Anda di halaman 1dari 5

8 hb Januari 2010 23 Muharram 1431H

"Jika tidak menyusahkan ke


atas umatku, aku ingin
ISLAM memberikan sanjungan menyuruh mereka
tinggi terhadap kebersihan, malah melambatkan solat Isyak dan
diangkat di kedudukan istimewa bersugi (menggosok) gigi setiap
sehingga Nabi Muhammad s.a.w kali mereka hendak melakukan
pernah menegaskan sebagai solat." (Hadis riwayat Muslim)
sebahagian daripada
iman.Kebersihan dilihat melalui Membersihkan mulut dan
ibadat rutin harian seorang muslim gigi atau bersugi, dalam bahasa
yang bertitik tolak daripada amalan Arabnya disebut siwak,
menyucikan diri melalui wuduk, sangatlah dianjurkan Islam,
kebersihan pakaian dan tempat bahkan baginda menyatakan:
ibadat.
"Bersiwak itu menyucikan
Nabi s.a.w menunjukkan mulut, diredai Tuhan dan
isyarat penjagaan kebersihan dibenci syaitan."
merangkumi semua bidang,
bermula dari tubuh badan baik
rohani atau jasmani, sehingga Siwak merujuk kepada
pakaian, kediaman dan dua pengertian iaitu perbuatan
persekitaran, harus dipastikan menggosok gigi dan
bersih. Anggota luaran lebih-lebih membersihkan mulut serta alat
lagi perlu diberikan perhatian dan atau kayu yang digunakan untuk
dandanan kerana ia membentuk menggosok gigi, dipanggil kayu
personaliti diri seseorang selain siwak. Nabi s.a.w sendiri
mengelak penyakit. dilaporkan membersihkan gigi,
paling kurang dua kali sehari.
Saidatina Aishah r.a berkata yang Imam Bukhari meriwayatkan
bermaksud: "Sepuluh perkara daripada Abdullah bin Omar:
dikira sebagai fitrah (sunnah);
memotong misai, memelihara "Nabi bersiwak (menggosok
janggut, bersugi, memasukkan air gigi) pada permulaan siang
ke hidung, memotong kuku, dan akhirnya."
membasuh sendi-sendi, mencabut
bulu ketiak, mencukur bulu ari- Namun, kebiasaannya
ari, bersuci dengan air Nabi s.a.w menggosok gigi
(beristinja)." (Hadis riwayat berulang kali setiap hari.
Muslim) Sehubungan dengan ini, Amir
bin Rabiah melaporkan:
Antara yang diberikan
penekanan ialah kebersihan mulut "Aku melihat nabi menggosok
dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w gigi (berulang-ulang kali)
ada menyatakan dalam sabda sehingga aku tidak mampu
bermaksud: menghitung jumlahnya ketika
baginda berpuasa." (Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).
daripada pohon arak mempunyai
Ulama terkenal Arab Saudi, kelebihan secara semula jadi.
Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Penyelidikan Dr Otaybi dari
Imam Nawawi dilaporkan ada Arab Saudi membuka era baru
menyatakan ulama bersependapat terhadap kajian kayu terbabit,
penggunaan siwak adalah satu apabila menemui kesan sangat
sunnah. Menurutnya, satu lagi positif terhadap sistem
daripada bukti yang menunjukkan kekebalan badan. Malah,
pentingnya amalan itu apabila penyelidik lain mendapati ia
sesetengah ulama salaf (silam) mempunyai kesan baik bagi
seperti Ishaq ibn Rahawayh, kesihatan terutama dalam proses
berpendapat ia kewajipan. antiketagihan perokok, sama ada
untuk tujuan penyembuhan atau
Siwak menurut kesepakatan pencegahan, selain bahan
ulama yang paling baik dengan antiseptik, astringen, pencuci
ranting pokok ‘arak,(bukan arak dan dan fluorida (bahan
alcohol- Cuma berbeza dari segi penghalang kerosakan dan
huruf iaitu ‘ain bagi ‘arak dan alif kereputan gigi).
bagi arak. ‘Arak merupakan satu
tumbuhan yang batangnya wangi Amalan membersihkan
seperti akyu miswak) kerana mulut dan gigi menurut ulama
baunya harum, malah seratnya sangat dituntut. Waktu yang
sangat berkesan membersihkan sisa digalakkan melakukan siwak,
makanan di celah gigi. Jika ranting iaitu:
pokok arak tidak diperoleh,
tangkai daun pokok palma atau 1. Ketika mahu berwuduk
ranting pokok zaitun boleh dan mengerjakan solat.
digunakan. Jika bahan itu tidak 2. Apabila memasuki rumah
diperoleh, mana-mana bentuk kayu dan bersama keluarga.
yang baik untuk membersihkan dan Aishah ketika ditanya
tidak mencederakan gigi boleh tindakan pertama
digunakan untuk membersihkan dilakukan Nabi s.a.w
mulut. Ini termasuklah penggunaan apabila tiba di rumah,
berus gigi moden. beliau berkata: "Apabila
baginda memasuki
Pembersihan gigi dan mulut rumah, perkara pertama
menggunakan kayu atau ranting yang baginda lakukan
dari pohon arak (salvadora persica) ialah siwak." (Hadis
berlaku sejak berkurun yang lalu, riwayat Muslim)
kerana ia kaya dengan serat dan
khasiat bagi kesihatan mulut dan 3. Apabila bangun dari
gigi. Justeru itu, Pertubuhan tidur. Huzaifah ibn Al-
Kesihatan Dunia (WHO) Yaman r.a menyatakan
dilaporkan mempromosikannya apabila Nabi s.a.w
bagi kegunaan pembersihan bangun pada waktu
mulut.Kajian mendapati kayu sugi malam, baginda
membersihkan mulut
dengan siwak secara Di kalangan ulama juga
sempurna. (Hadis riwayat ada perbezaan pendapat
Al-Bukhari) mengenai penggunaan
tangan untuk bersiwak. Satu
4. Apabila bau mulut pendapat, iaitu majoriti
seseorang berubah, sama ulama berpendapat lebih baik
ada disebabkan makan melakukannya dengan
makanan yang berbau atau tangan kanan.
tidak makan dan minum
dalam tempoh yang lama. Ini sesuai dengan hadis
Aisyah r.a yang menyatakan:
5. Ketika ke masjid.
Penggunaan siwak "Nabi s.a.w gemar
sebahagian daripada memulakan dengan yang
dandanan yang sangat kanan apabila memakai
digalakkan bagi muslim kasut, turun (dari untanya),
pada setiap kali mendirikan apabila membersihkan diri
solat. Ini sesuai dengan dan dalam semua perkara."
firman Allah dalam ayat 31,
dari surah Al-A'raf, Mereka juga menyatakan
maksudnya: siwak adalah satu perkara
daripada ibadat yang
"Wahai anak-anak Adam! mendekatkan seseorang
Pakailah pakaian kamu terhadap Allah, jadi tidak
yang indah berhias pada sepatutnya dilakukan dengan
tiap-tiap kali kamu ke tangan kiri.
tempat ibadat
(sembahyang)." Ulama lain berpendapat
ia baik dilakukan dengan
6. Apabila membaca al-Quran tangan kiri. Pendapat ini
dan mengikuti majlis dikatakan daripada mazhab
tertentu khususnya majlis Imam Ahmad. Sesetengah
mengingati Allah. ulama berpendapat, apabila
seseorang menggunakan
siwak dengan niat mengikuti
sunnah, dia sepatutnya
Ulama bersependapat tiada melakukan dengan tangan
salahnya menggunakan siwak kanan dan jika untuk
pada siang hari apabila menghilangkan kekotoran,
seseorang itu berpuasa, cuma sepatutnya dengan tangan
mereka berbeza pada waktu kiri.Berdasarkan isyarat
tengah hari, dengan daripada al-Quran dan
sesetengahnya mengatakan penegasan Nabi s.a.w,
makruh. ditambah dengan
perbincangan ulama dan
kajian pakar perubatan jelas
menunjukkan persoalan ini
bukan lagi sesuatu yang boleh
dipandang ringan.

Sudut Ad-Din, Harian Metro

Anda mungkin juga menyukai