Anda di halaman 1dari 1

Peraturan di Pusat Pembuangan Undi

Pilihan Raya Kampus IPG Kampus Rajang 2010

1. Dewan hanya boleh dimasuki oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus
sahaja bermula jam 8.30am – 11.15am
2. Mana-mana pelaajr, pensyarah dan staf yang tidak tersenarai sebagai ahli
Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dibenarkan memasuki dewan tanpa kebenaran
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
3. Para pengundi tidak dibenarkan membawa apa-apa barangan seperti beg, tabung
air, kertas, makanan, alat tulis, buku dan apa-apa sahaja kecuali Kad Pengenalan
dan Kad Matriks sahaja.
4. Pengundi hendaklah membuat semakan nama, nombor kad pengenalan dan
menunjukkan kad matriks kepada pegawai pendaftar sebelum mengundi.
5. Pegundi hanya boleh memangkah 5 orang calon sahaja dalam kertas undi.
6. Kertas undi yang tidak mengikut arahan dan dipangkah kurang atau lebih dari 5
orang calon dianggap undi rosak.
7. Pengundi hanya boleh memangkah menggunakan pen/pensel yang telah disediakan
oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
8. Pengundi yang telah memangkah undi di Zon B, boleh meletakkan kertas undi dalam
kotak undi di lorong kaunter masing-masing.
9. Pintu pusat pembuangan undi akan ditutup kecuali pintu masuk dan pintu keluar
sahaja.
10. Semua pengundi harus mematuhi arahan pengawas pilihan raya selagi berada di
lokasi pembuangan undi.
11. Semua pihak diminta senyap semasa berada di lokasi pembuangan undi.
12. Para pelajar yang telah membuang undi harus berada 20 meter dari sekitar kawasan
pembuangan undi.
13. Pegawas pilihan raya berhak mengambil tindakan dan membawa keluar mana-mana
individu yang melanggar peraturan.

Anda mungkin juga menyukai