Anda di halaman 1dari 2

GURUKU, CAHAYA HIDUPKU

Namaku ialah Amir Asyraf. Aku seorang murid darjah lima. Aku adalah anak tunggal

dan tinggal bersama ibuku. Ayahku sudah lama meninggal dunia. Setiap hari aku pergi

ke sekolah dengan hati yang riang kerana ibuku memberi wang saku sebanyak RM5.00

sehari. Aku riang ke sekolah bukan kerana boleh belajar, sebaliknya kerana aku

gembira bertemu dengan kawan-kawan di sekolah.

Aku sebenarnya tidak berminat untuk belajar, tetapi lebih suka mengisi masa

lapang dengan menonton televisyen, bermain bola da menonton video. Aku

beranggapan pelajaran itu bukanlah sesuatu yang sukar. Jika aku tidak masuk ke kelas,

aku boleh membaca buku teks sahaja. Kerana itu aku sering ponteng kelas. Walaupun

aku sudah dinasihati oleh guru, teapi aku masih berdegil.

Jika markah ujianku tidak cemerlang, aku memberikan alasan kepada ibu wang

sakuku tidak mencukupi untuk membeli peralatan belajar. Guruku Puan Suhana selalu

1
menasihatiku kerana pada tahun ini aku akan menduduki peperiksaan UPSR, namun

bagiku nasihat itu tidak penting sama sekali.

Suatu hari, ketika di sekolah aku mendapat berita ibuku terlibat dalam

kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Aku sudah tiada sesiapa di dunia ini

kerana ibuku juga sebatang kara. Aku merasa dunia ini sudah tiada maknanya.

Cikgu Suhana sangat kasihankan aku lantas mengambilku sebagai anak

angkatnya. Aku tinggal dengan Cikgu Suhana yang mempunyai dua orang anak itu.

Sejak hari itu, aku belajar bersungguh-sungguh untuk menghargai jasa Cikgu Suhana.

Akhirnya, aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Aku merasa dunia

ini kembali bercahaya. Dalam hatiku, tidak putus-putus perasaan terima kasihku kepada

Cikgu Suhana.

245 patah perkataan.

Anda mungkin juga menyukai