Anda di halaman 1dari 16

Oleh: Chindra, Nor Yuhanna, Siti Nurkamillah,

Telageswary & Kalai

TOPIK 5: MENGENDALI
MASALAH TINGKAH
LAKU (DEALING WITH
PROBLEM BEHAVIORS)
STRATEGI PENGURUSAN
 Diperkenalkan oleh pakar pengurusan
bilik darjah, Carolyn Evertson dan
kawan-kawan ( Evertson, Emmer, &
Worsham, 2006)
 Intervensi Minor (Minor Interventions)
Khas untuk masalah tingkah laku yang
berlaku secara tidak kerap dan tidak
mengakibatkan gangguan dalam sesi P&P.
 Contoh tingkah laku:
Meninggalkan tempat duduk tanpa
kebenaran.
Bersembang dengan rakan pada masa yang
tidak sepatutnya.
Makan gula-gula di dalam kelas.
STRATEGI PENGURUSAN
 Strategi ini berkesan dalam
menguruskan tingkah laku yang hanya
memerlukan intervensi kecil.
 Strategi-strategi pengurusan:
Menggunakan isyarat bukan lisan (Nonverbal
cues)
○ Buat eye contact dengan murid, beri isyarat
seperti jari diletakkan ke bibir, geleng kepala
atau buat isyarat ‘berhenti’ menggunakan
tangan.
Pastikan aktiviti berjalan dengan lancar
(keep the activiti moving)
○ Kurangkan masa pertukaran antara aktiviti.
 Bergerak/mendekati murid yang bertingkah
laku tidak sesuai (Move closer to the student)
○ Apabila guru kerap menghampiri murid,
tingkah laku bermasalah akan berhenti.
 Tegaskan semula tingkah laku yang
sepatutnya (Redirect the behavior)
○ Guru mengingatkan murid tentang perkara
yang seharusnya mereka buat.
Memberikan arahan yang diperlukan (Provide
needed instruction)
○ Sentiasa memantau murid serta memberikan tunjuk
ajar serta bantuan yang diperlukan.
Meminta murid berhenti secara terus terang dan
tegas (directly and assertively tell the student to stop)
○ Buat penerangan dengan jelas serta pantau situasi
sehingga murid-murid kembali menumpukan
perhatian terhadap tugasan mereka.
○ Nyatakan tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan
oleh murid.
Beri pilihan kepada murid ( Give the student a
choice)
○ Beritahu murid bahawa dia mempunyai pilihan
untuk bertingkah laku baik atau menerima
hukuman.
○ Terangkan tingkah laku yang sepatutnya
dilakukan dan hukuman jika tidak menepati
tingkah laku tersebut.
 Intervensi Normal (Moderate
Intervension)
Kesalahan tingkah laku yang memerlukan
intervensi yang kuat .
Sebagai contoh, menyalahgunakan hak
sebagai pelajar, menganggu aktiviti P&P,
menganggu guru semasa memberikan
arahan dan kerja murid lain.
 Strategi-strategi untuk menguruskan
masalah tingkah laku:
Menarik balik hak atau menahan daripada
menyertai aktiviti yang disukai (Withhold a
privilage or a desired activity).
○ Guru boleh membatalkan hak pelajar seperti
bebas bergerak di dalam kelas atau menyertai
perbincangan dengan rakan.
Memisahkan atau memindahkan murid
(Isolate or remove students)
○ Memberikan Time-Out atau mengasingkan
murid daripada menyertai aktiviti.
○ Pilih cara Time-Out:
 Membiarkan murid berada di dalam kelas tetapi
melarang murid daripada menyertai aktiviti.
 Memindahkan murid di luar kelas atau di tempat lain.
 Meletakkan murid di bilik khas yang disediakan oleh
sekolah.
○ Jika memilih untuk menjalankan Time-Out,
pastikan guru memberitahu murid kesalahan
tingkah laku yang telah dilakukan.
○ Jika tingkah laku tersebut berulang, berikan
Time-Out semua.
○ Kembalikan murid ke dalam aktiviti yang
sedang berlangsung tanpa memberi sebarang
ulasan mengenai tingkah laku murid
sepanjang diberi time-out tadi.
Memberi murid dendaan@hukuman (Impose
a penalty)
○ Memberi kerja lebih kepada murid sebagai
hukuman terhadap kesalahan tingkah laku
yang dibuat.
○ Kelemahan strategi ini adalah murid akan
bersikap kurang berminat terhadap subjek
yang diajarkan.
 Guru juga boleh menahan murid di atas kesalahan
tingkah laku yang dibuat.
 Penahanan boleh dijalankan semasa rehat, sebelum
dan selepas kelas bermula.
 Guru biasanya mengenakan tahanan kepada
kesalahn seperti tidak menyiapkan tugasan atau
membuang masa.
 Penahanan boleh dijalankan di kelas; sesetengah
sekolah mempunyai dewan khas untuk menjalankan
penahanan.
 Tempoh penahanan boleh dijalankan dalam tempoh
yang singkat.
Orang Lain sebagai Sumber
 Rakan sebaya, ibu bapa, guru besar
atau kaunselor boleh membantu murid
untuk bertingkah laku yang sepatutnya.
Rakan penyelesai masalah (Peer Mediation)
○ Guru melatih murid untuk menyelesaikan
pertelingkahan antara murid lain.
○ Cara ini juga boleh mengubah tingkah laku
murid yang tak diingini.
Persidangan antara guru-ibu bapa (Parent-Teacher
Conference)
○ Guru boleh menelefon ibu bapa untuk berbincang
secara terus mengenai tingkah laku anak mereka.
○ Kadang kala guru perlu memberitahu ibu bapa bahawa
tingkah laku anak mereka perlu dipertingkatkan.
Bantuan daripada guru besar atau kaunselor (Enlist
the Help of the Principal or Caunselor)
○ Jika guru gagal untuk menangani masalah tingkah laku
murid, guru boleh meminta bantuan daripada pihak
pentadbiran .
○ Hal ini aka dirujuk kepada guru besar atau kaunselor.
Mencari Mentor (Find a Mentor)
○ Murid memerlukan seseorang yang
mengambil berat serta menyokong
perkembangan mereka.
○ Mentor boleh memberi tunjuk ajar serta
dorongan untuk mengurangkan masalah
tingkah laku murid.

Anda mungkin juga menyukai