Anda di halaman 1dari 10

Sumbangan Islam Dalam Bidang

Astronomi.
Pengenalan

Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang -
"law of the stars". Astonomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang.
Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian /
pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera
bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains.
Sejarah pertumbuhan ilmu astronomi ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.
Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada
ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi.
Ilmu falak atau astronomi mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan
Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta
fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya
Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif
keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain
seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.
SEJARAH
Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari
menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa
Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi"
yang diberi nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa
Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri
daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-
Tusi dan Umar al-Khayyam.

Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya


Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan,
Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain.
Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah
kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya


termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur,


ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi.
iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di
galaksi.
Nama Tokoh Islam dalam Bidang Astronomi
1.Al-Battani
Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang
digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi
satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

"AL-BATTANI(858-929)"

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-
Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di
Battan, Harran, Turki.
Beliau ialah seorang ahli astronomi dan matematik yang diiktiraf di Timur Tengah pada
masa itu. Beliau telah mula mempelajari bidang ini daripada bapanya Jabir Ibn Sinan al-
Battani yang juga seorang ahli sains.
Al-Battani telah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit
dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit
sejak zaman Ptolemy. Beliau juga dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.
Manakala dalam bidang matematik beliau telah memperkenalkan peng-gunaan
trigonometri. Beliau juga telah menulis buku astronomi dan trigonometri yang telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin bertajuk “De Scienta Stellarum – De Numeris
Stellarumet motibus”.
Terdapat banyak lagi buku yang telah menjadi bahan rujukan dalam bidang astronomi
dan trigonometri.
2. Al-Khawarizmi
Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang
astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan
kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.

"AL-KHAWARIZMI(780-850)"

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih
dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut
Aral, Uzbekistan. Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli
Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak
yang agung. Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan
memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai
pandangan Ptolemy. Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah
diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi,
mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari. Selain bidang
falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah
merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan
tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri. Diantara karangan Al-
Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-
Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah
(matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).
3. Al-Sufi

TOKOH SARJANA FALAK


"AL-SUFI(903-986M)"

Nama sebenar Al-Sufi ialah Abd Rahman ibnu Abu Al- Hussin Al Sufi.Beliau
dikenali dengan nama Azophi di dunia barat. Beliau berbangsa Parsi dan berasal dari
Isfahan, Iran. Beliau bekerja sebagai penterjemah di Mahkamah Emir Adud Addaula di
Isfahan, Iran.Beliau amat berminatdalam bidang astronomi sehingga menterjemahkan
karya tokoh astronomiterkenal Greek, Ptolemy bukunya yang amat terkenal iaitu
Almagest. Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As-
Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang.As-Sufi
mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi
bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya.
Al-Sufi menulis dalam bahasa Arab walau dia sendiri berbahasa Parsi. Beliau
menghitung tahun matahari dengan tepat. As-Sufi juga adalah saintis pertama yang
menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya. Beliau telah
mengenalpasti galaksi Andromeda M31. Beliau juga berjaya menyenaraikan dan
menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab. Al-Sufi dikagumi, disegani dan
dihargai bukan sahaja oleh umat Islam malah Barat juga banyak merujuk kepada tulisan-
tulisan beliau. Salah sebuah kawah di bulan yang berdiameter 47 km dan kedalamannya
3.7m telah dinamai sempena dengan nama beliau (Azophi Crater)
4. Al-Kindi

TOKOH SARJANA FALAK


"AL-KINDI(800-873)"

Nama sebenar beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali
dengan nama al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufa, Iraq. Beliau telah berjasa
mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al-Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-
Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau pernah bertugas bersama-sama Al-
Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-Mu’tasim. Al-Kindi juga
disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi. Diantara
hasil kerja beliau ialah kajian tentang optik, gelombang, mono- graf pasang-surut,
peralatan astronomi, ruang dan waktu dan kaedah penghitungan untuk bulatan. Al-Kindi
juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah mengulas dan menerangkan
tentang manuskrip pernomboran India, kesepaduan angka, garis dan pendaraban nombor,
quantiti bandingan, kira-kira perkadaran dan masa, kaedah-kaedah pengangkaan dan
pembatalan dalam satu ungkapan persamaan dan teori keselarian. Al-Kindi telah menulis
16 buah buku berkenaan falak, fizik 12 buah, arithmatik 11 buah dan geometri 32 buah.
Diantara tajuk buku-buku beliau ialah Tanjim Ikhtiya-rat al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-
Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.
Al-Idrisi

TOKOH SARJANA FALAK


"AL-IDRISI(1099-1166)"

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammed Ibnu As-Syarif Al-Idrisi.
Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Idrisi, sempena nama bapanya. Al-idrisi
dilahirkan pada tahun 1099 masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun
1166 masihi. Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400
paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan
perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-
ganang. Beliau juga mencatatkan jarak dan ketinggian sesuatu tempat dengan tepat.
Tokoh Geografi kurun ke-12 ini kemudiannya menghasilkan buku Nuzhah al Musytaq fi
Ishtiraq al Afaq (Kenikmatan pada Keinginan Untuk Menjelajah Iklim) atau Roger's
Book iaitu sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan informasi tentang
negara Eropah, Afrika dan Asia. Mencatatkan perihal masyarakat, budaya, kerajaan dan
cuaca negara-negara yang terdapat di dalam petanya.Beliau turut menggunakan semula
garisan lintang dan garisan bujur yang diperkenalkan sebelumnya dalam peta yang
dihasilkan. Beberapa abad lamanya, Eropah menggunakan peta Al Idrisi dan turut
menggunakan hasil kerja ilmuwan ini ialah Christopher Columbus.
6. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus
Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu
berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang
bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh
perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46
minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana
matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi
menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi
Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810
Masihi).Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran
bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan
dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga
hari ini.

7. Nasiruddin al-Tusi
Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau
berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu
Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani"
yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau
termasyhur di seluruh Asia dan China.

8. Ibn al-Zarqiyali
Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah
kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan
matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam
pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang
dengan pesat.

9. Al Bategnius
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun
(Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti
mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan
lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti
dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama
menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan
lambang dan trigonometri ke barat.
bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang
cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-
jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara
membuatnya. Karangan– karangan beliau yang lain ialah “Zaiju al Ralqani" , “Syarah
Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “ Kitab Ta’ dil Kawakib" , “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al
Buruj fima Baina Arba’i al Falak"dan beberapa rencana di bidang geografi. Beliau
merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana mampu
menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga
digelar Batlimous Arab.