLAH RM 1710.00
10.TENTATIF

TARIKH MASA AKTIVITI


8.00 a.m Pendaftaran

8.30 a.m Taklimat Ketua Kem

9.00 a.m Mendirikan Khemah

10.00 a.m Minum Pagi

10.30 a.m Ikatan dan Ujian

12.00 p.m Membersihkan diri

3/11/2010 12.30 p.m Makan Tengahari

( Rabu) 02.00 p.m Ujian Lencana Basikal

04.30 p.m Solat Asar

05.00 p.m Minum Petang

05.15 p.m Latihan Laung Agung

06.15 p.m Persiapan diri /solat

07.30 p.m Makan Malam

08.15 p.m Solat Isya’


08.45 p.m Isyarat Hutan

10.45 p.m Nyanyian Lagu-Lagu Pengakap

11.45 p.m Minum Malam

12.00 am Tidur

05.00 a.m Persiapan Diri

05.45. a.m Solat Subuh

06.00 a.m Tazkirah

06.30 a.m Kawad Pagi

07.30 a.m Laung agung / Naik Bendera

08.00 a.m Sarapan Pagi


4/11/2010
(Khamis) 08.30 a,m Pertolongan Cemas / Ujian

10.00 a.m Minum Pagi

10.30 a.m Lencana Kegemaran

Ahli Kraftangan – Bahan Terbuang, Buluh, Topeng


Anyaman, Origami

12.00 p.m Makan Tengahari

1.0 p.m Solat Zohor

02.00 p.m Mengemas Khemah / Penginapan

04.00 p.m Perasmian Penutupan

05.00 p.m Bersurai


11. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan

bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk

melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama

daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disemak oleh:

(PN.WAN FAIZA BT YUSUFF) ( PN HJH ROSNI BT KASSIM)

Pemimpim Pengakap GPK KO-KURIKULUM

SKBS SKBS

Disahkan oleh :