Anda di halaman 1dari 5

Sejarah permainan

Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal merujuk kepada perlumbaan motosikal paling utama
yang setaraf dengan Formula Satu. Ia terbahagi kepada 3 kategori perlumbaan iaitu 125cc,
Moto2 (sebelumnya 250cc) dan kelas MotoGP. MotoGP menggunakan motosikal khas yang
hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan
Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan
di atas jalan raya. Kejohanan Grand Prix Motosikal mula dianjurkan oleh Persekutuan Motosikal
Antarabangsa (FIM) sejak tahun 1949. Sepanjang tradisinya, perlumbaan tersebut terbahagi
kepada beberapa kelas motosikal tertentu seperti 50cc, 80cc, 125cc, 350cc dan 500cc. Kategori
khusus untuk motosikal dengan tempat duduk sisi (sidecar) juga pernah diadakan bagi kategori
350cc dan 500cc. Kini, hanya 3 kategori perlumbaan sahaja diadakan iaitu 125cc (2 lejang),
250cc (2 lejang) dan kelas MotoGP (800cc 4 lejang).

Asalnya, semua kategori di dalam Grand Prix Motosikal kebanyakannya disertai pelumba
motosikal 4 lejang. Bilangan motosikal 2 lejang yang mengambil bahagian bertambah pada
dekad 1960-an dan pada dekad 1970-an, kesemua kategori telah didominasi sepenuhnya oleh
motosikal 2 lejang.

Kelas MotoGP mula menggantikan kelas 500cc 2 lejang pada tahun 2002, asalnya menggunakan
motosikal 4 lejang 990cc kerana secara teorinya enjin motosikal 2 lejang mempunyai kuasa kuda
yang hampir sama dengan motosikal 4 lejang yang mempunyai 2 kali ganda saiz sesaran enjin.
Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi automotif menjadikan motosikal 4 lejang tersebut
jauh lebih berkuasa daripada nilai teori, maka had sesaran enjin bagi kategori MotoGP
diturunkan kepada 800cc bermula musim 2007. Kelas-kelas lain (125cc dan 250cc) juga
berkemungkinan akan digantikan dengan kelas 4 lejang yang lain (400cc dan 600cc) menjelang
tahun 2010.
Seperti juga Formula Satu, motosikal yang digunakan di dalam MotoGP menggunakan bahan-
bahan yang ringan dan mahal seperti titanium dan plastik gentian karbon. Biasanya, teknologi
yang digunakan di dalam MotoGP juga tidak terdapat pada motosikal jalanan biasa termasuklah
teknologi elektronik seperti telemetri, sistem pengurusan enjin dan kawalan pacuan. Brek yang
digunakan juga adalah dari jenis brek cakera karbon yang mempunyai kuasa membrek yang
tinggi.

Teknologi yang digunakan pada motosikal MotoGP menjadikan kos pembangunan bagi sesebuah
motosikal yang mengambil bahagian adalah tinggi, walaupun tidak semahal kereta Formula Satu.
Walau bagaimanapun, kos pembangunan bagi motosikal bagi kategori 125 cc dan 250 cc pula
lebih rendah, misalnya harga bagi sebuah motosikal asas perlumbaan 125 cc adalah sama seperti
harga sebuah kereta kecil.

Selain daripada kos, cabaran utama kepada pasukan yang bertanding adalah untuk memindahkan
kuasa kuda sekuat lebih 240 bhp pada sebuah motosikal MotoGP 800 cc kepada bahagian tayar
sebesar tapak tangan sahaja yang bersentuhan dengan trek. Kereta Formula Satu 2.4 L dengan
kuasa kuda setinggi 750 bhp pula masih mempunyai kawasan sentuhan tayar 10 kali ganda
daripada motosikal MotoGP. Oleh itu, pemilihan tayar dengan cengkaman yang sangat baik
adalah amat penting kepada pasukan, dan faktor tersebutlah yang didakwa oleh Valentino Rossi
sebagai punca kegagalan pasukannya dalam musim tahun 2007.

MotoGP C594 1994 di Cagiva


Gambar motoGP pada tahun 1979 di Bonera
SPESIFIKASI MOTOSIKAL
MotoGP

Motosikal 4 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 800 cc (sebelum ini 990 cc). Motosikal
tertakluk kepada had maksimum muatan tangki bahan api iaitu 21 liter bagi musim tahun 2007.
Pasukan serta pengeluar bebas untuk memilih konfigurasi enjin tersendiri tetapi tertakluk kepada
had berat minimum seperti berikut:-

Had berat minimum - Kelas MotoGP

Bilangan
2004 Min 2007 Min Perbezaan
silinder

2 silinder 135 kg 137 kg 2 kg

3 silinder 135 kg 140.5 kg 5.5 kg

4 silinder 145 kg 148 kg 3 kg

5 silinder 145 kg 155.5 kg 10.5 kg

6 silinder 155 kg 163 kg 8 kg


PERALATAN MOTOGP
Peralatan Motogp juga dikenali sebagai teknologi motosikal pada masa kini. Pelbagai peralatan
canggih telah di lengkapkan pada motosikal untuk mendapatkan hasil yang memuaskan justeru
membantu pelumba untuk memenangi sesuatu perlumbaan.

Antara teknologi motosikal tersebut ialah:

 Klac automatik emparan - Klac yang akan beroperasi secara automatik hasil daripada
daya emparan yang dihasilkan oleh enjin. Sekiranya kelajuan enjin melebihi kelajuan
melahu, daya emparan yang terhasil akan meningkat, menyebabkan pemberat emparan
mencangkuk pada gigi klac emparan dan kuasa dapat dipindahkan ke sistem transmisi.
Teknologi ini digunakan pada motosikal kapcai dan skuter.

 Transmisi manual berjujukan - Sistem transmisi sebegini membolehkan penunggang


menukar gear dengan menggerakkan tuas gear ke atas atau ke bawah tanpa masalah
tersalah gear serta menjimatkan ruang.

 Transmisi automatik CVT - Sistem transmisi yang menggunakan tali sawat, takal boleh
laras serta beberapa biji pengguling pemberat. Pada kelajuan rendah, kurang daya
emparan terhasil, maka takal pertama mempunyai diameter yang kecil dan memberikan
nisbah gear rendah. Apabila kelajuan enjin meningkat, daya emparan pada pengguling
pemberat meningkat, menyebabkanpengguling pemberat tertolak keluar dan menolak plat
takal pertama, menyebabkan diameter takal pertama menjadi besar, memberikan nisbah
gear tinggi.
 Enjin Genesis - Merupakan enjin yang direkabentuk oleh Yamaha bagi membolehkan
tapak roda bagi motosikal berkuasa tinggi keluarannya direndahkan agar pengendalian
menjadi lebih baik. Dalam enjin Genesis, aci engkol serta aci kekotak gear disusun
membentuk segitiga menjadikan enjin lebih padat, berbeza dengan kebanyakan pengeluar
motosikal yang menggunakan susunan tradisional berbentuk lurus.

 Injap kuasa 2 lejang - Injap kuasa berfungsi mengubah saiz rongga ekzos bagi enjin 2
lejang bagi membolehkan kuasa ditingkatkan pada kelajuan enjin tinggi serta
meningkatkan kilasan serta mengurangkan penggunaan minyak pada kelajuan rendah.

 Pam autolube - Pam autolube membolehkan minyak pelincir 2 lejang dicampurkan


bersama petrol dengan tepat. Sebelum pam autolube dicipta, pengguna motosikal 2 lejang
perlu mencampurkan sendiri minyak pelincir 2 lejang di dalam tangki minyak,
menyebabkan campuran pelincir yang kurang tepat. Akibatnya, enjin menjadi kejang jika
kekurangan pelincir serta enjin menghasilkan asap tebal berlebihan serta mengotorkan
palam pencucuh jika berlebihan pelincir.

enjin motosikal

Anda mungkin juga menyukai