Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan


Melayu’. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan
pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah
memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.. Dalam subjek Bahasa Melayu, setiap tingkatan
diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan 3,
mereka sudah membawa 6 buah buku.

Karya sastera yang dipillih sebagai teks merupakan hasil nukilan oleh novelis Malaysia
dan tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat ,
panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan
SPM.

Pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama, puisi moden dan puisi tradisioal
prosa tradisional dan puisi tradisional diperkenalkan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu
Tingkatan satu hingga lima di sekolah. KOMSAS dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera
di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan
terutama sekali pelajar aliran sains. Walau bagaimanapun dengan membaca bahan sastera dapat
membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.

KOMSAS adalah merupakan satu medium untuk membentuk dan memantapkan aspek
emosi dan rohani, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melaluinya diharapkan
emosi para pelajar dapat dibentuk dengan jayanya melalui penghayatan bahan-bahan sastera
yang ditetapkan.

Justeru itu konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS telah berlaku iaitu dari segi
ilmu pengajaran KOMSAS yang menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Selain
itu berlaku juga penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran melalui bahan-bahan kesusasteraan
seperti cerpen , sajak, novel dan sebagainya yang digunakan dalam pengajaran.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 1


KONSEP BERSEPADU DALAM PENDIDIKAN KOMSAS

Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling
berkaitan. Pertama ialah aspek ilmu iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu
kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Ini bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu, murid-murid
akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan
sebagainya.
Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa
Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan
sebagai bahan pengajaran.

KOMSAS DALAM P & P BAHASA MELAYU

KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Melayu secara formal mulai bulan Mac 2001.
Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, novel
dan drama. Kesemua bahan satera tersebut diselitkan dalam kemahiran berbahasa yang meliputi
bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Ini bermakna pengajaran KOMSAS dalam P&P
Bahasa Melayu akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran
bahasa. Dua impak tersebut ialah menjadikan P&P Bahasa Melayu lebih menarik dan pada masa
yang sama, memberikan kesan emosi yang akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan
mempelajari kesusasteraan. KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan
melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

LATAR BELAKANG TEKS KOMSAS

Teks KOMSAS yang dipilih bertajuk Tukang Lama.


Cerpen ini ditulis oleh Hasan Ali dan digunakan sebagai bahan pengajaran bagi pelajar tingkatan
satu mulai tahun 2010.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 2


CERPEN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DALAM BAHASA MELAYU

Cerpen Bertajuk ‘Tukang Lama’ Sebagai Bahan Pengajaran bagi tingkatan 1.

Sinopsis:

Rezeki Pak Talib sebagai tukang rumah semakin berkurang sejak Manas, tukang muda yang baru
keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu.Pak Talib dipanggil hanya untuk
membetulkan dinding reban ayam atau membuat pintu pagar. Orang kampung sekarang tidak
menyukai rumah berkelepak dua seganda, cara rumah Pak Talib masih lama dan memakai
“tunjuk angin” yang ukurannya rata-rata menurut ekor mata. Namun demikian, Pak Talib tidak
memusuhi Manas sekalipun Pak Talib terasa kehilangan tempat pergantungannya. Cuma, leteran
isterinya, Mak Lamah semakin panjang menyalahkan Pak Talib atas kesempitan hidup mereka.
Akan tetapi, telinganya telah majal. Leteran itu dianggap seperti asam garam olehnya. Tiap-tiap
pagi, Mak Limah akan mengucapkan “selamat pagi” (gaya bahasa: bahasa sindiris) sambil
mengibas-ngibas habuk tahi bubuk yang bertaburan di atas lantai .Manakala Pak Talib hanya
merenungi butir-butir najis binatang yang melambung-lambung kerana serangan Mak Limah.
Sementara anak dara mereka,Si Timah yang baru berhenti sekolah diam-diam menyudahkan
kerjanya di dapur, tanpa menyokong atau membangkang sesiapa kerana dia sudah mangli dengan
leteran itu yang menjadi “hobi” ibunya sejak dia kecil lagi. Akan tetapi, leteran itu belum pernah
mencetuskan “peperangan” antara kedua-dua ibu bapanya. Dalam pergelutan itu, Pak Talib terus
menunaikan kewajipannya, dia mengasah ketam, ketukan mata ketam ada rentak irama yang
seolah-olah mengiringi suara leteran Mak Limah. (Gaya bahasa:personifikasi). Sudah lama dia
tidak bekerja, ertinya tidak ada wang masuk (metafora) saki-baki wang simpanannya habis
digunakan untuk kelangsungan hidup mereka, Mak Limah selalu tertanya-tanya,”Sekarang
semua sudah habis,apa lagi yang nak dijual?”, Pak Talib hanya senyum mengatakan “emak bapa
boleh mati, tapi kira-kira(hutang:simbolik)tidak akan mati”, iaitu berhutang. Kalau tidak
bekerja berpanjangan, hutang akan berlonggok. Budak-budak nakal pernah mengejek mereka
semasa Si Timah masih kecil, dia akan mengejar budak-budak nakal itu dengan kayu api, tetapi
sebentar sahaja dia sudah terhunggap-hungap. Kini, nyanyian ini tidak lagi kedengaran kerana
Timah sudah menjadi orang pingitan. Suatu hari, Pak Talib menggilap perkakas tukangnya pada
subuh pagi kerana menyiapkan reban ayam, Mak Lamah tidak lekang menyindir suaminya
Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 3
menjadi tukang reban. Pak Talib selepas menoleh ke arah isterinya terus memecut basikalnya
dalam kesejukan hawa pagi itu. Dia mengenangkan umurnya yang sudah hampir setengah abad
tetapi masih mengias untuk memenuhi hidupnya. Sungguhpun rezekinya agak mewah selepas
perang dunia kedua tetapi sebelum dia sempat menimbunkan harta, tiba-tiba musim turun
datang.( metafora). Pak Talib pernah mencuri-curi memandang tukang muda itu, perkakasannya
berpeti-peti cara bekerjanya banyak memakai pensel, lagi mengkagumkan ialah penyediaan
alatan rumah itu secukupnya terlebih dahulu dan beberapa hari sahaja rumah telah siap dibina.
Sedangkan dia sendiri menggunakan masa tidak kurang daripada setengah tahun. (ironi ) Dia
pula tukang dahulu yang mengikut tukang tua sahaja tanpa belajar di sekolah. Setiap kali semasa
Mak lamah meleterkan kelebihan budak Manas ini, dia akan memadamkan leteran itu kerana
tidak menyukai Mak Timah menjadikan perkara orang lain sebagai bahan leteran (Nilai:hemah
tinggi dari bicara). Untuk memadamkan leteran itu, dia menyindirkan diri patut mengisi muzium.
Dia memujuk Mak Lamah jangan khuatirlah sangat, “biar bagaimana pun tak kan rezeki kita di
dunia ini sudah habis, sedangkan ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada.” Berkali-kali Mak
Lamah menyeru suaminya berubah fesyen tukangnya dan jangan berniat lekas-lekas nak masuk
muzium. Mak Lamah melenting sambil menangis. Kenangan Pal Talib dilayani sehingga sampai
di rumah Encik Mamat. Encik Mamat menyusuli kedatangan dan mengiringinya ke reban ayam,
menurutnya, ayam itu sudah bermalam-malaman kesejukan. Pak Talib mengasihan ayam itu lalu
berkata seperti orang pingitan(simile)”Katakan orang ayam bangsa makanannya gandum, tidur
berkelambu. “Encik Mamat gelak-gelak terdengar dan mengejek Pak Talib membuat reban
kampung. Pak Talib seperti orang melatah dan terpegun kerana tidak menyenangkan
telinganya…hatinya diketuk paku di dinding”Rupa-rupanya aku telah jatuh benar.” Ketika
sepenampang dinding telah siap, dia berbisik mengejek dirinya ayam kampong (metafora),
tetapi dia tidak putus asa, dia mesti berusaha. Sambil bertukang sambil membicarakan gambaran
yang datang. Hampir petang, kerjanya baru siap. Dia membenamkan benda yang diberi Encik
Mamat ke dalam sakunya. Dalam perjalanan, dia mengira wang yang diterima… upah hanya
sepuluh ringgit dengan menggunakan 4 hari untuk menyiapkan kerja. Dia mulai risau akan
sumpahan isterinya kerana barang-barang yang diperlukan tidak dibeli. Setiba di rumah, apa
yang berlaku senyap-senyap sahaja, baru saja dia menjejaki anak tangga pertama, kedengaran
tapak kaki menyapu lantai. Pak Talib tunduk seperti membilang anak tangga(simile). Dia
mengecutkan hatinya agar mudah menerpa leteran yang diberi. Tiba-tiba,Mak Lamah tidak lagi

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 4


berleter dan bersuara lembut kepada Pak Talib. Pak Talib mendongak dan tersengih kedengaran
suara yang begitu merdu. Dia berasa hairan dengan layanan isterinya yang lain daripada biasa.
“mungkin taktik baru” suara hatinya(monolog dalaman). Semasa makan malam, Si Timah
merebahkan badannya, tetapi aneh, tiada kedengaran “selamat malam”. Pak Talib tersentak
apabila isterinya merapatinya. Mak Lamah berbisik dengannya, rupa-rupanya, Si Timah anak
gadis mereka telah dirisik oleh Manas..Pak Talib ternganga, hati Pak Talib berasa ketenteraman
kerana perubahan sikap isterinya.

Kisah yang terkandung di dalam cerpen ini boleh digunakan bagi mendidik pelajar terutamanya
pelajar di tingkatan 1 tentang nilai-nilai murni iaitu seperti kepentingan ilmu, sifat saling
menghormati, keperitan hidup dan sebagainya. Unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang cuba
diserapkan dalam teks tersebut memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti
yang mulia, jati diri, bertanggungjawab, dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan dan citra
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara. Hal seumpama itu pernah dijelaskan oleh para sarjana tempatan dan luar negara.

Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam


pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan
perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-
kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.
Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria
rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan
huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi
masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang
dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk
membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan
bersikap toleransi melalui pengajaran yang dapat diambil menerusi perwatakan Pak Talib
dan Mak Lamah. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan
pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan
keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 5


Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu
pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Tukang Lama menyedarkan mereka tentang
kepentingan menghormati perasaan orang lain terutamanya hati seorang suami, mereka
juga sedar bahawa leteran tidak menyelesaikan masalah, malah mereka mula insaf akan
keperitan hidup jika tiada ilmu pengetahuan seperti nasib yang menimpa Pak Talib.

Selain itu, banyak aspek sistem bahasa seperti tatabahasa, peribahasa, sintaksis dan kemahiran
asas Bahasa Melayu yang dapat diajarkan menggunakan cerpen yang dipilih. Sebagai contoh
aspek tatabahasa tersebut ialah seperti kosa kata, imbuhan, cakap ajuk dan cakap pindah, kata
nama dan sebagainya. Manakala aspek kemahiran asas Bahasa Melayu juga boleh diajarkan
seperti aspek kemahiran menulis, mendengar, bertutur dan membaca. Malahan unsur keindahan
bahasa atau seni bahasa seperti diksi, ayat, perlambanganm simile, metafora, personifikasi,
paradoks dan sebagainya turut diselitkan seperti yang dinyatakan dalam sinopsis di atas.

Berikut akan di huraikan tentang aspek tatabahasa dan kemahiran asas Bahasa Melayu yang
penulis fikirkan sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan cerpen Tukang Lama ini.

ASPEK SISTEM BAHASA DAN SENI BAHASA

Cerpen ini mempunyai aspek sistem bahasa yang terdiri daripada tatabahasa, sistem
ejaan, sebutan serta intonasi dan kosa kata serta peribahasa. Tatabahasa terbahagi kepada dua
bidang yang besar iaitu morfologi dan sintaksis. Aspek morfologi meliputi perkara-perkara
seperti jenis-jenis kata, pembentukan kata dan penggolongan kata. Contoh kata ganda yang
terdapat dalam cerpen ialah kadang-kadang, butir-butir, kata-kata dan sebagainya. Imbuhan yang
terdapat dalam cerpen ialah menukangi, merenungi, menganggap, memahami dan sebagainya.
Contoh kata kerja pula ialah mengayuh, menjual, membayar, mengais dan sebagainya.
Dari aspek sintaksis yang terdiri daripada struktur ayat, pembentukan kata, struktur ayat
dan jenis-jenis ayat boleh diketengahkan kepada para pelajar dalam novel ini. Contoh ayat pasif
ialah “Alat perkakas tukangnya sudah digilap.” (Halaman 97). Ayat majmuk iaitu “Sambil
berckap-cakap itu, dia mengibas-ngibas habuk tahi bubuk yang bertaburan di atas lantai.”
(Halaman 94). Ayat tunggal pula contohnya “Sudah lama Pak Talib Tukang tidak bekerja.”

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 6


(halaman 96). Contoh ayat tanya iaitu “Berapa ratus ekor ayamnya?’’. (Halaman 97). Bagi ayat
seru pula ialah “Ah,… bersusah-susah sangat Pak Tukang menolong saya ini!” Encik Mamat
bercakap-cakap…. (Halaman 99). Contoh ayat penyata ialah Sejak Manas pulang, rezeki Pak
Talib tukang telah mula berkurangan. (Halaman 94).

Berdasarkan teks tersebut kosa kata seperti berikut dapat didedahkan kepada para pelajar.
Mereka diarahkan untuk membina ayat untuk menunjukkan maksudnya.

majal 1. tidak tajam (pisau, pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg membuat
tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran, akal): otaknya
beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan.
mengibaskan, menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai:
mengibas- seekor ayam jantan mengibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn
ngibaskan nyaringnya; 2.mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas:
kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat
padanya;
bubuk I 1. serbuk pd benda-benda yg lapuk: ~ kayu; 2. serbuk drpd benda yg
ditumbuk: ~ kopi; membubuk menumbuk hingga halus: ~ kopi.
pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau
kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang
bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara
hidup.
hungap; bernafas dgn cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas
menghungap, berlari dll).tercungap-cungap
terhungap,
terhungap-
hungap
pingit; berpingit berkurung dlm rumah: gadis Melayu dahulunya ~ dan hanya kelihatan
sekali-sekala sahaja;memingit 1. menjaga dgn rapi dlm rumah (anak
dara dll): anak dara yg dipingit; 2. mengurung (dlm sangkar dll): ~
kuda;pingitan yg dipingit (dikurung): tiga dara ~; kuda ~.
hawa I 1. gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara:Apabila
~ bergerak, terjadilah angin. 2. keadaan udara di sesuatu tempat; iklim:
~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa
mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin.
hawa II ~ nafsu keinginan yg sangat kuat; kehendak hati yg kuat: Ia tidak dpt
menahan ~ nafsunya.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 7


memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn
tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merang sang, menggalakkan; 3.
bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg
mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd
kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan ber gerak dgn
jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan
geram;
mengais 1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki
mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah.
kelepak 1. bunyi spt bunyi sayap dikibas kibaskan; 2. bunyi spt bunyi tamparan.
kelepak (kelépak) 1. terkelepai spt telinga ga jah, terkulai; 2. kelemping (bkn
susu perem puan tua); ~-kelepang bunyi spt gendang dipalu: paluan
kompang berterusan dgn ~; ~ baju lipatan kain yg berkelepai di
bahagian dada baju; baju ~ baju yg terbuka di bahagian dadanya.
melenting 1 melejang atau membingkas balik (bkn rotan dsb yg dibengkokkan dan
kemudian dilepaskan); menganjal. 2 melompat atau bergerak dgn cepat
dan pantas: Ahli sukan itu ~ ke atas melintasi palang yg tinggi. 3
bergelung spt daun kering (keropok digoreng dll). 4 ki marah; naik
angin (apabila dikritik dsb): Dia mudah ~ apabila ditegur.
gelak-gelak nyaring (ttg ketawa); lantang: Apabila mendengar cerita Abu Nawas itu,
baginda tertawa ~.
terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri
di pintu dgn mulutnya ternganga;
melatah mengeluarkan perkataan atau mem buat sesuatu dgn tidak sengaja
kerana terperanjat dsb;
martil alat yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; palu.
penampang permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di tengah-tengah
muka belahan (keratan).
rebah I jatuh terbaring (orang dll), terletak ber baring atau bertiduran (pokok
dll), tum bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter lentang di atas
lantai; membawa (mem beri) ~ menjatuhkan (meng gagalkan); ~ bek Kl
rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat
(meng hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~
prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan)
oleh kawan sendiri;
ternganga 1 terbuka luas-luas atau lebar-lebar (bkn mulut, pintu dll): Mulutnya ~.
Pintu rumah itu ~. 2 ki hairan dan tercengang (kerana mendengar
sesuatu dll): Dia ~ men dengar berita yg memeranjatkan itu.
bisik suara yg perlahan: Aku terdengar-dengar ~ rayunya yg manja. berbisik

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 8


1.bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar
orang apa-apa yg saya katakan itu. 2. dgn diam-diam sehingga tidak
diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi
makan angin dgn ~ saja. membisiki memberitahu seseorang dgn diam-
diam:Ia ~ adiknya supaya tidak bercakap terlalu kuat. membisikkan
mengatakan sesuatu dgn perlahan; memberitahukan sesuatu dgn
berbisik: Dia ~ sesuatu kpd pengawal itu. bisikan1. sesuatu yg
dibisikkan. 2. apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr
hati kecil; kata hati.
membenamkan 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia
telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi
tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa
buah rumah.
memusuhi menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak
~ sesiapa.
sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup
senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang
kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar
oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu
sedang-kan ia lemah.
risik I ; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia ~ suis
lampu.
risik II = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan
yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah
dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh
lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh
secara rahsia: ia men dapat ~ bahawa rancangannya telah di ketahui
orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi
(bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa
orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang)
menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang:
dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya
di kampung mencari gadis yg baik utk men jadi isterinya; perisikan
perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan
yg tugasnya me risik (mencari keterangan, dll dgn sem bunyi-
sembunyi): pegawai ~; polis ~.
mengecutkan menakut kan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana
hati kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati;
taktik taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan
sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang
menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan negara
tersebut.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 9


menyusul 1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau
mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut
di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang
oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian
dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil
teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya
pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah
selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul
pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim
panas yg ~, batang itu tumbuh me manjang dan mengeluarkan daun; 7.
menye lidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu
dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaan nya; 8.
menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak
berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut
kedatangan orang, mengalu-alu kan, menyongsong: dia berlari-lari anak
turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman;
habuk benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat
apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu;
dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~.
habuk papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji.
selamba 1. pd lahirnya macam biasa (sedang kan sebenarnya telah berlaku
sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun
turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar,
tebal muka, tidak tahu malu.
terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri
di pintu dgn mulutnya ternganga;

Aspek seni atau keindahan bahasa pula dipaparkan melalui gaya bahasa yang diketengahkan
oleh pengarang. Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam teks tersebut ialah Paradaoks iaitu
Pak Talib berasa kesepian kalau sehari tidak dapat menikmati leteran isterinya itu. Simile iaitu
contohnya Rumah awak sendiri seperti sarang ayam ; Pak Talib cepat-cepat tunduk seperti
membilang anak tangga. Personifikasi iaitu Kira-kira tak akan mati. Metafora iaitu wang
masuk. Peribahasa iaitu orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada. Bahasa
sindiran iaitu Nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam sahaja. Malahan terdapat
penggunaan pantun iaitu
Pak Talib gendang-gendang,
Mak Lamah gulai labu,
Pak Talib banyak hutang,

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 10


Mak Lamah jual kelambu.

KEMAHIRAN ASAS BAHASA MELAYU

Manakala aspek kemahiran asas yang diberi penekanan termasuklah kemahiran lisan, membaca

dan menulis.

a. Kemahiran lisan
Kemahiran lisan ialah gabungan di antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti bercerita setelah guru membacakan cerpen
tersebut. Murid-murid juga menyenaraikan imbuhan me{N} yang terdapat di dalam cerpen
tersebut. Selain itu guru juga boleh menyuruh murid menyenaraikan kata dasar daripada
perkataan berimbuhan yang telah dinyatakan sebelumnya.

b. Kemahiran membaca
Murid membaca petikan cerpen yang diberikan oleh guru. Namun ada baiknya jika
penggabungjalinan bahan dibuat oleh guru iaitu dengan menggunakan tayangan slaid
mengenai cerpen tersebut, supaya murid dapat membaca dengan jelas dan guru dapat
menjimatkan masa serta wang dalam menyediakan banyak bahan bercetak.
Penggabungjalinan ini juga bertujuan untuk menjadikan guru supaya lebih berkreativiti dan
sekali gus akan dapat meningkatkan minat dan memotivasi murid supaya mengikuti
pengajaran guru dengan lebih berkesan.

c. Kemahiran menulis
Kemahiran menulis boleh dipupuk melalui aktiviti membina ayat baharu berpandukan
perkataan berimbuhan yang disenaraikan semasa aktiviti lisan. Guru juga boleh mengarahkan
murid untuk menulis sinopsis cerpen yang mereka baca. Selain itu banyak lagi aktiviti yang
dapat dijalankan seperti menulis nilai-nilai murni yang terdapat daripada cerpen tersebut,
menulis sebuah karangan berpandukan perkataan imbuhan yang disenaraikan sebelumnya
dan menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat di dalam cerpen tersebut.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 11


Melalui aktiviti yang telah disenaraikan di atas, adalah diharapkan murid-murid akan dapat
mengembangkan dan meningkatkan pemikiran intelek mereka dengan bantuan guru yang juga
seharusnya mempunyai kreativiti yang tinggi. Guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah,
teknik dan strategi yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.

TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian
Dalam sesebuah cerpen, teknik pemerian memang sering di gunkan oleh pengarang. Teknik ini
amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran ataupun pendirian
watak dalam membincangkan sesuatu isu contohnya pengarang menggambarkan keadaan Pak
Talib.

Dalam perjalanan pulang itu Pak Talib menyeluk sakunya. Dikiranya dengan jari,
beberapa helai wang kertas seringgit. ( Halaman 101)

Dialog
Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang sesuatu isu. Kebiasaannya hanya
hal yang penting sahaja dinyatakan dalam bentuk dialog, contohnya ketika perbualan anatara Pak
Talib dan Mak Lamah.
“ Apa khabarnya?” Pak Talib sudah mula tenang. (Halaman 102)

Monolog Dalaman
Monolog dalaman merupakan pengucapan batin seseorang watak. Contohnya
“Rupa-rupanya diri aku ini telah jauh benar,” Pak Talib bercakap dalam hatinya
ssambil mengetuk paku di dinding

Imbas muka

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 12


Contohnya: Dia menanti sahaja sumpahan yang akan diberi oleh Mak Lamah ketika
diketahuinya ada barang-barang yang diperlukan tidak dibeli.

KESIMPULAN
Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu yang dikenali sebagai komsas
atau s kecil dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah itu memenuhi cita-cita FPK kerana
matlamatnya juga mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani. Hal ini sesuai kerana kesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya
serta merupakan manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Justeru, cara
mengenal dan memahami karya kesusasteraan Melayu melalui pendidikan Bahasa Melayu itu
membolehkan murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan membolehkan penyerapan
nilai-nilai murni serta seterusnya membantu matlamat ke arah usaha melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis. Di samping mendidik murid menikmati kehalusan dan keindahan gaya
bahasa dalam karya, komsas juga memberi peluang kepada mereka untuk menguasai sistem dan
tatabahasa Bahasa Melayu dengan baik. Unsur intelek dalam FPK mengandungi hikmah atau
ilmu yang bermatlamatkan kebenaran, iaitu yang menggambarkan pemikiran logik, analitik,
kreatif, kritis, imaginatif dan naratif untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.

2. KAJIAN KOMSAS

Tajuk kajian ialah Pelaksanaan KOMSAS dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah: Satu Tinjauan. Kajian ini telah dibuat oleh Mohd Rasdi Bin Saamah dari Jabatan
Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Beliau telah membuat kajian di
tiga buah sekolah menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan iaitu Sekolah Menengah Teknik
Pasir Mas, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas dan Sekolah Menengah Sultan
Ibrahim (2), Pasir Mas. Subjek kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu.
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kes dan dilaksanakan dalam bentuk
tinjauan. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan memberikan gambaran tentang aspek-
aspek yang terdapat dalam objektif kajian ini serta dapat menjawab persoalan-persoalan kajian
yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan KOMSAS, minat pelajar terhadap
KOMSAS dan strategi yang digunakan dalam pengajaran KOMSAS.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 13


KAEDAH KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik kerana alat ini mampu
memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat pungutan data
yang lain ( Musa Daia 1987; Bergam 1989; Mohd Jonit Johari 1994). Selain itu soal selidik juga
digunakan kerana alat ini dapat menjimatkan masa dan belanja (Cates; Mohd Majid Konting
1990). Responden kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah
menengah di daerah Pasir Mas, Kelantan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini berdasarkan maklumat latar diri 30 orang guru Bahasa Melayu yang
terdiri dari maklumat jantina, taraf pendidikan akademik dan pengalaman mengajar Bahasa
Melayu. Dapatan kajian dari aspek persediaan guru dalam pengajaran KOMSAS mendapati 20
orang guru (66.6%) bersetuju menyatakan mereka banyak menggunakan buku ulasan-kajian dan
10 orang lagi (33.3%) tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala 80.0% atau 24
orang bersetuju mereka menggunakan pelbagai bahan dalam pengajarn KOMSAS dan 20% atau
6 orang tidak bersetuju. Melalui pernyataan yang menyatakan KOMSAS merupakan beban baru
bagi guru-guru Bahasa Melayu 86.6% atau 26 orang bersetuju dan selebihnya 13.4% atau 4
orang tidak bersetuju.
Kajian dari aspek persepsi guru terhadap minat pelajar mendapati 90.0% atau 27 orang
guru bersetuju pelajar-pelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam
KOMSAS. Selain itu, 22 orang atau 73.3% daripada mereka bersetuju pelajar-pelajar tidak
berminat kepada KOMSAS. Pola minat pelajar terhadap KOMSAS dalam kajian ini
menunjukkan ada perkaitan antara pelaksanaan sistem SPM sijil terbuka yang menjadikan mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu tidak lagi menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran
satera tetapi hanya dijadikan mata pelajaran elektif. Manakala pelajar-pelajar dari aliran sains,
Teknikal, Vokasional dan Perdagangan pula tidak berminat kepada mata pelajaran sastera kerana
mata pelajaran tersebut tidak langsung diperkenalkan dalam aliran-aliran tersebut. Dapatan
kajian juga diperolehi dari aspek strategi pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, minat guru

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 14


terhadap pengajaran KOMSAS, peruntukan waktu mengajar KOMSAS, guru menghadiri kursus
pendedahan KOMSAS dan pendapat guru tentang kesesuaian kandungan KOMSAS.

KESIMPULAN
Matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi memupuk minat membaca
dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera memang wajar.
Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan
ciri dan sifat bahasa sama ada dari segi semantik atau pragmatik. Justeru itu, pelaksanaan
KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
bertepatan sekali walaupun timbul pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar serta guru.
Kajian ini telah memperlihatkan sebilangan kecil daripada permasalahan yang wujud
setelah perlaksanaan KOMSAS dibuat mulai tahun 2000 yang lalu. Untuk melaksanakan tugas
pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-
mana pihak dan ianya bergantung kepada kreativiti guru dalam mempelbagaikan teknik
mengajar yang sesuai dengan tahap kebolehan dan keupayaan pelajar.

CADANGAN
Antara cadangan-cadangan tersebut ialah:
a) Kandungan KOMSAS dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula.
b) Kandungan sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan dengan peruntukan
waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu.
C) Semua guru mempunyai pendedahan yang secukupnya mengenai KOMSAS melalui kursus,
bengkel dan seminar secara serius.
d) Buku panduan megenai KOMSAS perlu diterbitkan sebagai pegangan dan garis panduan
kepada guru-guru Bahasa Melayu.
e) Pihak Jabatan Pendidikan atau PPD hendaklah memastikan pentadbir sekolah mengambil
berat tentang pelaksanaan KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
f) Bagi mengatasi masalah guru yang tidak berminat mengajar KOMSAS, pihak Jabatan
Pendidikan perlu mendapatkan statistik sebenar sekolah-sekolah yang kekurangan guru
pengkhususan BM dan sastera.
g) Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat persediaan yang

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 15


rapi dan kreatif. Pihak sekolah pula hendaklah memberi sokongan moral dalam penyediaan
bahan-bahan pengajaran dan segala yang berkaitan dengan KOMSAS.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajaran Bahasa dan
Sastera. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Dr. Nadzeri Isa (2010). HBML3103 Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Open
University Malaysia.

Institut Bahsa.(1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.

Ishak Ramly.(2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn.
Bhd.

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 16


Kamaruzaman Ismail (2010). Jom KOMSAS Komponen Sastera Tingkatan 1. Petaling Jaya: Info
Didik Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Naffi Mat.(2006). Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Nik Safiah Karim, Arbak Othman(2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood(1994). Tatabahasa
Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noreidah Bt Othman(2009). Kasut Kelopak Jantung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Othman Puteh (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan Siswa,
Mac : 20-21.

http://apps.emoe.gov.my/ipba/research

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipha

http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisan

http://jurnalperadabanipm.blogspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu_04.html

Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 17


Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu 18

Anda mungkin juga menyukai