Anda di halaman 1dari 5

Ketidaksamaan Peluang Dalam Pendidikan:

Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial
seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.
Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar
mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut
kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.
Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensinya.

Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok
etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok
etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).
Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima
sistem pendidikan yang berbeza.
Diteruskan lagi pada zaman penjajah.
Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang
kampung terus ketinggalan.

Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :


i. Meliputi kemudahan mendapat guru
ii. Bahan-bahan rujukan
iii. Peluang kerjaya selepas tamat belajar.

Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial


1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat
2. Kumpulan pertengahan atasan – orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan
memegang jawatan yang baik
3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma.
4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)
5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah
melalui pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian


akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.
Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa semakin tinggi tahap
pencapaian anak-anak mereka.
Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.
Tahap kesihatan
Suasana tempat tinggal
Jumlah keluarga kecil/besar
Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketidaksamaan dalam
peluang pendidikan

Terdapat sekolah kurang murid (SKM).

Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan latihan


mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah.
Usaha KPM bantu:
1. RMT
2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
3. bantuan Makanan Asrama
4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
5. Jaket Keselamatan
6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya
7. SPBT
8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)
9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan University
10.Asrama Harian.
Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang:
Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti, lokasi sekolah, latarbelakang sosio-ekonomi pelajar
pencapaian akademik, kecenderungan semulajadi, peluang hidup, sosialisasi dan
perbezaan bahasa.

Kelas Sosial:
Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.
Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan sama
dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan
dengan punca-punca pengeluaran.
Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan:
1. Bourgouisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran
2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga
kerja sahaja.

Jantina:
Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat
keperempuanan dan kelakian.
Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan perempuan dinafikan
peluang untuk menerima pendidikan.
Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-
ciri fizikal yang jelas.
Peluang pekerjaan mengikut gender.
Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.
Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????
Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

Kumpulan Minoriti:
Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain.
Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb
Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan
daripada ibu bapa. Kini????
Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.
Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka
merokok, lepak, gengsterisme dll.
Mereka adalah murid yang tercicir.
Pihak sekolah perlu beri perhatian
Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada
keagamaan, menghias sekolah dll.
Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil
Mereka juga perlu diberi perhatian.

Murid Berkeperluan Khas:


Dua kategori MBK:
1. kategori masalah
2. kategori masalah khusus

Kecerdasan yang amat rendah.


Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat.
Kanak-kanak pintar cerdas
Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan sebaya.
Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada.
Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.
7 kategori kanak-kanak istimewa memrlukan Program Pendidikan Khas
i. Kerencatan mental
ii. Bermaslah pembelajaran
iii. Kecelaruan tingkah laku
iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
v. cacat penglihatan
vi. Cacat fizikal
vii. Piontar cerdas dan berbakat istimewa.
Isu-isu ketaksamaan peluang:
Orang Asli
- kadar keciciran tinggi
- masih terpinggir
- golongan bijak pandai masih kurang
- latar belakang akademik rendah
- tahap pendidikan isi rumah juga rendah.

Indigenous:
Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya
Di Sabah terdapat 23 suku kaum.
Terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei
di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan, Kelabit.
Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di
pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.
Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.
Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.
Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih
berpegang kepada budaya hidup tradisional.

Masyarakat pedalaman:
Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;
Kurang guru pakar,
Pertumbuhan pusat urban yang lembab,
Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang memberangsangkan,
Lokasi,
Jurang digital.

http://amaljaya.com/guru/2009/12/30/ketaksamaan-peluang-pendidikan/

Anda mungkin juga menyukai