Anda di halaman 1dari 4

BAB 1 : SEJARAH DAN KITA

1.1 SEJARAH DALAM KEHIDUPAN KITA


 Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari guru di sekolah dan segala kejadian yang berkaitan
dengan diri dan keluarga adalah sebahagian dari sejarah.
 Mengetahui erti sejarah membolehkan kita lebih memahami dan mempelajari tentang diri,
keluarga dan negara.
 Mempelajari sejarah juga membolehkan kita lebih mengenali diri kita
 Apabila kita mengenali diri kita, ini akan dapat membina cara hidup yang bermatlamat dan
berwawasan
 Mengenali negara kita pula membolehkan kita menghargai, berbangga serta mencintai negara ini

1.2 PENGERTIAN SEJARAH

Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘syajaratun’ yang bermaksud pohon atau pokok,
salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.

Ibn Khaldun : Menceritakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, perubahan-perubahan
yang berlaku.

Herodotus : Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

Mohd Yusof Ibrahim : Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa pada masa lalu.

Pengertian umum : Sejarah adalah penyelidikan terhadap perkara yang telah berlalu.

1.3 CIRI-CIRI SEJARAH


 Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku
 Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dibentuk, dengan mengumpulkan dan menjalinkan
maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.

A) Fakta yang tepat dan benar


 Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat
dibuktikan kebenarannya.
 Fakta sejarah tidak boleh direka atau ditokok tambah.
 Fakta sejarah perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber and kesahihannya

 Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.


 Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Perak membuktikan petempatan awal di negara kita
bermula sejak 35 000 tahun dahulu

B) Penting dan bermakna


 Peristiwa bersejarah bermakna kerana peristiwa ini penting dan memberi kesan kepada pelajar,
keluarga, masyarakat dan negara.

 Bagi pelajar, tarikh kelahiran, tarikh mula sekolah, dan tarikh menerima kad pengenalan adalah di
antara peristiwa yang bermakna pada mereka.
 Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 merupakan contoh peristiwa amat bermakna untuk negara
kerana tarikh tersebut adalah simbol tamatnya era penjajahan di negara kita dan lambang
kemerdekaan.
C) Sebab dan akibat
 Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa yang lalu
 Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pelajar akan menemui persoalan apa,
siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku. Melalui persoalan ini,
dapat membuktikan kesahihan fakta melalui pelbagai sumber.
 Sejarah mendorong seseorang itu kepada sikap ingin tahu seperti mengapa, bagaimana dan
kesannya terhadap sesuatu peristiwa.

 Kemasukan imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British
telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan
sendiri.

1.4 SUMBER SEJARAH

A) Sumber pertama (Sumber primer)


 Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan lisan.
 Sumber ini belum diolah atau dicetak
 Sumber ini bersifat asli dan belum ditafsirkan

 Fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum dicetak, dan batu bersurat.

B) Sumber kedua (Sumber sekunder)


 Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis.
 Sumber yang telah diolah.
 Apabila bahan-bahan sumber pertama dikaji, ditafsir, dan dihuraikan oleh sejarawan dan pengkaji
sejarah maka hasil penulisan mereka disebut sebagai sumber kedua.

 Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah dan laporan tahunan jabatan.

1.5 KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH

Untuk memperoleh sumber kedua, terdapat beberapa kaedah yang digunakan, iaitu:
 Kaedah lisan
 Kaedah bertulis
 Kaedah arkeologi

A) Kaedah lisan
 Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.
 Maklumat sejarah didapati terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengkisahan,
temu bual dan temu ramah.
 Berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi.
 Ahli sejarah akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran.
 Sejarawan perlu berbuat demikian kerana wujudnya unsur tokok tambah yang dicampuradukkan
dengan unsur dongeng, mitos, dan lagenda.
 Perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi turut mempengaruhi kaedah mendapatkan sumber
sejarah, didapati apabila peralatan seperti televisyen, Internet, radio dan pita rakaman digunakan.
Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar.

B) Kaedah bertulis
 Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis.
 Pengkaji telah mentafsir dengan menggunakan bahan-bahan seperti catatan perjalanan, diari,
duit syiling, surat dan manuskrip
 Sumber juga boleh didapati dari catatan yang ditulis, dilakar dan dipahat pada batu, dinding
gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading dan kertas.
 Catatan ini dapat membantu mengetahui maklumat tentang sesuatu perkara, peristiwa, personaliti,
kejadian, perundangan, dan adat resam.

C) Kaedah arkeologi.
 Cara mendapatkan sumber berdasarkan kajian saintifik.
 Bidang arkeologi terdiri daripada angkasa lepas, laut dalam dan cari gali.
 Ahli arkeologi mendapatkan sumber daripada bahan tinggalan sejarah melalui proses cari gali.
 Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu,
peralatan daripada logam, tembikar dan kulit siput disahihkan melalui kajian saintifik seperti
pentarikhan radio karbon.
 Hasil kajian itu membantu sejarawan membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya
masyarakat lampau.

1.6 PENTAFSIRAN SEJARAH


 Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna atau sebaliknya.
 Ahli atau pengkaji sejarah berusaha mencari jawapan atau menerangkan tentang sebab-musabab
berlaku sesuatu kejadian.
 Untuk tafsiran sejarah yang betul dan tepat memerlukan penyelidikan.
 Tafsiran sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara ahli sejarah.

 Contohnya ada yang berpendapat peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch residen Inggeris di Perak
adalah kerana beliau memperkenalkan sistem percukaian barat. Sementara itu ada pengkaji lain
mengatakan bahawa pembunuhan itu berlaku kerana beliau mengambil alih kuasa pembesar dan
sultan Perak.

 Tafsiran sejarah menjadi berbeza kerana seorang pengkaji kekurangan fakta dan kurang
memahami budaya.

 Sejarawan barat menyatakan bahawa kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu adalah kerana faktor
kemanusiaan iaitu untuk mententeramkan kacau-bilau dan perang saudara. Sebaliknya ada
pengkaji yang menyatakan kedatangan Inggeris kerana ingin membolot kekayaan yang terdapat
di Tanah Melayu.

 Begitu juga dengan perjuangan Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh, dan Dato’ Maharajalela
yang menentang British telah ditafsirkan sebagai pemberontak oleh pengkaji barat.

 Oleh itu pengkaji sejarah perlu jujur dan bertanggungjawab dalam menyelidik, menilai dan
membuat tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah agar masyarakat mendapat maklumat yang
tepat dan benar.
1.7 KEPENTINGAN SEJARAH

A) Tujuan Mempelajari Sejarah


 Mengetahui tentang sebab-musabab sesuatu peristiwa itu berlaku, bila, mengapa, bagaimana dan
apakah kesan kejadian tersebut kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Contoh: Bagaimana
negara kita memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957.
 Membantu memahami situasi dan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
 Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 menyebabkan kita menghargai perpaduan kaum di
negara kita.

B) Faedah Mempelajari Sejarah


 Menjadi panduan dan memberi iktibar pada masa ini dan akan datang.
 Memberi pengajaran dan panduan kepada kita memperbaiki kesalahan yang dilakukan.
 Menjadi perangsang kepada kita untuk terus berjaya.

 Keagungan Kerajaan Melayu Melaka menjadi kebanggaan negara dan boleh dijadikan
perangsang untuk mencapai kemajuan.

 Tanpa sejarah mungkin kita lupa bahawa kita sememangnya telah mengalami zaman keagungan
dahulu dan perkara itu boleh diulangi dengan kegigihan dan kesungguhan.
 Sejarah membantu kita mengetahui tentang jati diri dan identiti sesuatu kaum. Setiap
warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah supaya mereka akan berasa bangga
sebagai warganegara dan bertanggungjawab untuk mempertahankan negara.
 Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme iaitu semangat cintakan tanah air.

Anda mungkin juga menyukai