Anda di halaman 1dari 8

CADANGAN PERUBAHAN FORMAT PERGERAKAN KAWAT

ASAS

PERTANDINGAN KAWAT KAKI KADET REMAJA SEKOLAH


(KRS)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAT KRS ( 1)

Kun 16 inci Kun 16 inci


35M

7M 9M 7M

D Kun 6 inci C Kun 6 inci 5M

5M

25m E Kun Hijau

7M

5M F Kun Hijau 5M

A Kun 6 inci B Kun 6 inci

7M 7M
Kun 16 inci KETUA HAKIM Kun 16 inci
PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAT KRS (2)

KETUA HAKIM
PETUNJUK
Platun masuk ke Padang Kawat
Pusingan Pertama Pusingan Kedua Tempat Melapor
PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAT KRS (3)

(10)

(9) (11 & 12)

(8) (7)

(5) (6)

(4) (3)

(1) (2)

(13)

KETUA HAKIM
PETUNJUK
Arah pergerakan kawat Tempat Melapor Mara Menghadap
Henti

Keterangan dan Pergerakan

Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawat dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat
jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan
yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada
dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja L4 ....... siap untuk diuji, tuan)
tuan)

Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak)

Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik daripada pergerakan berikut :
Ke kanan lurus……….. Pandang depan.
Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).


Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk
Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A

Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman ”menghadap ke
hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan
dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.

Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut
urutan:
Buka barisan
Pandang kanan
Pandang depan
Tutup barisan

Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan.

Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad
mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

1) Hormat ke kanan, hormat


2) Hormat ke hadapan hormat
3) Tukar langkah semasa berjalan
4) Hormat selaku terima sijil
5) Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
6) Bergerak ke kanan, belakang pusing
7) Tukarlangkah cepat, cepat jalan
8) Bergerak ke kiri, belakang pusing
9) Menghadap ke belakang, kiri pusing
10) Menghadap ke hadapan, belakang pusing
11) Hentak kaki
12) Henti
13) Mara manghadap

Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara
mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

Tamat bahagian kawat asas.