Anda di halaman 1dari 6

AKU TAK BERZINA

Kami tidak berzina!…

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina…..

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe.


Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…

Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap


kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah
menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik..

Ingat pesanan Rasulullah: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang


wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani)

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis…

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang
bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina.Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti
bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis
akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan
terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan Tidakkah itu boleh
membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih
dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki
juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina
dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan


diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes
belajar berdua-duaan SAHAJA)*

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di
dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan
membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah.
Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada
orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh
malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan


SAHAJA) Study Group...?

Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya
berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua.
Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja
bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi
cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-
apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita
manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan.
Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan
motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina
kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya
dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat
dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri


ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak
suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.
Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan
naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat
nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada
cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta
berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan
qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan
sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali
nikah” (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.


Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan
dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita
dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai
berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah
memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan
manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah
Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak
tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka
kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri


perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita
Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak
kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi
pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta


penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar,
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak
orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa
bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima
minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup


nanti…..Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak
diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses
yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas
kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama.


Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk
tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini
sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke,
motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan
zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta
manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang
bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang
menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya
ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau
begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?

Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta


seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri
perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang
berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang
kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan
orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari
Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah
bercinta* juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami telah
berjanji sehidup semati .Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka
hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan
berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia
suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak
mengikut syariat)

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second
hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran
sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar
sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.
Sedihkan. Itulah hakikatnya
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-
orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala
keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah


serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak
diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri
dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah
selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin,
semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu


ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku
dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu
kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh
,tidak kemana!

YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu.


Terimalah taubat kami.