Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN UNTUK MENULIS LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan Tindakan berfokus kepada masalah dan tindakan yang khas dialami oleh
sesorang guru di situasi sosialnya (sekolah/kelas) yang tersendiri. Justeru itu, laporan
kajian anda harus menghuraikan keadaan-keadaan yang dialami oleh anda semasa anda
menjalankan kajian tersebut. Tiada format tetap dalam penulisan laporan penyelidikan
tindakan. Namun anda boleh gunakan perkara-perkara berikut sebagai garis panduan:

 Boleh gunakan format `cerita’ untuk melaporkan apa yang dilaksanakan.


 Gunakan kata-kata ganti nama seperti `Saya ...’ atau `Kami ...’ untuk
menghuraikan apa yang anda laksanakan, apa yang anda fikirkan dan lain-lain.
Penggunaan kata-kata ganti nama seperti ini membayangkan pengalaman atau
`cerita’ anda yang tersendiri.
 Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Sasaran laporan anda adalah untuk
bacaan atau rujukan guru-guru atau penyelidik-penyelidik lain.
 Anda boleh ceritakan mengikut tajuk-tajuk kecil atau ceritakan seperti penulisan
diari. Pastikan perkara-perkara berikut dirangkumi dalam penulisan `cerita’ anda:

1. Tajuk kajian – berikan satu tajuk yang sesuai dengan fokus kajian anda.
2. Nama pengkaji – nyatakan nama pengkaji dan tempat bertugas.
3. Pengenalan / latar belakang kajian – ceritakan konteks atau keadaan di
mana wujudnya masalah yang anda telah kaji.
4. Mengenal pasti masalah/ fokus kajian – ceritakan masalah yang anda
kajikan serta nyatakan soalan-soalan kajian yang berkaitan.
5. Tindakan – huraikan apakah tindakan yang anda telah laksanakan
termasuk tempoh dilaksanakan dan sebarang perubahsuaian.
6. Cara mengutip data – huraikan cara-cara anda gunakan untuk mengutip
maklumat atau data yang dapat menjawab soalan kajian anda.
7. Cara menganalisis data – huraikan cara anda analisis data yang dikutip.
Sekiranya perlu anda boleh paparkan jadual atau rajah untuk membantu

Actionresearch/kklam/report 1
huraian anda terutamanya yang melibatkan data kuantitatif. Bagi data
kualitatif, anda boleh memetik kata-kata atau penulisan murid untuk
membantu huraian anda. Dalam bahagian ini, anda juga ceritakan dapatan-
dapatan kajian anda.
8. Interpretasi data - Ceritakan pandangan anda terhadap dapatan kajian.
Berikan penjelasan atau sebab-sebab yang mungkin dan munasabah
mengenai dapatan yang diperolehi. Tafsiran ini adalah berkaitan dengan
pengalaman and situasi kelas/sekolah anda.
9. Refleksi and membuat kesimpulan – huraikan apa yang disedari atau
dipelajari dari kajian anda. Nyatakan sama ada tindakan berjaya atau tidak
dan sebab-sebabnya. Huraikan perkara-perkara yang timbul yang tidak
dijangkai dan boleh merupakan fokus kajian yang seterusnya. Anda boleh
mengemukakan hipotesis atau cadangan tentatif mengenai sesuatu perkara
yang didapati dalam kajian ini untuk dijadikan fokus kajian seterusnya.
10. Rujukan – sertakan sebarang rujukan, jika ada.

Since action research looks at a situation from the viewpoint of


the participants’ point of view, it [the report] will describe and
explain “what is going on” in that same language as they used,
namely, the common sense language people use to describe and
explain human actions and social situations in everyday life. (p.
356)

Actionresearch/kklam/report 2

Anda mungkin juga menyukai