Anda di halaman 1dari 24

SKP 2203

TITAS

KUMPULAN KURSUS: 34

TAJUK TUGASAN:

TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

PENSYARAH
CIK ARFAH AB. MAJID

NAMA KUMPULAN: SIN CHAN

AHLI KUMPULAN:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

MICHELLE TAN CHIA YAN 152719


LEE XIAO TONG 152828
HOO HOOI YING 152071
TEO LOO YEE 152548
LEE WEI YING 152987
ISI KANDUNGAN

KANDUGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ANALISIS DATA 4

3.0 PERBINCANGAN 9

4.0 KESIMPULAN 18

5.0 SENARAI RUJUKAN 19

6.0 LAMPIRAN 20
1.0 PENGENALAN

Sebuah rencana dari Utusan Malaysia yang ditulis oleh Azlinariah Abdullah beberapa
tahun yang lalu telah memaparkan sebuah artikel yang menyeru orang ramai supaya
merangsangkan kecenderungan minat membaca masyarakat. Menurut berita tersebut, sejak
kajian Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 yang mendapati bahawa kebanyakan
masyarakat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam tempoh setahun. Kejadian ini
amatlah membimbangkan kerana masyarakat juga memerlukan pengetahuan ilmiah yang
diperolehi melalui amalan membaca yang mencukupi untuk membangun. Namun, jika
majoriti masyarakat semakin kurang membaca, adakah ini bermaksud generasi bakal
memimpin Negara kita semakin kurang berilmu?
Walaubagaimanapun, dengan peredaran masa, kerajaan telah mengambil pelbagai
inisiatif untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan membaca. Tetapi
adakah ia mencukupi? Usaha-usaha seperti meningkatkan pengeluaran hasil karya tempatan
mahupun mengadakan Pesta Buku Antarabangsa setiap tahun adalah dengan harapan supaya
masyarakat Malaysia akan lebih membaca buku.
Tabiat membaca merupakan batu loncatan untuk menghasilkan seorang individu yang
berilmiah, mempunyai pengetahuan bukan sekadar akademik malah serba tahu mengenai
pengetahuan am yang secukupnya. Ini dapat melahirkan masa depan yang terjamin bagi
individu tersebut yang akan mengembangkan sayap di dunia anjakan paradigma. Maka,
adalah patut kita mengkaji tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Dalam kajian ini, soal selidik telah diberi kepada golongan pelajar dan bukan pelajar
untuk mengkaji tabiat membaca mereka. Segala hasil dan reaksi yang didapati akan
dihuraikan secara teliti dalam analisis data. Hasil kajian daripada soal selidik dan rujukan
buku akan diterangkan dengan lebih mendalam di bahagian perbincangan.
2.0 ANALISIS DATA

Untuk analisis data, kami telah menjalankan soal selidik untuk mendapat reaksi dari
masyarakat Malaysia. Setiap soalan akan dianalisis dan dihuraikan. Sebanyak 11 soalan
ditujukan kepada 30 responded dan kami telah mengagihkan soalan kepada 5 responden
golongan bukan pelajar iaitu dalam kalangan umur melebihi 30 tahun dan 25 responden
daripada golongan pelajar yang berada dalam lingkungan umur 15 – 30 tahun.

Soalan pertama.
1. Adakah anda membaca lebih daripada 2 buah buku ilmiah dalam tempoh sebulan?

Melalui analisis data bagi golongan bukan pelajar, kesemua mereka memilih jawapan tidak
iaitu tidak membaca lebih daripada 2 buah buku ilmia dalam tempoh sebulan. Hal ini kerana
mereka lebih minat terhadap buku bukan ilmiah yang lebih ringkas dan menarik. Manakala
analisis data bagi golongan pelajar pula, 14 undi memilih tidak membaca lebih daripada 2
buah buku ilmiah dalam tempoh sebulan dan 11 undi memilih ya iaitu mereka ada membaca
lebih daripada dua buah buku ilmiah dalam sebulan. Secara keseluruhannya, tabiat membaca
bahan buku ilmiah dalam kalangan pelajar dan bukan pelajar adalah rendah maka pelbagai
usaha harus diusahakan lagi supaya meningkatkan tabiat membaca buku ilmiah di kalangan
pelajar dan bukan pelajar.

Soalan kedua.
2. Adakah anda membaca lebih daripada dua buah bahan bacaan bukan akademik dalam tempoh
sebulan?
Dalam golongan bukan pelajar, 3 daripada mereka telah memilih jawapan ya iaitu mereka ada
membaca lebih daripada dua buah buku bukan akademik dalam sebulan dan 2 orang lagi
telah memilih jawapan tidak iaitu mereka tidak membaca buku bukan akademik dalam
tempoh sebulan. Ini menunjukkan sebilangan daripada mereka adalah memang kurang minat
dalam membaca dan adanya pula yang tidak ada masa lapang untuk membaca. Manakala
bagi golongan pelajar pula, 13 pelajar telah menjawab ya dan 12 orang pelajar lagi menjawab
tidak. Melalui analisis data, ini menunjukkan bilangan pelajar membaca buku bukan
akademik yang melebihi dua buah sebulan dengan yang tidak melebihi dua buah sebulan
adalah lebih kurang sama.
Soalan ketiga.
3. Adakah anda melawati perpustakaan lebih daripada 2 kali dalam tempoh sebulan?

Analisis data menunjukkan kesemua golongan bukan pelajar tidak melawati perpustakaan
lebih daripada 2 kali dalam tempoh sebulan. Hal ini kerana melawati perpustakaan bagi
mereka adalah membazirkan masa dan kebanyakkan maklumat terkina kini dapat diperoleh
melalui internet. Selain itu, mereka juga sibuk dengan kerja mereka maka tiada masa untuk
melawati perpustakaan. Manakala bagi golongan pelajar pula, 17 orang pelajar menjawab ya
iaitu mereka melawati perpustakaan lebih daripada 2 kali sebulan dan 8 orang lagi menjawab
tidak. Kebanyakkan pelajar melawati perpustakaan kerana kemudahan yang disediakan
adalah lengkap seperti bilik komputer, ruang televesyen, buku rujukan yang banyak dan
suasana belajar yang baik.

Soalan keempat.
4. Pada pendapat anda, adakah pelajar gemar membaca?

Berdasarkan data yang telah dikumpul, bagi golongan bukan pelajar, 4 orang daripada 5
responden beranggapan bahawa pelajar adalah gemar membaca. Seorang daripada golongan
ini tidak bersetuju bahawa pelajar gemar membaca. Respoden tersebut mengatakan bahawa
dia pernah melihat beberapa orang pelajar sekolah menengah yang merayau-rayau di tempat
hiburan dan merokok. Oleh itu, dia tidak bersetuju bahawa pelajar adalah gemar membaca.
Bagi golongan pelajar pula, 52% daripadanya iaitu 13 orang daripada 25 respoden
berpendapat bahawa pelajar adalah gemar membaca. Namun demikian, respoden yang dari
golongan pelajar yang berpendapat pelajar tidak gemar membaca juga tidak kurangnya iaitu
sebanyak 12 daripada 25 orang. Sesetengah daripada mereka memberikan sebab iaitu pelajar
pergi ke sekolah semata-mata mengikut kehendak ibu bapa dan bukan untuk kebaikan diri
sendiri. Pelajar-pelajar hanya diikat oleh sistem pendidikan Malaysia iaitu sistem yang
berorientasikan peperiksaan. Mereka membaca adalah untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dan memenuhi kehendak ibu bapa dan bukannya mempunyai minat membaca.
Soalan kelima.
5. Pada pendapat anda, adakah pelajar kurang membaca kerana tidak mempunyai banyak
masa lapang?

4 orang daripada 5 respoden dari golongan bukan pelajar berpendapat bahawa pelajar kurang
membaca kerana tidak mempunyai banyak masa lapang. Bagi golongan pelajar pula, 13
daripada 25 orang respoden tidak bersetuju bahawa pelajar kurang membaca kerana tidak
mempunyai banyak masa lapang. Mereka mengatakan bahawa pelajar sebenarnya
mempunyai masa lapang tetapi hanya menggunakan masa tersebut ke atas aktiviti hiburan
seperti menonton televisyen, melayari internet dan lain-lain lagi. Namun demikian, 12 orang
daripada 25 respoden yang dari golongan pelajar menegaskan bahawa mereka kekurangan
masa lapang untuk membaca kerana perlu menghadiri kelas-kelas tuisyen atau tambahan dan
aktiviti kokurikulum.

Soalan keenam.
6. Adakah pelajar tidak gemar membaca buku kerana terdapat bahan media lain yang lebih
diminati seperti media elektronik?

Pelajar tidak gemar membaca buku kerana terdapat bahan media lain yang lebih diminati seperti
media elektronik. Penyataan ini disetujui oleh golongan ramai tidak kira daripada golongan bukan
pelajar ataupun golongan pelajar. Daripada golongan bukan pelajar, data menunjukan 100%
menyetujui penyataan ini manakala golongan pelajar terdapat 23 responden daripada jumlah 25
orang yang menyetujui iaitu 92%. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang
tertentu. Antara faktor yang mempengaruhi fenomena ini berlaku adalah sebab bahan media lebih
senang diperolehi. Dalam zaman globalisasi ini, penggunaan bahan media seperti internet,
televisyen, radio dan sebagainya merupakan satu kebiasaan bagi kita. Melalui penggunaan bahan-
bahan ini, banyak maklumat dapat kita perolehi terutamanya internet. Melalui bahan-bahan media,
kita juga boleh memperolehi maklumat atau pengetahuan dengan kos yang lebih murah. Kejadian
ini adalah sebab lazimnya buku-buku yang berkualiti bagi menambah pengetahuan kita harganya
adalah lebih mahal berbanding dengan saluran media.
Soalan ketujuh.
7. Adakah anda lebih meminati bahan bacaan ilmiah berbanding dengan bacaan bukan
ilmiah?

Kebanyakan responden meminati bahan bacaan bukan ilmiah berbanding dengan bahan bacaan
ilmiah tidak kira daripada golongan pelajar ataupun golongan bukan pelajar. Data menunjukan
bahawa 3 responden daripada 5 lebih meminati bahan bacaan bukan ilmiah dalam golongan bukan
pelajar manakala 15 responden daripada jumlah 25 orang dalam golongan pelajar iaitu sebanyak
60%. Fenomena ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang penting. Antara faktor
yang mempengaruhi fenomena ini adalah sebab bahan bacaan bukan ilmiah yang ringkas,tidak
mementingkan tatabahasa dan mudah difahami boleh mengurangkan tekanan hidup berbandingkan
bahan bacaan ilmiah yang panjang berbelit-belit, susah difahami dan bosan. Di samping itu, faktor
yang lain pula ialah bahan bacaan bukan ilmiah lebih mudah diperolehi dan harganya lebih mudah
berbanding dengan bahan bacaan ilmiah. Bahan bacaan bukan ilmiah biasanya lebih murah kerana
kandungannya lebih ringkas dan tidak memerlukan rujukan banyak.

Soalan kelapan.
8. Adakah bahan bacaan ilmiah terlalu mahal berbanding dengan bahan bacaan bukan
ilmiah?
Hasil kajian yang didapati untuk soalan ini amat berbeza antara golongan pelajar dan bukan
pelajar. Majoriti golongan pelajar berpendapat bahawa bahan bacaan ilmiah adalah lebih
mahal daripada bahan bacaan bukan akademik. 15 daripada 25 responden berpendapat
bahawa bahan ilmiah adalah lebih mahal dan mereka tidak begitu mampu membeli bahan
ilmiah. Ini mungkin kerana golongan pelajar masih lagi tidak bekerja dan tidak mempunyai
hasil pendapatan yang konsisten dan oleh itu, tidak mempu membeli bahan bacaan akademik
yang lebih mahal. Manakala golongan bukan pelajar pula tidak berpendapat sedemikian.
Daripada 5 responden yang ditanya, 4 daripada mereka berpendapat bahawa bahan ilmiah
adalah tidak lebih mahal daripada bahan bukan akademik. Oleh kerana kebanyakan telah
bekerja dan mampu membeli buku ilmiah yang lebih mahal, majoriti daripada mereka tidak
menggangap bahan ilmiah lebih mahal.
Soalan kesembilan.
9. Pada pendapat anda, adakah bahan bacaan ilmiah terlalu rumit dan sukar untuk difahami?

Tidak boleh dinafikan bahawa bahan ilmiah adalah lebih sukar difahami kerana bahan ilmiah
melibatkan kemahiran intelektual dan bahan yang memerlukan seseorang yang berpendidikan
tinggi untuk menguasai dan memahami sepenuhnya buku-buku ilmiah. Oleh itu bukan
sesuatu yang mengejutkan dengan 100% daripada responden golongan bukan pelajar
berpendapat bahawa bahan limiah adalah lebih sukar difahami. Untuk golongan pelajar pula,
23 daripada 25 mereka iaitu 92% juga berpendapat sedemikian. Bahan bukan ilmiah tidak
memerlukan kefahaman yang tinggi dan biasanya adalah untuk bacaan yang ringan dan untuk
hiburan semata-mata.

Soalan kesepuluh.
10. Antara yang berikut, bahan bacaan yang manakah merupakan bahan bacaan yang paling
anda minati?

Soalan ini bertujuan untuk mengetahui cita rasa golongan bukan pelajar terhadap bahan
bacaan . Hanya beberapa jenis bahan bacaan yang dibaca oleh golongan bukan pelajar iaitu
akhbar , majalah hiburan , majalah ilmiah , media elektronik dan lomik . Menurut hasil soal –
selidik yang dijalani , Akhbar dengan 36% paling diminati oleh golongan bukan bukan
pelajar sebagai bahan bacaan . Ini adalah kerana akhbar lebih mudah didapati dan murah.
Golongan bukan pelajar biasanya merupakan individu yang sedang bekerja , maka akhbar
membekalkan infomasi yang lebih padat berilmiah dan relevan seperti perniagaan , saham
dan sebagainya . Seterusnya , akhbar diikuti oleh media elektronik , majalah hiburan dan
majalah ilmiah masing – masing mendapat 18% dan akhirnya komik dengan 10% .
Jadi , akhbar merupakan bahan bacaan pilihan utama golongan bukan pelajar .

Soalan kesebelas.
11. Jika terdapat pesta buku yang diadakan, adakah anda akan menghadirinya?
Soalan ini adalah untuk mendalami kepekaan golongan bukan pelajar tentang infomasi pesta
buku dan keinginan mereka untuk menghadirinya untuk mendapatkan bahan bacaan .
Sebanyak 60% golongan bukan pelajar ini akan mengunjung ke pesta buku dan hanya 40%
sahaja yang tidak berminat untuk melawatnya. Jadi , majoriti golongan bukan pelajar akan
menghadirkan diri ke pesta buku untuk mendapatkan bahan bacaan .
3.0 PERBINCANGAN

3.1 TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Tabiat membaca adalah amalan yang baik yang dapat mendedahkan diri kepada
pelbagai ilmu, maklumat dan pengetahuan yang berguna. Dengan membaca, manusia ibarat
mempunyai kunci untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Membaca juga
merupakan asas penting kepada penjanaan budaya dan pembinaan tamadun masing-masing.
Malangnya, tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pelajar
dikatakan telah mencapai kemerosotan sejak belakangan ini. Fakta ini sebenarnya agak
menyedihkan kerana masyarakat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pemikiran mereka
akibat daripada kurang mambaca. Senario ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Apatah lagi di saat Malaysia sedang berusaha mewujudkan masyarakat yang progresif dan
berdaya saing menjelang tahun 2020. Isu ini sebenarnya juga berlaku di negara-negara lain.
Berdasarkan 1999 National Household Education Survey di Amerika Syarikat, 50% daripada
populasi yang berumur 25 tahun ke atas hanya membaca surat khabar sekali seminggu,
membaca satu atau dua buah majalah secara tetap dan membaca sebuah buku dalam masa 6
bulan. Keadaan yang hampir sama juga wujud di China. Berdasarkan tinjauan yang
dijalankan oleh China Publishing Science Institute di seluruh Negara China pada tahun 1999,
buku merupakan media keempat selepas surat khabar dan majalah.
Apakah sebab-sebab buku-buku ilmiah telah menjadi makanan anai-anai walaupun
kadar celik huruf di negara Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia? Tidak dapat
dinafikan bahawa kecanggihan media elektronik pada zaman ICT ini merupakan salah satu
penyebab utama kemerosotan tabiat mambaca dalam kalangan pelajar. Media elektronik
seperti komputer, televisyen dan radio banyak mempengaruhi pelajar. Pendedahan pelajar-
pelajar kepada teknologi maklumat sebernanya mendatangkan impak yang berbeza sama ada
yang positif atau yang negatif. Penyalahgunaan atau sifat keterlaluan dalam mengunakan
media-media elektronik tersebut menyebabkan mereka tertumpu pada layaran internet seperti
laman web yang berunsur ganas dan budaya kuning, “friendster”, “facebook”, “online game”
dan lain lain lagi. Layaran internet tersebut sebenarnya telah mengambil sebahagian besar
daripada masa mereka. Di samping itu, siri drama dalam televisyen atau DVD lebih menarik
minat mereka daripada membaca. Mereka rela menggunakan masa mereka menonton
daripada membaca kerana beranggapan bahawa proses membaca merupakan sesuatu yang
membosankan.
Sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan juga
merupakan penyumbang kepada kemerosotan tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Ibu
bapa dan pihak sekolah yang menitikberatkan keputusan peperiksaan sering memberi tekanan
kepada pelajar. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, pujian atau tumpuan
akan diberikan. Tetapi bagi yang gagal, mereka akan diketepikan atau dipandang rendah.
Akibatnya, pelajar-pelajar sekarang akan lebih memberikan tumpuan kepada ilmu
pengetahuan dalam buku-buku teks sahaja yang akan menjamin kecermelangan dalam
peperiksaan berbanding dengan bahan bacaan ilmiah yang lain. Oleh itu, mereka tidak
mempunyai masa lapang untuk membaca buku-buku di luar pengajian. Selain itu, pihak
sekolah yang hanya memfokuskan skop-skop pembelajaran tertentu dalam buku teks sahaja
menyebabkan mereka terpaksa membaca buku teks untuk menjawab soalan peperiksaan yang
dikeluarkan.
Tambahan pula, harga bahan bacaan ilmiah yang agak mahal dan kekurangan bahan
bacaan ilmiah di pasaran telah menjadi batu penghalang kepada mereka yang suka membaca.
Walaupun terdapat segelintir pelajar yang sayang dan pentingkan ilmu, namun mereka
menghadapi masalah kewangan apabila ingin membeli buku-buku yang agak mahal itu. Di
sebaliknya, bahan bacaan bukan ilmiah seperti majalah, komik dan novel adalah jauh lebih
murah dan pelajar mempunyai kemampuan untuk membelinya. Penerbit-penerbit di negara
ini biasanya memberi perhatian terhadap bahan-bahan bacaan bukan ilmiah seperti novel
berbanding dengan bahan bacaan ilmiah kerana kos penerbitannya adalah lebih rendah. Oleh
itu, bilangan bahan bacaan ilmiah dikatakan tidak mencukupi di negara kita.
Selain itu, tradisi atau amalan membaca tidak disemai sejak kecil lagi juga
menyebabkan tabiat membaca dalam kalangan pelajar di negara kita semakin merosot. Tidak
dapat dinafikan bahawa ibu bapa pada zaman sekarang lebih pentingkan kerjaya mereka
daripada keperluan anak-anak mereka. Mereka telah mengabaikan kepentingan membaca
dalam kehidupan seharian. Hal sedemikian wujud mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan
tidak menerima pendidikan yang tinggi atau tidak pernah menerima pendidikan sepanjang
hidup mereka. Perkara ini sering berlaku di kawasan pedalaman atau di desa. Terdapat juga
sesetengah ibu bapa yang terlalu manja akan anak-anak mereka dengan memenuhi segala
kehendak mereka atau memberikan kebebasan yang tidak terbatas tanpa mengambil kira apa
yang sebenarnya penting untuk anak-anak mereka. Mereka beranggapan bahawa wang atau
kebendaan dapat memenuhi segala keperluan anak-anak mereka dan tidak mendorong anak-
anak mereka supaya banyak membaca. Sebagai akibatnya, anak-anak mereka tidak
mengetahui betapa pentingnya tabiat membaca dalam pembentukan dan perkembangan
kognitif seseorang individu.
Sikap seseorang pelajar adalah sangat penting dalam memupuk minat membaca
mereka. Pelajar-pelajar pada masa kini mempunyai sikap ambil mudah terhadap pembacaan,
iaitu tidak mahu membebankan fikiran mereka dan menumpukan perhatian yang padu
terhadap sesuatu yang dibaca. Mereka sentiasa mengambil langkah yang mudah dalam proses
pembacaan dan pembelajaran iaitu meminta nota ringkas tanpa mencari pengetahuan yang
lebih terperinci dalam sesuatu pembacaan dan pembelajaran. Sikap ini patut disingkirkan dan
pelajar harus menghargai proses pembacaan dan pembelajaran ilmu.
Kandungan bahan bacaan ilmiah yang agak dalam dan sukar difahami tidak disukai
oleh pelajar-pelajar masa kini. Sebagai akibatnya, minat membaca pelajar telah merosot.

3.2 BAHAN BACAAN PILIHAN MASYARAKAT MALAYSIA

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kejayaan serta kekuatan sesebuah
bangsa dan negara. Namun begitu , dalam perkara penghayatan budaya ilmu , di seluruh
dunia termasuk Barat , cabaran pendidikan ini dibincangkan dengan realiti bahawa rata-rata
negara di dunia ini telah dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tertentu. Harold Titus dalam
Living Issue in Philosophy telah menyatakan sistem pendidikan Barat telah kehilangan
warisan kerohanian sehinggakan Allan Bloom melalui bukunya The Closing of the American
Mind menyebut “…how the education failed to democracy and impoverished the soul of
American students.” Penghayatan budaya ilmu di kalangan ummat Peradaban Islam dan Asia
pula pada hari ini berada pada tahap rendah berasakan kepada beberapa fenomena.

Antara fenomena berikut ialah kualiti bahan bacaan yang dibaca. Melalui pemerhatian ,
majalah yang berbentuk hiburan lebih diminati oleh masyarakat berbanding bahan yang
bersifat ilmiah. Dalam konteks Malaysia umpamanya , fenomena seperti ini tergambar
melalui pemerhatian penerbitan majalah Massa sedangkan majalah berbentuk hiburan terus
kekal malah semakin bertambah di pasaran. Keadaan seperti ini terbuktinya masyarakat
sekarang lebih gemar membaca bahan bukan akademik berbanding bahan ilmiah.

Perbezaan antara bahan bukan akademik dengan bahan ilmiah adalah banyak. Bahan
bacaan ilmiah biasanya panjang lebar, mementingkan tatabahasa, susah memahami dan
bosan.Sebagai contoh, bahan bacaan yang mengenai bidang tertentu seperti bidang sains
adalah memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan am terhadap bidang tersebut untuk
memahami teks yang terkandung.Kejadian ini telah mengehadkan golongan pembacanya.

Walau bagaimanapun, kandungan bahan bacaan ilmiah adalah terdiri daripada sifat
positif dan mempunyai banyak kelebihan. Bahan bacaan ilmiah ini boleh membawa
kemajuan kepada individu, masyarakat dan negara. Dari segi individu, bahan bacaan ilmiah
boleh menambah pengetahuan kita lalu menigkatkan status kita lagi. Keadaan ini boleh
dijelaskan dengan contoh seorang pelajar graduat dengan cemerlang berjaya mendapat
pekerjaan yang bagus. Pekerjaan yang baik biasanya menawarkan pendapatan yang lumayan.
Dengan itu, kehidupan pelajar berikut akan bertambah baik akhirnya status dapat
ditingkatkan.

Dari segi masyarakat pula, bahan bacaan ilmiah memainkan peranan penting dalam
pengekalan keamanan. Sebagai pengetahuan kita, bahan bacaan ilmiah banyak memberi
iktibar ataupun nasihat yang bernas. Iktibar-iktibar berikut boleh sebagai panduan dalam
kehidupan kita. Dengan bantuan iktibar-iktibar tersebut, kehidupan kita akan menjadi lebih
senang dan lancar. Personaliti yang baik dapat dibentuk melalui kehidupan yang bersifat
positif dan baik. Oleh itu, masyarakat kita adalah berkualiti dan menyumbang kepada negara.
Apabila masyarakat mempunyai personaliti yang baik, kes-kes jenayah akan berkurangan.
Keadaan ini adalah sebab semua susun lapis masyarakat akan berniat baik dan tidak berniat
dalam perbuatan jahat. Keamanan dan keselamatan negara akan terjamin.

Selain itu, masyarakat yang mempunyai semangat patrotisme dan nasionalisme juga
dapat dipupuk melalui bahan bacaan ilmiah. Subjek Sejarah contohnya adalah banyak
memberi kesedaran tentang nasionalisme dan perasaan cinta terhadap tanah air. Rakyat yang
kuat semangat patrotisme akan bersatu padu lalu memperkuat lagi struktur negara. Negara
yang masyarakatnya penuh dengan semangat patrotisme akan maju jaya. Negara akan kekal
aman dan sejahtera juga dengan rakyatnya yang bersatu jiwa.
Bahan bacaan ilmiah juga membawa kepentingan kepada negara. Seseorang yang gemar
membaca bahan bacaan ilmiah sudah pasti ilmu pengetahuannya sangat dalam malah IQ dan
EQ juga agak tinggi. Keadaan ini adalah sebab pembacaan bahan ilmiah boleh menjadikan
seseorang itu lebih matang dalam pemikiran, mempunyai kemahiran insaniah dan bijak
pandai. Individu yang berakal pandai, berkemahiran, matang dan sebagainya merupakan aset
negara. Aset-aset seperti ini penting dalam pembangunan negara. Merekalah antara bakal
pemimpin negara. Mereka dapat menyumbang idea dan tenaga dalam proses pembangunan
negara. Dengan itu, negara akan bertambah maju.

Setelah berbincang tentang bahan bacaan ilmiah, sekarang gilir bahan bacaan bukan
ilmiah pula. Antara bahan bacaan bukan ilmiah adalah seperti buku komik, majalah hiburan
dan lain-lain. Ciri-ciri bahan bukan ilmiah adalah pendek, tidak terbelit-belit, tidak
mementingkan tatabahasa, mudah memahami dan mudah diperolehi. Bahan bacaan bukan
ilmiah kebanyakan terdiri daripada sifat negatif. Namun begitu, terdapat juga sesetengah
bahan bacaan ilmiah adalah merupakan positif. Bahan bukan ilmiah ini digemari ramai
terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja.

Golongan ramai memilih bahan bacaan bukan akademik kerana boleh mengurangkan
tekanan hidup yang tinggi, menambah keseronokan dalam kehidupan yang bosan dan
melegakan hati. Bahan bacaan bukan ilmiah yang mudah difahami ini mencapai tujuan-tujuan
tersebut bagi golongan gemar membaca bentuk bahan bacaan ini terutamanya bagi golongan
yang kurang berpendidikan.

Sebenarnya, bahan bacaan bukan akademik ini boleh menyebabkan seseorang itu leka.
Sekiranya bahan bacaan bukan ilmiah yang melekakan itu bersifat negatif maka peribadi
seseorang itu akan terjejas juga. Unsur-unsur negatif ini boleh merosakkan minda dan
menyebabkan motif kehidupan terpesong. Oleh itu, pembaca harus bijak memilih bahan
bacaan walaupun ingin membaca bahan bacaan yang mengurangkan tekanan atau untuk
keseronokan. Kandungan bahan mestilah sihat agar personaliti tidak akan terjejas.Terdapat
juga bahan bukan ilmiah yang menyerlahkan sifat positif. Contohnya, komik yang berkaitan
dengan patrotisme dan sebagainya.
Merujuk kajian pada tahun 1984 yang dilakukan oleh Atan Long, secara purata rakyat
Malaysia hanya membaca satu halaman setahun. Pada tahun 2004 pula, pihak Perpustakaan
Negara menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca 14 halaman setahun. Kebanyakan
bahan bacaan yang dipilih merupakan bahan bacaan bukan ilmiah.Melalui pengamatan,
kebanyakan generasi muda lebih cenderung mengumpulkan wang untuk membeli-belah
berbanding dengan tujuan membeli buku.

Fenomena seperti ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor-faktor yang
penting. Antara faktornya ialah konsep ilmu yang diajar dalam pendidikan formal tidak
menggambarkan konsep bersepadu. Ketiadaannya mengakibatkan ramai generasi muda gagal
memahami martabat ilmu. Di samping itu, kurangnya bahan-bahan bacaan yang bermutu
dengan harga yang murah dan tiada galakan kepada generasi muda untuk membaca bahan
ilmiah khususnya daripada ibu bapa dan persekitaran juga merupakan faktor yang
mewujudkan fenomena berikut.

3.3 TABIAT MEMBACA DALAM GOLONGAN PELAJAR

Membaca merupakan pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya
adalah bangsa yang mengamalkan amalan membaca. Malah bangsa yang membaca ialah
bangsa yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan
bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang. Dalam era globalisasi ini,
masyarakat Malaysia seharusnya memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui
pembacaan untuk menangani cabaran semasa. Akan tetapi, tabiat gemar membaca
terutamanya bahan ilmiah di kalangan pelajar semakin merosot mengikut peredaran masa.

Apakah sebabnya buk-buku ilmiah menjadi makanan anai-anai walaupun kadar celik
huruf negara Malaysia kita adalah antara yang tertinggi di mata dunia? Bahan ilmiah
merupakan bahan bacaan yang bersifat secara ilmu pengetahuan dan akademik. Antara sebab
bahan ilmiah kurang diminati dalam kalangan pelajar ialah sistem pendidikan negara kita
yang terlalu berorientasikan peperiksaan lalu menyumbang ke arah kemerosotan minat
membaca. Hal ini kerana tumpuan pelajar lebih diberikan untuk buku-buku teks yang akan
menjamin kecemerlangan dalam peperiksaan. Maka para pelajar tidak ada masa untuk
membaca buku-buku di luar bidang pengajian mereka.
Selain itu, buku-buku ilmiah yang tebal juga kurang nampak menarik menjadi
antara faktor malas membaca kerana minda yang telah letih setelah kepenatan belajar di
sekolah. Buku ilmiah juga sering menyebabkan rasa bosan di kalangan pelajar kerana
pembelajaran di sekolah juga tertumpu kepada buku-buku ilmiah. Maka pelajar akan lebih
menunjukkan minat terhadap bahan-bahan picisan, semiprono dan majalah. Hal ini kerana
bahan bacaan ini bukan sahaja nipis, malah bentuk tulisan dan foto-foto bewarna-warni turut
menarik seseorang pembaca untuk terus menyelak dan membaca. Tambahan pula, bahan
bacaan ini juga ditulis dengan ringkas, padat dan menarik berbanding dengan buku-buku
ilmiah.

Manakala kecanggihan media elektronik seperti internet, televisyen, radio dan


telefon bimbit adalah antara faktor penyebab orang tidak gemar membaca buku-buku ilmiah.
Rakyat Malaysia kini umumnya lebih suka duduk menonton televisyen atau melayari internet
pada masa lapang berbanding dengan membaca buku. Keadaan ini telah menyebabkan buku-
buku ilmiah kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar Malaysia. Menurut perangkaan
yang dibuat oleh Perpustakaan negara Malaysia pada tahun 1996, purata membaca setiap
rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Fakta ini amat menyedihkan kerana
sedangkan negara kita sedang bergerak menuju ke Wawasan 2020 yang berteraskan teknologi
maklumat.

Sebenarnya ibu bapa turut merupakan salah satu faktor penyebab bahan ilmiah
kurang diminati di kalangan pelajar. Bahkan pepatah ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’,
peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dan menjadi teladan yang baik kepada
anak-anak amatlah penting. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada
kanak-kanak untuk membaca buku-buku ilmiah. Selain itu, ibu bapa kurang menciptakan
suasana membaca di rumah seperti perpustakaan mini, menceritakan cerita dan membawa
anak ke pesta buku turut akan menyumbang kepada minat membaca bahan ilmiah di
kalangan anak merosot.

3.4 TABIAT MEMBACA DALAM GOLONGAN BUKAN PELAJAR


Sebuah carta dan jadual telah disertakan dalam lampiran di akhir kajian dan
penerangan diberikan berdasarkan kajian yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara
Malaysia (2006).
Menurut carta 1.1, majoriti rakyat Malaysia membaca surat khabar (79 %). Buku
menduduki tempat kedua (52 %) diikuti dengan majalah (47 %), dan komik (32 %). Jadual
yang kedua iaitu jadual 1.2, menunjukkan data tentang jenis bahan yang dibaca mengikut
jantina, kumpulan umur, dan lokasi. Daripada jadual ini dapat dilihat bahawa lelaki lebih
menggemari surat khabat dan komik, dan sebaliknya perempuan lebih gemarkan majalah.
Lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang sama terhadap buku. Golongan bukan
pelajar dianggap sebagai mereka yang 25 umur dan ke atas dan mereka lebih gemari
membaca surat khabar diikuti dengan majalah , buku dan akhirnya komik .

Surat khabar paling digemari oleh golongan bukan pelajar kerana ia berharga rendah ,
mudah didapati dan infomasi yang dipaparkan padat serta benar . Harga surat khabar berada
dalam lingkungan RM 1.00 – RM 1.80 . Jika dibandingkn dengan harga majalah ( RM5 dan
ke atas ) , komik ( RM3 dan ke atas ) dan buku ( sekurang-kurangnya RM 5 ) , harga surat
khabar adalah lebih murah . Surat khabar juaga mudah didapati di mana-mana tempat , di
Bandar atau luar Bandar seperti 7-eleven , kedai mamak dan selebihnya . Service menghantar
surat khabar ke rumah juga dibekalkan oleh penjual tertentu untuk memudahkan para
pelanggan membaca surat khabar . Tambahan pula , infomasi yang diterbitkan dalam surat
khabar lebih padat dan merangkumi topic yang diminati umum . Isi-isi surat khabar dibahagi
mengikut bidang masing-masing seperti hiburan , metro , sukan , perniagaan dan sebagainya .
Ini adalah untuk memastikan isi kandungan surat khabar dapat memuaskan pembacaan semua
lapisan masyarakat biar suri rumahtangga ataupun pekerja kolar putih. Selain itu, surat khabar
juga mempunyai kelebihan yang lain seperti mudah dibawa ke mana-mana , terdapat gambar
untuk pemahaman yang lebih jelas , mempaparkan pendapat masyarakat dan lain – lain . Jadi,
surat khabar merupakan bahan bacaan pilihan majoriti masyarakat Malaysia.

Seterusnya, majalah lebih digemari masyarakat Malaysia berbanding dengan komik


dan buku . Ini adalah kerana majalah mempunyai isi kandungan yang terkini , grafik yang
menarik serta diterbit mengikut bidang tertentu sahaja . Contoh majalah dalam pasaran
Malaysia sekarang ialah Kuntum, Galaxy , CLEO , Seventeen , Marie Claire dan banyak lagi.
Untuk menarik masyarakat agar membeli majalah, penerbit majalah akan memaparkan isu-
isu terkini yang hangat dan dibincangkan pada sudut yang berbeza. Antaranya ialah
perbandingan keburukan dan kebaikan, pandangan pakar terhadap sesuatu isu, membuat
survey orang ramai dan perbincangan sebelum serta selepas sesuatu insiden . Pembedahan
isu-isu ini dapat memberikan prepektif yang berbeza dan berbagai lapis kepada masyarakat.
Selain itu , majalah juga mempunyai graphic yang amat menarik perhatian dan berwarna-
warni . Terdapat juga gambar artis-artis atau individu yang terkenal disertakan dalam
majalah. Semua grafik ini adalah untuk menangkap minat masyarakat agar membelinya .
Namun , terdapat juga gambar yang berfungsi lain . Terdapat graphic tertentu berfungsi untuk
mendalamkan pemahaman masyarakat terhadap isu , memaparkan kebenaran dan sebagai
stimulasi agar masyarakat memikir tentang isu tersebut . Secara lazimnya , majalah
diterbitkan megikut bidang masing – masing dengan pasaran tertentu . Contohnya majalah
wanita seperti CLEO menumpukan kepada pasaran perempuan dewasa atau wanita , majalah
hiburan seperti Galaxy menumpukan kepada pasaran remaja dan majalah ilmiah seperti
Times menumpukan kepada golongan bekerja . Akhirnya , majalah juga gemar dibaca oleh
masyarakat Malaysia . Surat khabar dan majalah menjadi pilihan utama bahan bacaan
masyarakat Malaysia atas kelebihan mereka . Kekurangan sambutan komik dan buku secara
utamanya ialah kerana harganya . Namun tabiat membaca harus dipaktikkan oleh semua
lapisan masyarakat Malaysia asalkan bahan bacaannya berilmiah . Ini adalah kerana adanya
pengetahuan dan ilmiah barulah Malaysia dapat maju .
4.0 KESIMPULAN

Melalui kajian ini, ternyatalah bahawa masyarakat Malaysia masih lagi tidak
menerapkan budaya membaca dalam diri mereka. Amalan membaca masih dipandang remeh-
temeh oleh orang ramai sama ada muda atau tua. Masyarakat Malaysia sepatutnya
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi pembacaan agar dapat
menangani cabaran dan berupaya menyahut dugaan pada masa kini atau masa hadapan.
Melalui pembacaan, proses perkembangan individu dari aspek pengetahuan dan
keupayaannya untuk membuat persepsi, berfikir, memahami dan menggunakan kemahiran
tersebut untuk meneruskan kehidupan akan dipraktikkan.
Pembinaan budaya ilmu dalam diri dan masyarakat berkait rapat dengan tugas sebenar
manusia di muka bumi dan akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak. Pembinaan ini
bergantung kepada pembacaan bahan ilmiah. Oleh itu, usaha yang bersungguh-sungguh mesti
dilakukan oleh semua pihak dalam memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya
ilmu pengetahuan yang diserap dari bahan bacaan ilmiah. Contohnya mengadakan program
nilam di peringkat sekolah, pesta buku dan sudut membaca di sekolah. Kerajaan telah
bertungkus-lumus untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan membaca. Namun,
tanpa kerjasama rakyat Malaysia, langkah dan usaha adalah sia-sia sahaja kerana objektif
adalah tertumpu pada rakyat sendiri. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak mempunyai ilmu
pengetahuan yang tulen dan bernilai, Wawasan 2020 akan terus menjadi angan-angan yang
tidak dapat direalisasikan. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, jadi tabiat membaca di
kalangan pelajar haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Hanya melalui pilihan ini sahajalah
maruah agama, bangsa, dan negara dapat dikembalikan.
5.0 RUJUKAN

Abdullah, A. (2005, Januari 17). Rangsang Kecenderungan Minat Membaca Masyarakat.


Utusan Malaysia, Ms. 7.

Ishak, Fauzul N. (2007, February 8). Mitos Terbukti! Kajian Tabiat Membaca Hanya Dibuat
Di Perpustakaan Negara Malaysia Sahaja. Utusan Malaysia.

Jaaffar, J. (2008, Februari 17). Membudayakan Tabiat Suka Membaca. Berita Minggu, ms.
13

Mahamad, Z. (2005) Tabiat membaca di kalangan pelajar : satu kajian kes di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Membaca, mengapa masih menjadi masalah? (2003). Dewan siswa. 25(4) ms. 7.
6.0 LAMPIRAN
SOAL SELIDIK

1. Adakah anda membaca lebih daripada 2 buah buku ilmiah dalam tempoh sebulan?
YA / TIDAK

2. Adakah anda membaca lebih daripada dua buah bahan bacaan bukan akademik dalam
tempoh sebulan?
YA / TIDAK

3. Adakah anda melawati perpustakaan lebih daripada dua kali dalam tempoh sebulan?
YA / TIDAK

4. Pada pendapat anda, adakah pelajar gemar membaca?


YA / TIDAK

5. Pada pendapat anda, adakah pelajar kurang membaca kerana tidak mempunyai banyak
masa lapang?
YA / TIDAK

6. Adakah pelajar tidak gemar membaca buku kerana terdapat bahan media lain yang lebih
diminati seperti media elektronik?
YA / TIDAK
7. Adakah anda lebih meminati bahan bacaan ilmiah berbanding dengan bacaan bukan
ilmiah?
YA / TIDAK

8. Adakah bahan bacaan ilmiah terlalu mahal berbanding dengan bahan bacaan bukan ilmiah?
YA / TIDAK

9. Pada pendapat anda, adakah bahan bacaan ilmiah terlalu rumit dan sukar untuk difahami?
YA / TIDAK

10. Antara yang berikut, bahan bacaan yang manakah merupakan bahan bacaan yang paling
anda minati? (tidak melebihi tiga pilihan)

Journal , Majalah Ilmiah , Komik , Ensiklopedia

Media elektronik , Akhbar , Buku teks akademik , Novel/Buku-buku Cerita

Majalah hiburan , Kamus , Buku agama ,

11. Jika terdapat pesta buku yang diadakan, adakah anda akan menghadirinya?
YA / TIDAK
Carta dan jadual menunjukan taburan jenis bahan bacaan yang dibaca oleh masyarakat
Malaysia.

Carta 1.1 Bahan bacaan mengikut jenis bahan


Jadual 1.2 Jenis bahan bacaan yang dibaca mengikut jantina, umur dan lokasi

Anda mungkin juga menyukai