Anda di halaman 1dari 2

Laporan Program Bulan Bahasa anjuran Persatuan Bahasa Melayu

Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan Bulan Bahasa pada bulan Jun
2009. Pelancaran Program Bulan Bahasa telah dirasmikan oleh Puan Pengetua,
Puan Hjh Zariyah Bte Daud. Persembahan mendeklemasikan puisi, nyanyian
lagu solo dan sketsa klasik diadakan dalam pelancaran program Bulan Bahasa.
Sepanjang bulan Jun beberapa aktiviti dan pertandingan diadakan untuk para
pelajar. Kegiatan -kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik.
Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah Peraduan Menulis Cerpen dalam
Bahasa Melayu. Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat
menggalakkan.Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tingkatan
Lima Sains Dua.Kami juga menganjurkan ceramah tentang Keindahan Bahasa
Melayu.Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaya. Selain
itu, kami juga menganjurkan Kuiz Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar bukan
melayu. Kuiz ini menguji pengetahuan mereka dalam Bahasa Melayu. Ramai
pelajar telah mengambil bahagian. Tiga puluh buah hadiah berupa buku cerita
Bahasa Melayu telah diberikan kepada pemenang.Pada pertengahan bulan
Jun, kami mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai hasil
lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan dan
pembangunan yang dijalankan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
memartabatkan Bahasa Melayu. Sebagai kemuncak Bulan Bahasa,
pertandingan debat diadakan bagi kategori Menengah Rendah dan Menengah
Atas. Sebanyak sepuluh kumpulan telah mengambil bahagian bagi setiap
kategori. Kumpulan ‘Sinaran’ bagi kategori Menengah Rendah dan Kumpulan ‘Great
Stars’ bagi kategori Menengah Atas meraih hadiah bernilai seratus ringgit.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan -kegiatan yang kami
jalankan .Kami juga berterima kasih kepada jawatankuasa Persatuan Bahasa
Melayu yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan Progam Bulan
Bahasa.
Disediakan oleh, 25 Julai 2009
Azmi
_______________
(AZMI SULAIMAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Darau,Jerteh,Terengganu

Anda mungkin juga menyukai