Anda di halaman 1dari 4

Program membentuk wanita solehah

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Dunia hari ini menyaksikan terlalu banyak kepincangan masyarakat dan penularan
gejala sosial yang begitu membimbangkan. Rata-rata remaja hari ini, memandang
remeh soal garis panduan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Sehubungan itu, pengisian asas dan santai buat remaja wanita Islam anak asnaf
zakat di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi penerangan dan
pendedahan khususnya rahsia awal penjagaan ke arah pembentukan wanita
solehah.

Program bercorak pendidikan dimanfaatkan dengan ilmu pengetahuan kepada


remaja wanita Islam yang memerlukan bimbingan. Antara golongan sasar program
ini ialah remaja perempuan yang berumur antara 10 ke 15 tahun.

Program ini merupakan satu daya inisiatif LZS meningkatkan pembangunan rakyat
terutamanya di kalangan anak-anak remaja asnaf fakir miskin.

Pembangunan mampan di Selangor tidak meminggirkan mana-mana golongan


semasa proses pembangunan. Semua pihak menggembleng tenaga bersama agar
tersemai dengan semangat Islam Hadhari ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Mereka adalah golongan sering dipinggirkan kerana taraf kehidupan dilingkungi


dengan pelbagai masalah dan kemiskinan. Seringkali hanyut dan akhirnya terlibat
dengan gejala tidak sihat. Kesannya negara kehilangan tenaga muda yang boleh
membantu menggerakkan pembangunan ekonomi..

Oleh itu, program ini dirangka khusus untuk membantu remaja wanita Islam
memahami tanggungjawab dan perubahan-perubahan yang berlaku kepada diri.
Perubahan ke alam dewasa dituntun dengan asas pendidikan Islam yang sahih dan
tepat. Ini mengelakkan remaja wanita Islam mengunakan kaedah mencuba dan
merosakkan diri dalam memahami perubahan dalam diri.

Perubahan

Dalam hal ini, sebenarnya remaja wanita Islam mengalami beberapa perubahan
semasa proses akil baligh seperti mengalami perubahan fizikal, emosi, mental,
spiritual, seksual dan lain-lain.

Kelalaian ibu bapa untuk memberi panduan yang tepat menyebabkan remaja wanita
Islam mudah terjerumus ke dalam gejala-gejala yang tidak baik.
Ketua Bahagian Pembangunan Insan Akademi Zakat Selangor (AZAS), Mat Sabri
Mat Nor berkata, atas dasar itu, pihaknya bertanggungjawab mendidik remaja wanita
Islam dengan sempurna.

“Kursus ini agak berbeza dengan program sedia ada kerana ia menumpukan
perbincangan mengenai peranan remaja wanita Islam.

“Perbincangan banyak berkisar tentang memahami perubahan yang dialami


khususnya dalam proses akil baligh dan cara menangani proses itu melalui
penjagaan kebersihan diri yang sesuai untuk remaja wanita Islam kini,” katanya.

Dalam pada masa yang sama didedahkan bagaimana cara untuk menyelesaikan
pengurusan konflik dan krisis agar remaja wanita bersedia menghadapi setiap
cabaran keremajaan yang bakal mereka hadapi.

Di samping itu, remaja dilatih agar lebih berkeyakinan, berketerampilan dan


berwawasan.

Penerapan nilai-nilai Islam yang sahih dan tepat menjadi modul dalam membawa
nama baik Islam dan mewarisi kehebatan Islam itu sendiri.

“Ia bertepatan dengan gagasan kerajaan untuk menjadikan Islam Hadhari kepada
semua golongan masyarakat khusus kepada remaja dan belia di negara ini.

“Malah program akan dilaksanakan dalam bentuk susulan sekurang-kurangnya


setiap enam bulan bagi memastikan pembesaran dan perkembangan anak-anak
asnaf remaja wanita Islam ini sentiasa selari dengan objektifnya,” jelas Mat Sabri.

Tambahnya, maksud akil baligh itu sendiri membawa pengertian dari sudut syariah
mengatakan apabila seorang wanita telah didatangi haid atau mencapai umur 16
tahun ia merupakan waktu yang perlu dititikberatkan dalam soal menjaga diri dan
maruah.

Pada masa ini remaja wanita Islam telah memasuki fasa baru bermakna sudah
matang dan bersedia untuk memasuki alam dewasa.

“Di Fasa ini remaja wanita Islam perlu diterangkan tentang realiti baligh sama ada
melalui pendidikan yang disarankan Islam termasuk menyentuh persoalan fikah dan
pendidikan dari sudut akal, jiwa, gender dan lain-lain,” ujarnya

Didedahkan

Jelasnya lagi, dalam jiwa remaja wanita Islam harus memahami tentang perubahan-
perubahan yang dilalui. Remaja harus didedahkan secara praktikal dan realistik
tentang perubahan yang di alami dan sentiasa mengaitkan dengan tanggungjawab
kepada Allah s.w.t dan kaitan beriman pada hari akhirat.

Namun fitrah untuk mendidik anak-anak membesar dengan penjagaan sebagai


remaja wanita Islam harus melalui pembentukan asas konsep pemikiran Islam
dengan memupuk pendidikan keimanan, akhlak, jiwa, spiritual, emosi, fizikal serta
akal dan intelektual.

Katanya, pendidikan juga perlu dalam memberi panduan kepada anak-anak tentang
etika pergaulan antara lelaki dan wanita serta pengurusan diri yang baik harus
didedahkan dengan konsep pergaulan yang betul.

“Had dan batas praktikal perlu diterangkan dan susah lebih-lebih lagi untuk
mengasingkan remaja wanita dan lelaki pada masa sekarang. Oleh itu mereka harus
diterangkan bentuk-bentuk pergaulan yang dibenarkan dalam Islam supaya mereka
memahami tanggungjawab serta mencegah daripada berlakunya peningkatan
masalah sosial.

“Dalam modul yang dianjurkan menekankan pelbagai aspek diri yang baik seperti
pengurusan krisis dan konflik serta meningkatkan penampilan diri sesuai dengan
usia remaja dan tidak melanggar tata susila Islam. Sebagai remaja Islam, mereka
didedahkan dengan cara menutup aurat dan alasan sebab apa mereka perlu
membuat demikian.

“Mereka juga harus diberi alternatif untuk menggayakan busana muslim selaras
dengan perkembangan fesyen semasa mengikut batasan syariat,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, remaja wanita Islam harus diberi tunjuk ajar dan
kaedah pembentukan keyakinan diri bagi berhadapan dengan masyarakat.

Maka tanggungjawab dan persediaan yang perlu dibuat oleh remaja wanita Islam
ketika akil baligh menjadi tanggungjawab dalam memberi input melalui kaedah
metod yang lebih interaktif melalui bantuan audio-visual, ceramah motivasi, memberi
idola, sejarah, pemerhatian dan latihan berkumpulan yang lebih menarik dan bersifat
‘remaja’.

Jelasnya lagi, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita Islam turut
ditekankan supaya dapat memberi penerangan dari sudut kesihatan dan dirangsang
membuat kesimpulan tentang peranan sebenar yang bukan sekadar seorang pelajar
biasa tetapi mempunyai peranan untuk membaiki keluarga, memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara.

Malah merungkaikan bebanan masyarakat hari ini menyaksikan keruntuhan akhlak


yang begitu ketara. Didikan sempurna menghasilkan anak yang tahu menjaga
maruah diri dan agama. Kejayaan negara di masa hadapan adalah di tangan remaja
wanita hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Anda mungkin juga menyukai