Anda di halaman 1dari 22

PENCEMARAN ALAM 

SEKITAR

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,
kegiatan ekonomi dan projen-projek pembangunan sesebuah Negara tidak dapat
dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul
akibat pelaksanaan aktiviti ekonimi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negative
akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin 
mendesak ini mengakibatkan kesan pencemaran. Ksemua kesan negative
pembangunan ke atas alam sekitar, setiap akitiviti ekonomi dan pembangunan
mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakfirkan sebagai pembuagan benda-benda atau bahan-bahan


hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya
keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Pencemaran dapat dibagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :

1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran laut
4. Pencemaran bunyi
5. Pencemaran tanah
6. Pencemaran haba
7. Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang
telah ditetapkan terhadap sesuatu factor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.
Tanpa pengukuran ini, kosep pencemaran menjadi kabur. Contohnya, sesuatu buah-
buahan itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa
kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan
kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berlainan pula. Bahan-bahan
pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.
Punca-punca yang menyebabkan pencemaran.

1. Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan
Pengguna, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia
dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialan
punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%),
pembakaran bahan api industry (9.4%), pemprosesan industry (3.9%) dan
pembakaran terbuka (4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta
benda. Bendasing ini adalah dalam bentuk asap, habuk, wap dan gas atau ap-apa
campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 – Pencemaran udara


2. Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan
dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberikan kesan terhadap manusia
apabila digunkan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan
fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan
pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

 Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis oleh


sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
air.
 Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah
kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Rajah 1.2 – Pencemaran Air


3. Pencemaran laut

Punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

 Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut dan membawa pencemaran


bersama-samanya.
 MInyak yang tumpah daaripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak
di lautan lalu membunuh burung laut  di samping itu menyusahkan tangkapan
nelayan di laut.
 Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.

Rajah 1.3 – Pencemaran laut

4. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan


sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran jni
disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan
pencemar pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik.
Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

 Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang


 Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kea rah
pencemaran ini.
 Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.
 Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang terdapat di
kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan untuk menggerakkan
industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi juga mengubah rupa bumi di
kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberikan kesan ke atas aktivit harian manusia. Jika
hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk
melihat keindahan alam ini.

Rajah 1.4 – Pencemaran tanah


5. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang berterlaluan sehingga menyakitkan


telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pecemaran ini mengikut
situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini bh dibahagikan kepada empat
bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan
bunyi lantunan.

Punca-punca pencemaran ini ialah :

 Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.


 Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
 Industri-industri juga merupakan penyumbang kea rah pencemaran bunyi.
Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kederaan dan
sebagainya.

Rajah 1.5 – Pencemaran Bunyi

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam
pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak
menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.
Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran
udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan
pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan
mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan
pencemaran alam seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,
kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang
tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada
alam sekitar, patuh kepada undang-undang, bertanggungjawab, boleh membuat
pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

ISU-ISU ALAM SEKITAR

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar
merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang
bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia .
Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan
keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

Populasi manusia yang kian meningkat pada hujung kurun ini telah membawa
kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti yang dijalankan seperti
perindustrian and pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin
serius dan telah diiktiraf sebagai masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang
Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah
pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan
teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca
pencemaran yang utama. Pencemaran mengubah persekitaran sehinggan
keseimbanga alam terjejas.

Pencemaran ialah pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal.


Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan
di persekitran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan
pencemaran. Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-
aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
1)    Pencemaran udara

2)    Pencemaran air

3)    Pencemaran tanah

Pencemaran udara

Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh


bahan-bahan pencemar ialah habuk, debu, asap, dan gas- gas beracun. Keadaan ini
menyebabkan gangguan dan kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan dan harta
benda kita. Tambahan pula iklim dunia pun juga terganggu.

Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan


pencemar utama yang dihasilkan.

Punca-punca pencemaran Bahan-bahan pencemar

Pembakaran bahan api di kilang dan dalam Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon
enjin kenderaan bermotor. monoksid dan debu.

Pembakaran sampah-sarap dan hutan secara Gas Karbon dioksida dan debu.
besar-besaran

Penyemburan racun serangga dan bahan- Gas kimia beracun


bahan kimia.

Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC

Kesan pencemaran

Menjejaskan kesihatan

1. Apabila kita menarik nafas, udara yang tercemar memasuki badan dan
menjejaskna kesihatan.
2. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang-kilang, ekzos kenderaan dan
penyembur racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut.

3. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata.

Pembentukan hujan asid

1. Gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan
menbentuk hujan asid.

2. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan.

3. Ia juga menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan

Kenaikan suhu di bumi

1. Gas karbon dioksida yang banyak akan merangkap haba di bumi.

2. Jadi suhu di bumi akan meningkat dan persekitaran akan menjadi panas.

3. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan
kemarau di beberapa tempat dunia.

Pencemaran air

Pencemaran air berlaku apabila bahan kotoran sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja sehinggan sumber air itu tidak dapat diguna oleh kaum manusia dan
organism akuatik. Punca bekalan air dating dari sungai, laut, kolam, dan tasik.. Oleh
itu ia boleh dicemar melalui pembuangan bahan-bahan sisa kilang, tumpahan
minyak dari kapal laut, pembuangan sampah-sarap dan najis dan hakisan tanah
akibat pembalakan dan pembinaan berleluasan.

Kesan pencemaran air

Menjejaskan kesihatan
1. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan meracuni air sungai.

2. Ini membahayakan kesihatan jika air itu diminumkan atau digunakan untuk
mandi.

3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakan


pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Pembunuhan hidupan air

1. Minyak yang tertumpah ke dalam air akan menhalang kemasukan udara di laut.

2. Jadi, haiwan- haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang menghidupkan ke dalam air


laut tidak dapat bernafas dan mati.

3. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air.

4. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat
hakisan tanah menhalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air.

5. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air.

Memburukan keindahan alam

1. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang.

2. Air sungai dan laut berbau busuk.

Pencemaran tanah

Pencemaran tanah adalah keadaan dimana bahan kimia buatan manusia masuk dan
mengubah lingkungan tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana
kebocoran limbah cair atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial, pestisida;
masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan
kendaraaan pengangkut minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat
penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak
memenuhi syarat (illegal dumping).
Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia
dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang
masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat
beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika
bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Kesan pencemaran tanah

Kekurangan tanah subur

1. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan penyusutan


tanah.

2. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian.

Hakisan tanah

1. Aktiviti-aktiviti pembinaan, perlombongan, dan pembalakan  yang tidak terkawal


menyebabkan kawasan tanah terdedah.

2. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.

PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi merupakan pencemaran kita tidak nampak dengan mata kasar.
Apabila kita mendengar bunyi yang bising, kita akan merasa tidak tenang dan
merasakan tekanan perasaan hingga tidak dapat berfikir dengan waras lagi. Telinga
adalah organ yang terlibat dalam pencemaran bunyi ini. Telinga merupakan salah
satu organ yang terpenting yang dikurniakan tuhan kepada kita, sekiranya kita tidak
menjaga organ ini dengan baik  dan terdedah dengan pencemaran bunyi yang
kuat,kita akan mengalami pekak atau kerosakan pada telinga dalam masa yang
singkat. masalah pendengaran dan pekak selalunya berlaku kepada orang yang
berumur 50 an keatas kerana saraf dari telinga sudah lemah untuk menghantar
maklumat yang didengar ke otak untuk ditafsirkan.Tetapi,sekiranya seseorang
individu terdedah dengan pencemaran bunyi yang kuat pada usia muda lagi,risiko
untuknya menghidapi pekak pada usia muda sangat tinggi.Ini terbukti apabila kajian
menunjukkan bahawa 76 peratus tentera melayu yang berkhidmat pada zaman
komunis,mengalami masalah pendengaran yang teruk pada usia tua akibat daripada
kesan bunyi tembakan,bom,meriam dan pesawat semasa berada di medan
perang.Bukti ini cukup untuk kita yakin bahawa pencemaran bunyi adalah bahaya
kepada diri kita smua dan kita perlulah sedikit sebanyak bekerjasama untuk
mengurangkan pencemaran bunyi ini .

DEFINISI PENCEMARAN BUNYI

Pencamaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh


memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.Pencemaran bunyi biasanya
melebihi 80 desibel (dB). Pencemaran berlaku daripada perbuatan manusia dari
asalnya ,seperti menjerit, dan bunyi kenderaan.tetapi ada juga pencemaran bunyi
semulajadi seperti bunyi guruh.

KLASIFIKASI PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi mempunya empat kelas berbeza,ia dikelaskan mengikut tahap


kebisinggan atau kekuatan bunyi yang diterima oleh orang ramai,tempat dimana kita
berada juga bekait dengan kelas-kelas pencemaran ini contohnya sekiranya kita
tinggal di kampong,risiko pencemaran bunyi adalah rendah berbanding kita tinggal
di Bandar kerana di kampong kurang bunyi kenderaan.Berikut adalah Empat kelas
atau jenis pencemaran bunyi
1.Kebisingan selenjar

Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

2.Kebisingan fluktasi

Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang
tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih
cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja.
Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

3.Hentakan impuls

Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh :
tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini
getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti
bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi
intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi
kesan yang lama terhadap getaran.

4.Kebisingan selang-seli

Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising 
menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang
sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran
tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik
intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.

Punca-punca Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber utama. pertama daripada sumber
semulajadi seperti bunyi guruh, bunyi air terjun mengalir dan bunyi
haiwan.Tetapi,kebanyakan bunyi semulajadi yang dihasilkan,banyak memberi
kebaikan kepada pendengar berbanding keburukan,contohnya bunyi
cengkerik,bunyi ombak membadai dan bunyi air terjun menghempas, kerana bunyi
ini,walaupun kadang-kadang agak kuat,tetapi dapat menenangkan jiwa dan mental
seseorang. Lain pula ceritanya bagi bunyi yang dibuat oleh manusia,berikut adalah
beberapa contoh pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kegiatan manusia yang
sememangnya tidak digemari oleh majoriti masyarakat.

1.Bunyi kenderaan dan  jet

Bunyi jet sememangya agak kuat,apa yang kita sedia maklum,jet memerlukan enjin
yang amat berkuasa tinggi untuk terbang dan menjalankan operasinya.Selain
itu,sesetengah kereta dan motor yang ada di jalan raya, diubah suai oleh pemiliknya
untuk menjadikan bunyinya amat kuat,ini adalah punca utama kebisingan di
jalanraya selain daripada bunyi hon dan enjin kereta itu sendiri.
2.Bunyi dari kawasan binaan dan kuari

Bagi kawasan-kawasan yang membangun,bunyi bising dari aktiviti-aktiviti


pembinaan jelas terasa,ini dapat dirasa apabila mereka menggunakan jentera yang
besar untuk menyiapkan sesebuah binaan.Bagi yang tinggal di kawasan kuari
pula,bunyi yang agak kuat sudah biasa didengari oleh orang tempatan kerana kuari
menggunakan bahan letupan untuk memecahkan bongkah batu yang besar.
3.Tabiat masyarakat

Sebenarnya,punca utama masalah pencemaran bunyi berlaku adalah sikap


masyarakat sendiri,masyarakat sering pentingkan diri sendiri daripada menjaga
kedamaian masyarakat. Sesetengah orang suka membuka radio, tv dan alat hiburan
yang lain dengan sangat kuat sehingga mengganggu orang lain. Ada pula yang
bercakap dengan nada yang agak tinggi. Walaupun perkara ini agak remeh,tetapi
sebenarnya perkara ini adalah punca utama yang menghasilkan pencemaran bunyi
tersebut.

KESAN PENCEMARAN BUNYI

1.Kesan ke atas pendengar


Kesan ke atas pendengar ialah pendengar akan mengalami masalah pendengaran
apabila organ telinga menerima kesan daripada bunyi yang kuat. Selain daripada
itu ,pendengar mudah merasa letih apabila berhadapan dengan masalah
pencemaran bunyi yang agak lama.Tidur bagi seseorang akan terganggu akibat
daripada pencemaran bunyi ,ini kerana manusia memerlukan tidur yang secukupnya
untuk menjamin kesihatan yang baik.

2.Kesan terhadap persekitaran

Persekitaran yang agak bising boleh mendatangkan satu perasaan yang tidak selesa.
oleh kerana itu sebahagian orang yang mempunyai usia yang agak lanjut, mereka
tidak lagi gemar tinggal di ibu kota yang sangat sibuk kerana di ibu kota,
persekitaran amat bising berbanding dengan kampung yang agak
tenang.Persekitaran yang bising boleh mengacau mental seseorang daripada
berfikiran tenang.Persekitaran yang bising juga menganggu komunikasi antara satu
sama lain.Orang ramai perlu bercakap dengan agak kuat untuk didengari oleh satu
pihak yang lain.
3.Kesan kepada kanak-kanak

Sebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak mempunyai organ yang agak nipis dan
lembut teruma sekali organ telinga,gegendang telinga kanak-kanak umpana belon
yang sangat nipis.Sekiranya mereka menerima bunyi yang agak kuat,gegendang
telinga mereka mudah pecah.Dengan erti kata lain,kanak- kanak memerlukan
persekitaran yang baik untuk membesar dengan sempurna.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN BUNYI

1.Pengawalan oleh manusia

Manusia sendiri boleh mengawal pencemaran bunyi ini kerana lapan puluh peratus
punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri.Pengeluar kenderaan
perlulah memikirkan pengeluaran kenderaan yang enjinnya lebih senyap dan mesra
alam.Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cuba menghormati orang
lain dalam aspek mengawal bunyi yang digunakan untuk tidak menggangu orang lain.

2.Penguatkuasaan undang-undang

Kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang


terhadap sesiapa sahaja yang menyumbang kearah pencemaran bunyi ini.Kerajaan
perlulah menetapkan syarat kepada kontraktor binaan supaya tidak melalukan
aktiviti binaan pada waktu malam,ini kerana pada waktu malam,masyarakat
memerlukan rehat secukupnya dan jika ada bunyi bising,masyarakat tidak dapat
tidur yang nyenyak.
KESIMPULAN

Kesimpulanya, kita perlulah berganding bahu untuk untuk memelihara organ telinga
yang dikurniakan tuhan dengan mengelak daripada menerima pencemaran bunyi
yang agak melampau. Hidup ini tidak dapat dielak dengan bunyi sebab bunyi adalah
keperluan manusia untuk komunikasi dan melakukan aktiviti harian,tetapi,bunyi
yang berlebihan dapat mengundang masalah kepada masyarakat. Justeru
itu,marilah kita menggunakan nikmat yang dikurniakan tuhan ini sebaik-baiknya
dan mengelak dari penyalahgunaanya. Sekian terima kasih kerana membaca.

PENCEMARAN TANAH

Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita.
Tanah turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosistem di bumi
tercinta kita.

MAKSUD:

Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah


di kawasan tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.

PUNCA:

Pencemaran tanah disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan
buangan daripada kilang, (c) kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian.

(a)    Pembuangan sampah sesuka hati

Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah
mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul
akan menjurus kepada pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah
ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma.
Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab
penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah.
Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau,
warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih
dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat
mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah
hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi, iaitu ianya tidak terurai walaupun
berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan pembentungan dan sisa
buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah
mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu,
pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan
pedalaman kerana kemudahan yang tidak begitu lengkap.

(b)    Bahan buangan daripada kilang

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada


minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut
ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran
tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri
dan sebagainya.  Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan
partikel seperti PVC dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah
dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan sekiranya sisa-sisa
toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal
ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam
tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air. Keadaan akan
menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.
(c)    Kegiatan perlombongan

Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan perlombongan berskala kecil


juga boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian
hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Gejala sedemikian paling
teruk di Lembah Klang pada suatu masa dahulu. Selain kegiatan
perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna
tanah serta pembangunan- pembangunan lain di sepanjang pantai
meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan
merunsing selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7.
Seandainya habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa dan
timbulan minyak, keseimbangan ekosistem akan terancam. Sumber protein
akan susah diperolehi jikalau hidupan akuatik seperti ikan mati.

(d)    Kegiatan pertanian


Kegiatan pertanian merupakan salah satu pembangunan tanah yang paling
meluas di Malaysia. Kesan akibat daripada pertanian pindah boleh
dikurangkan dengan mengamalkan pertanian tetap. Pertanian moden
secara besar-besaran tanpa kawalan akan menyebabkan pencemaran
tanah. Para petani tidak harus menggunakan racun serangga yang akan
membawa kepada pencemaran tanah. Dengan menggunakan kaedah
biologi, kesuburan tanih di tanah pertanian tetap dapat dikekalkan tanpa
mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan baja organik. Hal ini
disebabkan kegiatan pertanian moden yang berleluasa mungkin
menyebabkan hakisan tanah. Bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh,
tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit di sepanjang lebuh raya di
Malaysia. Tumbuh-tumbuhan dapat membendung hakisan tanih kerana
akar tumbuhan dapat mencengkam tanah. Pembangunan kawasan tanah
tinggi turut mengakibatkan penambahan mendapan yang tinggi di hilir
sungai dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku. Kegiatan pertanian
yang biasanya dijalankan di tanah tinggi juga menjurus kepada
pencemaran alam. Sebabnya ialah tanah tinggi merupakan sumber air.
Anak-anak sungai akan menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada
kawasan berpendudukan besar. Tambahan pula, kebanyakan empangan
didirikan di kawasan tanah tinggi. Air yang diperoleh di kawasan tanah
tinggi biasanya lebih bersih daripada air dari sungai di kawasan hilir.
Seterusnya, dari segi perladangan, industri perladangan membersihkan
kawasan tanah tinggi yang besar untuk tujuan perladangan. Untuk
mendapatkan lebih banyak kawasan penanaman, kawasan paya di
sekeliling tanah tinggi akan dikeringkan melalui pengaliran air paya.
Pengeringan seperti ini akan menyebabkan pengurangan aras air bawah
tanah bagi kawasan tanah tinggi dan menyebabkan hasil yang kurang. Hal
ini kerana sebarang perubahan yang berlaku kepada ekosistem di tanah
tinggi akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya di
kawasan kaki tanah tinggi.

Kesimpulannya, manusia tidat harus mengabaikan alam sekitar semata-


mata untuk mengejar pembangunan dan keuntungan. Kita harus
pertimbangkan masa depan generasi akan datang disamping memenuhi
kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan berpandukan
prinsip kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar terus digalakkan
untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar
dikekalkan.

Anda mungkin juga menyukai