Anda di halaman 1dari 24

PRINSIP TEKNOLOGI

PENGAJARAN

KEMAHIRAN BERFIKIR
( TOPIK 8 )

PENSYARAH : ENCIK YAP THIN PENG

PELATIH : NOOR LAILA BINTI SHAMSUDDIN


NOR AFZA BINTI HARUN
RUBAVATHI
Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini kita seharusnya dapat :
1. Menghuraikan konsep dan definisi pemikiran;
2. Menerangkan konsep kemahiran berfikir;
3. Menghuraikan kepentingan belajar kemahiran berfikir;
4. Mengenal pasti perkara-perkara yang boleh
menggalakkan atau menghalang kepada kemahiran
berfikir;
5. Menghuraikan pemikiran kritis dan kreatif; dan
6. Mengaplikasikan alat-alat berfikir didalam kemahiran
berfikir.
8.1 Konsep dan Definisi Pemikiran
• Definisi Berfikir : merujuk kepada aktiviti penggunaan
akal atau minda dalam konteks untuk mengenal, memahami
dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan logikal dan
rasional.
( aktiviti berfikir )

• Aktiviti berfikir membolehkan seseorang membentuk


konsep, pendapat, pandangan, buah fikiran, idea atau ilmu
mengenai sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya.

• Manusia yang berfikir akan berkesudahan dengan


penguasaan ilmu dan tahu apa yang difikirkan.

• Pemikiran : suatu proses menggunakan minda untuk


mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan wajar.
Tafsiran pemikiran daripada beberapa ahli pemikir :

Costa ( 1985 ), pemikiran sebagai proses penerimaan


rangsangan luar oleh minda yang diproses dan digunakan.

Dewey (1933 ), pemikiran sebagai usaha memeriksa dan


menimbang maklumat dengan teliti berdasarkan kriteria tertentu.

Sigel ( 1984 ), pemikiran meliputi aktiviti seperti refleksi


pengkonsepan dan penyelesaian masalah.

Pressiesen ( 1987 ), pemikiran sebagai aktiviti mental di mana


pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penaakulan.

Beyer ( 1992 ), melabelkan berfikir dalam domain kognitif yang


pelbagai aras.
Aras terendah : ingat, simpan.
Aras kedua : memproses, menaakul.
Aras ketiga : kemahiran kritis dan kreatif.
Aras tertinggi : menyelesai masalah dan membuat keputusan.
( Keseluruhan proses dikawal oleh proses Metakognisi. )
( a ) Metakognisi :
~ ( Thinking about thinking ) – merupakan ilmu
pengetahuan dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang
membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang
sedang dijalankan.
~ Merupakan kebolehan mengaplikasikan strategi dan
mengawal dengan betul proses melahirkan idea atau membuat
sesuatu (tetapi bukan buah fikiran atau hasil sebenar berfikir itu)

Proses Metakognisi…
~ melibatkan pengawalan ke atas 3 perkara, iaitu :
- Perancangan ( nyata matlamat, pilih operasi dan atur
operasi )

- Pengkonsepan ( laksanakan – sedar tentang matlamat,


mengenal pasti matlamat yang telah tercapai,
menentukan pergerakan aktiviti / operasi,mengesan
kesilapan / halangan dan tahu cara mengatasinya.)

- Penaksiran ( menilai pencapaian matlamat,mengadili


ketepatan keputusan,menilai kesesuaian prosidur dan
keberkesanan perancangan dan pelaksanaan)
( b ) Domain Kemahiran Berfikir :
~ Dikaitkan dengan kemahiran seseorang menggunakan
otak ( Domain Kognitif ), dan perasaan ( Domain Afektif ).

Domain Kognitif – kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan


menggunakan otak. ( Taksonomi Bloom ~ enam aras )

Domain Afektif – tentang perasaan, emosi, sikap dan sistem


moral.( Lima tahap) – penerimaan, tindak balas, menilai,
menyelaras sistem nilai dan mengamalkan sesuatu nilai.
Edward de Bono (1976) mengaitkan kemahiran
berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa
maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masa
lah, malah berfikir untuk melihat sesuatu ber
dasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan
masalah.
- Mayer (1977) melihat pemikiran sebagai
melibatkan pengelolaan operasi mental
tertentu yang berlaku dalam minda atau
sistem kognitif seseorang yang
bertujuan menyelesaikan masalah.
 “ Pemikiran ialah proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan
seterusnya membuat refleksi dan metakognitif

terhadap proses yang dialami”


Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan kreatif

Kemahiran Berfikir Kemahiran Berfikir


Secara Kritis Secara Kreatif

- Membanding membeza - Menjana dan menghasilkan idea


- Membuat kategori - Mencipta menafora
- Menerangkan bahagian kecil - Mencipta analogi
dan keseluruhan
- Menerangkan sebab
- Menyusun mengikut urutan
- Membuat ramalan
- Mengusul periksa andaian
- Membuat inferens
JENIS-JENIS
KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir terbahagi kepada 2


domain utama, iaitu Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kemahiran Berfikir
Secara Kreatif.
Kemahiran Berfikir Secara Kritis ialah
kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran
sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif pula ialah
Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu
yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan
 Kemahiran membanding membeza
- ialah kemahiran berfikir yang membolehkan kita mencari
pelbagai persamaan dan perbezaan antara 2 objek, peristiwa,
institusi dan idea berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Cth:- banding beza 2 tokoh yang terkenal, iaitu Tun Abdul


Razak dan Tengku Abdul Rahman.

• Membuat kategori/klasifikasi
- ialah kemahiran berfikir yang membolehkan mengelompok
maklumat atau objek ke dalam kumpulan tertentu mengikut
ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan.

Cth:- mengkateorikan sayur-sayuran, buku-buku dll.


 Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
- ialah keupayaan melihat dan memahami perhubungan,
perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian-bahagian
kecil dengan keseluruhan sesuatu objek, perkara atau institusi
dengan lebih jelas.

Cth:- kepala kita, untuk melengkapkan cirinya kepala


mempunyai beberapa bahagian kecil iaitu mata, telinga,
hidung,mulut dsbnya. Setiap bahagian ini mempunyai
peranan masing-masing dan mempunyai hubungan antara
satu sama lain.
 Menerangkan sebab
- merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mengkaji
dan menjelaskan sebab-sebab sesuatu kejadian atau peristiwa
itu berlaku berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.

Cth:- menerangkan sebab mengapa berlakunya keracunan


makanan, peningkatan kadar kemalangan jalan raya
terutama musim perayaan dan sbgnya.

• Menyusun mengikut urutan


- ialah keupayaan seseorang mengatur benda atau perkara
mengikut susunan atau urutan tertentu.

Cth:- menyusun fail-fail di pejabat, buku-buku di perpustakaan


dll.
 Membuat ramalan
- merupakan kemampuan menggunakan minda untuk membuat
jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan
berlaku di masa akan datang berdasarkan bukti atau
maklumat tertentu.
Cth:- kekerapan sesuatu perkara itu berlaku akibat daripada
sesuatu kejadian atau peristiwa.
• Mengusul periksa andaian
- berkeupayaan menggunakan minda untuk menyiasat dan
memeriksa sama ada andaian yang dibuat itu benar atau tidak
berdasarkan bukti dan alasan yang sah.
Cth:- murid membuat analisis,dan
andaian,mengaplikasikannya dalam pembelajaran.
 Membuat inferens
- ialah kemampuan menggunakan minda untuk membuat
kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, petanda dan pola-
pola tertentu.
Cth:- membuat tanggapan / persepsi
 Menjana dan menghasilkan idea

- adalah bertujuan untuk mencipta sesuatu yang baru dan


kreatif, sama ada idea, objek, cerita dll.

Cth:- pelbagaikan penggunaan meja menggunakan


teknik Osborn.
Apabila ditambah roda, meja boleh bergerak membawa
pesakit dan makanan(troli). Apabila meja diterbalikkan,
ia boleh menjadi tempat letak barang.
 Mencipta Analogi
- ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu
konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep lain,
yang mempunyai ciri yang serupa.

Cth:- kita bandingkan sebatang pokok dengan sebuah keluarga.


Pokok perlu disiram air, dibaja dan dicantas supaya subur
dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan keluarga,
perlu diberi kasih sayang, makanan, pakaian dan
perhatian supaya bahagia. Analogi ialah keluarga yang
bahagia adalah seperti pokok yang sihat.

- orang itu garang macam singa


- tinggi macam zirafah dll.
 Mencipta Metafora

- ialah bahasa figuratif yang dicipta untuk menyatakan makna


sesuatu perkara dengan menggunakan kata lain. Fungsinya,
adalah untuk menjadi imej kepada sajak, puisi, kata-kata
falsafah, kata semangat, dalam penyiasatan, dalam karangan
atau hasil penulisan.

Cth:- 1. Anologi : Orang itu garang macam singa


Metafora : Singa itu sudah datang.

2. Anologi : Hisham tinggi macam zirafah.


Metafora : Si Zirafah itu sudah datang.
8.6 Alat-alat Berfikir di dalam kemahiran berfikir.
Alat-alat berfikir adalah :
~ Peta minda
~ Pengurusan grafik
~ Cort l
~ Soalan dan penyoalan.
Kemahiran Berfikir

Berfikir secara kritis : Berfikir secara kreatif :

- Pengurusan grafik - Peta minda

- Soalan dan penyoalan - Soalan dan penyoalan

- Cort l - Cort l