Anda di halaman 1dari 6

SCCA 2013

KAEDAH PENYELIDIKAN

KOMUNIKASI.

DISEDIAKAN UNTUK:

EN. MOHD KHAIRIE AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:

NAZIRAH BINTI SAIBUN

NO. MATRIK: 123555


Kesan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Interaksi

antara Kakitangan Akademik- Saintis/ jurutera di Malaysia.

Pendahuluan.

Kajian ini menyelidik tentang bagaimana pekerja-pekerja yang berpengetahuan di

dalam universiti dan firma-firma industri berinteraksi secara bersemuka dan

menggunakan ICT sebagai pengurusan kerja secara alternatif. Kajian ini adalah bertujuan

untuk meningkatkan pemahaman kita tentang komunikasi antara pekerja merentasi

sempadan organisasi. Kajian ini telah dilakukan dalam universiti dan firma industri

berteknologi tinggi di Malaysia.

Organisasi, Komunikasi dan Tempat Kerja.

Komunikasi telah terbukti menjadi pusat kepada konsep organisasi dan ini

merupakan satu proses yang amat penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan

sesebuah organisasi. Dalam gambaran yang lebih besar, komunikasi adalah lebih penting

bukan sahaja dari sudut fungsi untuk mendapatkan maklumat, ia juga menjadi pusat

kepada perkembangan dan mengekalkan hubungan kerja yang positif, harmoni dan penuh

kepercayaan.
Komunikasi korporat mengintergrasikan 3 bentuk iaitu pengurusan komunikasi

kepada kedua-dua kumpulan sasaran iaitu sasaran dalaman dan sasaran luaran,

komunikasi pemasaran, contohnya pengiklanan dan jualan dan komunikasi organisasi.

Terdapat kajian yangb banyak yang memberikan perhatian kepada kaitan antara

persekitaran tempat kerja dengan komunikasi. Kajian daripada beberapa ciri baru tempat

kerja telah dikenal pasti dan ciri yang paling penting melibatkan komunikasi antara

pekerja.

Tempat kerja yang menggunakan komunikasi tidak formal menghasilkan

rangsangan untuk berinteraksi secara bersemuka terutama sekali antara kumpulan-

kumpulan seperti jurutera projek, pemasaran dan bentuk industri.

Isu tentang Lokasi dan ICT.

Pekerja, terutama sekali diperingkat pengurusan dan profesional telah mengalami

peningkatan dalam komunikasi dan interaksi, dengan pelanggan dan pihak profesional

dalam organisasi yang lain. ICT telah dikenal pasti sebagai komponen yang penting,

menghasilkan perubahan yang drastik dalam komunikasi antara pekerja dan cara kerja

yang dilakukan. Kemajuan dalam teknologi maklumatdan komunikasi mempercepatkan

cara kerja kita.


Analisis daripada beberapa kajian menunjukkan ICT membawa kepada perubahan

di dalam tempat kerja. Faktor budaya daripada kumpulan yang berbeza dan antara mereka

di dalam kumpulan yang sama juga menunjukkan, memainkan peranan yang penting

dalam pemilihan media dalam komunikasi elektronik. ICT juga dilihat tidak dapat

memberikan kepuasan dalam kumpulan sokongan menggunakan komunikasi secara

komputer untuk melengkapkan kerja adalah sukar terutama sekali apabila memerlukan

komunikasi yang penuh perhatian dan cepat.

Ini lebih jelas dalam perhubungan antara organisasi. Perhubungan antara dua

firma memerlukan komunikasi secara bersemuka yang kerap antara ahli-ahli yang

terlibat. Berjaya atau tidak antara firma-firma ini melibatkan perhubungan yang terjalin.

Contohnya, hubungan yang rapat daripada komunikasi yang berjaya akan memberikan

kejayaan dalam perhubungan antara firma-firma. Dalam keadaan ini, ICT dilihat tidak

memainkan peranan yang penting manakala komunikasi secara bersemuka adalah sangat

penting.

Kaedah Penyelidikan.

Kajian ini melibatkan temuramah kepada 32 orang kakitangan akademik dari 2

universiti dan 25 orang jurutera daripada 15 firma industri. Pemilihan responden daripada

sektor awam dan swasta dilakukan untuk melihat sama ada wujud pemilihan pekerja-

pekerja dalam sektor swasta dan awam dalam cara berkomunikasi.


Semua responden yang terlibat dalam kajian kerja berasaskan sains dan teknologi.

Idea untuk memilih organisasi daripada lokasi yang berbeza adalah untuk melihat

perbezaan interksi antara pekerja-pekerja daripada lokasi-lakasi yang berbeza-beza.

Responden selalu berinteraksi menggunakan kedua-dua cara iaitu menggunakan ICT dan

berkomunikasi secara bersemuka.

Penemuan Kajian.

Penemuan daripada kajian ini menunjukkan jarak memainkan peranan dalam

komunikasi antara pekerja. Kepentingan jarak dapat dikaitkan dalam 2 aspek berkaitan

iaitu kepentingan berkomunikasi secara bersemuka dan hubungan yang kuat dengan jarak

dan aspek yang kedua ialah kesan yang kecil daripada teknologi komunikasi

menggantikan interaksi secara bersemuka.

Kedua-dua universiti dan firma industri bersetuju bahawa interaksi bersemuka

adalah lebih penting daripada ICT. Dengan kata lain, keputusan menunjukkan kumpulan

pengguna berinteraksi lebih kerap secara bersemuka akan turut berhubung lebih kerap

menggunakan ICT. Ini menunjukkan keberkesanan penggunaan rangkaian elektronik

bergantung kepada hubungan sosial secara bersemuka.

Penemuan kajian ini mencadangkan bahawa teknologi berkomunikasi (ICT)

bergerak seiringan dengan interaksi secara bersemuka dan bukan untuk

menggantikannya.
Kesimpulan.

Keputusan ini menyingkap tentang kepentingan interaksi secara bersemuka di

dalan kajian yang mana masih belum dapat digantikan oleh teknologi telekomunikasi

moden apabila interaksi secara bersemuka penting, jarak antara tempat akan memberikan

kesan kepada hubungan pengguna.

Penggunaan ICT yang kerap masih belum dapat memenuhi idea tentang interaksi

secara maya tanpa melibatkan interaksi secara bersemuka. ICT sahaja tidak dapat dilihat

sebagai sumber kepada aktiviti komunikasi dan tidak dapat dilihat sebagai faktor

alternatif yang penting kepada pengurusan kerja.

Kajian menunjukkan kesan teknologi telekomunikasi kepada jarak dan interaksi

secara bersemuka adalah sangat kecil. Teknologi komunikasi lebih sesuai sebagai

pelengkap kepada interaksi secara bersemuka berbanding untuk menggantikannya.