Anda di halaman 1dari 4

Intervensi kejururawatan takut dan bimbang

berkaitan dengan proses pembedahan.

1. Asses
Asses tahap kebimbangan pesakit melalui
pemerhatian dan temubual
Pemerhatian- raut muka: berkerut, resah
dan
Gelisah
Tingkah laku: termenung,
Kurang selera makan
Temubual – pesakit mengadu takut dan
bimbang dengan pembedahan

2. Penerangan dan informasi


Beri penerangan buat kali kedua kepada pesakit
dengan jelas tentang:

• Peraturan hospital-wktu melawat


• Aktiviti rutin
• Tempat solat
• Proses pembedahan yang akan dijalankan –
fasa operatif, pre operatif, post operatif- jenis
bius yg digunakan-doktor pakar
(berpengalaman) dan staff yg terlibat
• Proses penyakit – pembedahan perlu
dijalankan bagi menyembuhkan penyakit
• Peratus kejayaan

3. Cekap dan pantas

Lakukan setiap prosedur dengan penuh


keyakinan, cepat dan pantas serta lemah lembut
contohnya suntikan, pengambilan specimen,
pemberian ubatan dan lain-lain.

4. Benarkan pesakit bertanya


• Dengar dengan teliti soalan pesakit
• Jawab dengan ikhlas dan jujur
• Beri maklumat yang tepat dan jelas

5. Kenalkan pesakit dengan staff


Kenalkan pesakit dengan doctor dan j/r yang
terlibat dalam pembedahan agar pesakit lebih
yakin dengan pembedahan yang akan dijalani.

6. Jagaan perawatan

Beritahu pesakit tentang jagaan perawatan


kepada pesakit selepas pembedahan seperti
pemberian ubatan bagi menahan kesakitan agar
kebimbangan pesakit dapat dikurangkan.

7. Tunjukkan pamphlet, risalah atau video

Tunjukkan risalah, pamphlet atau video yang


Berkaitan dengan surgery terlibat agar pesakit
Faham dan mendapat gambaran yang lebih jelas
Tentang pembedahan yang akan dijalani.

8. sokongan emosi
Beri pesakit sokongan emosi dengan melibatkan
keluarga, pasangan dan rakan-rakan dalam setiap
penerangan dan rawatan keatas pesakit serta
benarkan mereka melawat pesakit.
9.Sokongan spiritual
Nasihatkan pesakit supaya melakukan ibadah
seperti sembahyang dan berdoa mengikut
agama masing-masing supaya pesakit lebih
tenang.