Anda di halaman 1dari 5

APA ITU PENYAKIT DENGGI?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh 
membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari 
gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang 
memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan
bandar jika dibandingkan dengan 
luar bandar.

JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:


a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit
sendi dan 
sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan 
kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 
'breakbone fever'.b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak
terutama dalam lingkungan umur 
2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah 
sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk 
dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di 
badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai 
dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika 
rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam 
berdarah Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI

Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus 
denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus 
yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang 
telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype 
ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu 
kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap 
semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus 
tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk 
Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada 
tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI

Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk 
merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. 
Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 
kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam 
dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi 
iaitu:

[b]1. Aedes aegypti[/b]

Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.2. Aedes albopictusCiri-ciri:


garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan 
badan.

Nyamuk Aedes aegypti  berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di 


tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam 
bekas buatan di dalam dan di luar rumah.Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan
di bandar, kebun dan 
juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan 
menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk 
menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang 
biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul 
pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat 
yang boleh air bertakung.Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350
meter.

CARA JANGKITAN

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan 


nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. 
Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan 
terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus 
membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila 
nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan 
ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam 
sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah 
manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus 
tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila 
nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi 
diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan 
menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke 
dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini 
dipanggil 'Penularan Mekanikal'.Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi 
boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu 
proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, 
jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.Penularan transovari sangat
penting bagi virus denggi 
kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. 
Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen 
pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Cara jangkitan penyakit denggi 

TEMPAT PEMBIAKAN

Nyamuk Aedes membiak di dalam 


takungan air jernih di 
dalam dan di luar rumah.Ia tidak boleh 
membiak di dalam 
air yang kotor. A. Di dalam rumah

1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau 
baldi.3. Perangkap semut. B. Di luar rumah

1. Di dalam tayar buruk.2. Saluran air hujan.3. Tin-tin kosong atau botol.4. Bata bangunan atau
kawasan pembinaan5. Cawan getah6. Lubang pokok7. Tunggul buluh8. Ketiak daun seperti -pandan
dan nenas 

[b]AWAS!!!! 
ANDA AKAN 
DIDENDA
JIKA DIDAPATI MEMBIAK 
NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.[/b]

TANDA-TANDA ATAU GEJALA


1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada 
bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. 
bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang 
berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot 
dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik 
merah di bawah kulit juga boleh didapati. Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam
darah menurun.2. Demam Denggi Berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam 
yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran 
darah.Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, 
perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing 
berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.Pembesaran hati terjadi pada peringkat
awal penyakit. Pembesaran hati ini 
boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.Kegagalan atau gangguan peredaran
ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti 
kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga 
kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau 
sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).Penemuan makmal:
Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang 
ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

DIAGNOSIS PENYAKIT DENGGI

Diagnosis demam denggi secara klinikal kadangkala menyebabkan kekeliruan . 


Oleh itu diagnosis makmal adalah sangat penting. Terdapat 3 teknik untuk 
mendiagnosis denggi di makmal iaitu secara isolasi virus, serologi dan 
mengenalpasti DNA virus denggi. Kini terdapat satu peralatan komersial yang 
dipanggil 'Dengue Blot' yang digunakan untuk tujuan yang sama.1. Isolasi virus denggi

Isolasi virus denggi dari darah atau spesimen tisu adalah cara yang paling 
konklusif untuk diagnosis denggi. Walaubagaimanapun tatacara ini bukanlah 
mudah kerana virus ini tidak hidup dengan baik di dalam binatang dan kultur 
sel. Satu cara yang telah dimodifikasikan supaya keputusan didapati dengan 
mudah dan lebih cepat adalah dengan mengisolasikan virus melalui inokulasi 
larva 'Toxorhynchites splendens' (Lam 1993). Pusat Demam Denggi dan Demam 
Denggi berdarah di Universiti Malaya dengan kerjasama WHO telah menggunakan 
teknik kombinasi inokulasi nyamuk dan kultur sel nyamuk2. Serologi

Kebanyakan makmal menggunakan teknik serologi bagi mengenalpasti penyakit 


denggi. Ujian piawaian bagi penyakit denggi adalah 'Haemagglutination 
Inhibition Test'(HI). Ujian ini berdasarkan kepada keupayaan antibodi 
seseorang menghalang virus denggi dari mengaglutinasikan sel-sel darah merah 
yang tertentu. Selain dari memastikan jangkitan denggi ujian HI ini juga 
berupaya memastikan samada jangkitan adalah primer atau sekunder berdasar 
kepada tahap antibodi. WHO telah menetapkan titer bagi jangkitan sekunder 
sebagai 1:2560, manakala Malaysia pula menggunakan titer1:1280. Ujian yang lebih cepat ialah
pengesanan denggi IgM melalui 'Enzyme-Linked 
Immunoabsorbent Assay'(ELISA). IgM ini didapati hanya seketika pada jagkitan 
primer dan sekunder dan pengesanan IgM di dalam serum menunjukkan kepada 
jangkitan aktif atau jangkitan yang baru. Lebih dari 6,000 sampel serum telah 
diuji dengan ujian HI dan ELISA dan didapati kedua-dua ujian adalah sama dari 
segi spesifisiti dan sensitiviti. Namun begitu ELISA lebih cepat, hanya 
memakan masa beberapa jam bagi jangkitan sekunder dan 7 hari untuk jangkitan 
primer. 3. Dengue Blot

Dengue Blot adalah satu peralatan komersial yang telah dimodifiaksikan dari 
ujian ELISA. Kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Dengue 
Blot mendapati ia mempunyai sensitiviti 100% bagi jangkitan sekunder dan hanya 
28.6% bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian ini berguna sebagai ujian saringan 
terutama sekali di negeri-negeri yang endemik dimana sebilangan besar penduduk 
telah dijangkiti virus denggi. Sampel-sampel yang negatif perlu dibuat ujian 
serologi yang lain (Lam 1993).4. Pengesanan asid nuklik virus

Ini merupakan satu teknik yang baru dengan menggunakan teknik 'Polymerase 
Chain reaction'(PCR). PCR telah dapat memastikan beberapa kematian akibat 
denggi apabila teknik-teknik lain gagal berbuat demikian. 

RAWATAN

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.1. Rawatan Demam Denggi
Klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada 


keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)b. mengelakkan dari perdarahan berlaku
2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan 
dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.b. Demam yang sangat panas
meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu 
demam patut dikawal dengan antipiretik.c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan
sawan dapat dikesan 
awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.d. Pemberian aliran intravena
perlu jika sekiranya kiraan hematokrit 
meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Anda mungkin juga menyukai